Showing posts with label Shuib. Show all posts
Showing posts with label Shuib. Show all posts

Thursday, January 15, 2015

Video Eksklusif Shuib Mengenai Keadaan Jep

Kemunculan Shuib yang keseorangan untuk beraksi bagi kumpulan Sepahtu di pentas Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) pada hari Jumaat minggu lepas memberi kejutan buat para peminat.


Saya Tak Sampai Hati Tengok Keadaan Jep - Shuib Sepahtu, info, terkini, hiburan, sensasi, pelawak, Shuib, Jep, Video Eksklusif Shuib Mengenai Keadaan Jep

Walau apapun, pujian harus diberikan kepada Shuib yang tenang dan memberikan persembahan Stand-up comedy dengan begitu baik sekali. Lebih manis Datuk Jalaluddin Hassan mengakui Shuib berjaya membuktikan kemampuanya sebagai seorang pelawak walaupun terpaksa muncul keseorangan.


Namun ramai di antara penonton terutamanya peminat setia kumpulan Sepahtu tertanya-tanya bagaimana keadaan serta kesihatan Jep sehingga tidak dapat bersama-sama Shuib minggu lepas.

Apa pun, jom tonton video eksklusif Shuib mengenai keadaan Jep selepas berakhir pentas MLM 2014 minggu lalu.



Sumber : katakcomel.my

Friday, January 9, 2015

Jepp kini tinggalkan Sepahtu?

Baru-baru ini pelawak otai Ilya Buang mengejutkan dunia hiburan tanah air selepas mengambil keputusan untuk menarik diri daripada kumpulan Sepahtu dalam persaingan dalam program Maharajalawak Mega 2014.


Terbaru menerusi Instagram milik Siti Sarah Raissuddin juga isteri kepada pelawak Shuib mengesahkan suaminya bakal muncul secara solo selepas Jep terpaksa menarik diri atas masalah kesihatan yang dihadapi.
“Moga ALLAH permudah kan kerja u sayang.. walaupun jep tak dapat bersama u malam ni tapi semangat dia sentiasa ada bersama u sayang.. macam tu jugak dengan i… goodluck @shuibsepahtu get well soon @jepsepahtu..,” luah Sarah menerusi kapsyen foto yang dimuat naik.

Ianya bakal memberi cabaran besar buat Shuib selepas terpaksa mengharungi minggu kesembilan program MLM 2014 secara solo. Lebih-lebih lagi minggu kesembilan menyaksikan baki lapan kumpulan bakal diuji dengan tema ‘Seram’.


Jepp kini tinggalkan Sepahtu?, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, MLM2014, Shuib, jepp, sepahtu

Dalam pada itu, status kesihatan Jep masih menjadi tanda tanya sehingga terpaksa menarik diri di saat akhir.

Kumpulan Sepahtu sebelum ini mengumumkan penyertaan Ilya Buang juga salah seorang bekas ahli kumpulan Senario sebelum terpaksa menarik diri beberapa minggu selepas itu akibat masalah kesihatan sehingga menjejaskan momentum persembahan mereka di pentas MLM 2014.


Jepp kini tinggalkan Sepahtu?, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, MLM2014, Shuib, jepp, sepahtu

Jangan lupa untuk menonton program MLM 2014 yang dihoskan oleh Dato’ AC Mizal bermula jam 10 malam di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134)

Baca : Sharnaaz Ahmad sangkal dakwaan besar kepala 


Sumber : Astrogempak.