Walaupun nama Leez Rosli tidak segah selebriti lain dalam dunia hiburan namun berita pernikahan beliau bersama tunangnya, Aepul (Drama Band) mendapat perhatian ramai beberapa hari yang lalu dan dalam satu majlis serba sederhana hari ini, dua hati ini telah disatukan.
Rosliza binti Rosli, 27 atau lebih dikenali sebagai Leez Rosli & pasangan Noorsyaiful Md Zalaludin (Aepul Drama Band) telah selamat dinikahkan oleh bapa Leez sendiri iaitu, Encik Rosli.
Pasangan ini telah selamat diijab kabulkan dengan 3 kali lafaz dan telah disaksikan oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk, Ustaz Muhamad Jalani Ahmad. Majlis yang dihadiri keluarga dan tetamu yang terdekat ini telah dijalankan di Masjid Salahuddin Al Ayubi, Taman Melati, KL.
Pihak lelaki memberi 9 dulang hantaran dan dibalas 11 dulang hantaran. Manakala mas kahwin berjumlah RM80 dan pasangan ini merahsiakan jumlah wang hantaran. Pasangan ini juga memilih Pulau Redang sebagai tempat berbulan madu kerana ingin kembali menggamit memori tempat pertama pertemuan mereka berdua.
Sekalung tahniah buat pasangan Leez Rosli dan suami, Aepul (Drama Band) kerana telah menjadi pasangan suami isteri yang sah dan kami di Rotikaya mendoakan agar pasangan ini berkekalan dan dikurniakan cahaya mata yang soleh dan solehah.

Sumber : rotikaya.com