Showing posts with label pierre Andre. Show all posts
Showing posts with label pierre Andre. Show all posts

Monday, December 29, 2014

Pierre Andre harap filem "CHM" dapat kutipan 'box-office'

Pengarah filem dan pelakon popular Pierre Andre sememangnya sinonim dengan mengarah filem-filem seram tempatan, dan terbaru selepas kejayaan filem "Highland Tower", Pierre sekali tampil tampil mempertaruh filem seram terbarunya "Cerita Hantu Malaysia".


Pierre Andre, info, terkini, hiburan, filem cerita hantu malaysia,

Walaupun terpaksa bergantung dengan bajet yang sedikit, Pierre menaruh harapan filem ini akan mencapai kutipan pecah panggung.

Berkesempatan bertemu dengan pengarah berbakat ini ketika majlis pratonton filem "Cerita Hantu Malaysia" di Cathay Cineplex baru-baru sempat menemubual bagi mengetahui lebih lanjut mengenai pembikinan filem ini.


Pierre Andre, info, terkini, hiburan, filem cerita hantu malaysia,

Jom ikuti temubual bersama Pierre Andre.

Hai & Assalamualaikum.
Waalaikumussalam semuanya. Terima kasih kerana sudi hadir ke majlis pratonton filem "Cerita Hantu Malaysia".

Boleh kongsikan mengapa Pierre mahu mengarahkan filem jenis omnibus ini (iaitu filem yang mempunyai atau lebih cerita dalam satu filem)?

Saya mahu tampil dengan filem baru yang berbeza daripada filem-filem saya sebelum ini. Ini sesuatu baru untuk saya dan ia membuatkan saya sangat teruja mengarah filem ini, dan Alhamdulillah penggambaran filem berjalan dengan lancar.

Bagaimana Pierre boleh mendapat idea atau inspirasi untuk menghasilkan filem seperti ini?

Saya sudah lama berniat untuk mengarahkan sebuah filem yang mempunyai konsep sebegini, namun saya mahu ianya mempunyai cerita serta plot yang kuat. Saya mendapat inspirasi daripada cerita orang sekeliling yang mempunyai pengalaman mistik yang diceritakan kepada saya.

Adakah sukar untuk Pierre mengarah filem ini kerana konsepnya lain dari filem yang pernah Pierre arah sebelum ini?

Untuk karya terbarunya ini menuntut saya untuk mengasah ketajaman kreativiti dalam mengarah filem ini. Ini kerana kekurangan bajet pada sesuatu filem sebenarnya adalah cabaran buat setiap pengarah. Memang perkara ini sebenarnya menuntut kita berfikiran lebih terbuka, realistic dan kreatif untuk manfaatkan bajet itu.

Apakah cabaran yang dihadapi Pierre ketika menghasilkan filem ini dan berapakah bajet sebenar filem "Cerita Hantu Malaysia"?

Seperti yang saya katakan tadi saya tiada masalah dan yakin melakukan sebaik mungkin. Cuma beberapa perkara yang boleh mengekang kehendak kita seperti pemilihan pelakon. Saya mempunyai bajet hanya RM200,000 sahaja tidak termasuk promosi filem dan memang saya malu ketika mula membuat tawaran kepada pelakon mengambil kira bajet yang terhad. Maklumlah, masing-masing sudah ada nama tersendiri dalam industri.

Bagaimanapun, saya sangat bersyukur kepada semua pelakon yang sudi menerima tawaran berlakon saya. Saya bersyukur kerana mendapat kesemua pelakon yang saya hendak.


Bagaimana pula dengan komitmen pelakon-pelakon dalam menjayakan filem "Cerita Hantu Malaysia"?

Saya boleh katakan yang saya sangat berbangga dengan bakat semua pelakon-pelakon yang terlibat. Sebagai pengarah saya juga agak tertipu dengan ekspresi wajah Leez. Saya kadangkala tertanya adakah dia benar-benar dirasuk atau hanya menjayakan watak saja.

Apakah harapan dan sasaran Pierre terhadap filem terbaru arahan Pierre ini? Adakah ia mampu menandingi filem "Highland Tower" arahan Pierre sebelum ini?

Walaupun konsep kedua-dua filem ini berbeza, namun saya menaruh kepercayaan untuk melihat filem "Cerita Hantu Malaysia" mendapat kutipan pecah panggung.

Ini dianggap suatu galakan semangat buat penerbit yang masih berani melabur biarpun tahu kesuraman industri filem sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Terima kasih Pierre kerana sudi meluangkan masa untuk ditemubual!
Sama-sama, jumpa lagi.

Pierre Andre, info, terkini, hiburan, filem cerita hantu malaysia,

Kepada peminat-peminat filem seram arahan Pierre Andre, jangan ketinggalan untuk menyaksikan filem terbitan 3Line Media Sdn Bhd dan RAM Entertainment Sdn Bhd ini yang sudah pun ditayangkan sejak 25 Disember lalu.

Baca : Jalil Hamid kurangkan aktiviti seni kerana dipinggirkan 

Sumber : tupai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Saturday, December 27, 2014

Pierre Andre tebal muka untuk "Cerita Hantu Malaysia"

Pengarah filem "Cerita Hantu Malaysia" Pierre Andre mengakui terpaksa menebalkan muka untuk memberi tawaran berlakon kepada pelakonnya kerana mempunyai bajet yang kecil untuk filem terbarunya ini.


Pierre Andre tebal muka untuk "Cerita Hantu Malaysia", info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, pierre Andre, cerita hantu malaysia

Menurut Pierre, walaupun karya terbarunya ini tidak mempunyai bajet yang tinggi, namun dia berpuas hati dengan penghayatan pelakon serta hasil filem tersebut.

"Saya sudah lama berniat untuk mengarahkan sebuah filem yang mempunyai konsep sebegini, namun saya mahu ianya mempunyai cerita serta plot yang kuat.

"Saya mendapat inspirasi daripada cerita orang sekeliling yang mempunyai pengalaman mistik yang diceritakan kepada saya.

"Boleh dikatakan saya berbangga dengan bakat semua pelakon terlibat. Sebagai pengarah saya juga agak tertipu dengan ekspresi wajah Leez. Saya kadangkala tertanya adakah dia benar-benar dirasuk atau hanya menjayakan watak saja," katanya yang ditemui pada majlis pratonton filem "Cerita Hantu Malaysia" di Cathay Cineplex ECurve, Selasa lalu.


Pierre Andre tebal muka untuk "Cerita Hantu Malaysia", info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, pierre Andre, cerita hantu malaysia

Dalam pada itu, Pierre menyangkal dakwaan kononnya dia dan Ketua Pegawai Eksekutif MIG, David Teo berselisihan faham berikutan karya terbarunya bersama produksi lain.

"Tidak dinafikan saya sinonim dengan filem terbitan MIG, namun tidak bermakna kreativiti saya terhad pada pengurusan itu sahaja.

"Lagipun, saya dah buat banyak filem dengan David, jadi tidak salah rasanya saya mencuba produksi lain dan memberikan kutipan yang memberangsangkan untuk pengurusan lain pula."



Baca : One Nation Emcees Digam Stesen Radio Kerajaan 

Sumber : tupai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif