Selepas lapan tahun menggalas tugas sebagai juruhebah di stesen radio Hot FM, akhirnya pelakon Sharifah Aleya nekad menamatkan kontraknya dengan stesen radio popular itu, berkuatkuasa 31 Disember lalu.
Sharifah Aleya atau lebih senang dikenali sebagai Leya memberitahu sebuah akhbar tempatan, dia mengambil keputusan sedemikian demi menumpukan sepenuh perhatian terhadap rumah tangga.
“Saya mengambil keputusan untuk berhenti Hot FM selepas berbincang dengan suami dan ahli keluarga lain. Alhamdulillah, suami dan ahli keluarga semuanya menyokong hasrat itu.
“Saya mengambil keputusan untuk berhenti Hot FM selepas berbincang dengan suami dan ahli keluarga lain. Alhamdulillah, suami dan ahli keluarga semuanya menyokong hasrat itu.
“Sebagai wanita yang sudah berkahwin, saya teringin untuk menjadi suri rumah sepenuh masa dan melihat anak membesar depan mata,” katanya yang sedang menghitung hari untuk melahirkan cahaya mata hasil perkahwinan dengan Mohamed Azam atau Miko Abdullah.
Selain cahaya mata yang dijangka lahir sekitar 12 Januari ini, Leya yang merupakan kakak kepada pelakon Sharifah Amani turut memiliki sepasang anak kembar perempuan, Aza Ameena dan Asha Ameena, 5, hasil perkongsian hidup dengan bekas suami, pemuzik dan komposer Muhammad Ashraf Aasimudin.

Walaupun sudah berhenti dari Hot FM, Leya menyatakan dia masih lagi berminat untuk bekerja secara freelance tetapi lebih terarah kepada pengacaraan majlis serta hos televisyen selepas ini.
Baca : Che Ta Teruja Untuk Hamil Lagi, Paling Awal Hujung Tahun Ini
Sumber : mynewshub.cc