Showing posts with label One Nation Emcees. Show all posts
Showing posts with label One Nation Emcees. Show all posts

Monday, December 29, 2014

Perangai Trio One Nation Emcees

Sebelum menutup tirai 2014, kami akan menampilkan 12 perkara menarik tentang kumpulan One Nation Emcees (O.N.E). Jom kita semak perkara menarik yang mungkin anda tidak tahu tentang trio yang baru sahaja melancarkan single ‘Hoi Ya Hoi’ ini.


Perangai Trio One Nation Emcees, info, terkini, hiburan, sensasi, One Nation Emcees, Mimi ONE, gosip

1. Mimi akui tidak suka menonton cerita hantu kerana takut.

2. Zydee mempunyai tabiat berjalan ketika tidur.

3. Mimi kuat marah ketika datang bulan dan akan ingatkan semua supaya mereka berjaga-jaga dan selamatkan diri sebelum menjadi mangsa kemarahannya.

4. Anggota O.N.E mengakui Jojo seorang yang pandai susun barang dan banyak barang dapat dimasukkan kalau dia yang kemas bonet kereta.
 
5. Sewaktu Mimi cuba kuruskan badan, Mimi akan minta satu sudu makanan daripada setiap anggota O.N.E yang lain. Menurut Mimi, tabiat ini berlarutan sehingga 11 bulan.

6. Zydee sangat meminati penyanyi antarabangsa, Kanye West.

7. Mimi merupakan orang yang paling banyak membebel dan ‘queen control’ dalam kumpulan O.N.E.

8. Sejak dari program Gangstarz lagi O.N.E akan ‘minta’ restu sebelum naik ke pentas dengan membaca selawat.

9. Menjadi tabiat Jojo untuk bersalam dengan semua orang yang dia jumpa.

10. Mimi akui sangat takut dengan katak.

11. Setiap kali habis membuat persembahan, Jojo akan perah topi, baju dan seluar dia selama 20 minit gara-gara kuat berpeluh.

12. Akui buta IT dan buta muzik, namun O.N.E belajar buat semua perkara itu dengan sendiri untuk memahirkan lagi diri mereka.



Baca : Ayah Puteri Balqis Mula Berlagak Diva?  

Sumber : gua.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Saturday, December 27, 2014

One Nation Emcees Digam Stesen Radio Kerajaan

Kumpulan hip hop popular, One Nation Emcees (ONE) akui kecewa apabila lagu-lagu mereka tidak diputarkan oleh stesen radio kerajaan atas alasan penggunaan bahasa rojak walaupun masih diundang mengadakan persembahan di beberapa buah program anjuran stesen berkenaan.


gosip, Hiburan, info, kontroversi, One Nation Emcees, One Nation Emcees Digam Stesen Radio Kerajaan, sensasi, terkini,

"Kami kecewa apabila lagu digam dengan alasan kami gunakan bahasa rojak tetapi jika membuat persembahan, mereka boleh pula panggil kami.

"Bukan kami tidak bersyukur tetapi sebagai sebuah kumpulan yang bergerak sendiri, kami mahu juga dikenali dan mendengar maklum balas pelbagai peringkat masyarakat dan medium.

"Kami akui sukar untuk pastikan lagu kami dimainkan di corong radio tetapi jika tiada sokongan daripada pihak sebegini, macam mana kami mahu terus berkarya," ujar vokalis utama ONE iaitu Mimi seperti dipetik daripada laporan Malaysian Digest.

Sebelum ini ONE pernah mengadakan persembahan di Anugerah Tribute P.Ramlee anjuran stesen berkenaan pada tahun lalu selain daripada anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) sekitar tahun 2009.

Dalam perkembangan lain, ONE baru sahaja melancarkan lagu single terbaru mereka berjudul "Hoi Ya Hoi" di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Lagu tersebut telah diinspirasikan menerusi filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee iaitu "Ali Baba Bujang Lapok", tetapi ia telah digubah dengan menceritakan kisah sebenar kehidupan zaman sekarang.

Selain daripada itu, ONE turut sedang menantikan persetujuan komposer dan penyanyi hip hop popular, Malique untuk satu projek kolaborasi yang dirancang sejak setahun lalu.

Selain Mimi, ONE yang pernah menjuarai program televisyen realiti "Gangstarz" pada tahun 2008 ini turut dianggotai oleh Jojo dan Zaidi. Mereka pernah popular dengan lagu-lagu seperti "Kuda Hitam", "Anak Kampung" dan "Raja Gelek".



Baca : Sharifah Zarina terlupa bawa seluar 

Sumber : tupai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Wednesday, December 24, 2014

Lagu ‘Hoi Ya Hoi’ Tribute Untuk Allahyarham Datuk Aziz Sattar

Jujurnya, kami suka dengan perkembangan muzik sejak akhir-akhir ini yang semakin banyak menghasilkan lagu lebih fresh dan mempunyai seni tersendiri. Sebagai contoh, lagu Assalamualaikum dari Faizal Tahir, #Peristiwa nyanyian Sofazr, Asfan & RJ dan yang terbaru lagu Hoi Ya Hoi oleh One Nation Emcees.


Lagu ‘Hoi Ya Hoi’ Tribute Untuk Allahyarham Datuk Aziz Sattar, info, terkini, hi buran, sensasi,One Nation Emcees, video lagu Hoi Ya Hoi

Menyesal Tak Sempat Kolaborasi Dengan Arwah Pak Aziz

    Ketika majlis anugerah Tribute P. Ramlee di Istana Budaya pada tahun lepas, kami sempat berjumpa dengan arwah. Dari situ timbul idea untuk membuat lagu ini dan arwah menyokong usaha kami. Sepatutnya kami nak berkolaborasi dengan arwah bagi muzik video lagu ini, namun tidak kesampaian.


Lagu ‘Hoi Ya Hoi’ Tribute Untuk Allahyarham Datuk Aziz Sattar, info, terkini, hi buran, sensasi,One Nation Emcees, video lagu Hoi Ya Hoi

    Apabila dapat berita arwah dah meninggal, kami rasa menyesal kerana tak buat lagu ini lebih awal. – Gua.com.my

Bersakit-Sakit Dahulu, Senang-Senang Later

Liriknya catchy dan sangat kena dengan situasi zaman sekarang. Iyalah, kalau nak dibandingkan dengan orang zaman dahulu yang lebih rajin mencari rezeki, kebanyakan (tak semua) anak muda sekarang ni lagi suka memilih jalan senang daripada bersusah payah untuk membaiki kehidupan. So, dengarlah lagu ini untuk bagi naik semangat. Kehkehkeh.

Lagu ‘Hoi Ya Hoi’ Tribute Untuk Allahyarham Datuk Aziz Sattar, info, terkini, hi buran, sensasi,One Nation Emcees, video lagu Hoi Ya Hoi


Satu-satunya bunga dalam group One Nation Emcees, Mimi memang sebiji macam Rihanna dengan rambut merah, bandana dan mechanic jumpsuit. Saling tak tumpah gitu.

Throwback Filem Ali Baba Bujang Lapok


Lagu ‘Hoi Ya Hoi’ Tribute Untuk Allahyarham Datuk Aziz Sattar, info, terkini, hi buran, sensasi,One Nation Emcees, video lagu Hoi Ya Hoi

Lagu terbaru ONE ni secara tak langsung membuatkan kami mengimbas kembali lagu asalnya yang dipetik dari filem Ali Baba Bujang Lapok (1961) arahan Tan Sri P. Ramlee (AMN). Masih ingat lagi liriknya yang penuh makna tersembunyi:


Lagu ‘Hoi Ya Hoi’ Tribute Untuk Allahyarham Datuk Aziz Sattar, info, terkini, hi buran, sensasi,One Nation Emcees, video lagu Hoi Ya Hoi

    Hoi hoi ya hoi hoi hoi ya hoi kita semua gembira hoi hoi ya pulang dapat harta uwang berjuta intan permata mari kita lekas ke gua bawa harta semua janganlah tunggu lama-lama simpanlah segera hoi hoi ya hoi kita semua gembira hoi hoi ya pulang dapat harta uwang berjuta intan permata.

Tapi kami suka juga dengan versi terbaru Hoi Ya Hoi walaupun Mimi ada selitkan unsur-unsur sensual sikit menerusi pergerakannya dalam MV tersebut. Apa pula pendapat korang?







Baca : Kapsyen #Deep Syafiq Kyle Untuk Uqasha Senrose 

Sumber : ohbulan.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif