Showing posts with label wirefame. Show all posts
Showing posts with label wirefame. Show all posts

Tuesday, January 20, 2015

Zizan beku akaun Wire Fame demi pertahan aset syarikat

Peguam yang mewakili pelawak dan pelakon terkenal Zizan Razak, Rishwant Singh telah memberitahu Mahkamah Tinggi tindakan anak guamnya membekukan akaun syarikat Wire Fame Entertainment Sdn Bhd adalah bertujuan menjaga aset syarikat itu selepas menyedari ada timbul keraguan ke atas akaun berkenaan.


Zizan beku akaun Wire Fame demi pertahan aset syarikat, info, terkini, hiburan, sensasi, kontroversi zizan dan marina juki, wirefame,

Menurut laporan dari Berita Harian, Rishwant berkata, anak guamnya akan menyahbekukan akaun tersebut selepas dia balik dari luar negara, namun ketika cuba menghubungi plaintif (Marina Juki) tidak berjaya.

"Defenden kedua (Zizan) selanjutnya menulis surat bertarikh 17 Julai 2014 kepada plantif bahawa beliau akan mengaktifkan kembali akaun bank itu dengan syarat semua cek dengan sebarang amaun memerlukan tandatangan kedua-dua pengarah syarikat iaitu plaintif dan defenden.

"Fakta di atas jelas menunjukkan defenden tidak mendapat sebarang faedah ketika akaun itu dibekukan. Beliau hanya bertindak berdasarkan tugas dan fungsinya sebagai pengarah untuk memelihara aset syarikat."

Rishwant berkata demikian ketika dalam permohonan untuk membatalkan saman yang difailkan oleh bekas pengurus Zizan, Marina Juki terhadap Maybank Islamic Berhad (defenden pertama) kerana membekukan akaun syarikat.

Selain itu, Marina turut menamakan Wire Fame Entertainment sebagai defenden ketiga dan sudah memperoleh penghakiman ingkar terhadap syarikat itu.

Dalam pada itu, peguam yang mewakili Marina, Harijit Singh berkata, anak guamnya mempunyai kuasa tindakan yang sah terhadap defenden pertama kerana secara salah membekukan dua akaun syarikat berkenaan tanpa persetujuan kedua-dua pengarah syarikat atau mendapatkan perintah mahkamah.

Dalam hujah Harijit lagi, dia turut berkata pembekuan akaun itu dibuat secara lisan oleh defenden kedua tanpa memberikan sebarang bukti kukuh.

Pada masa sama, Harjit turut menjelaskan bahawa tindakan saman yang difailkan oleh anak guamnya bukan untuk menyahbekukan akaun itu tetapi untuk mendapatkan ganti rugi berikutan pembekuan akaun berkenaan.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk John Louis O'Hara kemudian telah menetapkan 10 Februari depan bagi keputusan.

Sumber : tupai.com.my