Showing posts with label rozita che wan. Show all posts
Showing posts with label rozita che wan. Show all posts

Thursday, March 5, 2015

Che Ta Umum Nekad Bertudung Sepenuhnya

Baru-baru ini pelakon Rozita Che Wan telah pun pergi mengerjakan umrah bersama suami tercinta, Zain Saidin. Sepanjang berada di sana, Che Ta kerap memuat naik fotonya manis bertudung dan turut mendapat respon positif daripada peminat. 


Che Ta Umum Nekad Bertudung Sepenuhnya , info, terkini, hiburan, sensasi, Rozita Che Wan, Che TA Bertudung,
Terbaru menerusi perkongsian status Media Hiburan di laman Facebook, Che Ta dikatakan mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya sebaik pulang dari mengerjakan umrah. Keputusan tersebut diumumkan sendiri oleh pengurus Che Ta, Afeeq.
Pastinya keputusan Che Ta ini mendapat respon positif daripada peminat yang sentiasa mendoakan yang terbaik buat diri Che Ta dan keluarga. Syukur Alhamdulillah. 

Che TA Bertudung, Che Ta Umum Nekad Bertudung Sepenuhnya, Hiburan, info, rozita che wan, sensasi, terkini,

Sumber : ohbulan.com

Wednesday, March 4, 2015

Perasaan Che Ta Tak Selepas Anak Lebih Popular

Tidak dinafikan kelahiran Aaisyah Dhia Rana di dalam keluarga Rozita Che Wan merupakan penyeri dan juga menambah lagi warna kehidupan pasangan bahagia ini. Mengakui kini baru dapat merasai perasaan seorang ibu mempunyai anak perempuan, Che Ta bersyukur dengan kurniaan tersebut.


Perasaan Che Ta Tak Selepas Anak Lebih Popular, info, terkini, hiburan, sensasi, che ta, rozita che wan, zain saidin, aaisyah dhia rana

“Selama ini, saya dikurniakan dua anak lelaki (perkahwinan pertama), jadi sekarang baru saya dapat rasa perasaan ibu yang mendapat anak perempuan. Saya sendiri pun nak anak sentiasa cantik dan terjaga rapi seperti saya. Sekarang saya tak guna khidmat pembantu rumah, jadi semua dilakukan sendiri”

“Selalunya orang cakap anak perempuan ini senang nak cari baju cantik-cantik untuk mereka. Benar saya sendiri boleh rambang mata. Malahan hingga saat ini ada juga pengikut di laman Instagram dan peminat yang bermurah hati memberikan hadiah kepadanya”

“Saya bersyukur dengan kehadiran Aaisyah. Cuma tak sangka ramai yang meminatinya. Lihat sajalah kalau gambar dia dimuat naik di laman Instagram, sampai 20,000 yang menekan like. Gambar saya sendiri pun belum tentu dapat like banyak itu,” seloroh Rozita kepada Berita Harian.

Selain itu, Che Ta sendiri mengakui bahawa dia tidak bimbang mengenai senario tidak popular selepas kahwin malah bersyukur kerana kehadiran Aaisyah terus membuat rezekinya dan suami murah.

Sumber : rotikaya.com

Tuesday, February 24, 2015

Gambar Che Ta Manis Bertudung Dihari Lahir Zain Saidin

Manis bertudung!

Demikian komen peminat Rozita Che Wan ketika menyambut ulangtahun ke-31 suaminya Zain Saidin malam semalam.

"Happy Birthday suami ku," ujar Che Ta melalui IGnya.

Mungkinkah Che Ta akan kekal dengan imej bertudung atau mungkin dia sekadar menghormati majlis kesyukuran dan bacaan Yasin yang difahamkan dipimpin oleh Imam Muda Asyraf ketika majlis berlangsung.




Namun yang paling menarik, Che Ta telah menghadiahkan suaminya Pakej Umrah sebagai kejutan berbanding hari lahir sebelumnya.

Mereka khabarnya akan berangkat ke Tanah Suci bagi mengerjakan umrah bersama.

Cayalah Che Ta!




















Sumber : myartis.com

Sunday, February 15, 2015

Anak Rozita Che Wan, Rich Kids Of Malaysia Yang Paling Sejati

Dah pernah tengok akaun Rich Kids of Malaysia di Instagram? Kami rasa tak ada satu pun pencalonan yang boleh menandingi level kekayaan dimiliki oleh anak Rozita Che Wan dan Zain Saidin ini.


Anak Rozita Che Wan, Rich Kids Of Malaysia Yang Paling Sejati, info, terkini, hiburan, sensasi, rozita che wan, Aaisyah Dhia Rana

Walaupun belum pernah terselit dalam carta RKOM, tapi apa yang korang bakal lihat kat bawah ni adalah sebab mengapa Aaisyah Dhia Rana sebenarnya lebih layak digelar ratu RKOM dan senang-senang je boleh mengalahkan budak-budak ‘kaya’ yang lain.


Anak Rozita Che Wan, Rich Kids Of Malaysia Yang Paling Sejati, info, terkini, hiburan, sensasi, rozita che wan, Aaisyah Dhia Rana

Belum pun sampai setahun tapi Aaisyah dah mampu memiliki barang kemas cukup serba serbi merangkumi dua utas gelang tangan, gelang kaki dan rantai. Kau ada? Hahaha!


Anak Rozita Che Wan, Rich Kids Of Malaysia Yang Paling Sejati, info, terkini, hiburan, sensasi, rozita che wan, Aaisyah Dhia Rana

Untung Aaisyah ada parents yang mampu sediakan segala-galanya. Difahamkan gelang tangan Aaisyah itu daripada Habib Jewel.
Anak Rozita Che Wan, Rich Kids Of Malaysia Yang Paling Sejati, info, terkini, hiburan, sensasi, rozita che wan, Aaisyah Dhia Rana

Kami tak pasti berapakah had umur untuk kanak-kanak atau remaja yang layak digelar Rich Kids of Malaysia. Tapi, apa yang pasti, jika Aaisyah tercalon, si comel itu akan menjadi baby RKOM yang termuda dalam sejarah kewujudan page itu.


Anak Rozita Che Wan, Rich Kids Of Malaysia Yang Paling Sejati, info, terkini, hiburan, sensasi, rozita che wan, Aaisyah Dhia Rana

Dan mungkin Aaisyah boleh menggugat populariti abang sulungnya, Ammar Effendy yang turut tercalon dalam page RKOM. Kalau Ammar hanya mendapat 56 likes, agak-agak berapa ribu like untuk Aaisyah? Mungkin sejuta.

Sumber : ohbulan.com

Wednesday, February 4, 2015

[7 Gambar] Fesyen Rambut Terbaru Rozita Che wan

Siapa tak kenal dengan Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta, sentiasa membuat orang lain terpukau bila melihatnya. Apa sahaja yang digayakan oleh Che Ta tentu sahaja mendapat perhatian ramai, terbaru menerusi instagramnya, Che Ta dah bertukar fesyen rambutnya. Cantik sangat Che Ta dengan rambut barunya tu!

Kalau sebelum ni Che Ta, sentiasa mengenakan rambut panjang tapi rambut terbarunya nampak sedikit pendek. Tapi sesuailah dengan Che Ta yang comel tu.

Bila Abang M tengok Che Ta dah tak cam umur 40-an dah tapi umur 20-an. Sejak berkahwin dengan Zain dan dikurniakan anak yang sangatlah comel, wajah Che Ta nampak makin berseri-seri.

Jom kita layan beberapa gambar fesyen rambut Che Ta terbaru:


Fesyen Rambut Terbaru Rozita Che wan, info, terkini, hiburan, sensasi, Che ta, rozita che wan

Fesyen Rambut Terbaru Rozita Che wan, info, terkini, hiburan, sensasi, Che ta, rozita che wan

Fesyen Rambut Terbaru Rozita Che wan, info, terkini, hiburan, sensasi, Che ta, rozita che wan

Fesyen Rambut Terbaru Rozita Che wan, info, terkini, hiburan, sensasi, Che ta, rozita che wan

Fesyen Rambut Terbaru Rozita Che wan, info, terkini, hiburan, sensasi, Che ta, rozita che wan

Fesyen Rambut Terbaru Rozita Che wan, info, terkini, hiburan, sensasi, Che ta, rozita che wan

Fesyen Rambut Terbaru Rozita Che wan, info, terkini, hiburan, sensasi, Che ta, rozita che wan

Sumber : gosipmalaysia.com

Tuesday, January 20, 2015

4 Foto body Rozita Che yang sangat meletop selepas bersalin

Semasa melahirkan Aaisyah Dhia Rana, berat badan Rozita Che Wan (Che Ta) adalah 75 kilogram. Kini, selepas dua bulan dan sembilan belas hari kemudiannya, berat badan Che Ta menurun kepada 58 kilogram.


Rozita Che yang sangat meletop selepas bersalin, info, terkini, hiburan, sensasi, Che Ta, Rozita Che Wan


Begitu juga dengan pinggangnya yang berukuran 41 inci semasa melahirkan Aaisyah, sekarang sudah tinggal sebanyak 26 inci. Apakah rahsia Che Ta mengembalikan bentuk badannya dalam jangkamasa singkat?

“Masa sedang mengandung lima atau enam bulan, kita dapat tawaran jadi duta produk pelangsingan, Idola. Kita tanya kat manager kita, Afeeq, bagus tak produk ni.

Che Ta mencabar dirinya sendiri untuk kembali langsing seperti sebelum mengandung dulu.


“Kami berbincang dan bercadang untuk mencuba sendiri produk ni. Selepas bersalin dan habis makan ubat yang diberikan oleh doktor, barulah kita cuba sendiri produk ini.

“Paling penting, kita tertarik sebab ia tak menjejaskan proses penyusuan baby kerana ia diperbuat daripada buah-buahan,” kata Che Ta yang mesra membahasakan dirinya sebagai kita.

Menurut Che Ta, selain produk pelangsingan tersebut, dia juga ada menerima tawaran lain iaitu menjadi duta kepada pusat pelangsingan badan.

“Kalau jadi duta slimming centre, kita kena pergi ke pusat berkenaan dan perlu jalani macam-macam proses termasuk balut sana, balut sini, berjam-jam lamanya.

“Tapi kita ni malas dan tak ada masa nak buat itu semua. Jadi kita lebih berminat dengan produk yang mudah tapi bagus macam Idola.

“Kita cuma perlu ambil produk ini sehari sekali iaitu sebelum sarapan. Ternyata ia memang melawaskan dan membuang toksik-toksik dalam badan,” jelas Che Ta.

Bintang yang terkenal dengan penampilan anggunnya ini juga mengakui yang dia mencabar dirinya sendiri untuk kembali langsing setelah melahirkan anak pertamanya bersama Zain Saidin.

“Kita dah dapat turunkan 17 kilogram dan bercadang nak kecilkan lagi ukuran pinggang kembali kepada 22 inci macam semasa sebelum mengandung dulu,” katanya yang muncul di majlis ini dengan blaus hitam berkolarkan bulu-bulu burung serta berskirt hijau rekaan Qudyn KL.

Sementara itu, Ketua Pegawai Ekselutif G2 Network Worldwide, Sally Bador berkata, pihaknya menawarkan Che Ta menjadi duta kepada produk Idola keluaran mereka setelah tertarik dengan beberapa kriteria yang ada pada bintang tersebut.

“Che Ta adalah artis A++ yang eksklusif dan ada kelasnya yang tersendiri.

“Che Ta juga adalah ikon selebriti Malaysia yang sangat mendapat perhatian kerana aura populariti serta bakat yang ada padanya.

“Keayuan, keanggunan dan karisma semulajadi yang wujud pada diri Che Ta, tanpa disedari menjadi viral kepada wanita masa kini yang mahukan kelainan dalam ciri kewanitaan yang sebenarnya,” kata Sally.


Rozita Che yang sangat meletop selepas bersalin, info, terkini, hiburan, sensasi, Che Ta, Rozita Che Wan

Rozita Che yang sangat meletop selepas bersalin, info, terkini, hiburan, sensasi, Che Ta, Rozita Che Wan

Rozita Che yang sangat meletop selepas bersalin, info, terkini, hiburan, sensasi, Che Ta, Rozita Che Wan

Sumber : plbgaimacam.blogspot.com

Thursday, January 8, 2015

Che Ta Teruja Untuk Hamil Lagi, Paling Awal Hujung Tahun Ini

Kagum kami dengan semangat pelakon dan pengacara, Rozita Che Wan atau Che Ta yang berhasrat untuk hamil lagi selepas ini.


Che Ta Teruja Untuk Hamil Lagi, Paling Awal Hujung Tahun Ini, info, terkini, hiburan, sensasi, che ta, rozita che wan

Memetik laporan , Che Ta merancang untuk menambah cahaya mata paling awal pada penghujung tahun ini. Keinginan itu mendapat sokongan suaminya, Zain Saidin yang sememangnya cukup suka kepada kanak-kanak.



“Kalau boleh dan jika ada rezeki saya mahu hamil lagi, paling awal hujung tahun ini. Yelah, nasihat doktor kalau saya mahu hamil perlu dalam masa beberapa tahun terdekat ini kerana usia saya pun sudah semakin lanjut.

“Kena ikut nasihat doktorlah macam mana, jika kesihatan dan keadaan mengizinkan, saya memang nak hamil lagi selepas Aaisyah besar sedikit,” katanya.

Che Ta Teruja Untuk Hamil Lagi, Paling Awal Hujung Tahun Ini, info, terkini, hiburan, sensasi, che ta, rozita che wan
Bayi perempuan Che Ta dan Zain, Aaisyah Dhia Rana.

Che Ta sebelum ini pernah meluahkan rasa bimbangnya ketika mengandungkan Aaisyah kerana kali terakhir dirinya mengandung adalah 16 tahun lalu.

Nampaknya kebimbangan itu sudah berakhir, malah berganti dengan rasa teruja pula kini.

Bak kata orang, selagi ada peluang, selagi itu kita perlu mencuba. Tak gitu?

Baca : Ryan Gantikan Aweera Dalam Mojo 

Sumber : mynewshub.cc

Wednesday, December 17, 2014

Che Ta Sedia Passport Bayinya Untuk Ke Paris & London

Dalam diam-diam tu, pelakon dan juga pengacara Primadona Rozita Che Wan telah siapkan passport untuk anaknya Aaishah Dhia Rana.


Che Ta Sedia Passport Bayinya Untuk Ke Paris & London, info, terkini, hiburan, sensasi, Che Ta, zain saidin, rozita che wan, Aaishah Dhia Rana

Comel sungguh foto Aaishah di passport tu, rasa mcm nak cubit-cubit pipinya.

Dapat tahu pun menerusi Instagram Che Ta dengan kapsyennya “yeaaay Aaisyah can now see the world now.”

Dengan pelbagai tempat Che Ta hastag seperti London, Paris, dan Amsterdam. Nampak gayanya Che Ta dah siap siaga untuk pergi bercuti dengan bayi comelnya itu.

Bila Che Ta nak pergi tu, tak pastilah. Kemungkinan Che Ta dan Zain Saidin akan ke negara Eropah selepas habis pantang kot, sama-sama kita nantikan.

Apa-apa pun, didoakan agar kesihatan Che Ta cepat sembuh dan tak sabar nak tunggu kemunculannya selepas bersalin, mesti meletop!!!

Baca : Gaya Hidup Mewah & Anggun Azrinaz Pukau Perhatian Umum 

Sumber : murai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Friday, December 12, 2014

Ucapan Romantis Che Ta Buat Zain Sempena Anniversary

Pejam celik, pejam celik rupa-rupanya usia perkahwinan selebriti terkenal Rozita Che Wan (Che Ta) dan Zain Saidin sudah pun mencecah usia setahun, semalam.


Ucapan Romantis Che Ta Buat Zain Sempena Anniversary, info, terkini, hiburan, sensasi, pasangan romantis, che ta, rozita che wan, zain saidin,


Rasa macam baru sahaja melihat majlis perkahwinan meletop mereka di kaca televisyen kan? Kemudian lahir pula anak sulung mereka Aaisyah Dhia Rana yang sangat comel tu.

Nampaknya, ikatan cinta Che Ta dan Zain tak perlu diragui kerana masing-masing tampak romantis dan bahagia bersama.


Ucapan Romantis Che Ta Buat Zain Sempena Anniversary, info, terkini, hiburan, sensasi, pasangan romantis, che ta, rozita che wan, zain saidin,


Malah ramai menyifatkan Che Ta adalah wanita paling beruntung kerana memiliki suami yang bukan sahaja kacak malah penyayang.

Dengar-dengarnya sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama, Che Ta menerima seutas gelang Pandora Habib Jewel daripada suami tercinta.


Ucapan Romantis Che Ta Buat Zain Sempena Anniversary, info, terkini, hiburan, sensasi, pasangan romantis, che ta, rozita che wan, zain saidin,


Wah, nampaknya pandai Zain ambil hati bini. Lagi-lagi orang perempuan memang suka diberi hadiah terutamanya pada hari-hari istimewa.

Lebih mengharukan membaca luahan cinta Che Ta kepada Zain yang sangat romantis sekaligus menunjukkan kehadiran Zain dalam hidupnya merupakan detik paling membahagiakan.


    The days we share are my blessings.
    The memories we make are my treasures.
    The togetherness we have is my dream come true.
    And the understanding we share is something i’ve never had wt anyone but you.
    If anyone ever asked me what part of my life you are… I would just have to look at them and smile and say,”The best part”.


Luahan cinta Che Ta di Instagram mendapat reaksi para peminat yang beranggapan pasangan suami isteri ini sangat sweet.


Ucapan Romantis Che Ta Buat Zain Sempena Anniversary, info, terkini, hiburan, sensasi, pasangan romantis, che ta, rozita che wan, zain saidin,

Seronok lihat hubungan pasangan ini yang tampak ikhlas mempamerkan cinta antara satu sama lain.

Kami doakan moga Che Ta dan Zain Saidin kekal bahagia bersama hingga ke syurga.

Ucapan Romantis Che Ta Buat Zain Sempena Anniversary, info, terkini, hiburan, sensasi, pasangan romantis, che ta, rozita che wan, zain saidin,

Baca : Gambar Terkini Abby Abadi yang Memukau 

Sumber : mynewshub.cc

 photo good_zps9ceffaa5.gif