Saturday, December 27, 2014

Pierre Andre tebal muka untuk "Cerita Hantu Malaysia"

Pengarah filem "Cerita Hantu Malaysia" Pierre Andre mengakui terpaksa menebalkan muka untuk memberi tawaran berlakon kepada pelakonnya kerana mempunyai bajet yang kecil untuk filem terbarunya ini.


Pierre Andre tebal muka untuk "Cerita Hantu Malaysia", info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, pierre Andre, cerita hantu malaysia

Menurut Pierre, walaupun karya terbarunya ini tidak mempunyai bajet yang tinggi, namun dia berpuas hati dengan penghayatan pelakon serta hasil filem tersebut.

"Saya sudah lama berniat untuk mengarahkan sebuah filem yang mempunyai konsep sebegini, namun saya mahu ianya mempunyai cerita serta plot yang kuat.

"Saya mendapat inspirasi daripada cerita orang sekeliling yang mempunyai pengalaman mistik yang diceritakan kepada saya.

"Boleh dikatakan saya berbangga dengan bakat semua pelakon terlibat. Sebagai pengarah saya juga agak tertipu dengan ekspresi wajah Leez. Saya kadangkala tertanya adakah dia benar-benar dirasuk atau hanya menjayakan watak saja," katanya yang ditemui pada majlis pratonton filem "Cerita Hantu Malaysia" di Cathay Cineplex ECurve, Selasa lalu.


Pierre Andre tebal muka untuk "Cerita Hantu Malaysia", info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, pierre Andre, cerita hantu malaysia

Dalam pada itu, Pierre menyangkal dakwaan kononnya dia dan Ketua Pegawai Eksekutif MIG, David Teo berselisihan faham berikutan karya terbarunya bersama produksi lain.

"Tidak dinafikan saya sinonim dengan filem terbitan MIG, namun tidak bermakna kreativiti saya terhad pada pengurusan itu sahaja.

"Lagipun, saya dah buat banyak filem dengan David, jadi tidak salah rasanya saya mencuba produksi lain dan memberikan kutipan yang memberangsangkan untuk pengurusan lain pula."



Baca : One Nation Emcees Digam Stesen Radio Kerajaan 

Sumber : tupai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →