Thursday, December 18, 2014

Elemen Seram Dalam 'Oh My English: Villa Isabellaaa!' Ditapis

Stesen televisyen Astro akan memastikan tahap seram dalam pembikinan telefilem Oh My English: Villa Isabellaaa! tidak keterlaluan dan mengikut kesusaian penonton kanak-kanak.


Elemen Seram Dalam 'Oh My English: Villa Isabellaaa!' Ditapis, info, terkini, hiburan, telefilem Oh My English, Villa Isabellaaa, sensasi

Pengarah telefilem itu, Syamil Othman berkata, beberapa elemen seperti terlalu ganas juga terpaksa ditapis dengan teliti agar ia boleh ditonton oleh golongan tersebut.

"Bukan senang untuk buat cerita seram bagi tontonan kanak-kanak, kita perlu pastikan ia tidak melampau sehingga menganggu tontonan mereka.

"Ada beberapa babak yang terpaksa diubah kerana kami fikir ia terlalu ganas untuk ditonton golongan itu. Selain itu, watak hantu juga tidak ditonjolkan walaupun ia telefilem seram," ujarnya kepada mStar Online.

Syamil berkata demikian ketika ditemui selepas tayangan media telefilem Oh My English:: Villa Isabellaaa!, di GSC Signature, The Gardens, di sini, Rabu.


Elemen Seram Dalam 'Oh My English: Villa Isabellaaa!' Ditapis, Hiburan, info, sensasi, telefilem Oh My English, terkini, Villa Isabellaaa,
Emelda Rosmila


Sementara itu Syamil berkata, pemilihan pelakon-pelakon terkenal dan berbakat juga bakal menarik perhatian penonton untuk menyaksikan telefilem komedi seram ini.

Telefilem ini juga menampilkan pelakon undangan seperti Emelda Rosemila, Nadiya Nisaa, Izzue Islam, Rahim Jalur, Sherry Al-Hadad dan Sara Ali.

"Pemilihan pelakon adalah mengikut karekter yang bersesuaian dengan mereka. Boleh dikatakan kami beruntung kerana kesemua pelakon dalam telefilem ini adalah barisan nama besar," ujarnya.

Tambahnya, telefilem kali ini diselitkan elemen misteri dan suspen yang bakal menarik perhatian bukan sahaja golongan kanak-kanak, malah dewasa juga.

Oh My English: Villa Isabellaaa! mengisahkan tentang pelajar kelas 4 Merah bersama guru mereka Mr Middleton terpaksa bermalam di sebuah rumah apabila van yang mereka naiki rosak.

Pelbagai kejadian pelik berlaku ketika mereka bermalam di rumah yang diberi nama Villa Isabellaaa itu.

Telefilem komedi ini bakal bersiaran pada 27 Disember ini, pukul 9 malam di Astro TVIQ (saluran 610) dan Astro Maya (saluran 135).

Baca : Punca Tiz Zaqyah Tubuhkan KL Calling 

Sumber : mstar.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Punca Tiz Zaqyah Tubuhkan KL Calling

Kesibukan pelakon ini bukan sekadar pada bidang lakonan semata-mata. Bahkan berbekalkan wajah cantik dan penampilannya menarik, dia dipilih menjadi duta beberapa produk terkemuka di Malaysia.


Punca Tiz Zaqyah Tubuhkan KL Calling, info, terkini, hiburan, sensasi, KL Calling, Tiz Zaqyah

Atas alasan ini, empunya nama Siti Zaqyah Abdul Razak atau lebih dikenali sebagai Tiz Zaqyah ini, sentiasa mencuri ruang untuk lari daripada dunia glamor.

Malah pelakon filem Cinta Kura-Kura ini, mengakui mahu merehatkan diri dan menjalani kehidupan seperti orang biasa.

"Sejak bergelar anak seni, kehidupan saya benar-benar berubah. Saya sebenarnya rindu menjalani kehidupan sebagai 'orang biasa'.


Punca Tiz Zaqyah Tubuhkan KL Calling, info, terkini, hiburan, sensasi, KL Calling, Tiz Zaqyah

"Bagi saya, orang biasa bebas melakukan apa sahaja, tetapi sebagai artis, kita menjadi tumpuan tak kira apa sahaja kita lakukan atau ke mana sahaja kita melangkah," katanya.

