Showing posts with label kontroversi. Show all posts
Showing posts with label kontroversi. Show all posts

Thursday, January 22, 2015

AJL29 : Tam Spider Luah Rasa Terkilan

Sebagaimana kita maklum, lagu Di Pintu Syurga yang dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL 29) baru-baru ini. Namun begitu, menjadi tanda tanya kenapa pencipta lagunya, Tam Mustafah atau Tam Spider tidak hadir pada malam berkenaan.


AJL29 : Tam Spider Luah Rasa Terkilan, info, terkini, hiburan, sensasi, Tam Spider, gossip, kontroversi

Pada malam kemuncak AJL 29, hanya penulis lirik, Imran Iman dan penyanyinya, Dayang Nurfaizah saja yang berada di atas pentas pada saat nama lagu itu diumumkan oleh pengacara, Scha Alyahya dan AG Hot FM.

Sudah tentu ramai yang beranggapan Tam Spider mungkin ada urusan lain pada malam tersebut. Oleh sebab itu beliau tidak dapat hadir. Namun, tanggapan itu seperti meleset kerana ada laporan mendakwa Tam sebenarnya sudah hadir ke malam anugerah berkenaan cuma beliau dikhabarkan tidak dibenarkan masuk.

Memetik laporan Berita Harian Online, Tam menjelaskan mengenai punca ketiadaannya pada majlis itu dan ada meluahkan rasa terkilan dengan apa yang berlaku.

“Tiada isu pun sebenarnya untuk diperbesar-besarkan tentang ketidakhadiran saya. Cuma saya agak terkilan dengan apa yang terjadi. Memang saya sekarang dalam proses berpindah rumah dan hal berkenaan tiada kaitan langsung dengan kenapa saya tidak hadir menyaksikan AJL 29 tempoh hari.

“Sejujurnya saya tidak datang menyaksikan malam kemuncak AJL 29 tetapi ada menyerahkan dua pas kepada teman saya yang juga terbabit sebagai ‘arranger’ untuk lagu Di Pintu Syurga. Saya hanya menontonnya di rumah saja.

“Teman saya itu datang dengan isterinya. Tapi saya kurang pasti atas alasan apa, dia tidak dibenarkan masuk ke dalam Stadium Putra Bukit Jalil. Sekalipun dia hanya mewakilkan saya, dia patut ada akses untuk menontonnya.

“Akhirnya mereka hanya mendengar siaran langsung itu dalam kereta menerusi frekuensi di radio,” kata komposer yang juga penyanyi kumpulan Spider itu.

Tambah Tam lagi, beliau bersama isteri dan anak-anaknya turut teruja untuk menyaksikan sesi raptai AJL 29 diadakan sehari sebelum acara berkenaan berlangsung iaitu pada hari Sabtu. Namun mendukacitakan beliau dan keluarganya apabila tidak dibenarkan masuk.

“Saya ada pas tapi pihak yang bertugas di stadium cakap pas itu tak ada sticker pula, jadi memang tak boleh masuk. Saya sudah lama dalam industri ini dan bukan diminta dilayan itu dan ini. Tak perlu pun nak kompang kehadiran saya malam raptai itu.

“Cukup izinkan saya menonton raptai AJL 29 saja. Saya sedar nak bawa anak kecil ke majlis berprestij akan menyukarkan keadaan dan sebab itu saya datang majlis raptai saja. Tapi lain pula jadinya dan saya sekeluarga pulang kehampaan…hilang mood.

“Saya malas nak kecoh benda ini. Malah sesama pasukan untuk lagu ini pun berusaha untuk meminta izin saya dibenarkan masuk ke stadium tapi tak lepas juga,” katanya.

Ditanya mengenai kemenangan lagu Di Pintu Syurga yang turut memenangi kategori Vokal Terbaik untuk Dayang Nurfaizah, beliau menjelaskan kemenangan itu milik semua yang bekerja keras.

“Ini kemenangan satu pasukan. Tanpa penulis lirik, lagu ini takkan ada maknanya. Tanpa ada pihak Indigital Music, lagu ini takkan dipromosikan sebaik mungkin dan tanpa Dayang Nurfaizah sendiri sebagai penyanyi, lagu ini takkan dialunkan begitu indah. Ia berkait rapat dan rezeki kami sama-sama,” katanya.

Tempat ketiga AJL 26 membolot hadiah wang tunai RM20,000 dan trofi manakala Vokal Terbaik disandang Dayang Nurfaizah yang membawa pulang wang tunai RM12,000 berserta trofi.


Sumber : ammboi.com

Pengurus: Zamani Kirim Salam Semua

Ketika pertemuan terakhir penyanyi Zamani Slam bersama pengurusnya, Johan Aziz itulah antara bait yang dilafazkan untuk kita semua di luar sini. Beliau sempat meminta maaf kepada pengurusnya itu selain menyampaikan salam buat semua.


Pengurus: Zamani Kirim Salam Semua, info, terkini, hiburan, sensasi, kontroversi, Zamani Slam, Kes Buli Zamani di Penjara

“Sempat berjumpa dengan dia tadi dan teramat sedih. Minta maaf abang Jo, kirim salam kepada semua abang Jo. Insyallah saya OK – dari Zamani,” tulis Johan Aziz di Facebook.


Dalam perkembangan terkini kes rakaman video Zamani Slam ketika dalam tahanan, Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat mengesahkan yang anggota polis yang merakam dan menyebarkan video tersebut sudah dikenal pasti.

“Siasatan dibuat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan kertas siasatan akan disiapkan secepat mungkin untuk diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya”

“Selain itu, siasatan dalaman dari segi salah laku dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sedang dijalankan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Selangor,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Sumber : rotikaya.com

Wednesday, January 21, 2015

Suami Farah Asyikin Diarah Lantik Wakil Pendamai Kes Cerainya

Suami kepada penyanyi Farah Asyikin, 35, iaitu Zaahier Stanley diperintahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah, di sini, pada Rabu supaya melantik segera wakil Jawatankuasa Pendamai dalam kes perceraian mereka.


Suami Farah Asyikin Diarah Lantik Wakil Pendamai Kes Cerainya, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, kontroversi, Fara Asyikin

Hakim Syarie, Amamuddin Yunus menetapkan 9 Februari depan bagi pihak lelaki membawa wakil selepas Zaahier gagal berbuat demikian dalam prosiding pada Rabu.

"Saya ingatkan untuk kamu membawa wakil daripada kalangan ahli keluarga kamu pada prosiding akan datang jika mahu meneruskan kes perceraian ini. Kes ini sudah tertangguh dua kali kerana perkara ini," kata Amamuddin.

Sementara itu, pada prosiding tersebut Farah sebagai plantif hadir bersama peguam syarie yang mewakilinya iaitu Siti Maisyarah Hashim selain melantik ibunya, Fauziah Othman sebagai wakil pihaknya untuk menganggotai Jawatankuasa Pendamai.

Dalam pada itu Siti Maisyarah berkata, anak guamnya tiada sebarang bantahan dan hanya menunggu tarikh seterusnya yang akan ditetapkan oleh mahkamah berhubung arahan itu.

"Kita terpaksa menunggu pihak lelaki untuk melantik wakilnya. Jika dia gagal untuk membawa wakil kerana ahli keluarganya tiada di sini, mahkamah akan melantik hakam (orang tengah) untuk mewakilinya dalam Jawatankuasa Pendamai tersebut.

"Jadi pada 9 Februari nanti Farah tidak perlu datang kerana hanya pelantikan wakil bagi pihak lelaki sahaja," katanya ketika ditemubual di luar mahkamah.

Penyanyi ini menfailkan penceraian tersebut pada penghujung Oktober tahun lalu.

Farah dan Zaahier iaitu warganegara Afrika Selatan yang berketurunan Melayu Cape berkahwin pada 15 Februari 2013 selepas berkenalan selama setahun menerusi Twitter.

Hasil perkahwinan tersebut pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Ebrahim Owais yang baharu sahaja berusia lapan bulan.

Sumber : mstar.com.my

Gelaran 'Pak Haji' Tidak Bataskan Adi Putra Lakonkan Adegan Panas

Pelakon Adi Putra tidak pernah membataskan watak yang akan dilakonkannya biarpun sudah menunaikan ibadah haji tahun lalu dan beberapa kali mengerjakan umrah.


Gelaran 'Pak Haji' Tidak Bataskan Adi Putra Lakonkan Adegan Panas, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, kontroversi, Adi Putra,

Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera, 34, berkata, apa yang dilakukannya itu adalah semata-mata untuk menghidupkan watak selain menganggap ia sebagai suatu ibadah.

"Saya tidak membataskan watak selepas mengerjakan haji dan umrah termasuk watak panas kerana itu adalah tuntutan kerja yang perlu dilaksanakan.

"Bagi saya walaupun melakukan babak panas tetapi ia dilakukan di hadapan beberapa kru. Apa yang saya lakukan itu atas dasar pekerjaan dan pekerjaan itu merupakan satu ibadah," ujarnya kepada mStar Online.

Adi berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada pemilihan watak-wataknya terbatas atau bersyarat selepas menunaikan ibadah haji September tahun lalu.

Dia juga sudah beberapa kali menunaikan umrah.

Katanya, babak-babak panas yang dilakonkan itu tidak semestinya bersentuhan sebaliknya lebih banyak menggunakan teknik kamera bagi mendapatkan kesan terbaik.

"Nama sahaja babak panas tetapi ketika melakonkannya ialah di hadapan ramai dan ada yang tidak bersentuhan pun.

"Banyak babak panas terutama di ranjang hanya guna teknik kemera sahaja," ujarnya.

Adi yang mempunyai perniagaan agensi umrah yang diberi nama Menara Hadid Holiday dan Menara Rezki turut mengakui tiada halangan untuknya meneruskan kerjaya sebagai seorang pelakon.

Katanya, buat masa ini, dia hanya mengurangkan sedikit kerjaya lakonan bagi memberi perhatian kepada perkembangan dua agensi pelancongan tersebut.

"Alhamdulillah semua berjalan lancar sejak ditubuhkan awal tahun 2014 lalu, Menara Hadid adalah agensi umrah yang kini beroperasi dengan dua kali penerbangan sebulan.

"Manakala Menara Rezki adalah syarikat operasi dan pengurusan di Saudi yang menguruskan hal berkaitan umrah. Tahun ini memang saya agak perlahan sedikit dalam dunai lakonan kerana fokus pada perniagaan," ujarnya.


Gelaran 'Pak Haji' Tidak Bataskan Adi Putra Lakonkan Adegan Panas, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, kontroversi, Adi Putra,

Dalam pada itu, Adi berkata, dia bakal keluar dengan filem berjudul Isyarat Cinta bersama Liyana Jasmay dan Fizo Omar pada 19 Mac depan.

Katanya filem bergenre cinta itu merupakan antara filem yang sukar dan memerlukan dia membuat kajian selama setahun sebelum memulakan penggambaran.

"Saya diberi skrip setahun awal kerana ia tentang orang bisu dan pekak. Oleh itu dalam masa setahun itu saya buat kajian tentang Orang Kelainan Upaya (OKU) yang ramai seperti di Brickfield (Kuala Lumpur).

"Bagi saya watak ini sangat susah kerana apa yang ingin saya sampaikan kepada penonton melalui lakonan semata-mata tanpa berdialog," katanya.

Filem Isyarat Cinta terbitan RK Screen bakal ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 19 Mac depan.

Manakala tayangan amal bagi mengutip derma untuk disalurkan kepada mangsa banjir akan dilakukan pada 4 Mac 2015.

Ia dianjurkan bersama Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM).

Sumber : mstar.com.my

Tangan Zamani Bergari, Pengurus Akan Ambil Tindakan

Pengurus kepada Zamani (Slam) iaitu Johan Aziz akan mengambil tindakan terhadap pihak yang bertanggungajwab sehingga tersebarnya video penyanyi itu dipaksa menyanyi dalam keadaan tangan bergari.


Tangan Zamani Bergari, Pengurus Akan Ambil Tindakan, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, kontroversi, Zamani Slam Ditahan Polis Disyaki Salah Guna Dadah?,

Johan berkata, penyebaran video itu benar-benar mengaibkan Zamani, 44, ditambah pula penahanannya akibat penyalahgunaan dadah.

“Saya tidak tidur malam selepas melihat rakaman video itu dan saya akan bertindak terhadap pihak berkenaan agar perkara yang sama tidak akan terjadi,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Khamis.

Terdahulu media meloporkan seorang penyanyi 1990-an dan teman wanitanya ditahan polis kerana dipercayai memiliki dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Keramat dekat sini awal pagi Rabu.

Serbuan pada pukul 12.30 malam itu dilakukan oleh pasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Ampang telah menemui satu bungkusan plastik disyaki heroin seberat kira-kira 1.2 gram di dalam sebuah bilik.

Ujian air kencing mendapati penyanyi berkenaan positif dadah jenis morfin manakala teman wanitanya berusia 32 tahun positif dadah amphetamine.

Bagaimanapun pada Khamis, video Zamani yang dituduh terlibat dalam kejadian berkenaan tersebar dengan keadaan tangan bergari sambil diarahkan menyanyi lagu popularnya, Gerimis Mengundang.

Dalam pada itu Johan berkata, mustahil video itu dirakam oleh orang awam kerana seseorang suspek yang ditahan polis perlu dibawa ke lokap untuk proses siasatan dan ia tentulah di bawah pengawasan anggota keselamatan.



Video ini yang tersebar menjadi kemarahan orang ramai terhadap anggota polis.

Justeru beliau tidak menolak penyebaran video itu dilakukan oleh pihak-pihak berkenaan.

“Semasa saya berjumpa dengan Zamani semalam (Rabu) dia tidak menceritakan mengenai rakaman itu sebaliknya dia meminta saya sampaikan kepada peminat, dia memohon maaf atas perbuatannya,” kata Johan.

Sementara itu Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) Datuk Freddie Fernandez ketika dihubungi mStar Online meluahkan rasa kesal terhadap pihak yang menyebabkan video berkenaan tersebar sehingga menjadi viral di media sosial.

Katanya, video itu benar-benar menghina Zamani dan pihak keselamatan seharusnya menunjukkan contoh yang baik dalam menjaga suspek yang ditahan.

”Saya sudah melihat video itu dan saya benar-benar kesal dengan apa yang telah berlaku,” jelasnya.

Sehubungan itu Freddie akan mengadakan pertemuan dengan pihak atasan di Kementerian Dalam Negeri pada Khamis (hari ini) untuk membincangkan hal berkenaan.

Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim kini direman di lokap Balai Polis Hulu Klang dekat sini untuk proses siasatan.


Sumber : mstar.com.my

AJL29: Debat Dato Seri Vida & Chef Wan Berpanjangan

Walaupun dah empat hari berlalu, kes Dato Seri Vida dengan iklan Qu Puteh yang menjengkelkan hati Chef Wan masih lagi bermain di akhbar.
AJL29: Debat Dato Seri Vida & Chef Wan Berpanjangan, info, terkin, hiburan, sensasi, kontroversi, gossip, Chef Wan, Dato Vida, Qu Puteh

Tapi, korang percaya tak bahawa ‘perdebatan’ mereka berdua ni sebenarnya masih belum berkesudahan. Nak tahu apa yang mereka berdua hujahkan? Ha.. bacalah sendiri.

    “Saya hanya berjuang untuk hak saya dan bukan mudah untuk sampai ke peringkat ini. elepas anugerah itu berlangsung, saya terkejut apabila ramai yang melemparkan tohmahan terutama di laman sosial termasuk Chef Wan yang menutup televisyen kerana iklan saya.


AJL29: Debat Dato Seri Vida & Chef Wan Berpanjangan, info, terkin, hiburan, sensasi, kontroversi, gossip, Chef Wan, Dato Vida, Qu Puteh

    Apa yang disampaikan dia (Chef Wan) tidak benar kerana iklan saya muncul hanya setiap 15 minit saja. Orang yang berjaya memberi motivasi, inspirasi, dan membantu antara satu sama lain ke arah kejayaan.

    Bagaimanapun, orang yang tidak berjaya, mereka benci, menyalahkan orang lain dan sentiasa mengadu.”


AJL29: Debat Dato Seri Vida & Chef Wan Berpanjangan, chef wan, Dato Vida, gossip, Hiburan, info, kontroversi, Qu Puteh, sensasi, terkin,

Bukan mahu menjatuhkan atau membuat provokasi tetapi sebagai penonton saya berhak menyuarakan pandangan saya apabila paparan iklan berkenaan menjengkelkan.

Saya juga memberi pandangan berdasarkan pengalaman apabila pernah dicemuh dan dimarah penonton apabila terpaksa menyebut produk tajaan sebuah program saya secara berulang.

Tidak ada faedah kita sesama manusia untuk membuat provokasi dan sebagainya kerana ia hanya mendatangkan dosa.”

Sumber : ohbulan.com

Monday, January 19, 2015

Nazim Othman Layak Digelar Sexiest Man Melalui Foto-Foto Ini

Bagi kami, Nazim Othman tidak menepati ciri-ciri tall, dark and handsome. Sebaliknya, lebih ke arah wajah secantik K-Pop gitu.

Namun, jangkaan kami meleset apabila Nazim Othman berjaya memenuhi kriteria lelaki kacak Malaysia dengan tampil ‘gagah’ sebagai cover man sebuah majalah.

Fuh, boleh tahan maskulin juga wajah jejaka kaki selfie ni ye.

Nazim Othman Layak Digelar Sexiest Man Melalui Foto-Foto Ini, info, terkini, hiburan, sensasi, kontroversi, Nazim Othman

Nazim Othman Layak Digelar Sexiest Man Melalui Foto-Foto Ini, info, terkini, hiburan, sensasi, kontroversi, Nazim Othman

Nazim Othman Layak Digelar Sexiest Man Melalui Foto-Foto Ini, info, terkini, hiburan, sensasi, kontroversi, Nazim Othman

Nazim Othman Layak Digelar Sexiest Man Melalui Foto-Foto Ini, info, terkini, hiburan, sensasi, kontroversi, Nazim Othman

Ha.. Jadi apakata gadis-gadis Malaysia? Teruja?

Sumber : ohbulan.com

Ramli MS Backup Qu Puteh

Ya, masih lagi nak sembang tentang penaja utama Anugerah Juara Lagu 29 (AJL29) iaitu produk kecantikan Qu Puteh. Rasanya korang pun tahu bahawa Qu Puteh telah menerima pelbagai kritikan negatif dari masyarakat kan?


Ramli MS Backup Qu Puteh, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, kontroversi, Produk Qu Puteh, Ramli MS

Dalam banyak-banyak kritikan, kami terjumpa pula satu komen positif mengenai Qu Puteh daripada akaun Facebook yang dipercayai milik Datuk Ramli MS.

Kalau korang nak tahu, pedas juga kritikan yang diberikan oleh Ramli MS terhadap golongan yang mengutuk Qu Puteh ni.


Ramli MS Backup Qu Puteh, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, kontroversi, Produk Qu Puteh, Ramli MS

Menurut status tersebut, Ramli berkata pengasas produk berkenaan telah mengeluarkan duit berjuta-juta untul program AJL29. Jadi, promosi yang diberi adalah setimpal dengan jumlah wang yang ditawarkan.

    Kesian Qu Puteh. Korang kutuk macam-macam. Dia la yang taja penuh ajl29. Juta-juta duit dia keluar..korang ingat dia pakai surat khabar ke bayar TV3. Adat orang berniaga camtu la. Apa pun cara dia tu kan dia.



Ramli MS Backup Qu Puteh, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, kontroversi, Produk Qu Puteh, Ramli MS

Tergamam juga kami dengan cabaran ini. Ada ke pihak yang sanggup nak taja AJL30 nanti dengan jumlah wang sebanyak ini?

Kata Ramli Ms, jika ada pihak yang ingin berbuat demikian, mungkin AJL30 nanti bakal diadakan di Paris dan mampu membawa 10 ribu penonton dari Malaysia untuk menyaksikannya.

    Next year siapa yang berani keluar 3 juta nk lawan dia, saya alu-alukan. Sebab production tv3 mesti buat party lonjak-lonjak suka. Kalau yang berani mati keluar 100juta lagi best AJL30 buat kat Paris bawa 10ribu penonton Malaysia sekali. Hahahaha

Haaa, amacam tergamam tak dengan ‘backup besar’ Qu Puteh ni? Hehe. Sebenarnya, jika difikirkan kembali, ada benarnya kata Ramli ni.


Ramli MS Backup Qu Puteh, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, kontroversi, Produk Qu Puteh, Ramli MS

Dah nama pun taja berjuta-juta, jadi sesuai sangatlah kalau sepuluh kali kejap dia keluar televisyen. Tak gitu?

Sumber : ohbulan.com

Yuna Kini Bercinta Dengan Adik Ashraf Sinclair?

Selain perkembangan seni terbaharu Yuna, pastinya peminat setia penyanyi ini turut mahu mengorek kisah percintaannya selepas putus cinta dengan jurugambar kacak dari Amerika, Julian Schratter.


Yuna Kini Bercinta Dengan Adik Ashraf Sinclair?, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, kontroversi, Yuna Zarai, Adam sinclair

Diam-diam, nampaknya Yuna mungkin sudah bertemu pengganti Julian yang tidak kurang hensemnya dan turut merupakan jejaka berdarah kacukan Melayu-Inggeris.

Jejaka yang kini dikatakan rapat dengan Yuna itu pula, rupa-rupanya adik kepada pelakon Ashraf Sinclair yang dikenali sebagai Adam.


Yuna Kini Bercinta Dengan Adik Ashraf Sinclair?, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, kontroversi, Yuna Zarai, Adam sinclair

Kalau diperhatikan laman Instagram Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari, Yuna turut sama menyertai percutian Ashraf sekeluarga di Los Angeles, baru-baru ini.

Mungkin juga Yuna menjadi ‘tourist guide’ buat family Sinclair memandangkan penyanyi berbakat besar itu sudah agak lama menetap di negara Uncle Sam kan.

Kita tunggu dan lihat sahaja nanti apa kata Yuna mengenai perkara tersebut, tapi kalau tengok pasangan ini memang sama cantik dan sama padan!

Sumber : mynewshub.cc

Sunday, January 18, 2015

Sultan murka dengan kemenangan lagu 'Apa Khabar', kutuk juri #AJL29

AJL 29 telah melabuhkan tirai nya semalam.. Ramai yang tidak menyangka keputusan para juri dengan menobatkan lagu Apa Khabar sebagai juara.. kebanyakan penonton lebih memilih Mojo sebagai pemenang..


Sultan murka dengan kemenangan lagu 'Apa Khabar', Sultan kutuk juri #AJL29, info, terkini, hiuran, sensasi, kontroversi, gossip AJL29,


Sultan Melaka juga turun menyaksikan AJL29 dan tidak ketinggalan memberi komen pedas dalam laman sosial Facebook milik nya..


Sultan murka dengan kemenangan lagu 'Apa Khabar', Sultan kutuk juri #AJL29, info, terkini, hiuran, sensasi, kontroversi, gossip AJL29,

Ternyata Sultan Melaka murka dengan lagu apa khabar. apa yang dilihat sultan lebih suka mojo


Sultan murka dengan kemenangan lagu 'Apa Khabar', Sultan kutuk juri #AJL29, info, terkini, hiuran, sensasi, kontroversi, gossip AJL29,

Sumber : pilihan-anda.blogspot.com

Dahee Dipenjara, Kumpulan GLAM Bubar

Nasib kumpulan KPOP iaitu GLAM akhirnya terjawab apabila syarikat pengurusan Big Hit Entertainment dan Source Music mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak mereka.


Dahee Dipenjara, Kumpulan GLAM Bubar, info, terkini, hiburan, Artis Korea, Kpop, gossip, kontroversi
Dahee (dua dari kiri) dipenjara selama setahun dan kumpulannya GLAM dibubarkan.

Soompi melaporkan tindakan itu dilakukan ekoran salah seorang ahlinya, Dahee dijatuhkan hukuman penjara selama setahun selepas didapati bersalah dalam kes peras ugut terhadap aktor Lee Byung Heon pada Julai lalu.

"Kontrak GLAM secara dasarnya telah pun tamat pada akhir 2014 dan Big Hit Entertainment serta Source Music tidak akan menyambung kontrak mereka.

"Malah kesemua ahli yang tinggal mengambil keputusan untuk berpisah dan membawa haluan masing-masing," kata pihak jurucakap syarikat tersebut.

Bagaimanapun kata jurucakap itu, kesemua ahli GLAM diberi pilihan untuk terus bersama syarikat berkenaan untuk kerjaya solo namun mereka semua memilih untuk membawa haluan masing-masing.


Sumber : mstar.com.my

Ainan Tasneem Didakwa Berkelakuan Sumbang Dengan Teman Lelaki

Penyanyi Ainan Tasneem menegaskan tuduhan kononnya dia berkelakuan sumbang dikhalayak dengan teman lelakinya adalah fitnah yang sengaja direka-reka bertujuan menjatuhkan maruahnya.

Ainan Tasneem Didakwa Berkelakuan Sumbang Dengan Teman Lelaki, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, kontroversi, Ainan Tasneem

Ainan atau nama sebenarnya Ainan Tasneem Ridzuan, 23, berkata, biarpun namanya tidak segah penyanyi lain namun dia sedar gerak-gerinya sentiasa diperhatikan masyarakat dan pelik apabila dijadikan sasaran pihak tertentu.

"Mungkin nama saya tidak segah selebriti lain namun rasanya orang kenal siapa Ainan Tasneem tambahan pula di Perlis.

"Saya bukan bodoh sangat untuk berkelakuan seperti didakwa kerana sedar gerak-geri diperhatikan dan dakwaan itu fitnah semata-mata," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Ahad.

Ainan berkata demikian sebagai respon kepada artikel sebuah akhbar mingguan yang melaporkan dia dan kekasihnya berjalan berpimpinan tangan selepas selesai makan di sebuah restoran pada 9 Disember lalu.

Dakwaan daripada seorang pembaca menerusi e-mel itu turut memberitahu pasangan berkenaan tidak segera beredar sejurus memasuki kereta Honda Jazz berwarna biru sebaliknya mendakwa mereka 'bermesra-mesraan' hampir 45 minit di dalam kereta berkenaan sebelum beredar.

Ainan bagaimanapun tidak menafikan ada berkunjung ke restoran berkenaan bersama lelaki tersebut pada tarikh berkenaan namun menyangkal dakwaan berdua-duaan dengan teman lelakinya itu di dalam kereta.

Ainan Tasneem Didakwa Berkelakuan Sumbang Dengan Teman Lelaki, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, kontroversi, Ainan Tasneem
Ainan kini memberi tumpuan kepada pengajiannya di UniMAP.

"Saya tidak mengetahui mengenai fitnah ini sehinggalah ada peminat yang bertanyakan hal berkenaan di Instagram kerana masih belum sempat membaca akhbar.

"Terkejut saya apabila membaca artikel berkenaan kerana bukan sahaja dituduh berpegangan tangan tetapi dikatakan 'bermesra' pula di dalam kereta. Ia tidak masuk akal," katanya.

Dalam pada itu, Ainan berkata, dia tidak pasti sama ada dakwaan berkenaan dibuat kerana ada pihak berdendam dengannya kerana tidak mempunyai musuh.

Malah katanya, teman lelakinya itu juga sentiasa mengingatkan mengenai batas pergaulan mereka kerana bimbang akan menjadi perbualan masyarakat.

"Jika benar saya berkelakuan tidak senonoh mengapa pengirim e-mel berkenaan tidak menegur perbuatan saya itu secara berhadapan atau mengambil gambar kami untuk dijadikan bukti sokongan kepada dakwaan tersebut?

"Saya tidak pasti sekiranya ada pihak yang berdendam dengan saya sehingga sanggup mereka cerita seperti itu dan ia satu fitnah," jelasnya.

Sementara itu, menjawab tuduhan kononnya mereka bercuti ke Eropah bersama teman lelakinya itu, Ainan berkata, pemergian mereka ke sana bukan berdua sebaliknya turut ditemani oleh ahli keluarga lelaki tersebut.

"Hubungan saya dan keluarga teman lelaki memang akrab dan sebaliknya. Saya sedar kedudukan saya sebagai seorang penuntut universiti dan selebriti, takkan saya sanggup mencemarkan imej keluarga kedua-dua belah pihak.

"Pemergian kami ke sana juga bukan rahsia malah ibu bapa saya mengetahui tentang itu," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Ainan berkata dia kini sibuk dengan pengajian semester akhirnya di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Kejuteraan BioProses.

Jelas Ainan, dia juga bakal merakamkan sebuah single bersama ahli kumpulan Sleeq iaitu Aliff yang akan dilancarkan pada tahun ini.

"Sekarang memang sibuk dengan pengajian dan ingin buat yang terbaik kerana saya berhasrat untuk menyambung pengajian di peringkat Sarjana selepas ini," katanya.

Sumber : mstar.com.my

Penonton Diserang Histeria Ketika Menonton "VIlla Nabila" Gimik Produksi?

Penerbit filem terkenal Datuk Yusof Haslam menyangkal dakwaan kononnya pihak produksinya Skop Production dan Viper Studios merancang gimik penonton diserang histeria ketika menonton filem terbaru arahan anaknya Syafiq Yusof "Villa Nabila" baru-baru ini.


Penonton Diserang Histeria Ketika Menonton "VIlla Nabila", info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, kontroversi, villa nabila

Menurut Yusof, dia hanya mengetahui mengenai video penonton diserang histeria ketika menonton wayang di TGV Cinemas, AEON Tebrau, Johor Bahru selepas diberitahu oleh anaknya, Syafiq.

"Saya tidak tahu menahu mengenai kejadian itu dan selepas dimaklumkan anak saya, Syafiq, saya memang terkejut. Malah dia akui terperanjat mengenai kejadian berkenaan.

"Sejujurnya, produksi kami tidak pernah terlibat dalam kerja gimik murahan begitu. Ia berlaku di luar pengetahuan kami. Saya bertanya kepada Syafiq dan dia menafikan.

"Kemungkinan besar, penonton terlalu fobia dengan filem itu dan emosinya terbawa-bawa. Malah sebelum ini isteri saya turut menjerit ketika menontonnya namun tidaklah sampai terkena histeria," katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, Yusof Haslam berkata, dia bersyukur apabila "Villa Nabila" mendapat kutipan yang memberangsangkan iaitu sebanyak RM350,000 selepas dua hari tayangan.

"Alhamdulillah, selama dua hari tayangan di seluruh Malaysia termasuk Brunei dan Singapura, "Villa Nabila" berjaya mengutip RM350,000 dan untuk tiga hari, saya menjangka ia akan bertambah ke RM500,000.

"Saya melihatnya sebagai satu kejayaan buat Syafiq di mana filem ini adalah filem eksperimental bajet sederhana."

Sumber : tupai.com.my

Friday, January 16, 2015

Jumlah Kerugian Alyah Selepas Langgar Kereta Ramali MS

Tidak tahu apa agaknya yang bermain di fikiran finalis Anugerah Juara Lagu ke 29, iaitu Alyah sehingga dia telah sanggup bertindak untuk melanggar kereta milik suaminya, Dato` Ramli MS.

Jumlah Kerugian Alyah Selepas Langgar Kereta Ramali MS, info, terkini, hiburan, sensasi, kontroversi, gossip, alyah, Ramli MS

Kejadian tersebut berlaku ekoran kontroversi perbalahan yang berlaku di Instagram di antara mereka, baru-baru ini.

Menerusi laporan Harian Metro hari ini, Alyah akui yang dia bertindak sedemikian kerana sudah hilang kawalan. Ketika dihubungi, Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hassan, 34, berkata dia berbuat demikian kerana gagal mengawal emosi dan kecewa dengan perbuatan suaminya.

Artikel Terdahulu :  

Malah Alyah menambah sekiranya dia mengikutkan kehendak hati dan sifat amarahnya itu, dia mungkin akan bertindak lebih di luar kawalan. Dia bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang punca sebenar kejadian itu dan menganggap ianya sudah berlalu.

Sumber Harian Metro sebelum ini ada memaklumkan yang bahagian depan kereta milik pengarah muzik terkenal, Dato` Ramli MS remuk dan calar dalam kejadian Ahad lalu.

Alyah turut akui yang akibat tindakannya, dia terpaksa menanggung kos mencecah RM11,000 bagi membaikpulih keretanya sendiri yang turut remuk itu. Dia bagaimanapun tidak mengetahui sama ada kereta suaminya sudah dibaikpulih atau tidak.

Terdahulu, Alyah telah menimbulkan tanda tanya dengan memuat naik foto suaminya bersama seorang wanita menerusi laman Instagram miliknya.

Foto itu kemudiannya telah dipadamkan tidak lama kemudian setelah penyanyi itu sedar foto tersebut telah menarik perhatian ramai.

Sumber mendakwa tindakan Alyah melanggar kereta suaminya sehingga remuk pada bahagian depan adalah kerana tertekan dengan pelbagai teka-teki dan kekeliruan yang wujud dengan kehadiran wanita tersebut dalam perkahwinannya.

Baca : Leonardo Dicaprio Bikin Lutut & Kaki Rihanna Menggeletar? 

Sumber : murai.com.my

Aaron Aziz Nafi Babak Pegang Bra Lucah

Pelakon Aaron Aziz yang ditemui ketika malam gala filem Suamiku, Encik Perfect 10! di GSC Mid Valley kelmarin menafikan yang babaknya memegang pakaian wanita atau bra dianggap sebagai perbuatan lucah. Ini kerana babak tersebut lebih kepada menceritakan informasi mengenai wanita yang mengandung yang ingin disampaikan melalui filem itu.


Aaron Aziz Nafi Babak Pegang Bra Lucah, info, terkini, hiburan, sensasi, kontroversi, gossip, aaron aziz suamiku encik perfect 10

“Saya tidak rasa teruk sangat babak itu. Sebab apa yang kita sampaikan adalah mengenai pakaian dalam wanita tidaklah lucah sebab babak itu lebih kepada penjelasan berkaitan dengan wanita yang mengandung dan bukanlah suka-suka untuk berbuat begitu,” katanya.

Dalam filem terbaru terbitan Astro Shaw, Suamiku, Encik Perfect 10! Aaron bergandingan bersama Lisa Surihani yang juga merupakan kali kedua bersama selepas filem terakhir mereka, Ombak Rindu, juga adaptasi novel pada tahun 2011 yang lalu.

Jelasnya kali ini wataknya sangat berlainan sekali daripada genre-genre romantik yang dilakonkan kerana dipertemukan dalam penceritaannya yang bukan berdasarkan cinta pertama.

“Filem ini merupakan satu kelainan bila Zarief (Aaron Aziz) dipertemukan secara tak diduga dengan Aleeya (Lisa Surihani) dalam kapal terbang dari London ke Malaysia. Pertolongan Zarief ringankan beban Aleeya telah membibitkan rasa cinta di antara mereka berdua,” ujarnya ringkas.

Kepada peminat Aaron Azizn dan novel asal filem ini, jangan lupa saksikan filem Suamiku Encik Perfect 10! yang akan ditayangkan pada 22 Januari ini.


Baca : Nuha Dikritik Kerana Bergambar Manja Disisi Ewal  

Sumber : rotikaya.com

ABPBH2014: Shila Amzah Tarik Diri Kerana Diboikot!

Penyanyi Shila Amzah telah menyatakan hasrat untuk menarik diri daripada bertanding dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) anjuran akhbar Berita Harian bagi edisi yang ke-28 kerana diboikot pihak media.


ABPBH2014: Shila Amzah Tarik Diri Kerana Diboikot!, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, kontroversi, Shila Amzah

Hasrat untuk menarik diri daripada anugerah yang dianggap People of The Choice ini telah dibuat oleh Shila Amzah menerusi wawancara yang dilakukan bersama radio Hot fm pada siang tadi.

Susulan daripada itu, Shila Amzah telah memuat naik kenyataan yang sama menerusi sebuah posting di laman instagramnya.
Kenyataan tersebut adalah: Shila Amzah Entertainment Berhad, have decided not to take part on this year's Anugerah Bintang Popular Berita Harian due to the conflicts with some of the media:) #shilalas #wearestillunited.

Malah, Shila Amzah turut menyelitkan sama posting video yang memaparkan sesi wawancara radio Hot fm bersamanya itu.

Dalam posting video wawancara bersama Hot fm itu, Shila menyatakan bahawa: "semua telah bertindak  memboikot saya. Jadi, Shila Amzah Entertainment Sdn Bhd membuat keputusan untuk tidak menyertai Anugerah Bintang Popular Berita Harian pada kali ini".
Kenyataan yang dibuat oleh Shila Amzah ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Namun, ia meninggalkan tanda-tanya kepada segelintir pihak, mengapa anak kepada penyanyi senior ND Lala ini tidak melakukan tindakan yang sama dalam Anugerah Juara Lagu 29 (AJL29) yang akan berlangsung pada malam Ahad ini.

Apa bezanya media elektronik dengan media cetak?

Malam kemuncak ABPBH2014  yang bertemakan cinta bakal kembali menggegar Arena of Stars, Kota Keriangan Genting Highlands, dan akan disiarkan secara langsung pada hari Ahad, 5 April 2015.

Baca : Pelakon Lelaki Disyaki Merogol Telah Ditahan Polis 

Sumber : murai.com.my

Thursday, January 15, 2015

Alyah Langgar Kereta Ramli MS

Penyanyi terkenal, Alyah telah melanggar kereta mewah suaminya iaitu Datuk Ramli MS yang memungkinkan perbalahan antara pasangan suami isteri semakin meruncing.

Alyah Langgar Kereta Ramli MS, info, terkini, hiburan,sensasi, gossip, kontroversi, alyah, ramli ms

Kejadian tersebut dipercayai berlaku kerana Alyah hilang kawalan emosi ekoran kontroversi gambar yang dimuatnaik komposer muzik itu.


Alyah Langgar Kereta Ramli MS, info, terkini, hiburan,sensasi, gossip, kontroversi, alyah, ramli ms

Baca : Punca Jepp Sepahtu Tidak Beraksi Di MLM2014 

Sumber : katakcomel.my

Wednesday, January 14, 2015

Punca Abby kecam peniaga jual makanan berbentuk kolopir

Abby Abadi melalui satu post nya di media sosial mengecam tindakan sesetengah penjual makanan di negara ini menjual makanan berunsur lucah.


Punca Abby kecam peniaga jual makanan berbentuk kolopir, info, terkini, hiburan, sensasi, kontroversi, gossip, abby abadi kecam peniaga,

Makanan yang di maksudkan adalah makan yang berbentuk kemaluan lelaki di jual kepada orang ramai yang mana cara jualan nya dalam seperti dalam gambar di atas dan di jual dalam RM Malaysia.

Abby melalui laman sosial nya juga berkata isu artis lelaki KPOP mememeluk anak gadis melayu belum selesai kini bakal timbul isu baru yang akan hangat di perkatakan di negara ini.
Punca Abby kecam peniaga jual makanan berbentuk kolopir, info, terkini, hiburan, sensasi, kontroversi, gossip, abby abadi kecam peniaga,

Dimana lokasi kedai yang menjual makanan berunsur lucah ini tidaklah di nyata kan secara terperinci namun ianya amat menjijikkan dan memalukan rakyat negara ini.

Baca : Tahniah, Black Timang Cahaya Mata Lelaki 

Sumber : aans.blogspot.com

Ezany Nizariff Didakwa Dah Berkahwin Dengan 2 Wanita

Belum pun selesai krisis rumahtangga yang dihadapinya, pelakon Ezany Nizariff kini didakwa pula telah berkahwin dengan dua wanita di Perlis baru-baru ini oleh isterinya sendiri.


Ezany Nizariff Didakwa Dah Berkahwin Dengan 2 Wanita, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, kontroversi, ezzany Nizariff

Ezany yang berang dengan dakwaan itu menulis sendiri di status akaun Facebook miliknya yang dia telah dituduh sudah berkahwin dengan dua wanita oleh isterinya, Lizda Nuryanti.

Berikut merupakan status yang dimuat naik Ezany:


Ezany Nizariff Didakwa Dah Berkahwin Dengan 2 Wanita, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, kontroversi, ezzany Nizariff

Ezany berkeras seperti menafikannya dan mencabar seseorang untuk membuat semakan di Pejabat Agama Perlis untuk mendapat kesahihan benarkah dia sudah berkahwin dengan dua wanita itu di sana.
Tiada apa yang diminta oleh pelakon itu selain meminta isteri kembali ke pangkal jalan.

Pada 17 Julai 2014, Ezany membuat laporan di Balai Polis Kinrara, Serdang setelah mendakwa isterinya dilarikan seorang lelaki.

Menurut Ezany, dia menyedari kehilangan isterinya setelah bangun tidur kira-kira pukul 4.30 pagi untuk bersahur dan mendapati pintu utama rumahnya tidak berkunci.

Ezany kemudian telah pun mengemukakan permohonan nusyuz (perintah kembali taat) terhadap isterinya di mahkamah sama pada 22 Julai 2014 setelah wanita itu keluar dari rumah kelamin mereka di Seri Kembangan pada 17 Julai lalu.

Ezany Nizariff Didakwa Dah Berkahwin Dengan 2 Wanita, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, kontroversi, ezzany Nizariff

Isterinya kemudian memohon bercerai secara baik, namun ditolak oleh Ezany.

Ezany dan Lizda diijabkabulkan mereka pada 1 Julai 2007 dan mereka dikurniakan dua orang anak.

Baca :  
Fauziah Latif Hanya Ucap “Insha Allah” Mengenai Persiapan Perkahwinan

Sumber : murai.com.my

Tuesday, January 13, 2015

Kontroversi Alyah Dirancang Kerana AJL 29?

Komposer dan penulis lirik lagu Sesal Separuh Nyawa yang dinyanyikan Alyah menyangkal tuduhan kononnya merancang kontroversi untuk mempromosikan lagu berkenaan yang bakal dipertandingkan dalam Anugerah Juara Lagu 29 (AJL29) yang bakal berlangsung Ahad ini.


Kontroversi Alyah Dirancang Kerana AJL 29?, info, terkini, hiburan, sensasi, kontroversi, gossip, alyah dan ramli MS, AJL29

Penulis liriknya, Shah Shamsiri berkata, kontroversi yang tercetus melibatkan Alyah dan suaminya Datuk Ramli MS adalah isu peribadi yang tiada kaitan dengan gimik untuk meraih simpati masyarakat dalam pertandingan itu nanti.

"Ramai yang tanya saya adakah ia satu gimik untuk AJL29 ini memandangkan terlalu ramai yang buat gimik akhir-akhir ini untuk menarik perhatian penonton.

"Tetapi, bagi saya ia adalah hal peribadi mereka dan tidak mungkin perkara itu dibuat sebagai gimik untuk tarik perhatian penonton," katanya kepada mStar Online, di sini, Selasa.

Shah berkata demikian ketika diminta mengulas tentang persepsi segelintir masyarakat yang menganggap perkara tersebut sebagai gimik semata-mata menarik penonton menyaksikan pertandingan AJL29 yang akan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, Ahad ini.

Terdahulu, pada Ahad lalu Alyah mencetuskan kontroversi apabila memuat naik gambar suaminya Datuk Ramli MS bersama seorang wanita di Instagram dengan kapsyen seolah-olah Ramli telah mempermainkan hatinya.

Status itu kemudiannya mendapat perhatian umum dan beberapa jam selepas itu Alyah memuat naik gambarnya bersama suami dengan menjelaskan bahawa dia terlalu beremosi sehingga membuat kesilapan tersebut.

Dalam pada itu, Shah memberitahu pada awalnya mereka agak bimbang mengenai kemerosotan persembahan Alyah dalam menyampaikan lagu berkenaan.

Bagaimanapun, penyanyi itu sudah memberi keyakinan kepadanya, komposer Aidil Zamri dan Alfie untuk mempersembahkan karya berkenaan sebaik mungkin.

"Ketika tercetuskan kontroversi ini saya agak bimbang memikirkan persembahan Alyah kerana takut fokus dia untuk malam tersebut terganggu namun dia telah meyakinkan kami untuk menyampaikan lagu tersebut sehabis baik.

"Saya beritahu dia agar luahkan segala perasaan yang terpandam itu di atas pentas dan tunjukkan kepada masyarakat tahap profesionalnya dia sebagai seorang artis berpengalaman," katanya.

Dalam pada itu, komposer lagu tersebut, Aidil Zamri berkata, pengalaman Alyah sebagai penyanyi selama 14 tahun dengan melalui pelbagai dugaan sebelum ini membuatkan dia yakin penyanyi itu mampu melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik.

Dia juga mengenali Alyah sebagai seorang wanita cekal yang mempunyai jati diri tinggi.

"Saya tidak risau kerana dia seorang yang kuat jati diri serta tahu apa yang diinginkan dalam hidupnya. Bagi saya dia sudah melalui pelbagai dugaan selama 14 tahun menjadi artis.

"Bagi saya apa yang berlaku adalah ujian Allah kepada hambanya yang dirasakan kuat untuk berhadapan dengan ujian itu," katanya.

Baca : Adib Khalid & Izara Aishah Sedia Berkahwin? 

Sumber : mstar.com.my