Wednesday, January 7, 2015

Justin Bieber Tayang Badan Dan Seluar Dalam

Jika nama pelakon Hollywood  Mark Wahlberg  pernah sinonim sebagai model seluar Calvin Klein paling popular sekitar era 90-an, kini takhtanya itu telah dirampas oleh bintang pop remaja tersohor dunia Justin Bieber.


Justin Bieber Tayang Badan Dan Seluar Dalam, info, terkini, hiburan, sensasi, Justin Bieber, Hollywood celebrities,

Minta maaf Mark Wahlberg, kerana Justin Bieber nampaknya lebih hebat dengan bentuk fizikalnya yang berketak dan dipenuhi tattoo sebagai lambang lelaki sejati, apatah lagi cukup  maskulin dalam usiannya yang baru mencecah 20 tahun.

Malah, Justin Bieber dengan beraninya telah memberikan pose paling ghairah bersama-sama model terkenal Lara Stone tanpa menyarungkan sebarang baju dan gambar itu telah dimuat naik di laman Instagram miliknya baru-baru ini.

Semuanya gara-gara pemilihan Justin Bieber sebagai wajah dan duta terbaru jenama fesyen Calvin Klein khusus untuk seluar juga pakaian dalam untuk lelaki bagi jenama terkenal berkenaan.

Dalam menjayakan kempen terbaru jenama seluar dalam pilihan ramai itu juga, Justin Bieber turut memberikan beberapa pose maskulin dengan hanya menyarungkan seluar dalam hitam putih Calvin Klein yang telah dikongsikan di dalam laman Facebook miliknya.

Ramai juga yang memuji bentuk fizikal yang dimiliki penyanyi muda berkenaan sejak dia kembali pulih dan mendapatkan latihan fizikal daripada jaguh tinju dunia Floyd Mayweather.

Sebelum Justin Bieber, kempen seluar dalam itu turut membabitkan beberapa nama popular global antaranya Brooke Shields, Kate Moss dan paling terbaru Kellan Lutz.

Bagaimanapun ramai menyifatkan pemilihan Justin Bieber sebagai wajah terbaru jenama berkenan bertepatan sekali kerana bilangan trending yang paling berjaya sejak penyanyi kontrovesi itu mengwar-warkannya di laman sosial.

Baca : Emma-Zizan Putus: "Jangan tuduh saya puncanya!" - Kamal Adli 

Sumber : murai.com.my

Emma-Zizan Putus: "Jangan tuduh saya puncanya!" - Kamal Adli

 “Jangan pandai-pandai nak tuduh!” Demikianlah reaksi ringkas pelakon Kamal Adli apabila diminta komen adakah dia menjadi punca kemusnahan cinta antara pasangan pelakon Zizan Razak dan Emma Maembong.


Kamal Adli, info, terkini, sensasi, hiburan, gossip, emma maembong, zizan razak

Kamal, 29, yang terkejut dengan perpisahan itu turut memberitahu berasa risau kerana berita itu turut memberi persepsi kepada orang ramai kononnya dia menjalinkan hubungan dengan Emma adalah benar.

"Takkan saya nak merampas kekasih orang? Jangan pandai-pandai tuduh.

"Gara-gara perpisahan mereka, nama saya pula dikaitkan. Bukan saya yang menjadi punca.

“Kami hanyalah rakan kerja yang terlibat dengan drama Cinta Tanpa Syurga.  Tidak lebih daripada itu," tegasnya yang dihubungi mStar Online di sini pada Rabu.

Emma menerusi laporan sebuah akhbar pada Rabu telah mengesahkan bahawa hubungannya dengan pelawak Zizan Razak sudah pun berakhir namun dia enggan bercerita lanjut punca perpisahan itu.

Sebelum ini Emma pernah dikaitkan dengan Kamal Adli kononnya mereka dilihat semakin mesra sejak terlibat dalam drama Cinta Tanpa Syurga.

Kamal Adli, info, terkini, sensasi, hiburan, gossip, emma maembong, zizan razak

Sementara itu, Kamal berharap mana-mana pihak yang masih menuduh dia menjadi punca perpisahan pasangan tersebut agar selidik dahulu kesahihan berita berkenaan sebelum membuat spekulasi.

Kata Kamal,  dia menyangka sejak putus cinta dengan Intan Ladyana pada pertengahan tahun lalu, namanya tidak lagi menjadi bahan gosip, sebaliknya cerita lain pula yang timbul.

Dalam pada itu, ditanya adakah dia kini sudah mempunyai kekasih baru, kata Kamal, buat masa ini dia lebih selesa memberikan komitmen sepenuhnya terhadap kerjaya seni.

"Perkara lalu (putus dengan Intan), saya sudah boleh terima hakikat, tetapi belum bersedia untuk mencari pengganti.

"Kalau boleh saya ingin fokus kepada kerjaya seni saya. Mungkin ini peluang saya untuk mengasah lagi bakat yang ada untuk menjadi pelakon yang lebih baik," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Kamal kini terlibat dengan penggambaran drama Pergilah Airmata bersama pelakon Nelydia Senrose, Izreen Azminda, Amar Asyraf dan Azlee Khairi.

Baca : Emma Maembong Sah Putus Dengan Zizan Razak 

Sumber : cari.com.my

Tuesday, January 6, 2015

Katy Perry Enggan Dedah Hubungan Cinta Kekasih Baharu

Bintang pop Katy Perry mengambil pendekatan untuk tidak terlalu mendedahkan kisah cinta dengan kekasih barunya, DJ Diplo.

Menurut laporan portal Femalefirst, wanita itu menyifatkan dia lebih banyak membawa keburukan selepas pengalamannya menjalinkan hubungan dengan Russell Brand dan John Mayer.

Katy Perry Enggan Dedah Hubungan Cinta Kekasih Baharu, info, terkin, hiburan, sensasi, gossip, ketty perry, Hollywood celebrities,
Katy Perry dan DJ Diplo tidak mahu percintaan mereka menjadi bahan berita.
"Diplo sudah menjadi sebahagian daripada hidup Katy tetapi mereka tidak mahu bercakap banyak tentang hubungan itu.

"Selepas Russell dan John, Katy tidak mahu pihak media mengejar berita tentang hubungan cintanya lagi," kata sumber.

Tambah sumber itu lagi, hubungan Katy dengan Diplo benar-benar serius apatah lagi penyanyi itu turut menerima anak kepada lelaki tersebut, Lazer yang berusia sebulan, hasil hubungan dengan bekas kekasih,  Kathryn Lockhart.

Baca : Kumpulan AHKB Rakam lagu Alleycats 

Sumber : mstar.com.my

Kumpulan AHKB Rakam lagu Alleycats

Mencipta nama menerusi kumpulan Daring Visionary Act (d-Va) sebelum menukarnya kepada Abstrak Hingga Ke Bulan (AHKB) pada 2007.

Ia bukan kerja mudah buat pemain gitarnya, Zarul kerana terpaksa berdepan pelbagai cabaran untuk terus kekal bersaing.

Kumpulan AHKB Rakam lagu Alleycats, info, terkini, hiburan, lagu alleycats

Masalah paling utama ialah anggota kumpulan yang silih berganti menjadikan anggota AHKB kini sudah masuk generasi ke-empat.

Bagaimanapun, Zarul tetap berusaha mengekalkan kumpulan pop ska alternatif ini dan hasilnya mereka akan tampil dengan album ketiga pada Februari ini.

"Seorang demi seorang anggota AHKB pergi meninggalkan saya sendirian. Alasan utama yang diberikan ialah mereka terikat dengan kerja. Ada juga yang masih belajar dan ada pula sudah berkeluarga dan malas terbabit dalam muzik lagi.

"Tahun lalu pun ketika merakamkan album, pemain keyboard dan bass pula me­ngundur diri kerana berdepan masalah. Tapi nak tak nak, saya teruskan juga rakaman kerana kos studio sudah dibayar.

"Mungkin nama AHKB agak berat pengertiannya sehingga tidak henti-henti ditimpa masalah. Namun saya sukakannya kerana mempunyai maksud tersendiri. Asalnya dulu ha­nya nama Abstrak tapi saya dapati ramai pula gunakan nama ini dan terus menambah Hingga Ke Bulan bagi menggambarkan cita-cita kami yang menggunung tinggi," kata­nya.

Dengan kegigihan Zarul, AHKB berjaya mewakili Malaysia dalam pertandi­ngan nyanyian berbentuk program realiti TV, Search For Unsigned Talent For Asia (SUTASI) yang berlangsung di Singapura pada 2009 dan menduduki senarai Top 5.

Program ini bertujuan mencungkil bakat baru dari negara Asia serta menjadi landasan buat pemuzik serta anak seni berbakat untuk menempa kemasyhuran di pentas seni antarabangsa.

Selain Zarul, AHKB kini dianggotai Deeba (penya­nyi), Aan (gitar kedua), Rezal (bass) dan Amar (dram) dan bakal tampil dengan album berjudul Tiktok.

"Album ini memuatkan 11 lagu apabila 10 ciptaan saya dan satu 'cover version' Hing­ga Akhir Nanti nyanyian asal Alleycats. Deeba pula menyumbang idea menghasilkan lirik.

"Kami yakin album terbaru terbitan Happy Records ini boleh diterima peminat. Malah single pertama berjudul Jangan Tinggalkan Aku kini sudah mula diputarkan di stesen radio," kata­nya.

Menurut Zarul, proses rakaman album ini mengambil masa selama dua tahun untuk disiapkan dan ia menunjukkan kematangan AHKB dalam berkarya berbanding album sebelumnya.

"Mengikut pera­ncangan, AHKB akan me­ngadakan 'tour mini' selepas majlis pelancaran album selesai. Antara lokasinya ialah Johor Bahru, Kuantan, Pulau Pinang, Ipoh, Melaka, Seremban dan Shah Alam," ­katanya.

Baca : Che Ta Bengang Foto Anak Dijadikan Cerita Bayi Dibuang  

Sumber : hmetro.com.my

Che Ta Bengang Foto Anak Dijadikan Cerita Bayi Dibuang

Pelakon Rozita Che Wan menyifatkan individu yang menggunakan wajah bayi perempuannya, Aaisyah Dhia Rana dengan meletakkan status seolah-olah bayi itu telah dibuang ibu-bapa adalah perbuatan biadap dan tidak bertanggungjawab.

Che Ta Bengang Foto Anak Dijadikan Cerita Bayi Dibuang, info, terkini, sensasi, gossip, hiburan, anak che ta, aaisyah Dhia Rana,

Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, 42, berkata, dia terkejut apabila mendapat tahu perkara tersebut apatah lagi individu berkenaan dikatakan merupakan rakyat Indonesia.

Artikel Terdahulu :  

"Biadap sungguh individu itu sehingga sanggup buat kerja merapu.

"Apakah salah anak saya sehingga wajahnya digunakan dengan status sedemikian? Mereka ini adalah orang yang tidak berhati perut!," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Selasa.

Che Ta Bengang Foto Anak Dijadikan Cerita Bayi Dibuang, info, terkini, sensasi, gossip, hiburan, anak che ta, aaisyah Dhia Rana,
Aaisyah menjadi mangsa berita palsu pengguna Twitter.

Baru-baru ini salah seorang individu yang difahamkan dari negara seberang telah meletakkan status di Twitter mengatakan seorang bayi ditinggalkan ibu-bapanya dan kini sedang dirawat di sebuah pusat perubatan di Indonesia dengan meletakkan wajah anak aktres itu.

Status tersebut telah mengundang rasa prihatin masyarakat di negara itu di mana 'kisah sedih' berkenaan telah disebarkan tanpa mengetahui kesahihan berita tersebut.

Sementara itu, Rozita berkata, berita palsu itu membuatkan dia berasa sedih apalagi anaknya yang baru berusia 2 bulan sudah menjadi mangsa pengguna laman sosial yang tidak bertanggungjawab.

Kata Rozita, isu-isu yang timbul seperti itu membuatkan dia dan suaminya, Zain Saidin enggan anak mereka terlibat dalam dunia seni hiburan apabila besar kelak.

"Daddy dia tak bagi jadi artis. Kami jadi selebriti pun kerana kebetulan.

"Bukannya tidak elok jadi artis, Alhamdulillah hidup senang tetapi apabila diri terlalu terdedah, dunia artis boleh ke arah negatif tanpa sedar. Seperti yang telah berlaku pada kami sekarang ini," ujarnya.

Baca : Izreen Azminda nafi bercinta dengan Nazrief Nazri 

Sumber : mstar.com.my

Izreen Azminda nafi bercinta dengan Nazrief Nazri

Aktres jelita Izreen Azminda tampil menafikan gosip kononnya dia kini bercinta dengan aktor baru Nazrief Nazri selepas dia memuat naik gambar bersama aktor itu di laman sosial Instagramnya baru-baru ini.


Izreen Azminda nafi bercinta dengan Nazrief Nazri, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, izreen azminda, nazrief nazri

"Tidak mungkin saya bercinta dengan Nazrief kerana menganggap dia seperti adik sendiri dan gambar itu diambil oleh salah seorang teman kami semasa keluar makan.

"Dia seorang yang baik dan mempunyai masa depan yang cerah sebagai pelakon jika dia benar-benar fokus terhadap kerjayanya," katanya yang dipetik dari mStar.

Artikel Terdahulu :  

Dalam pada itu, Izreen yang berstatus janda anak satu ini turut menyuarakan rasa rimasnya apabila sering dikaitkan dengan pelakon lelaki yang bergandingan dengannya.

"Sebelum ini saya boleh terima lagi jika ada orang cuba mengaitkan saya dengan mana-mana lelaki tetapi semakin lama ia membuatkan saya berasa rimas, jadi hentikanlah."

Tambah aktres berusia 30 tahun itu lagi, dia kini mahu fokus pada kerjaya dan anaknya yang kini berusia 18 bulan.

"Tidak mungkin saya akan bercinta dalam masa terdekat ini kerana kehidupan selepas bercerai baru sahaja stabil dan biarlah saya fokus kepada kerjaya dan anak terlebih dahulu.

"Tambahan pula pengalaman dan kesilapan lalu banyak mengajar saya untuk lebih berhati-hati dalam memilih pasangan."

Baca : Sentap Dikata Over, Kak Ogy Bidas Peminat MLM  

Sumber : tupai.com.my

Sentap Dikata Over, Kak Ogy Bidas Peminat MLM Di Instagram

Jika anda merupakan penonton setia rancangan Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014), pastinya anda mengetahui minggu lepas merupakan minggu di mana setiap peserta perlu menampilkan seorang artis undangan bagi memantapkan lagi persembahan komedi mereka.

Kak Ogy Bidas Peminat MLM Di Instagram, info, terkini, sensasi, gossip, Oyg, MLM2014,


Artis yang diundang adalah Kumpulan Sepah yang dipilih Kamarool Yusuf, Fauziah Ahmad Daud atau Kak Ogy (Jalur), Afdlin Shauki (SYJ), Hazama (Nabil), Stacy (Zero) Putri Balkis (Bocey), Amyra Rosli (Virus) dan Nasir Bilal Khan (Shiro).

Artikel Terdahulu :  

Rata-rata persembahan tema bersama artis undangan ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh peserta dan ternyata idea yang mereka lontarkan berjaya membuat penonton terhibur.

Namun begitu, kumpulan Jalur menerima kritikan agak hebat terutama daripada netizen yang tidak menyukai gandingan mereka bersama Kak Ogy yang disifatkan terlalu over dalam persembahannya pada malam itu.

Kurang senang dengan kritikan penonton yang dilemparkan di laman Instagram, Kak Ogy pantas menjawab dengan menulis:

Kak Ogy Bidas Peminat MLM Di Instagram, info, terkini, sensasi, gossip, Oyg, MLM2014,

Kak Ogy Bidas Peminat MLM Di Instagram, info, terkini, sensasi, gossip, Oyg, MLM2014,

Mungkinlah gandingan Jalur dan Ogy tak berapa menjadi, tapi tak perlulah terus menghentam, yang penting berikanlah kritikan membina yang boleh memperbaiki lagi persembahan seseorang artis itu daripada terus menerus mengutuk. Tak gitu?

Baca : Emma Maembong Sahkan Putus Cinta Dengan Zizan Razak  

Sumber : mynewshub.cc

Emma Maembong Sahkan Sudah Putus Cinta Dengan Zizan Razak

Selepas berminggu bermain teka teki dengan peminat dan menafikan segala khabar angin yang tersebar luas melalui media, akhirnya empunya badan memberi kata pengesahan yang mereka kini sudah tidak bersama atau dalam kata lain putus cinta.



Emma Maembong Sahkan Sudah Putus Cinta Dengan Zizan Razak, info, terkini, hiburan, sensasi, hangat, emma maembong, zizan razak, kontroversi, gossip

Semalam, ramai mula bertanyakan tentang kesahihan khabar yang mengatakan Emma Maembong telah meminta supaya hubungan cinta dengan Zizan Razak diputuskan lebih lebih lagi apabila memuatnaik status di laman sosial bersama lagu putus cinta.

Artikel Terdahulu : 

Melalui laporan Harian Metro hari ini Emma Maembong sendiri mengakui yang hubungan cintanya bersama Zizan Razak kini sudah berakhir namun enggan membuka mulut untuk bercerita lanjut lebih lebih lagi tentang apakah punca perpisahan mereka.

“Betul. Mungkin (sudah) tak ada jodoh (antara kami) agaknya. Minta maaflah saya belum bersedia bercerita. Bukan sekarang, tapi nantilah saya cerita (bila tiba masa sesuai). Terima kasih sebab faham,” ujar Emma Maembong menerusi aplikasi pesanan Whatsapp.

Zizan Razak bagaimana pun sehingga kini belum berikan apa apa komen berkaitan perkembangan terbaru ini dan pastinya banyak cerita yang ditunggu oleh para peminat mereka.

Baca : Zizan Razak Sedia Lawan Di Mahkamah Tuntutan RM500,000 

Sumber : rotikaya.com

Zizan Dan Bekas Pengurus Gagal Selesai Saman

Dua saman difailkan terhadap pelawak dan pelakon terkenal, Zizan Razak oleh pembantu peribadinya berhubung pembekuan akaun syarikat dan pelanggaran perjanjian kontrak akan diteruskan melalui perbicaraan selepas proses mediasi bagi menyelesaikan saman itu di luar mahkamah gagal.

Zizan Dan Bekas Pengurus Gagal Selesai Saman, info, terkini, hiburan, kontroversi, zizan razak, wire fame entertainment, marina juki

Zizan, 31, atau nama sebenarnya Mohd Razizan Ab Razak ketika ditemui pemberita berkata beliau bersedia menghadapi perbicaraan kes itu dan berharap peminat mendoakan yang terbaik untuknya.

"Saya tidak buat apa-apa. Saya yang disaman dan saya bersedia untuk perbicaraan dan kes ini hanya melibatkan isu syarikat," katanya selepas proses mediasi di hadapan Hakim Zainal L. Salleh di Pusat Mediasi, Mahkamah Kuala Lumpur pada Selasa.

Artikel Terdahulu :  


Peguam Harjit Sandhu yang mewakili plaintif, Marina Juki memberitahu pemberita bahawa proses mediasi bagi kedua-dua saman itu gagal selepas kedua-dua pihak tidak bersetuju dengan terma-terma penyelesaian.

Harjit berkata mahkamah menetapkan November ini untuk perbicaraan kes saman berhubung pembekuan akaun syarikat di hadapan Hakim Datuk John Louis O'Hara manakala esok bagi pengurusan kes di Mahkamah Sesyen Sivil untuk kes saman berhubung pelanggaran kontrak.

Pada 30 September tahun lepas, Marina, 31, memfailkan saman terhadap Zizan di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi Sivil berhubung pembekuan dua akaun syarikat Wire Fame Entertainment Sdn Bhd untuk satu tempoh yang lama.


Zizan Dan Bekas Pengurus Gagal Selesai Saman, info, terkini, hiburan, kontroversi, zizan razak, wire fame entertainment, marina juki

Wanita itu mendakwa akibatnya beliau menanggung kerugian besar kerana artis-artis di bawah naungan syarikat Wire Fame tidak berminat lagi menyambung kontrak kerana pembekuan akaun syarikat itu menunjukkan syarikat itu bermasalah.

Dalam saman itu beliau menamakan Maybank Islamic Berhad, Zizan dan syarikat Wire Fame sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Pada 5 November tahun lepas, Marina memfailkan saman kedua di pejabat pendaftaran Mahkamah Sesyen Sivil terhadap Zizan atas dakwaan melanggar kontrak perjanjian yang ditandatangani antara Zizan, syarikat Wire Fame dan plaintif (Marina) pada 3 Mei 2011 iaitu Zizan telah bersetuju melantiknya sebagai pengurus peribadi dan perjanjian itu untuk tempoh empat tahun dan akan tamat pada 2 Mei 2015.

Marina dalam pernyataan tuntutannya berkata bagaimanapun pada Mei 2014, pihak Astro telah mengesahkan Zizan kini berada di bawah pengurusan Astro dengan kontrak bernilai RM2,000,000 tanpa persetujuan syarikat Wire Fame dan plaintif.

Wanita itu mendakwa Zizan telah melanggar perjanjian kerana perpindahannya ke Astro dilakukan sebelum tamat tempoh kontrak dengan plaintif dan syarikat Wire Fame.

Marina mendakwa akibat pelanggaran perjanjian itu beliau menanggung kerugian teruk, oleh itu beliau memohon ganti rugi khas sebanyak RM535,500, ganti rugi am, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Baca : Melamar Secara Live Di TV Buktikan Artis Malaysia Murahan! 

Sumber : mstar.com.my