Akui pelakon berusia 26 tahun ini, faktor itu membuatkan dia menubuh syarikat KL Calling.

"Syarikat ini khusus untuk menganjurkan aktiviti yang melibatkan belia dan kebajikan.

"Malah, ini adalah satu cara untuk saya melarikan diri daripada dunia seni," katanya.

Tambahnya, apa yang membuatkan dia fokus kepada syarikatnya itu kerana setiap pulangan daripada acara yang dianjurkan akan disalurkan kepada badan kebajikan.

"Ini cara terbaik khususnya bagi saya atau mana-mana selebriti menyumbang bakti kepada masyarakat khususnya golongan kurang bernasib baik," katanya.


Tambah Tiz Zaqyah, penglibatan dalam bidang kebajikan bukan kerana alasan sudah bosan dengan dunia seni.

"Saya aktif seperti biasa, tetapi lebih selektif memilih kerja ditawarkan," katanya.

Bintang Kusinero Cinta ini berkata, dia enggan dibayangi watak wanita teraniaya seperti dilakonkannya menerusi drama Nur Kasih dan Sebenarnya Saya Isteri Dia.

"Jika terlalu banyak membawa watak sebegini, penonton akan melihat ia klise. Jadi memerlukan lebih watak mencabar diri," kata pelakon drama bersiri Seludup.

Baca : Syura Gagal Hadir Untuk Kes Lafaz Rujuk 

Sumber : kamithemedia.blogspot.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Syura Gagal Hadir Untuk Kes Lafaz Rujuk

Pada 10 September yang lalu, Syura telah tampil memberi kenyataan yang dirinya masih lagi mempunyai seorang suami sekaligus menafikan keberantakan rumah tangganya.


Syura Gagal Hadir Untuk Kes Lafaz Rujuk, info, terkini, sensasi, hiburan, syura,

Namun hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, suami Syura iaitu Mohd Fadhly Md Yassin telah mengesahkan bahawa mereka berdua telah bercerai pada September lalu.

Kehadirannya ke mahkamah adalah untuk membuat permohonan pengesahan lafaz rujuk yang dibuat secara lisan pada 10 November lalu.

Namun begitu kes tersebut terpaksa ditangguh kerana Syura gagal menghadirkan diri. Kes lafaz rujuk ini akan disebut semula pada 20 Januari 2015.


Syura Gagal Hadir Untuk Kes Lafaz Rujuk, info, terkini, sensasi, hiburan, syura,

Nampaknya pada penghujung tahun 2014 ini banyak pula kes-kes penceraian yang berlaku. Semoga tahun 2015 akan membawa lebih sinar bahagia kepada semua selebriti tanah air yang sudah berkahwin. Taknaklah kes-kes cerai ini. Tak sedap mendengarnya.

Sama-samalah kita doakan agar kes lafaz rujuk ini akan dapat diselesaikan dengan segera pada 20 Januari kelak. Pasti banyak pihak yang mahu melihat Syura dan bekas suaminya bersatu kembali. Sama-samalah kita doakan.

Baca : Vokalis Kumpulan Terra Rossa Mengaku Bersalah Miliki Dadah  

Sumber artikel : beautifulnara.com.

 photo good_zps9ceffaa5.gif



Vokalis Kumpulan Terra Rossa Mengaku Bersalah Miliki Dadah

Beberapa minggu lepas kita semua telah dikejutkan dengan penahanan Ezad Exist atas kesalahan yang sama iaitu penyalahgunaan dadah. Kita amat berharap agar industri hiburan kita bebas dari dadah.


Vokalis Kumpulan Terra Rossa Miliki Daha, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, berita,

Vokalis baharu Kumpulan Terra Rossa mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ampang dekat sini, hari ini terhadap pertuduhan memiliki dadah jenis methamphetamine di Taman Cempaka di sini, minggu lepas.

Khairul Hizam Kaha, 39, yang dikenali sebagai Jijam membuat pengakuan itu ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Noor Farah Hazwani Osman.

