Jujurnya, kami suka dengan perkembangan muzik sejak akhir-akhir ini yang semakin banyak menghasilkan lagu lebih fresh dan mempunyai seni tersendiri. Sebagai contoh, lagu Assalamualaikum dari Faizal Tahir, #Peristiwa nyanyian Sofazr, Asfan & RJ dan yang terbaru lagu Hoi Ya Hoi oleh One Nation Emcees.
Menyesal Tak Sempat Kolaborasi Dengan Arwah Pak Aziz
Ketika majlis anugerah Tribute P. Ramlee di Istana Budaya pada tahun lepas, kami sempat berjumpa dengan arwah. Dari situ timbul idea untuk membuat lagu ini dan arwah menyokong usaha kami. Sepatutnya kami nak berkolaborasi dengan arwah bagi muzik video lagu ini, namun tidak kesampaian.

Apabila dapat berita arwah dah meninggal, kami rasa menyesal kerana tak buat lagu ini lebih awal. – Gua.com.my
Bersakit-Sakit Dahulu, Senang-Senang Later
Liriknya catchy dan sangat kena dengan situasi zaman sekarang. Iyalah, kalau nak dibandingkan dengan orang zaman dahulu yang lebih rajin mencari rezeki, kebanyakan (tak semua) anak muda sekarang ni lagi suka memilih jalan senang daripada bersusah payah untuk membaiki kehidupan. So, dengarlah lagu ini untuk bagi naik semangat. Kehkehkeh.

Satu-satunya bunga dalam group One Nation Emcees, Mimi memang sebiji macam Rihanna dengan rambut merah, bandana dan mechanic jumpsuit. Saling tak tumpah gitu.
Throwback Filem Ali Baba Bujang Lapok
Lagu terbaru ONE ni secara tak langsung membuatkan kami mengimbas kembali lagu asalnya yang dipetik dari filem Ali Baba Bujang Lapok (1961) arahan Tan Sri P. Ramlee (AMN). Masih ingat lagi liriknya yang penuh makna tersembunyi:
Hoi hoi ya hoi hoi hoi ya hoi kita semua gembira hoi hoi ya pulang dapat harta uwang berjuta intan permata mari kita lekas ke gua bawa harta semua janganlah tunggu lama-lama simpanlah segera hoi hoi ya hoi kita semua gembira hoi hoi ya pulang dapat harta uwang berjuta intan permata.
Tapi kami suka juga dengan versi terbaru Hoi Ya Hoi walaupun Mimi ada selitkan unsur-unsur sensual sikit menerusi pergerakannya dalam MV tersebut. Apa pula pendapat korang?
Baca : Kapsyen #Deep Syafiq Kyle Untuk Uqasha Senrose
Sumber : ohbulan.com