Saturday, December 27, 2014

One Nation Emcees Digam Stesen Radio Kerajaan

Kumpulan hip hop popular, One Nation Emcees (ONE) akui kecewa apabila lagu-lagu mereka tidak diputarkan oleh stesen radio kerajaan atas alasan penggunaan bahasa rojak walaupun masih diundang mengadakan persembahan di beberapa buah program anjuran stesen berkenaan.


gosip, Hiburan, info, kontroversi, One Nation Emcees, One Nation Emcees Digam Stesen Radio Kerajaan, sensasi, terkini,

"Kami kecewa apabila lagu digam dengan alasan kami gunakan bahasa rojak tetapi jika membuat persembahan, mereka boleh pula panggil kami.

"Bukan kami tidak bersyukur tetapi sebagai sebuah kumpulan yang bergerak sendiri, kami mahu juga dikenali dan mendengar maklum balas pelbagai peringkat masyarakat dan medium.

"Kami akui sukar untuk pastikan lagu kami dimainkan di corong radio tetapi jika tiada sokongan daripada pihak sebegini, macam mana kami mahu terus berkarya," ujar vokalis utama ONE iaitu Mimi seperti dipetik daripada laporan Malaysian Digest.

Sebelum ini ONE pernah mengadakan persembahan di Anugerah Tribute P.Ramlee anjuran stesen berkenaan pada tahun lalu selain daripada anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) sekitar tahun 2009.

Dalam perkembangan lain, ONE baru sahaja melancarkan lagu single terbaru mereka berjudul "Hoi Ya Hoi" di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Lagu tersebut telah diinspirasikan menerusi filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee iaitu "Ali Baba Bujang Lapok", tetapi ia telah digubah dengan menceritakan kisah sebenar kehidupan zaman sekarang.

Selain daripada itu, ONE turut sedang menantikan persetujuan komposer dan penyanyi hip hop popular, Malique untuk satu projek kolaborasi yang dirancang sejak setahun lalu.

Selain Mimi, ONE yang pernah menjuarai program televisyen realiti "Gangstarz" pada tahun 2008 ini turut dianggotai oleh Jojo dan Zaidi. Mereka pernah popular dengan lagu-lagu seperti "Kuda Hitam", "Anak Kampung" dan "Raja Gelek".



Baca : Sharifah Zarina terlupa bawa seluar 

Sumber : tupai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →