Showing posts with label pelakon. Show all posts
Showing posts with label pelakon. Show all posts

Sunday, November 23, 2014

Beto Kusyairy tercedera dalam “Gila Baby”

Pelakon popular Beto Kusyairy memberitahu dia tercedera ketika menjalani penggambaran filem terbarunya "Gila Baby", tetapi dia tetap meneruskan penggambaran walaupun dalam keadaan tercedera.

"Memang saya ada tercedera di lutut sebab jatuh motor dan di dahi semasa pengambaran. Lepas tu saya terus balut dan teruskan. Orang lain mengharapkan cuti. Saya fikir tentang masa lagi, selagi saya boleh bergerak, saya teruskan," kata Beto yang ditemui pada majlis pratonton filem "Gila Baby" di GSC Pavilion, semalam.


Beto Kusyairy tercedera dalam “Gila Baby”, info, terkini, hiburan, sensasi, Pelakon, Beto Kusyairy

Menurut Beto, jika dia ditawarkan untuk melakonkan watak aksi, dia akan menawarkan diri untuk melakukan aksi tersebut kerana dia akan rasa lebih puas dengan melakukannya sendiri.

"Saya pada asalnya seorang pelagak ngeri, saya tak boleh nak lari. Bila melibatkan aksi ni, saya akan jadi lebih bersemangat. Masa mula-mula ditawarkan untuk berlakon filem "Gila Baby" ini, Kabir sendiri cakap banyak melibatkan aksi,dan saya sendiri cakap saya nak buat semua sendiri dan saya dapat sokongan dari pengarah dan produksi sendiri."

Tambah pelakon "Istanbul Aku Datang" ini lagi, walaupun dia sering mengalami kecederaan dan membuatkan isterinya risau, tetapi isterinya sentiasa memahami kerjayanya sebagai pelagak ngeri.

"Kalau 'girlfriend' dah risau ini kan pulak isteri yang dah bertahun dengan saya. Dah tentu saya tak nafikan. Tapi dia tau perangai suami dia macam mana. Tahu apa yang saya nak sebab saya sukakan benda lasak. Dalam kerisauannya, dia tetap sokong apa yang saya buat."

Dalam perkembangan lain, dia kini sedang sibuk mempromosikan filem lakonannya "Gila Baby" sebagai peneraju utama dengan membawakan watak Bob arahan Kabir Bhatia yang akan ditayangkan pada 4 Disember ini.

Sementara itu, Beto juga terlibat dalam pementasan teater "Takhta 3 Ratu", arahan Erma Fatima membawakan watak Hang Jebat, yang akan dipentaskan di Istana Budaya pada 13 sehingga 22 Disember depan.

Baca

Sumber : tupai.com.my
Baca : Tak Jadi Merajuk Selepas Dipilih Pengacara Mentor Legend 
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Friday, November 21, 2014

Farid Kamil jatuh tingkat 4, keadaannya kini...

Farid Kamil jatuh dari tingkat 4, bukanlah disebabkan oleh tindakan Diana Danielle (isteri) enggan berlakon dengannya tapi ianya cukup sinonim dengan adegan xtrem untuk sebuah filem.


Farid Kamil jatuh tingkat 4, info, terkini, hiburan, pelakon, sensasi, Farid Kamil,

Farid dikatakan jatuh dari tingkat 4 semata-mata untuk satu babak dalam filem Kaki Kitai. Keadaan Farid tidak lah serius memandangkan jatuhnya itu dari arah belakang.

    “Cabaran paling teruk adalah ketika melakukan babak jatuh dari tingkat 4. Persiapan awal tak dilakukan dengan baik dan pengiraan saya juga silap. Saya terhempap di bahagian belakang dan akibatnya, ia mendatangkan kecedaraan di bahagian belakang saya.

    Saya tak boleh nak ‘bajet’ sebab saya jatuh dari bahagian belakang, kalau bahagian depan mungkin saya dapat kawal. Selepas jatuh, saya tak bernafas dalam lima saat dan memang susah nak tarik nafas,”

    “Bukan tak serik tapi malang tak berbau. Memang saya ada cakap nak kurangkan aksi lagak ngeri, namun saya memang tak sangka benda itu akan berlaku. Selepas ini saya akan lebih berhati-hati dan akan pastikan saya melihat dulu pakar buat sebelum saya sendiri melakukan aksi. Kalau selamat untuk lakukan, saya akan buat,” -Farid petikan portal GUA

Baca : Fazura Bakal Dedah Buah Hati 
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Saturday, November 15, 2014

Gambar Fesyen Izreen Azminda Pula Dikritik Peminat

Gambar dress paling bangang dedah aurat Azmida dikutuk peminat! Fesyen terbaru yang dipakai oleh artis Izreen menerui intalgram media hiburan baru-baru ini mendapat kritikan daripada peminat kerana terlalu seksi dan mendedahkan aurat


Fesyen Izreen Azminda Pula Dikritik Peminat, info, terkini, hiburan, pelakon, izreen azminda, gosip, kontroversi,


Tidak dapat dinafikan ada yang mengomen secara positif an ada pulak yang memberi komen yang positif dengan mendoakan semoga Izreen baik-baik dalam kejayaannya sebagai pelakon.


Fesyen Izreen Azminda Pula Dikritik Peminat, info, terkini, hiburan, pelakon, izreen azminda, gosip, kontroversi,

Fesyen Izreen Azminda Pula Dikritik Peminat, info, terkini, hiburan, pelakon, izreen azminda, gosip, kontroversi,

Diharap selepas ini beliau lebih berhati-hati memilih fesyen pakaian, tak pasal-pasal pulak dikutuk.


Fesyen Izreen Azminda Pula Dikritik Peminat, info, terkini, hiburan, pelakon, izreen azminda, gosip, kontroversi,

Fesyen Izreen Azminda Pula Dikritik Peminat, info, terkini, hiburan, pelakon, izreen azminda, gosip, kontroversi,


Sumber : infohiburanterkini2.blogspot.com

Friday, September 19, 2014

Foto Remy Ishak Di Padang Pasir Yang Begitu..

Dalam banyak-banyak tempat menarik, mana destinasi yang korang rasa nak pergi bercuti sekarang? Haa, dah nak hujung tahun ni, mesti korang pun sedang merancang percutian seperti kami kan.


Foto Remy Ishak Di Padang Pasir Yang Begitu.., info, terkini, hiburan, pelakon, Remy Ishak, sensasi,


Eh eh, kami bukan nak cakap mengenai percutian sebenarnya, kami nak becerita mengenai percutian aktor kacak ala ala hero Malaya di India. Siapa lagi kalau bukan Remy Ishak.

Kalau korang mengikuti perkembangan Remy, mesti korang tahu Remy berada dimana sekarang kan. Malah, kalau lihat pada Instagramnya, banyak foto-foto menarik yang dikongsikan tau!

Foto Remy Ishak Di Padang Pasir Yang Begitu.., info, terkini, hiburan, pelakon, Remy Ishak, sensasi,


Seronok nau nau kami tengok Remy kat sana. Siap ada video menari bersama kanak-kanak disana lagi. Korang nak tahu tak, foto Remy ni, dapat perhatian peminatnya tau!

Bila baca rasa lucu pun ada. Tapi kami harus bersetuju dengan beberapa komen peminat yang memuji ketampanan Remy. Jejaka ini memang tampan! Sado pula tu. Hiks!


Foto Remy Ishak Di Padang Pasir Yang Begitu.., info, terkini, hiburan, pelakon, Remy Ishak, sensasi,


Kalau diperhatikan, ramai peminat yang ‘cair’ bila lihat aksi-aksi Remy ni tau. Mana taknya, bila lihat foto Remy dari belakang pun ada yang melting gitcheww!

