Sunday, December 28, 2014

Izreen Azminda Dilayan Macam Sampah

Awal pagi tadi, kami menerima screenshot daripada salah seorang followers pelakon cantik, Izreen Azminda yang mendakwa bahawa Izreen kini seakan-akan sedang mengalami kekecewaan.


Izreen Azminda Dilayan Macam Sampah, info, terkini, sensasi, gossip, izreen azminda,

Dalam foto tersebut, Izreen mengatakan bahawa dia dilayan macam sampah oleh seseorang yang tidak disebutkan namanya.

Sama seperti anda semua, kami pun tertanya-tanya siapakah gerangan individu yang memperlakukan Izreen sedemikian rupa. Tapi, bila kami jengah ke laman Instagram Izreen, foto tersebut telah pun dipadam.

Izreen Azminda Dilayan Macam Sampah, info, terkini, sensasi, gossip, izreen azminda,

Hurm…Kita tunggu dan lihat sahaja ada tak insan-insan yang melatah dengan kata-kata Izreen tu nanti. Siapa yang makan cili, dialah yang terasa pedasnya kan?

Baca : MLM2014 : Lawak SYJ Sindir Fazura & Farah Quinn 

Sumber : ohbulan.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif



MLM2014 : Lawak SYJ Sindir Fazura & Farah Quinn

Minggu ke-7 Maharaja Lawak Mega 2014 menyaksikan perjalanan kumpulan Shake berakhir apabila diumumkan sebagai kumpulan yang mendapat kutipan undian paling rendah. Malam bertemakan ‘Lawak Bermoral’ seakan tidak menjadi buat Shake apabila isu yang cuba diketengahkan mereka tidak mendapat perhatian juri.

Lawak SYJ Sindir Fazura & Farah Quinn, info, terkini,hiburan,s ensasi, gossip, SYJ, MLM2014

Berbeza pula buat kumpulan SYJ yang berjaya menambat hati juri menerusi sketsa hebat mereka. Namun apa yang lebih mendapat perhatian ialah lawak bermoral daripada SYJ yang diselitkan dengan sindiran kepada juri. Sindiran yang macam mana ye?

Lawak SYJ Sindir Fazura & Farah Quinn, info, terkini,hiburan,s ensasi, gossip, SYJ, MLM2014

Menampilkan sketsa ‘pil tak ketegaq’, kumpulan SYJ dilihat antara kumpulan yang menyinar pada pada malam itu sehinggakan mendapat 5 bintang. Mana tidaknya cerita-cerita bermoral yang dimuatkan di dalam sketsa mereka dilihat cukup dekat di hati penonton.

Tapi dalam lawak ada sindiran! Pada satu ketika, Syuk secara spontan menyindir Farah Quinn agar bertanya kepada Datuk Jalal sekiranya tidak faham lawak yang cuba disampaikan.

Ada rasionalnya sindiran Syuk tersebut memandangkan faktor bahasa yang berbeza menyukarkan Farah Quinn untuk memahami bahasa Malaysia dengan bagus. Malah kredibiliti Farah Quinn juga pernah dipertikai. Iyalah macam mana nak bagi bintang kalau lawak pun tak faham kan?

Lawak SYJ Sindir Fazura & Farah Quinn, info, terkini,hiburan,s ensasi, gossip, SYJ, MLM2014

Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari! Ingatkan Farah Quinn seorang je yang ‘disentuh’ oleh SYJ, rupanya Fazura pun tak terkecuali.

Menerusi cerita ketiga SYJ yang mengetengahkan tentang penjurian di dalam pertandingan, Jihan dilihat cuba meniru gaya Fazura. Cerita yang ditampilkan agak bersahaja, padat dan penuh dengan sindiran! Hasilnya SYJ berjaya mendapat 5 bintang daripada Fazura sendiri.

Nampaknya minggu ni bukan sahaja penonton yang mendapat pengajaran berguna daripada sketsa kumpulan yang bertanding, juri pun ada bahagian mereka. Haha nasib lah.

Lawak SYJ Sindir Fazura & Farah Quinn, info, terkini,hiburan,s ensasi, gossip, SYJ, MLM2014

Setakat hari ini, kumpulan Jalor mengungguli senarai kutipan undian diikuti oleh Shiro dan Sepahtu. Simpati dengan bencana banjir yang menimpa semenanjung Malaysia, pihak Astro  mengambil inisiatif untuk menyalurkan kutipan SMS pada malam jumaat yang lepas kepada Tabung Bencana Negara.

Baca : Izzue Islam Rai Peminat Di Bumi Korea 

Sumber : ohbulan.com

 photo good_zps9ceffaa5.gif



Izzue Islam Rai Peminat Di Bumi Korea

Baru-baru ini pelakon muda dan popular, Izzue Islam telah pergi ke Korea bercuti bersama peminat untuk menikmati permandangan yang indah.

Trip ini adalah sebahagian daripada program Izzue, antara caranya untuk mengeratkan ukhwah dan silaturahim bersama peminat yang tidak henti-henti menyokong kariernya.

Antara tempat yang mereka lawati ialah di sekitar Incheon, Nami Island, Lotte World dan Dongdeamun Market.

Korea Selatan antara destinasi popular rakyat Malaysia untuk pergi melancong dek kerana K-pop yang menjadi fenomena muzik dunia sekarang ini termasuklah drama Korea.

Dengan kesempatan ini, jom kita lihat foto-foto Izzue bersama peminatnya di sana. Kelihatan begitu mesra serta akrab, diharapkan Izzue akan meneruskan program seumpama ini di masa akan datang.

Izzue Islam Rai Peminat Di Bumi Korea, info, terkini, hiburan, sensasi, izzue islam,

Izzue Islam Rai Peminat Di Bumi Korea, info, terkini, hiburan, sensasi, izzue islam,

Izzue Islam Rai Peminat Di Bumi Korea, info, terkini, hiburan, sensasi, izzue islam,

Izzue Islam Rai Peminat Di Bumi Korea, info, terkini, hiburan, sensasi, izzue islam,

Izzue Islam Rai Peminat Di Bumi Korea, info, terkini, hiburan, sensasi, izzue islam,

Izzue Islam Rai Peminat Di Bumi Korea, info, terkini, hiburan, sensasi, izzue islam,

Baca : Ifa Raziah Alami Jangkitan Paru-paru 

Sumber : murai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Ifa Raziah Alami Jangkitan Paru-Paru

Akibat batuk berterusan hampir sebulan, penyanyi Ifa Raziah disahkan mengalami jangkitan paru-parunya atau pneumonia sehingga terpaksa di tahan di Pusat Perubatan Colombia, Setapak, dekat sini.


Ifa Raziah Alami Jangkitan Paru-Paru, info, terkini, hiburan, sensasi Ifa Raziah, gossip,

Ifa atau nama sebenarnya, Saripah Raziah Mustapha, 38, berkata, dia ditahan di pusat perubatan berkenaan sejak petang Sabtu lalu bagi mendapatkan pemantauan daripada pihak doktor setiap masa.

"Saya sudah hampir sebulan batuk tidak henti-henti dan lima kali ke klinik untuk mendapatkan rawatan, namun sehingga sekarang tidak baik.

"Semasa membuat rawatan, doktor memberitahu bahawa paru-paru saya mengembang kerana dijangkiti kuman dan perlu mendapatkan rawatan secukupnya," ujarnya kepada mStar Online.

Ifa Raziah Alami Jangkitan Paru-Paru, info, terkini, hiburan, sensasi Ifa Raziah, gossip,
Rakan artis Roslan Shah turut menziarahi Ifa Raziah di Pusat Perubatan Colombia.

Dalam pada itu, Ifa berkata, hal tersebut juga telah menjejaskan sesi latihannya untuk persiapan ke program akhir Gegar Vaganza yang akan berlangsung pada 4 Januari depan.

Dia juga tidak dapat memastikan sama ada mampu pulih sepenuhnya untuk terlibat pada pertandingan akhir tersebut.

"Dalam keadaan saya sekarang ini memang tidak boleh menyanyi langsung dan menjejaskan persiapan saya untuk beraksi di pentas final Gegar Vaganza.

"Sekarang pun saya tidak pasti sama ada boleh teruskan perjuangan di pentas akhir atau tidak dan perkara ini saya sudah maklumkan pada pihak Astro," katanya.

Baca : Black Hanafiah Tidak Gentar Ugutan Saman RM500,000 

Sumber : mstar.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Black Hanafiah Tidak Gentar Ugutan Saman RM500,000

Penyanyi Black Hanafiah tidak gentar dengan ugutan pengurus acara yang berniat untuk menyamannya atas tuduhan memalukan mereka menerusi laman sosial.


Black Hanafiah Tidak Gentar Ugutan Saman RM500,000, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, kontroversi, Balck Hanafiah

Black atau nama sebenarnya, Hanifah Hanafiah, 27, berkata, dia mempunyai bukti kukuh untuk berhadapan dengan individu tersebut jika perkara ini dibawa ke mahkamah.

"Kalau ingin membawakan perkara ini ke mahkamah silakan kerana saya memang menunggu tindakan daripada pihak mereka supaya saya boleh bentangkan apa kesalahan yang telah mereka lakukan.

Artikel Terdahulu :  


"Saya ada banyak bukti yang telah dikumpul tentang apa yang mereka lakukan selama ini, malah saya boleh saman malu kepada mereka kerana burukkan nama saya melalui kenyataan media yang mereka buat sebelum ini," katanya kepada mStar Online, di sini, Ahad.

Black berkata demikian ketika diminta mengulas tentang seorang pengurus acara yang kesal dengan tindakannya meminta memulangkan bayaran untuk majlis perkahwinannya yang sudah hampir dua tahun berlalu.

Pengurus acara tersebut dikatakan bakal mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman penyanyi lagu Si Putih Si Merah itu sebanyak RM500,000 kerana menganggu perjalanan perniagaannya dengan tuduhan buruk di laman sosial.

Sebelum ini, pada Jun 2013, Black mendakwa ditipu oleh pengurus acara yang dilantik sebagai perancang perkahwinannya kerana gagal menguruskan majlis kahwinnya walaupun sudah membayar RM30,000 bagi tujuan tersebut.

Sementara itu, Black berkata, dia membangkitkan semula hal itu bukan hanya kerana duit baki belum dipulangkan, malah menerima banyak aduan daripada orang luar yang meminta untuk mencari individu berkenaan.

Black yang memuat naik sekeping gambar di Instagram bagi memberi peringatan agar orang ramai tidak lagi tertipu dengan individu tersebut yang masih aktif mencari mangsa-mangsanya.

"Saya memang dah lupakan hal hutang tersebut, tetapi ramai pula orang yang menjadi mangsa mereka cari saya untuk minta bantuan. Mereka mahu menghubungi individu tersebut tetapi gagal, namun saya pun tidak dapat membantu kerana individu itu tidak akan mengangkat panggilan daripada saya.

"Baru-baru ini ada sekumpulan pelajar menghubungi saya kerana tertipu dengan pengurus acara itu yang kononnya ingin menganjurkan sebuah festival, tetapi setelah menerima duit, mereka tidak dapat dihubungi," katanya.

Dalam pada itu, Black berkata, dia pernah menyamar dan menghubungi individu tersebut bagi melihat bagaimana mereka beroperasi dengan menipu orang ramai.

Katanya, individu yang sering berurusan secara dalam talian itu hanya meminta mangsa memasukan duit ke akaun mereka tanpa sebarang 'hitam putih' dikeluarkan sebagai tanda bayaran.

"Saya dimaklumkan mereka kini aktif menipu secara online, apabila orang ramai terpedaya dengan memasukkan ke akaun mereka. Mereka akan memberi pelbagai alasan untuk mengelak untuk bercakap dengan mangsa," katanya.

Black bergelar suami kepada Naquia Yasirah Mohd. Khairi, 29, pada 13 September 2013 di Zebra Square, Kampung Pandan, dekat sini.



Baca : Pernikahan Zizan, Emma Maembong Sederhana 


Sumber : mstar.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Hormat Bakal Bapa Mertua, Pernikahan Zizan, Emma Maembong Sederhana

Pelawak Zizan Razak memberitahu majlis perkahwinannya dengan pelakon Emma Maembong akan diadakan secara sederhana mengikut permintaan bapa wanita itu, pelukis terkenal Ismail Embong.


Hormat Bakal Bapa Mertua, Pernikahan Zizan, Emma Maembong Sederhana, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, zizan razak, emma maembong

Bagaimanapun, Zizan atau nama sebenarnya, Mohd Razizan Abd Razak, 30, berkata, dia tetap akan berlaku adil kepada masyarakat dan peminat yang ingin menyaksikan hari bahagianya nanti.

"Andai kata saya berkahwin dengan Emma nanti, saya akan menghormati permintaan bapanya kerana saya faham orang tua kadang-kadang lebih suka ia dilakukan secara sederhana sahaja.

"Namun saya juga milik masyarakat dan perlu berlaku adil kepada peminat dan masyarakat yang ingin meraikan bersama hari perkahwinan tersebut," ujarnya kepada mStar Online.

Zizan berkata demikian ketika diminta mengulas tentang keputusan bapa kekasihnya iaitu Ismail Embong yang mahu majlis pernikahan anak-anaknya dilakukan secara sederhana dan tertutup.

mStar Online pada 22 Disember lalu melaporkan, Ismail telah mengecam majlis pernikahan anaknya Yaya Maembong dengan pelakon Wan Raja apabila mengenepikan peranannya sebagai seorang bapa dengan mengadakan perkahwinan cara membazir termasuklah majlis berinai yang tidak mendapat keizinannya.

Mengulas tentang perkara itu, Zizan berkata ia adalah hal berkaitan keluarga dan tidak perlu diperbesarkan kepada umum.

"Saya tidak boleh berpihak kepada mana-mana kerana bagi saya kedua-dua pihak ada jawapan mesing-masing. Saya tidak boleh memberi penilaian secara peribadi kerana ia adalah hal dalam keluarga yang seharusnya dibincangkan hanya dalam keluarga sahaja.

"Bagi saya apa yang berlaku ,  ayah adalah tetap ayah kita walaupun baik atau buruk pun dia," ujarnya.

Sementara itu, Zizan berkata, dia memuji sikap kekasihnya Emma Maembong dalam menyelesaikan masalah keluarga tersebut dengan matang.

Dia dan Emma juga kini dalam proses memujuk kedua-dua belah pihak agar berbaik semula.

"Saya puji dengan sikap Emma yang matang dalam hal ini kerana dia lebih tahu dan rapat dengan kedua-dua belah pihak ini.

"Dia tahu apa yang perlu dilakukannya dalam memujuk kedua-dua belah pihak untuk berbaik," katanya.

Sementara itu, ditanya tentang rancangan perkahwinannya dengan wanita tersebut, Zizan berkata ia mungkin selepas semua masalah tersebut selesai.

"Insya-Allah, Emma beritahu biar keluarganya selesai dahulu dan doakan yang terbaik sahaja buat kami," ujarnya.

Baca : 'Man From The Stars' Jadikan Kim Soo Hyun Aktor Terkaya Korea  

Sumber : mstar.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



'Man From The Stars' Jadikan Kim Soo Hyun Aktor Terkaya Korea

Pelakon Kim Soo Hyun diumum sebagai aktor paling kaya tahun 2014 ini. Kim yang berusia 26 tahun ini terkenal di peringkat antarabangsa melalui drama siri berjudul Dream High dan The Moon That Embraces The Sun.


Kim Soo Hyun Aktor Terkaya Korea, info, terkini, hiburan, sensasi, pelakon korea, Kim Soo Hyun

Kenaikan mendadak harga bayaran Kim adalah selepas dia membintangi drama Man From The Stars.

Manakala filem The Thieves dan Secretly Greatly juga turut menguatkan nama aktor ini dalam dunia lakonan Korea.

Populariti yang dikecapi Kim Soo Hyun di negara China juga membolehkannya menerima bayaran RM1.7 juta untuk tampil di program televisyen negara itu dengan didatangkan khas menaiki sebuah jet peribadi.

Selain itu, dia turut digelar sebagai Raja Iklan apabila membintangi lebih 30 buah iklan di negara China.



Baca : Julia Perez Jual Rumah Bayar Hutang  

Sumber : mstar.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif