Showing posts with label terkini. Show all posts
Showing posts with label terkini. Show all posts

Thursday, February 26, 2015

Jep ambil tindakan undang-undang terhadap akhbar

Pelawak popular Jep Sepahtu berkata dia telah menghantar surat menerusi peguamnya sebagai tindakan awal terhadap sebuah akhbar tempatan yang mendakwa kononnya dia mengamuk belakang pentas selepas gagal menjuarai "Maharaja Lawak Mega 2014" (MLM 2014) baru-baru ini.


Jep ambil tindakan undang-undang terhadap akhbar, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, jep sepahtu

"Saya telah meminta nasihat peguam tentang perkara ini dan peguam saya telah menghantar surat kepada pihak akhbar itu sebagai tindakan awal.

"Apa yang ditulis di ruangan pojok itu adalah fitnah semata-mata. Ia bertentangan dengan apa yang berlaku pada malam tersebut. Kami gembira dengan kemenangan Zero dan pada masa bersyukur dengan kemenangan kami," katanya kepada Kosmo!

Tambah Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin, dia berbuat demikian berikutan untuk menyelesaikan isu tersebut dan membersihkan namanya daripada dikaitkan dengan perkara tidak benar.

"Selalunya saya hanya berdiam diri, namun kali ini saya anggap ia keterlaluan."

Dalam pada itu, pelawak berusia 30 tahun itu menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku di belakang pentas pada malam tersebut.

"Tamat sahaja MLM 2014, saya dan Shuib terus dibawa oleh dua kakitangan Astro ke bilik sidang akhbar. Sepanjang perjalanan ke sana, tiada apa-apa pun yang berlaku. Tambahan pula, dua individu yang mengiringi kami itu menjadi saksi bahawa saya tidak mengamuk pun malam tersebut."

Tambah Jep lagi, dia juga tidak pasti mengapa dia sering terpalit dengan kontroversi-kontroversi yang tidak berasas.

Sementara itu, Jep berkata kerjayanya tidak terjejas dengan kontroversi yang melandanya.

"Sudah beberapa kali saya terlibat dengan perkara seperti ini. bagaimanapun, saya jujur dengan karier saya. Alhamdulillah, saya masih di sini."

Sumber : tupai.com.my

Tuesday, February 24, 2015

Fazura Selfie Dalam Tandas Jadi Perhatian

Nama Fazura sememangnya semakin meletup-letup di industri hiburan tanah air... Lebih-lebih lagi apabila artis jelita ini menjadi salah seorang juri di rancangan yang cukup-cukup terkenal di negara ini iaitu Maharaja Lewak Mega 2014...


Fazura Selfie Dalam Tandas Jadi Perhatian , info, terkini, sensasi, hiburan, fazura, gambar fazura

Baru-baru ini dia mengongsikan sekeping gambarnya di dalam bilik air tanpa mengenakan sebarang make up. Namun, dia masih kelihatan jelita dengan wajah yang bersih di dalam gambar selfie tersebut. Jom lihat gambar itu di bawah:..-


Fazura Selfie Dalam Tandas Jadi Perhatian , info, terkini, sensasi, hiburan, fazura, gambar fazura

Sumber : iniblocksaya.blogspot.com

Gambar Che Ta Manis Bertudung Dihari Lahir Zain Saidin

Manis bertudung!

Demikian komen peminat Rozita Che Wan ketika menyambut ulangtahun ke-31 suaminya Zain Saidin malam semalam.

"Happy Birthday suami ku," ujar Che Ta melalui IGnya.

Mungkinkah Che Ta akan kekal dengan imej bertudung atau mungkin dia sekadar menghormati majlis kesyukuran dan bacaan Yasin yang difahamkan dipimpin oleh Imam Muda Asyraf ketika majlis berlangsung.




Namun yang paling menarik, Che Ta telah menghadiahkan suaminya Pakej Umrah sebagai kejutan berbanding hari lahir sebelumnya.

Mereka khabarnya akan berangkat ke Tanah Suci bagi mengerjakan umrah bersama.

Cayalah Che Ta!




















Sumber : myartis.com

Kapsyen Mengejutkan Anak Zul Huzaimy Lepas Dapat Ibu Baru

Pelakon terkenal, Zul Huzaimy telah selamat menikahi gadis pilihan hatinya iaitu Nur Ernawati Mohamad Nor beberapa minggu yang lalu.


Zul Huzaimy, anak Zul Huzaimy, info, terkini, hiburan, sensasi

Anak lelaki kepada aktres kacak itu telah membuat kapsyen khas buat ibu barunya itu menerusi akaun Instagram peribadinya.


Zul Huzaimy, anak Zul Huzaimy, info, terkini, hiburan, sensasi

Sumber : katakcomel.my

Puteri Balqis Dikritik Hebat Kerana Membuat Lambang Yahudi?

Pelakon cilik Puteri Balqis Azizi telah dikecam hebat apabila sebuah foto beliau menjadi kontroversi atas dakwaan  beliau telah membuat lambang Yahudi. Ia merupakan sebuah simbul “Rock” ataupun “I Love You” yang sering menjadi kebiasaan dikalangan remaja kini.


Puteri Balqis Dikritik Hebat Kerana Membuat Lambang Yahudi?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, puteri balqis, pelakon cilik Puteri Balqis,

Namun, sesetengah pihak telah mempertikaikan aksi beliau dalam foto tersebut.

Mempunyai jumlah pengikut yang ramai di Instagram telah membuatkan Balqis sering menjadi tumpuan ramai sehinggakan ada yang menyuruh beliau menutup aurat. Balqis dalam satu kenyataan juga berkata, beliau tidak mahu laman Instagram miliknya itu menjadi medan untuk peminat mencari gaduh.

Sebagai seorang anak kecil, kami rasa Puteri Balqis tidak perlu dikritik dengan begitu hebat sekali. Jika dalam isu menutup aurat pula, tidak salah untuk kanak-kanak itu bergaya  bukan? Jika sudah besar pasti dia sendiri boleh menilaikan apa yang harus dipakai ataupun tidak.

Sumber : beautifulnara.com

Wawa Zainal Akui Masih Mentah Untuk Berkongsi Ilmu Agama

Pelakon dan Duta kepada produk Blinq Beauty Drink, Wawa Zainal, 23, menjelaskan bahawa dia masih tidak layak dan tidak mempunyai ilmu yang tinggi untuk memberikan sebarang ceramah apabila dijemput oleh segelintir pihak dalam majlis tertentu.


wawa zainal, info, terkini, hiburan, sensasi,

Wawa menjelaskan, perubahan yang dilakukan oleh dirinya adalah secara perlahan dan masih banyak perkara yang perlu dipelajarinya.

“Saya pernah dapat tawaran untuk memberikan ceramah seperti artis-artis lain yang bertudung tetapi saya rasa saya belum cukup ilmu untuk berkongsi”

“Lagipun saya baru belajar dan berubah untuk mendalami mengenai agama. Jadi saya rasa saya tak layak untuk memberikan ceramah,” ujarnya kelmarin.

Bukan sahaja dirinya yang diundang untuk memberikan ceramah malahan suaminya juga pelakon Aeril Zafrel turut diundang sama tetapi mereka berdua dengan rasa rendah diri mengatakan bahawa masih belum layak untuk berbuat sedemikian.

“Dia (Aeril Zafrel) pun sama dapat tawaran untuk bagi ceramah, tetapi dia takut katanya nervous nak berhadapan dengan orang ramai,” tambahnya.

Selain itu, mengenai kerjaya lakonannya pula, Wawa memberitahu bahawa kini dia lebih fokus kepada keluarga dan perniagaan busana muslimah yang diusahakannya secara online dan akan datang Wawa turut akan melancarkan produk kecantikan tidak lama lagi.

“Fokus pada rumah tangga, bisnes baju dan akan datang saya akan keluarkan produk kecantikan sendiri. Dari segi kerjaya lakonan saya tidak akan sesekali berhenti tetapi hanya perlahankan sahaja”

“Ini kerana banyak tanggungjawab saya yang lain seperti anak saya yang masih kecil dan tiada siapa untuk jaga dia kalau saya keluar untuk shooting. Saya dan suami bergilir-gilir menjaganya kerana kami tidak mempunyai pembantu rumah dan suami tak galakkan untuk ada pembantu rumah,” katanya.

Wawa juga tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya suaminya itu, (Aeril Zafrel) berlakon di samping pelakon wanita yang lain dan dia tidak langsung cemburu kerana memahami tugas seorang artis dan pelakon, begitu juga dengan dirinya yang kini sudah pun berhijab.

“Saya tak ada masalah sebab benda itu dari dulu lagi kan. Saya faham dan dia (Aeril Zafrel) tak kisah telefon bimbit dia dekat tangan saya 24 jam. Saya tak pernah meletakkan syarat apa-apa untuk dia berlakon”

“Tapi dia sendiri yang meletakkan syarat untuk tidak bersentuhan. Begitu juga dengan diri saya yang mana saya tidak memilih watak, sebab pengarah sekarang pun sudah faham dan arif apabila seseorang artis itu telah pun bertudung. Saya pun bukanlah muslimah yang sejati tetapi masih belajar secara perlahan-lahan untuk ke arah itu,” katanya.


wawa zainal, info, terkini, hiburan, sensasi,

wawa zainal, info, terkini, hiburan, sensasi,

wawa zainal, info, terkini, hiburan, sensasi,

wawa zainal, info, terkini, hiburan, sensasi,

wawa zainal, info, terkini, hiburan, sensasi,

Sumber : rotikaya.com

Mula Bertudung Pada Hari Lahir, Lufya Nekad Berhijrah

Tahniah kepada penyanyi dan juga pelakon, Lufya Omar kerana kini telah mengambil keputusan untuk bertudung litup pada 2 Februari lalu, juga pada hari lahirnya yang ke 30.


Mula Bertudung Pada Hari Lahir, Lufya Nekad Berhijrah, info, terkini, hiburan, sensasi, lufya Omar

Menurut Lufya, niat untuk berhijrah tersebut memang sudah terdetik setiap tahun namun ketika itu dia terlalu memikirkan mengenai kerjaya dan juga komitmen.

“Saya pernah menangis memikirkan hal ini kerana hati belum kuat untuk membulatkan keputusan bertudung”

“Perasaan itu didorong dengan rasa takut dengan kebarangkalian serta kemungkinan tawaran seni akan putus. Tapi ibu saya selalu berpesan, rezeki Tuhan itu luas. Malah bertahun-tahun pesanan itu dititipkannya,” jelas Lufya.

Selian itu, antara perkara yang menemukannya untuk berhijab adalah apabila dia jatuh sakit dan ketika saat tersebut, Lufya banyak bermuhasabah diri.

Sehubungan dengan hijrahnya itu, Lufya juga mengakui sudah mula mengurangkan menerima tawaran berlakon dan jika ada pun, cukup sekadar menerima watak yang tidak bersentuhan dan bersesuaian dengan perubahan kini.


Mula Bertudung Pada Hari Lahir, Lufya Nekad Berhijrah, info, terkini, hiburan, sensasi, lufya Omar

Mula Bertudung Pada Hari Lahir, Lufya Nekad Berhijrah, info, terkini, hiburan, sensasi, lufya Omar

Mula Bertudung Pada Hari Lahir, Lufya Nekad Berhijrah, info, terkini, hiburan, sensasi, lufya Omar

Mula Bertudung Pada Hari Lahir, Lufya Nekad Berhijrah, info, terkini, hiburan, sensasi, lufya Omar

Mula Bertudung Pada Hari Lahir, Lufya Nekad Berhijrah, info, terkini, hiburan, sensasi, lufya Omar

Mula Bertudung Pada Hari Lahir, Lufya Nekad Berhijrah, info, terkini, hiburan, sensasi, lufya Omar

Mula Bertudung Pada Hari Lahir, Lufya Nekad Berhijrah, info, terkini, hiburan, sensasi, lufya Omar

Mula Bertudung Pada Hari Lahir, Lufya Nekad Berhijrah, info, terkini, hiburan, sensasi, lufya Omar

Mula Bertudung Pada Hari Lahir, Lufya Nekad Berhijrah, info, terkini, hiburan, sensasi, lufya Omar

Sumber : rotikaya.com

Kalau Gelaran Ratu Dangdut Ada Elaun, Amelina Rela Tarik Rambut

Penyanyi dangdut, Amelina baru-baru ini telah dikritik pedas oleh Ifa Raziah yang mengatakan kemunculan semula dirinya ke persada seni sebagai tidak relevan.


Kalau Gelaran Ratu Dangdut Ada Elaun, Amelina Rela Tarik Rambut, info, terkini, hiburan, sensasi, amelina

Amelina ketika ditemui Astro Gempak memberitahu tidak sedikit pun berkecil hati dengan kritikan dilontarkan teman sealirannya itu.

“Saya tidak ambil hati pun. Tak mengapa jika dia kata saya sudah tidak relevan. Saya tidak mahu panjangkan isu tersebut.

“Dia berhak menyuarakan pandangannya…Lagipun, setiap individu mempunyai pandangan berbeza,” jawab Amelina tenang.

Tambah Amelina, kembalinya dia ke industri seni tanah air adalah untuk mencari rezeki demi enam orang anaknya yang masih bersekolah.

“Saya kembali ke lapangan ini hanya untuk membesarkan anak-anak sahaja. Tak pernah terlintas untuk merebut gelaran ratu dangdut atau apa-apa ratu sekali pun.

“Rebut-rebut pun bukan dapat apa…Kalau ada elaun untuk gelaran Ratu Dangdut, saya rela tarik rambut,” katanya ketawa.

Ketika ditanya mengenai status rumahtangganya, penyanyi itu berkata biarlah semuanya berakhir dengan baik.

Amelina ditemui ketika majlis pelantikannya sebagai duta kecantikan produk B’Lyn dan pelancaran single terbarunya ‘Rindu 2015’ di Hotel De Palma pada petang Selasa.

Sumber : astrogempak.com.my

Yatt Hamzah Shopping Dengan Suami Selepas Fail Perceraian?

Jika semalam ramai peminat yang terkejut dan seakan tak percaya apabila Yatt Hamzah memfailkan perceraian, tapi nampaknya seperti ada sinar baru dalam rumahtangga pelakon dan pengacara ini.


Yatt Hamzah Shopping Dengan Suami Selepas Fail Perceraian?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, yatt hamzah, kes artis bercerai

Menurut laporan mStar Online semalam, mahkamah menangguhkan perbicaraan permohonan perceraian yang difailkan oleh Yatt kepada tarikh 12 Mac 2015 untuk sebutan kes dan lantikan peguam.


Yatt Hamzah Shopping Dengan Suami Selepas Fail Perceraian?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, yatt hamzah, kes artis bercerai

Terdahulu, suami Yatt, Abdul Mutalib memaklumkan kepada mahkamah bahawa dia mahu menarik semula kes kerana ingin mendapatkan khidmat kaunseling berhubung masalah rumah tangganya.

Bagaimanapun, Hakim Mohd Saifullah Hamzah menjelaskan plaintif (Yatt) telah pun memfailkan permohonan itu dan kedua-dua pihak perlu berbincang dengan peguam masing-masing bagi meneruskan kes perceraian mereka.

Namun menerusi perkembangan terbaru yang dilihat di Instagram malam semalam, Yatt sendiri telah memuat naik sekeping foto bersama suami dan anaknya dalam keadaan gembira.
Yatt Hamzah Shopping Dengan Suami Selepas Fail Perceraian?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, yatt hamzah, kes artis bercerai

Yatt Hamzah Shopping Dengan Suami Selepas Fail Perceraian?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, yatt hamzah, kes artis bercerai

Katanya, mereka sedang mencari barang untuk bertolak ke Syria esok sambil Yatt mengucapkan kata cinta kepada anaknya, Suci Hanania Malika dan suami.

Alhamdulillah jika benar hubungan mereka akan kembali pulih. Tak ada siapa yang gemarkan perceraian, betul tak?
Yatt Hamzah Shopping Dengan Suami Selepas Fail Perceraian?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, yatt hamzah, kes artis bercerai

Yatt Hamzah Shopping Dengan Suami Selepas Fail Perceraian?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, yatt hamzah, kes artis bercerai

Peminat-peminat juga bersedih sebaik mengetahui rumahtangga pasangan ini sedang dilanda masalah. Tapi kami percaya Yatt dan suami mampu menyelesaikan perkara ini dengan baik, InsyaAllah.


Sumber : ohbulan.com