Jijam didakwa memiliki dadah seberat 0.98 gram di kawasan Axis Astrium, Taman Cempaka, Ampang dekat sini pada 4.30 petang, 10 Disember lepas.

Timbalan Pendakwa Raya S.Purnima menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin bagaimanapun tertuduh, yang tidak diwakili peguam, merayu mahkamah membenarkan jaminan atas alasan isterinya tidak bekerja dan hanya bergantung kepada hasil perniagaannya.
Vokalis Kumpulan Terra Rossa Miliki Daha, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, berita,

Mahkamah membenarkan Khairul Hizam diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 12 Februari depan untuk sebutan semula kes dan laporan kimia tertuduh.

Sementara itu, vokalis itu mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan memasukkan dadah itu ke dalam badannya di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Daerah Ampang jaya di sini pada 7.15 malam, 29 Mei lepas.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh sama untuk sebutan kes.

Kita yang menerima berita yang melibatkan penyalahgunaan dadah di kalangan artis ternyata sangat kecewa kerana ini akan menjatuhkan imej negara kita Malaysia. Secara tidak langsung rakan-rakan artis yang lain akan turut terpalit sama.

Semoga mereka yang terlibat akan cepat sedar dan terus kembali ke pangkal jalan. Lihat sahaja contoh artis-artis yang telah kembali pulih seperti sediakala.

Sememangnya untuk kembali pulih amat memerlukan pengorbanan yang besar dan sukar. Namun hendak seribu daya taknak seribu dalih.

Baca : "Wanita Berumur Lebih Bagus" - Fattah Amin 

Sumber : kamithemedia.blogspot.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif



"Wanita Berumur Lebih Bagus" - Fattah Amin

Pelakon yang sedang meningkat naik, Fattah Amin mengakui selesa menjalinkan hubungan dengan pelakon Sherry Ibrahim. Malah, Fattah menganggap perbezaan usia tujuh tahun tidak menjadi halangan untuk mereka mengenali hati budi masing-masing.


info, terkini, hiburan, pasangan sensasi fattah dan sherry, hiburan, gosip,

"Semua orang tahu saya jarang rapat dengan mana-mana artis wanita, tetapi apabila Sherry mula memuat naik gambar saya di akaunnya, cerita ini jadi tersebar dan ke mana-mana ramai mahu mengetahui tentang perkara tersebut.

"Selama dengannya sedikit pun tidak menjadi masalah. Kalau ada jodoh adalah dan sememangnya kami tidak mahu sentiasa berkepit ke sana ke mari untuk mengelakkan persepsi lain dari pandangan masyarakat," ujar Fattah.

Dalam pada itu, banyak pihak beranggapan Sherry bukanlah calon sesuai untuk Fattah lantaran jarak usia mereka jauh. Malah mereka beranggapan Fattah mampu mendapat kekasih yang jauh lebih cantik dan muda dari Sherry.

"Soal usia tidak menjadi masalah dan kadang-kadang berumur lebih bagus. Cinta ini memang tidak boleh cakap sebab semuanya ketentuan Tuhan. Bagi manusia yang berkata sedemikian, jodoh itu bukan di tangan mereka. Jika itu jodoh dan rezeki saya, saya terima seadanya", tambah Fattah yang mula rapat bersama Sherry ketika menjayakan drama bersiri 'Cinta Ibadah'.

Baca : Ieda Moin Bercerai Hari Ini 

Sumber : mediahiburan.karangkraf.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Punca Ieda Moin Bercerai Hari Ini

Nampaknya bukan ikatan perkahwinan pelakon Sari Yanti sahaja yang terlerai, tetapi juga Ieda Moin, 35, dan suaminya, Mohamad Naquib Idris, 35.


Punca Ieda Moin Bercerai Hari Ini, info, terkini, hiburan, sensasi, Ieda Moin

Mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, hari ini.

Menerusi laporan akhbar tempatan, lafaz tersebut dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Mohamed Hizwan Mohamed Nor.

Pasangan itu sudah mendirikan rumahtangga sejak lapan tahun lalu dan mempunyai seorang anak berusia enam tahun.

Ieda mengakui dia dan suaminya sudah tidak tinggal sebumbung sejak dua bulan lalu akibat kemelut di antara mereka.

Khabarnya, pelakon itu telah diarahkan untuk memfailkan tuntutan nafkah di Mahkamah Tinggi Syariah selepas dia tidak setuju dengan jumlah nafkah bulanan anak yang mahu dibayar oleh bekas suaminya iaitu sebanyak RM800.

Diharapkan agar kedua-duanya dapat menyelesaikan isu tersebut dengan penuh baik selepas ini.

Kalau tidak, asyik kena turun naik mahkamahlah jawabnya.



Baca : Penyanyi Juara OIAM, Suki Low Lahir Anak Lelaki 

Sumber : mynewshub.cc
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Penyanyi Juara OIAM, Suki Low Lahir Anak Lelaki

Menyepi dari industri hiburan setelah berkahwin dengan pengurusnya pada 12 Disember 2012, Suki Low kini dilaporkan telah selamat melahirkan anak pertamanya.


Penyanyi Juara OIAM, Suki Low Lahir Anak Lelaki, info, terkini, hiburan, sensasi, Penyanyi, Suki Low

Diberi nama Chong Ethan, bayi lelaki tersebut dilahirkan Suki pada tanggal 1 Disember lalu.

Memetik kenyataan Suki kepada Berita Harian, “Hari ini anak saya berusia 18 hari. Ia satu pengalaman yang cukup menyeronokkan dan pada masa sama amat memenatkan kerana waktu tidur saya tak menentu. Tapi saya sedar ia dilalui semua ibu yang melahirkan anak.


Penyanyi Juara OIAM, Suki Low Lahir Anak Lelaki, info, terkini, hiburan, sensasi, Penyanyi, Suki Low

Tiga hari pertama melahirkannya, perasaan saya begitu teruja. Ia pengalaman berharga dan baru buat saya. Dulu hidup berdua kini sudah bertiga.”

Ujar Suki lagi, dia kini berada dalam tempoh berpantang selama sebulan dan akan menyambung karier nyanyiannya selepas tamat tempoh tersebut.

“Saya sepatutnya dijangka melahirkan anak pada 7 Disember tapi anak keluar tepat pada 1 Disember.

“Jadi saya dapat membuat persembahan sulung selepas bersalin untuk konsert ambang tahun baru di Putrajaya nanti.”

Suki bakal muncul dengan single dalam bahasa Melayu tidak lama lagi. Sebelum ini, pemenang program nyanyian One In A Million musim pertama itu popular menerusi lagu Berdiri dan Terlalu Mencintaimu.

Baca : Saman Sudah Bayar Tapi Belum Tukar? 

Sumber : mynewshub.cc
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Sudah Bayar Saman Tapi Nombor Plat Belum Tukar - Shaheizy Sam

Ramai sebenarnya prihatin dengan kisah nombor plat kereta ibu kepada pelakon ini apabila ianya mendapat liputan media dan Shaheizy Sam menjelaskan yang dia masih belum mempunyai masa untuk menukar nombor plat MOMMY yang telah disaman oleh pihak berkuasa baru-baru ini.


Shaheizy Sam, info, terkini, hiburan, aktor shaheizy Sam, sensasi, no plat Mommy

“Nombor plat masih belum tukar dan tidak sempat untuk berbuat demikian. Bayaran saman telah saya jelaskan, cuma tak tahu bila saya nak tukar,” katanya bersahaja.

Artikel Terdahulu :  

Dia turut memberitahu yang seseorang artis itu juga tidak terlepas daripada melakukan kesalahan dan dikenakan saman. Baginya kalau perkara itu salah, maka wajar dikenakan tindakan.


Shaheizy Sam, info, terkini, hiburan, aktor shaheizy Sam, sensasi, no plat Mommy

“Biasanya orang akan cakap kalau artis akan terlepas bila melakukan kesalahan, tetapi tidak kalau salah tetap salah. Sebenarnya jangan ingat selebriti boleh lepas apa sahaja, kalau selebriti buat salah tetap salah, jadi janganlah ada double-standard,” katanya yang ditemui semasa tayangan filem Kasut Ku Kusut di Cathay Cineplex Curve malam kelmarin.

Baca : Aeril Zafrel, Wawa Zainal Bakal Sanding? 

Sumber : rotikaya.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif