Thursday, November 13, 2014

Rahsia Elfira Loy Yang Semakin Tinggi

Elfira Loy merupakan antara selebriti yang rendah di Malaysia ini. jika dilihat dari profil yang dikeluarkan oleh Astro (ketika Fear Factor), tinggi Elfira Loy ialah 5 kaki (kira-kira 152 cm).


Rahsia Elfira Loy Yang Semakin Tinggi, info, terkini, sensasi, elfira loy, hiburan,

Elfira Loy dikatakan semakin tinggi dari hari ke hari dan yang terbaru ketinggian nya bertambah 2 cm dalam masa sebulan.

Ini komen Elfira Loy:

"For those who ask which one yang i makan . This is the one height up. It works for me. 2cm dalam masa sebulan okay . Why dont you try yourself now "

Kira okey la tu dah naik 2 cm sebulan. Siapa nak try jadi lebih tinggi boleh lah cuba supplement yang disaran Elfira Loy ini, Height Up.


Rahsia Elfira Loy Yang Semakin Tinggi, info, terkini, sensasi, elfira loy, hiburan,





Sumber : hotlips-yuya.blogspot.com



Pengacara Melodi Zulin Mengamuk, Bergaduh Dengan Peminat

Nampaknya salah seorang pengacara rancangan hiburan Melodi telah berang dengan peminatnya. Zulin dikatakan memarahi peminat di laman media.


Pengacara Melodi Zulin Mengamuk, Bergaduh Dengan Peminat , info, terkini, sensasi, hiburan, gosip, zulin, pengacara Melodi baru,

Ini kemarahan Zulin:

 "Saya nak tanya awak, yang awak nak sibuk tengok gambar saya buat apa? Saya tidak kongsi gambar-gambar saya khas buat awak pun. Dan tidak ada sebab gambar saya perlu cantik di mata awak. Sekian terima kasih.

Itu antara tulisan Zulin di laman instagram. Pengacara Melodi ini memarahi peminat yang sering menghinanya di laman sosial.

Ini komen Zulin:

"Setiap kali saya memuat naik gambar dalam IG, pengikut itu pasti memberi komen yang kurang enak seperti mengutuk fizikal saya. Bahkan dia juga meninggalkan komen berbaur jijik seperti 'eeee. yuckss. geli..'

"Dia cuba menggambarkan diri saya seolah-olah seperti haiwan. Apa yang dilakukan pengikut itu sudah cukup menguji tahap kesabaran saya. Pada saya, dia memiliki aura negatif yang cukup besar dan perlu dijauhi,

"Saya akui dalam situasi emosi yang kurang stabil ketika itu. Maka, dengan perasaan marah saya menulis komen sebegitu bagi menjawab apa yang sudah ditulis pengikut berkenaan terhadap foto saya.

"Sebenarnya, saya sudah lama bersabar dengan komen ditulis pengikut itu pada foto yang saya muat naik. Bukan kali pertama dia (pengikut) berbuat begitu.

"Sudah beberapa kali dia memberikan komen kurang ajar dan tidak menghormati saya sebagai pemilik akaun laman sosial itu. Saya sudah tak mampu bersabar lagi,"

"Jadi, kalau setakat berbelas atau berpuluh komen yang diterima, saya masih mampu memantau komen-komen ditinggalkan itu. Apa yang pasti, saya kurang gemar komen yang berbaur negatif.

"Bukanlah saya seorang yang tidak boleh terima teguran. Tetapi, perlulah teguran ditulis itu beralas dan beradab. Apatah lagi, saya juga seorang manusia biasa yang punya hati dan perasaan,"

Insta Zulin mencecah 60 ribu orang dan bagi Zulin insta merupakan milik peribadinya untuk memuatnaik gambar apa sahaja dan bukan tempat untuk mengutuk orang.

Sumber : Metro

Foto Kekasih Baru Nita Hamzah

"Thank you so so so much for this gift.... Really really appreciate this ya Love... May Allah bless you," demikian ucapan kegembiraan Nita Hamzah ketika mendapat hadiah menarik daripada kekasihnya Fareez Shamsul.


Foto Kekasih Baru Nita Hamzah, info, terkini, sensasi, hiburan, nita hamzah, gosip,

Untuk info, Nita yang merupakan bekas naib juara 'Malaysian Idol 2', mendapat hadiah tersebut ketika menyambut hari lahirnya baru-baru ini.

Selamat hari lahir diucapkan buat Nita. Doa dan harapan kita semoga hubungannya dan Fareez akan berakhir ke jinjang pelamin. Amin.

Foto Kekasih Baru Nita Hamzah, info, terkini, sensasi, hiburan, nita hamzah, gosip,

Foto Kekasih Baru Nita Hamzah, info, terkini, sensasi, hiburan, nita hamzah, gosip,

Foto Kekasih Baru Nita Hamzah, info, terkini, sensasi, hiburan, nita hamzah, gosip,



Sumber : myartis.com

Peminat Tak Suka Remy Ishak Muat Naik Foto Siti Saleha

Ehem ehem. Ni nak tanya sikit, ada tak sesiapa yang tahu siapakah gerangan wanita bertuah yang berjaya menawan hati Remy Ishak? Setahu kami, jejaka ini masih belum berpunya lagi tau!


Peminat Tak Suka Remy Ishak Muat Naik Foto Siti Saleha, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, remy ishak

Saat ini, difahamkan, Remi kini berada di Bosnia Herzegovina menjalani penggambaran sebuah drama yang turut dibintangi oleh Siti Saleha dan Sara Ali.

Tapi, nampaknya tindakan Remy Ishak memuat naik foto Siti Saleha mengundang rasa kurang senang pengikut-pengikut Instagramnya. Dah kenapa pula ni?


Peminat Tak Suka Remy Ishak Muat Naik Foto Siti Saleha, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, remy ishak

Kelakar pun ada apabila membaca beberapa komen peminat yang sememangnya ‘die hard fans’ Remy ini. Sampai retak seribu hati peminat melihat foto Siti Saleha.

Yang paling tak tahan tu, siap ada yang tanpa segan silu mengaku Remy pakwe dia. Kami tak dapat bayangkan reaksi Remy bila membaca komen-komen ini, pasti tersenyum sorang-sorang.


Peminat Tak Suka Remy Ishak Muat Naik Foto Siti Saleha, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, remy ishak

Ada apa-apa ke Remy dengan Saleha ni? Hehe. Pada kami, mungkin mereka sekadar berkawan. Iyalah, dunia seni ni, pusing-pusing muka sama juga yang kita jumpa.

Jadi, korang jangan risau ya. Kalau kami dah dapat tahu siapa teman wanita baru Remy, pasti koranglah orang pertama yang tahu.


Sumber : ohbulan.com

Wednesday, November 5, 2014

Punca Almy Nadia Dilabel Gemuk

Si ‘kaki bola’ mesti sudah tahu bahawa Pahang berjaya merangkul gelaran Juara Piala Malaysia 2014 baru-baru ni kan? Namun, bukan hal itu yang jadi fokus sebab kami ada berita lagi panas nak cerita ni.


Punca Almy Nadia Dilabel Gemuk, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, almy nadia

Ceritanya macamni, pada hari perlawanan tersebut berlangsung, Fizz Fairuz telah membawa isterinya, Almy Nadia yang kini sedang hamil 5 bulan ke stadium. Nak bagi support untuk team Tok Gajah la katakan.


Punca Almy Nadia Dilabel Gemuk, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, almy nadia

Namun, lain pula hal yang terjadi apabila foto mereka di stadium tersebut menjadi bahan kritikan kerana Almy Nadia dikatakan memakai jersi Pahang yang terlampau ketat sehingga menonjolkan perutnya yang memboyot itu.

    assalammualaikum dan salam sejahtera.. SAJA NAK TERANGkan.. semua org asyik asyik asyik2 bertanya kenapa PERUT sy BESAR??kenapa PERUT sy BESAR?napa sy GEMOK?kenapa SY GEMOK?TWINs ka?BESARNYA PERUT?berapa bulan?5 bln BESAR SGT PERUT?? nak marah sgt2 tp sabar.nak ckp n jawab kang ditanya ulang2 lg soalannya..

    MEH NAK BGTAU.. SAYA NIH RANGKA BESAR.PERUT BESAR La.IKUT SAIZ BADAN.TP SY BERSYUKUR PD allah sbb apa,SY NIH TAK ADA PENYAKIT YG KENA MKN UBAT BNYK2 FAHAM SBB SY SUAMI BG CUKUP MKN NAK DI BANDINGKAN DGN ORG LAIN.ORG MENGANDUNG TAK SAMA..sY BERSYUKUR SBB SY SIHAT BABY SIHAT.

    lg 1 nak bgtau.apa yg sy pakai serba serbi tak kena.tkkan la apa yg sy pakai nak bgtau 1dunia kot.pakai jenas tak kena?pakai baju tak kena?sy tak bodoh lg nak pakai ketat2,,just nak bgtau bg terang.suami sy belikan seluar jeans ibu mengandung ..dlm pic tu seluar ibu mengandung.baju yg sy pakai tu tak ketat pun selesa sgt2 sbb dia jersi.saiz M . nampak ketat sbb sy GEMOK SBB MENGANDUNG .

    fahamm!!!! puas hati semua??#kandungan sy 5bulan(23minggu) #alhamdulillah #due FEB@MAC #TAHUNDEPAN lps tu sy beranak sy akan kurus balik tau.kang kurus sgt masa mengandung org tanya pulak napa kurus.tak cukup makan ka?tak cukup zat ka?? #sesiluahperasaan. #tq @fizzfairuz



Kan mak buyung dah marah. Tapi, kelakar pula kami rasa apabila ada yang mempersoalkan saiz kandungan Almy. Dah mestilah perut kena besar sebab ada baby kan?


Punca Almy Nadia Dilabel Gemuk, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, almy nadia

Perempuan yang sedang mengandung ni sebenarnya sangat dimuliakan dalam agama Islam tau. Jadi, lebih baik kalau kita semua mendoakan kesihatan Almy dan anaknya.

Sumber : ohbulan.com


Foto Pemandu Teksi Kurang Ajar Buli Fiza Elite

Fiza Elite isteri kepada Adam AF telah ketakutan apabila seorang pemandu teksi cuba membulinya di lebuhraya Selayang-Kepong.


Foto Pemandu Teksi Kurang Ajar Buli Fiza Elite, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, fiza elite,

Sebuah teksi telah memotongnya dan menghalang keretanya. Fiza Elite tidak tahu apa kesalahannya sehingga pemandu teksi itu cuba membulinya.


Foto Pemandu Teksi Kurang Ajar Buli Fiza Elite, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, fiza elite,

Ini komen Fiza Elite: via mStar

"Seorang pemandu teksi berlaku kurang ajar ditengah jalan, sudahlah membawa teksi seperti orang gila, selepas itu dia boleh halang kereta saya dengan berhenti secara tiba-tiba.

"Kalau ada lori datang daripada belakang memang kena langar jawabnya kereta saya. Pemandu teksi itu kemudian keluar dan marah-marah, dia fikir saya seorang sahaja dalam kereta itu.

"Nasib baik ada anak buah saya yang berbadan besar keluar untuk selesaikan perkara itu, terus dia kecut perut," 

"Tolonglah jangan jadi pembuli jalan raya terutamanya kepada kaum wanita. Saya akan laporkan perkara ini ke pihak yang berkenaan.

"Disebabkan seorang pemandu teksi berperangai sebegini akan menyebabkan orang beri persepsi buruk kepada semua pemandu teksi lain,"

Sementara itu, Adam AF, suami Fiza Elite tidak berada di tempat kejadian. Adam AF telah memberi komen tentang hal ini:

"Alhamdulillah dia tidak diapa-apakan, dia ada beritahu saya dan menceritakan hal tersebut. Saya hanya nasihatkan dia supaya bersabar dan lebih berhati-hati selepas ini terutama jika keluar bersendirian.

"Setakat ini, kami tidak ambil apa-apa tindakan lagi, cuma saya harap tiada lagi kejadian sebegini berlaku,"


Foto Pemandu Teksi Kurang Ajar Buli Fiza Elite, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, fiza elite,

Diharap Fiza Elite dapat membuat laporan polis dan juga memberi no plat teksi itu. Bukti gambar dan nama dah ada lagi bagus. Jangan lepaskan pembuli jalanraya!


Sumber : perihalnegara.blogspot.com

Punca Hazama Tiada Tawaran Duta Produk

Penyanyi Hazama mengakui jarang menerima tawaran daripada mana-mana syarikat yang mahu memberi peluang untuknya menjadi duta atau jurucakap mana-mana produk berikutan tidak memilki wajah tampan.


Punca Hazama Tiada Tawaran Duta Produk , info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, hazama,

Bagaimanapun Hazama atau nama sebenarnya Hazama Ahmad Azmi, 30, berkata, dia tidak pernah berkecil hati dengan situasi itu kerana ia mungkin bukan rezeki baginya.

"Diakui, tidak banyak syarikat yang inginkan saya menjadi duta produk mereka. Tetapi saya tak berkecil hati kerana fokus utama saya adalah membina nama sebagai seorang penyanyi dan bukannya menjadi duta produk.

"Cuma ia sekadar satu bonus buat seseorang artis jika mendapat tawaran itu. Dan memandangkan trend sekarang banyak produk kecantikan memutihkan muka di pasaran, 'muka pecah' macam saya ini, ada ke orang nak saya jadi duta? Hahaha..." boraknya dengan nada bergurau.

Tambah Hazama, walaupun jarang menerima tawaran menjadi duta produk, dia tetap akan memilih produk yang sesuai sekiranya ada syarikat yang ingin memberikan tawaran itu.

Kata penyanyi lagu Penglipur Lara itu, dia enggan produk yang diwakilinya nanti boleh menjejaskan reputasinya sebagai penyanyi.

"Dulu penyanyi Zainal Abidin pernah berkata, sebelum menerima tawaran menjadi duta (produk), penting untuk seseorang itu memilih adakah produk berkenaan sesuai dengan imej yang kita bawa atau tidak.

"Bayangkan, saya pernah mendapat tawaran daripada sebuah syarikat yang menjual kopi kesihatan untuk orang yang sudah berkahwin. Saya menolaknya dengan baik, kerana sebagai orang yang belum berkahwin, rasanya tidak relevan untuk saya menjadi duta produk tersebut," ujarnya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Hazama kini muncul dengan single terbaharu berjudul Al Nurra menampilkan penyanyi Mawi.

Hazama turut tercalon pada pertandingan separuh akhir Muzik-Muzik Ke-29 (MM29) menerusi lagu Malaikat pada 14 November ini.

Sumber : perihalnegara.blogspot.com





Fara Fauzana Tak Pergi Kelas Tapi Dapat Master

Inilah namanya tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Haa, korang mesti tertanya-tanya kenapa kami berperibahasa kan?


fara faizana, Fara Fauzana Tak Pergi Kelas Tapi Dapat Master, gosip, Hiburan, info, kontroversi, sensasi, terkini, fara fauzana

Sebenarnya kami nak berkongsi kegembiraan penyampai radio popular, Fara Fauzana yang telah berjaya memperoleh Master dalam bidang Komunikasi Media.


fara faizana, Fara Fauzana Tak Pergi Kelas Tapi Dapat Master, gosip, Hiburan, info, kontroversi, sensasi, terkini, fara fauzana

Melalui laman Instagram miliknya, Fafau telah berkongsi fotonya dengan ‘jambangan’ coklat yang diberikan oleh Dr. R dari slot Hot FM AM Krew.

Wah, beruntung betul jadi Fafau kan. Tapi, kapsyen yang ditulis oleh Fafau menimbulkan pertanyaan di hati kami.

fara faizana, Fara Fauzana Tak Pergi Kelas Tapi Dapat Master, gosip, Hiburan, info, kontroversi, sensasi, terkini, fara fauzana

Katanya, dia segan untuk berkongsi berita ini kerana Master tersebut diberi berdasarkan pengalamannya sepanjang berada dalam industri sahaja. Aik, pelik kan?

Namun, sebenarnya kami sendiri pun masih belum mendapat kepastian dari tuan punya badan sama ada Master ini diberi oleh Dr. R atau pengiktirafan daripada mana-mana Universiti.

Tapi, jika benar khabar gembira yang kami terima ini, tahniah kami ucapkan kepada Fafau. Lepas ni boleh lah sambung PhD pula ya.

Sumber :perihalnegara.blogspot.com

Diana Danielle Buat Perangai Lagi?

Ini bukan pertama kali rasanya Diana Danielle buat segelintir pengamal media berkecil hati dengan sikapnya tetapi kami pasti setiap kali perkara ini terjadi, pelakon filem Hanyut ini pula alasan beliau yang tersendiri ‘kan?


Diana Danielle Buat Perangai Lagi? , info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, diana danielle,

Baru baru ini, Diana Danielle telah menghadiri sebuah majlis pelancaran produk yang melantik dirinya sebagai jurucakap namun kelibat beliau terus hilang dari pandangan sejurus selesai majlis tersebut dan meninggalkan pihak media yang menunggu untuk menemubual.

Pihak media sedia maklum yang beliau bergegas ke majlis tersebut selepas tiba dari Jakarta tetapi tindakan menghilangkan diri tanpa memaklumkan terlebih awal kepada mereka yang menunggu dikesali ramai yang hadir ketika itu.

Salah seorang teman media berkata, beliau dimaklumkan PRO mengatakan Diana bergegas balik kerana terlalu mengantuk akibat tidak cukup tidur selepas baru pulang dari luar negara.

UPDATE-1: Jawapan Diana Danielle melalui akaun Twitter beliau hari ini
Diana Danielle Buat Perangai Lagi? , info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, diana danielle,

Untuk mendapat kepastian, seorang lagi teman media cuba menghubungi pengurus Diana Danielle yang juga dipercayai meninggalkan majlis tersebut lebih awal. Malangnya kata pengurus itu, dia cuba menghubungi Diana tetapi isteri Farid Kamil itu tidak menjawab panggilan.


Diana Danielle Buat Perangai Lagi? , info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, diana danielle,

Diana Danielle Buat Perangai Lagi? , info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, diana danielle,

Diana Danielle Buat Perangai Lagi? , info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, diana danielle,

Diana Danielle Buat Perangai Lagi? , info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, diana danielle,

Diana Danielle Buat Perangai Lagi? , info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, diana danielle,


Sumber : rotikaya.com