Showing posts with label stesen TV swasta. Show all posts
Showing posts with label stesen TV swasta. Show all posts

Monday, December 1, 2014

Zed Zaidi selar stesen televisyen swasta bersikap angkuh

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) Zed Zaidi menyelar stesen televisyen swasta yang enggan memberi kerjasama bagi menyelesaikan masalah yang yang dihadapi industri menerusi kempen "Switch Off 14".


Zed Zaidi selar stesen televisyen swasta bersikap angkuh, info, terkini, hiburan, sensasi, stesen TV swasta, kontroversi, gosip

"Saya sendiri hairan kenapa stesen televisyen begitu angkuh dan sukar untuk menerima penjelasan dan berbincang perkara ini. Walaupun mendapat perhatian kerajaan, namun mereka masih berdegil.

"Mereka seolah-olah cuba menentang kuasa menteri dan menunjukkan ego masing-masing. Namun percayalah keangkuhan itu tidak akan menyelesaikan masalah malah mengundang sesuatu yang tidak baik.

"Apa salahnya kita sama-sama berbincang mengenai masalah industri kerana kita semua saling memerlukan antara satu sama lain," katanya yang dipetik dari Sinar Harian.

Dalam pada itu, Zed berkata, masalah yang sudah lama dibangkitkan ini telah memberi gambaran bahawa masalah industri sebenarnya berpunca daripada pihak stesen televisyen.

"Ini bermakna masalah sebenar industri berpunca daripada stesen televisyen. Sekiranya mereka memberikan kerjasama sudah tentu perkara ini akan dapat diselesaikan menerusi meja rundingan.

"Namun, difahamkan sekiranya mereka tetap berpeluk tubuh, lebih ramai lagi yang akan turun pada kempen yang akan datang dan berkumpul di stesen televisyen."

Baca : Video Pertemuan Amelina Bersama Erra Fazira Lepas 15 Tahun  

Sumber : tupai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif