Sebelum apa-apa, nak tanya korang sikit. Korang sempat tak tengok HLive! Back To Back kat Astro Ria pada tanggal 31 Disember lalu.
Pada yang belum berkesempatan, rasa korang rugi sangat tak tengok sebab HLive! Back To Back menampilkan pelbagai laporan mengenai isu-isu yang mengaitkan selebriti tempatan serta industri hiburan tanah air kita secara keseluruhannya sepanjang 2014.
Pada yang belum berkesempatan, rasa korang rugi sangat tak tengok sebab HLive! Back To Back menampilkan pelbagai laporan mengenai isu-isu yang mengaitkan selebriti tempatan serta industri hiburan tanah air kita secara keseluruhannya sepanjang 2014.
Salah satu segmen yang memang dinanti-nantikan adalah HLive! Back To Back: Kontroversi 2014 yang turut menyaksikan kolaborasi program infotaiment harian tersebut dengan Portal Murai sendiri.
Bukan pasal isi kandungannya yang nak sentuh, sebab nanti korang semua kata, Murai Batu ni spesis yang suka angkat bakul sendiri pulak. Hahahahaha....
Well...anyway berbalik pada HLive! Back To Back: Kontroversi 2014 tadi, segmen ini telah dikendalikan oleh wartawan penyiaran Hlive! sendiri iaitu Wasiril bersama gandingan hos luar iaitu Yasmin Hani.
Mungkin pada awalnya ramai yang skeptikal dengan kemampuan Yasmin Hani sebab dia dah lama tak muncul kat TV. Tapi, Yasmin Hani adalah Yasmin Hani.
Otai dalam bidang pengacaraan TV, bijak menangani situasi dalam keadaan yang pantas serta impromtu serta paling penting dia masih punya aura yang kuat sebagai pengacara TV.
Biarpun digandingkan bersama wartawan penyiaran baru seperti Wasiril, namun Yasmin Hani masih tetap mampu beraksi selamba sambil mencetuskan momen-momen yang menarik dalam segmen tersebut.
Tidak hairanlah kalau ramai yang memuji penampilan dan pengacaraannya di dalam segmen HLive! Back To Back: Kontroversi 2014 bersama Wasiril tersebut. Malah, tidak kurang juga yang mahu Yasmin Hani jadi hos Hlive!
Apapun tahniah buat semua team HLive! kerana telah menyiarkan pelbagai paparan menarik tentang dunia selebriti serta industri hiburan tetanah air dalam Hlive! Back to Back!
Sumber : tupai.com.my