Foto Remy Ishak Di Padang Pasir Yang Begitu.., info, terkini, hiburan, pelakon, Remy Ishak, sensasi,


Namun, kadang-kadang tergelak kecil kami bila ternampak komen peminat yang meminta Remy sampaikan salam pada Amitabh Bachchan.

Foto Remy Ishak Di Padang Pasir Yang Begitu.., info, terkini, hiburan, pelakon, Remy Ishak, sensasi,


Ada juga yang mengusik nakal mengatakan aktor ini pulang ke kampung halamanlah, macam-macam. Tak baik tau cakap begitu. Hmm.

Foto Remy Ishak Di Padang Pasir Yang Begitu.., info, terkini, hiburan, pelakon, Remy Ishak, sensasi,

Foto Remy Ishak Di Padang Pasir Yang Begitu.., info, terkini, hiburan, pelakon, Remy Ishak, sensasi,


Apapun, seronok kami lihat foto-foto yang dikongsi oleh Remy. Kami harap Remy bergembira disana dan pulang dengan selamat ke Malaysia ya. Jom tengok apa yang Remy kongsi nak? Selamat menonton!



Sumber : ohbulan.com

Thursday, September 4, 2014

Nas T letak sasaran akhiri zaman bujang?

Pelakon Nas T mengakui adakalanya berasa cemburu melihat rakan-rakannya yang sudah berkahwin dan mempunyai anak, tetapi menyerahkan persoalan jodoh kepada takdir.


Nas T letak sasaran akhiri zaman bujang?, info, terkini, hiburan, pelakon, sensasi, gosip,


Dipetik daripada laporan Sinar Harian, pelakon berusia 31 tahun ini yang masih belum mempunyai calon yang sesuai turut tidak meletakkan sebarang sasaran untuk mengakhiri zaman bujangnya.

"Siapa yang tidak mahu berkahwin dan mempunyai keluarga? Hampir semua rakan-rakan saya sudah berkahwin dan punya anak. Ia membuatkan saya sedikit cemburu.

"Tapi soal cinta bukan boleh dipaksa-paksa dan InsyaAllah sekiranya dipertemukan dengan wanita yang sesuai pasti saya akan berkahwin," ujarnya.


Nas T letak sasaran akhiri zaman bujang?, info, terkini, hiburan, pelakon, sensasi, gosip,


Nas T dan Nabila Huda pernah menjalin hubungan cinta sekitar tahun 2013.

Pemilik nama sebenar Nas Muammar Zar Nasruddin ini turut mengakui dia semakin cerewet dalam memilih pasangan kerana pengalaman lalu banyak mengajarnya.

Mengimpikan wanita yang lasak dan 'gila-gila' sepertinya, bekas kekasih kepada aktres Nabila Huda ini turut memberitahu ada rakan-rakan yang membantunya mencari pasangan, tetapi rezeki jodoh masih belum berpihak kepadanya.

Bercerita tentang perkembangan karier seninya, Nas T yang mula dikenali menerusi filem "Goodbye Boys" dan siri televisyen "Kami" memberitahu rezekinya semakin murah selepas bergelar pemenang "Fear Factor Malaysia" musim kedua.

Dia juga sedang terlibat dengan program hiburan "Suka Lattew" bersama Alif Satar dan Shahrol Shiro di saluran Astro.

Sumber : tupai.com.my

Monday, August 25, 2014

Indahnya cinta Siti Saleha

Indahnya cinta Siti Saleha | Kalau kita sebut nama pelakon ini lima atau enam tahun lalu pastinya ada yang terpinga-pinga. Namun kini nama Siti Saleha cukup sinonim sebagai pelakon wanita pilihan ramai. Kita lupakan sekejap kata-kata yang pernah melabelkan dia menggunakan wajah kacukan sebagai tiket untuk memasuki industri. Memang tidak dinafikan dia memiliki kecantikan seorang wanita, tetapi itu hanya bonus memandangkan kekuatan lakonannya kini lebih dipercayai peminat.


Indahnya cinta Siti Saleha, info, terkini, hiburan, artis, pelakon, sensasi


Masih mahu menetapkan lingkungan privasi diri walaupun kini cukup dikenali, Saleha yang kini berusia 24 tahun bagaimanapun perlu akur dia hanya wanita biasa yang cukup bahagia dengan cinta seorang lelaki kini.

Tiada sebab untuk dia menyembunyikan soal cinta yang semakin mekar terhadap lelaki bertuah tersebut memandangkan asas hubungan mereka dibina melalui kepercayaan. Bagaimanapun, pengakuan itu tidak membuatkan dia punya toleransi untuk mendedahkan segala-galanya, perihal lelaki berkenaan.

Masih ada yang perlu dilindungi, dan Saleha memohon dirinya diberikan sedikit lagi masa untuk itu.

“Kami tiada masalah memandangkan keserasian yang wujud sangat kuat di antara kami. Tidak dinafikan kami berbeza budaya, tetapi semuanya itu tidak ada masalah selain agama.

“Saya selalu bangkitkan soal (agama) ini dengan dia, tetapi akhirnya memang buntu. Memandangkan kami berdua tidak lagi memikirkan soal perkahwinan, kami fikir mungkin masa akan memudahkan semuanya nanti untuk kami terus bersama," katanya positif.

Enggan menjelaskan identiti jejaka yang yang berasal dari Portugal itu, Saleha tidak berselindung antara kelebihan hubungan ini adalah mereka berdua terus jatuh cinta walaupun usia hubungan ini sudah setahun. Walaupun kini kekasihnya itu sudah kembali ke negara asal, tiada sebab untuk dia menolak terma cinta jarak jauh.

“Dengan pelbagai cabaran saya masih bersama dia, memang hubungan ini sangat kuat. Setiap hari masih terasa kehangatan cinta tersebut walaupun sudah setahun hubungan kami berjalan.

“Buat masa ini dia sudah berada di sana, tetapi saya okey dia juga dengan hubungan jarak jauh ini. Memandangkan pekerjaan dia sentiasa berpindah randah jadi benda ini biasa buat kami," katanya.

Lima Syawal lalu, dia berangkat ke Amsterdam dan Portugal, tidak dinafikan atur cara percutian ini turut memuatkan lawatan ke rumah keluarga kekasihnya di sana. Nampaknya ini merupakan kali ketiga dia bertemu keluarga kekasihnya itu. Balas Saleha melalui layanan yang diterima dia percaya hubungannya mendapat restu.

“Ini kali ketiga saya bertemu keluarga dia, kali pertama tahun lepas, kemudian mereka sekeluarga ada datang ke Kuala Lumpur dan yang terbaru saya ke sana pula.

“Mereka sangat baik, bagaimanapun perbezaan bahasa sedikit menyukarkan saya memahami apa yang cuba disampaikan. Tetapi ada usaha daripada ibunya yang cuba menuturkan bahasa Inggeris, menyentuh hati saya," katanya.

Jika keluarga kekasih sudah menerima baik, apa pula kata lelaki ‘Utama" dalam hidup Siti Saleha Mohd Baharum ini? Balas Saleha sebagai seorang anak yang rapat dengan ayahnya, dia tahu ada getar yang sukar dia tafsirkan dalam hati lelaki bergelar ayah itu. Tidak menolak ada ketika ayahnya melarang dia mengahwini lelaki asing, tetapi itu lebih kepada getaran normal di hati seorang ayah yang takut kehilangan anaknya.

“Ayah saya sudah bertemu dengan kekasih saya, semuanya nampak okay. Malah mereka juga sering menjadikan topik bola atau politik sebagai sumber perbincangan.

“Pernah dia menyatakan kesedihannya kepada saya yang jika mengahwini lelaki asing kelak, saya terpaksa mengikuti suami meninggalkan Malaysia. Tetapi saya balas kembali, ayah juga pernah melakukan perkara yang sama (mengahwini wanita asing), tidak perlu risau. Secara jujurnya saya tidak akan tinggalkan ayah, sebab saya mahu menjaga dia,"katanya.


Sumber :  utusan.com.my