Showing posts with label wings. Show all posts
Showing posts with label wings. Show all posts

Wednesday, January 7, 2015

Konsert Menakluk Kosmos Wings Di Terengganu Ditangguhkan

Konsert jelajah Menakluk Kosmos siri kedua yang menampilkan kumpulan rock terkenal, Wings yang sepatutnya dilangsungkan di Terengganu pada 9 Januari ini telah ditangguhkan.

Perkara ini diputuskan sendiri oleh Anggerik Event, penganjur konsert berkenaan.

Mengikut jadual asal, konsert itu sepatutnya berlangsung pada Jumaat ini di Stadium Tertutup Kuala Terengganu namun berikutan bencana banjir yang teruk melanda negeri-negeri pantai Timur, ianya telah ditunda ke 6 Mac depan.

Konsert Menakluk Kosmos Wings Di Terengganu Ditangguhkan, info, terkin, hiburan, sensasi, wings, menakluk kosmos, Konsert jelajah Menakluk Kosmos


Menerusi satu kenyataan dari pihak Anggerik Event, penangguhan ini sudah tentu tidak dapat dielakkan. Pihak penganjur dan seluruh warga produksi konsert turut mendoakan kepada semua mangsa banjir agar keadaan kembali pulih dengan segera.

Terdahulu lokasi pertama konsert di Tapak Ekspo Seberang Jaya, Pulau Pinang berlangsung seperti biasa biarpun timbul khabar angin konsert itu dibatalkan.

Ini berikutan gesaan pihak tertentu yang tidak mahu sebarang acara hiburan dilangsungkan bagi menghormati mangsa bencana banjir yang melanda di beberapa negeri ketika ini.

Baca : Justin Bieber Tayang Badan Dan Seluar Dalam 

Sumber : murai.com.my

Friday, December 26, 2014

Derma Untuk Mangsa Banjir Di Konsert Wings Esok

Konsert Wings Menakluk Kosmos akan berlangsung esok seperti dijadualkan di lokasi pertamanya, di Tapak Ekspo Seberang Jaya, Pulau Pinang meskipun terdapat khabar angin yang mengatakan konsert tersebut telah dibatalkan.


Derma Untuk Mangsa Banjir Di Konsert Wings Esok, info, terkini, hiburan, sensasi, Wings,

Menurut penerbit konsert berkenaan, Joe Wings, melalui konsert tersebut, orang ramai berpeluang untuk berhibur sambil menderma apabila pihaknya akan melancarkan tabung derma untuk mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur.

Terdapat khabar angin yang mengatakan konsert Wings Menakluk Kosmos yang dijadualkan berlangsung pada esok hari (27 Disember 2014) di Tapak Ekspo Seberang Jaya, Pulau Pinang dibatalkan.

"Harap anda semua tidak percaya dengan perkhabaran tersebut. Konsert Menakluk Kosmos Penang akan tetap diteruskan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, hasil kutipan derma itu nanti, 90 peratus daripadanya bakal disalurkan kepada mangsa banjir manakala 10 peratus lagi untuk membantu masyarakat setempat.

Kumpulan Wings dengan kerjasama Skuad Prihatin Seberang Jaya akan melancarkan tabung kutipan bagi membantu mangsa banjir di Pantai Timur ketika konsert esok.

"Sesungguhnya pihak penganjur dan kumpulan Wings sendiri prihatin akan musibah yang menimpa dan sedaya upaya cuba menolong dengan cara yang tersendiri. Datanglah beramai-ramai menyaksikan Wings sambil menderma esok," katanya.

Baca : Butik Azza Elite Tempat Kumpul Barang Mangsa Banjir 

Sumber : kamithemedia.blogspot.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Thursday, December 11, 2014

Tiga Lokasi Konsert 'Wings Menakluk Kosmos'

Kumpulan rock terkenal iaitu Wings memilih tiga lokasi istimewa bersempena dengan 'Konsert Wings Menakluk Kosmos' yang bakal menemui peminat bermula 27 Disember ini.


Tiga Lokasi Konsert 'Wings Menakluk Kosmos' , info, terkini, hiburan, kumpulan rock terkenal, wings, awie, menakluk kosmos
Selain Awie selaku vokalis, Wings turut dianggotai oleh Eddie, Black dan Joe.


Kumpulan itu menerusi persembahan pertamanya membuka tirai di Pulau Pinang iaitu di Tapak Ekspo, Seberang Jaya sebelum menemui peminat di Stadium Tertutup, Kuala Terengganu, Terengganu (9 Januari) dan berakhir di MITC, Melaka (31 Januari).

Konsert itu bersempena dengan pelancaran album terbaharu Wings berjudul Menakluk Kosmos yang mendapat sambutan hebat daripada peminat sejak ia dipasarkan pada Mei lalu.

Selain bakal mendendangkan lagu-lagu daripada album baharu, Wings akan menyampaikan susunan lagu hit mereka termasuk Bisa Yang Tertunda, Ingatkan Dia, Peti Pandora Mu, Raja Segala Duri, Segitiga Piramida dan Penanti.

Sementara itu, konsert berkenaan dijangka bakal bermula pukul 8.45 malam dengan durasi selama 180 minit dan Wings berjanji akan menampilkan persembahan bertenaga untuk semua peminat yang bakal hadir nanti.

'Konsert Wings Menakluk Kosmos' dianjurkan oleh Anggerik Events.

Tiket untuk menyaksikan konsert berkenaan dijual pada harga serendah RM75 dan bagi penonton yang mendapatkan tiket berharga RM390 mereka berpeluang mendapatkan cenderamata khas, beramah mesra dan makan malam bersama kumpulan Wings.

Untuk tempahan dan keterangan lanjut boleh melayari www.ticket2U.biz atau menghubungi talian 03-4026 5558.

Manakala bagi ahli kelab Sayap-Sayap Wings mereka boleh mendapatkan harga istimewa untuk menonton konsert berkenaan dengan menghubungi Zul di talian 012-266-6877 atau layari www.sayap2wings.com

Baca : Nadiya Nisaa Letak Syarat Pilih Tawaran Berlakon? 

Sumber :  mstar.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif