Showing posts with label kontroversi zizan dan marina juki. Show all posts
Showing posts with label kontroversi zizan dan marina juki. Show all posts

Thursday, January 22, 2015

Zizan Kecewa Bekas Pengurus Sanggup Sekat Pendapatan

Susulan perintah injuksi sementara yang dikenakan terhadap Zizan Razak oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pelakon dan pelawak itu melahirkan rasa kesal terhadap tindakan bekas pengurusnya, Marina Juki, kerana memfailkan permohonan tersebut.


Zizan Kecewa Bekas Pengurus Sanggup Sekat Pendapatan, info, terkini, hiburan, sensasi, kontroversi zizan dan marina juki, gossip

Ekoran perintah itu, Zizan tidak dibenarkan menandatangani sebarang kontrak baharu dengan mana-mana produksi termasuklah pihak Astro.

Dalam laporan disiarkan Sinar Harian, Zizan menyifatkan tindakan Marina itu sesuatu yang di luar jangkaannya dan tidak adil.


Zizan Kecewa Bekas Pengurus Sanggup Sekat Pendapatan, info, terkini, hiburan, sensasi, kontroversi zizan dan marina juki, gossip

Menurutnya sebelum ini, bekas pengurusnya itu pernah membuat kenyataan dia tidak mahu lagi menguruskan sebarang aktiviti Zizan.

“Saya sangat kecewa kerana dia sanggup bertindak seperti ini untuk menghalang pendapatan melalui titik peluh saya sendiri,” katanya.

Pada masa sama, Zizan akan membuat rayuan dan percaya keadilan akan memihak kepadanya kerana dia tidak melakukan perbuatan yang dianggap salah.


Zizan Kecewa Bekas Pengurus Sanggup Sekat Pendapatan, info, terkini, hiburan, sensasi, kontroversi zizan dan marina juki, gossip

Mengimbas kembali kemelut yang berlaku, Marina telah memfailkan saman berjumlah lebih setengah juta ringgit pada 5 November lalu terhadap Zizan yang didakwa menandatangani kontrak dengan Astro biarpun kontraknya bersama Wire Fame belum lagi tamat.

Apapun, kami harap agar masalah antara kedua-dua pihak ini dapat diselesaikan sebaik-baiknya.

Sumber : mynewshub.cc

Tuesday, January 20, 2015

Zizan beku akaun Wire Fame demi pertahan aset syarikat

Peguam yang mewakili pelawak dan pelakon terkenal Zizan Razak, Rishwant Singh telah memberitahu Mahkamah Tinggi tindakan anak guamnya membekukan akaun syarikat Wire Fame Entertainment Sdn Bhd adalah bertujuan menjaga aset syarikat itu selepas menyedari ada timbul keraguan ke atas akaun berkenaan.


Zizan beku akaun Wire Fame demi pertahan aset syarikat, info, terkini, hiburan, sensasi, kontroversi zizan dan marina juki, wirefame,

Menurut laporan dari Berita Harian, Rishwant berkata, anak guamnya akan menyahbekukan akaun tersebut selepas dia balik dari luar negara, namun ketika cuba menghubungi plaintif (Marina Juki) tidak berjaya.

"Defenden kedua (Zizan) selanjutnya menulis surat bertarikh 17 Julai 2014 kepada plantif bahawa beliau akan mengaktifkan kembali akaun bank itu dengan syarat semua cek dengan sebarang amaun memerlukan tandatangan kedua-dua pengarah syarikat iaitu plaintif dan defenden.

"Fakta di atas jelas menunjukkan defenden tidak mendapat sebarang faedah ketika akaun itu dibekukan. Beliau hanya bertindak berdasarkan tugas dan fungsinya sebagai pengarah untuk memelihara aset syarikat."

Rishwant berkata demikian ketika dalam permohonan untuk membatalkan saman yang difailkan oleh bekas pengurus Zizan, Marina Juki terhadap Maybank Islamic Berhad (defenden pertama) kerana membekukan akaun syarikat.

Selain itu, Marina turut menamakan Wire Fame Entertainment sebagai defenden ketiga dan sudah memperoleh penghakiman ingkar terhadap syarikat itu.

Dalam pada itu, peguam yang mewakili Marina, Harijit Singh berkata, anak guamnya mempunyai kuasa tindakan yang sah terhadap defenden pertama kerana secara salah membekukan dua akaun syarikat berkenaan tanpa persetujuan kedua-dua pengarah syarikat atau mendapatkan perintah mahkamah.

Dalam hujah Harijit lagi, dia turut berkata pembekuan akaun itu dibuat secara lisan oleh defenden kedua tanpa memberikan sebarang bukti kukuh.

Pada masa sama, Harjit turut menjelaskan bahawa tindakan saman yang difailkan oleh anak guamnya bukan untuk menyahbekukan akaun itu tetapi untuk mendapatkan ganti rugi berikutan pembekuan akaun berkenaan.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk John Louis O'Hara kemudian telah menetapkan 10 Februari depan bagi keputusan.

Sumber : tupai.com.my

Wednesday, January 14, 2015

Bekas Pengurus Zizan Razak, Marina Juki Dapat Injuksi Sementara

Bekas pengurus Zizan Razak hari ini berjaya memperoleh perintah injunksi sementara untuk menghalang pelawak dan pelakon itu daripada menandatangani sebarang kontrak baharu dan membuat sebarang endorsement dengan stesen televisyen berbayar, Astro atau mana-mana produksi lain sehingga injunksi kekal didengar.


Bekas Pengurus Zizan Razak, Marina Juki Dapat Injuksi Sementara, info, terkini, hiburan, sensasi, kontroversi zizan dan marina juki

Injunksi sementara secara ex-parte (sebelah pihak) itu dikeluarkan oleh Hakim Hassan Abdul Ghani di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Perkembangan kes itu dimaklumkan kepada pemberita oleh peguam Harjit Singh Sandhu yang mewakili Marina Juki selaku pihak plaintif.

Harjit berkata, mahkamah akan memutuskan pada 6 Mac ini sama ada untuk membenarkan permohonan Marina bagi mendapatkan injunksi kekal atau sebaliknya.

Bekas Pengurus Zizan Razak, Marina Juki Dapat Injuksi Sementara, info, terkini, hiburan, sensasi, kontroversi zizan dan marina juki

Pada 5 November tahun lalu, Marina memfailkan saman ke atas Zizan yang dinamakan sebagai defendan tunggal di Mahkamah Sesyen atas dakwaan pelawak terbabit telah menandatangani kontrak dengan syarikat televisyen berbayar itu sebelum kontrak bersama Wire Fame Entertainment Sdn. Bhd. tamat.

Baca : Fouziah Gous Pula Bantu Mangsa Banjir 
Sumber : Beautifulnara.com