Kagum kami dengan semangat pelakon dan pengacara, Rozita Che Wan atau Che Ta yang berhasrat untuk hamil lagi selepas ini.
Memetik laporan , Che Ta merancang untuk menambah cahaya mata paling awal pada penghujung tahun ini. Keinginan itu mendapat sokongan suaminya, Zain Saidin yang sememangnya cukup suka kepada kanak-kanak.
“Kalau boleh dan jika ada rezeki saya mahu hamil lagi, paling awal hujung tahun ini. Yelah, nasihat doktor kalau saya mahu hamil perlu dalam masa beberapa tahun terdekat ini kerana usia saya pun sudah semakin lanjut.
“Kena ikut nasihat doktorlah macam mana, jika kesihatan dan keadaan mengizinkan, saya memang nak hamil lagi selepas Aaisyah besar sedikit,” katanya.
Bayi perempuan Che Ta dan Zain, Aaisyah Dhia Rana.
Che Ta sebelum ini pernah meluahkan rasa bimbangnya ketika mengandungkan Aaisyah kerana kali terakhir dirinya mengandung adalah 16 tahun lalu.
Nampaknya kebimbangan itu sudah berakhir, malah berganti dengan rasa teruja pula kini.
Bak kata orang, selagi ada peluang, selagi itu kita perlu mencuba. Tak gitu?
Baca : Ryan Gantikan Aweera Dalam Mojo
Nampaknya kebimbangan itu sudah berakhir, malah berganti dengan rasa teruja pula kini.
Bak kata orang, selagi ada peluang, selagi itu kita perlu mencuba. Tak gitu?
Sumber : mynewshub.cc