Sedih juga kami baca kisah berkaitan pemergian ibunya baru baru ini, Awie mengakui berasa kesal tidak dapat menjaga ibunya sendiri untuk tempoh yang lebih lama.
“Saya ralat kerana arwah emak jaga saya selama 46 tahun namun saya hanya sempat menjaganya selama sebulan sahaja. Itu yang membuatkan saya sebak ketika membacakan talkin dan kerana itulah saya menggelarkan diri saya sebagai anak derhaka. Malah emak saya baru sahaja tinggal bersama saya namun saya sudah kehilangannya,” ujar Awie.
Penyanyi dan pelakon ini turut menambah yang beliau mengambil iktibar dari kehilangan bapanya sebelum ini untuk tidak terlalu meratapi pemergian ibunya.
“Saya mengambil pengajaran dari kehilangan arwah ayah yang mana saya menjadi sasau hampir empat bulan sehingga pelbagai gangguan jahat datang. Jadi saya mengambil ikhtibar dari kejadian tersebut,” dedah Awie lagi kepada portal GUA hari ini.
Awie mengakui yang 2014 bukan tahun yang mudah untuk dirinya dan beliau telah berazam untuk memberikan yang terbaik untuk keluarganya di masa hadapan.
Baca : Sylvester Stallone Sahkan Kemunculan Filem Rambo 5
Penyanyi dan pelakon ini turut menambah yang beliau mengambil iktibar dari kehilangan bapanya sebelum ini untuk tidak terlalu meratapi pemergian ibunya.
“Saya mengambil pengajaran dari kehilangan arwah ayah yang mana saya menjadi sasau hampir empat bulan sehingga pelbagai gangguan jahat datang. Jadi saya mengambil ikhtibar dari kejadian tersebut,” dedah Awie lagi kepada portal GUA hari ini.
Awie mengakui yang 2014 bukan tahun yang mudah untuk dirinya dan beliau telah berazam untuk memberikan yang terbaik untuk keluarganya di masa hadapan.
Sumber : rotikaya.com