Saturday, January 17, 2015

Wajah Sebenar Encik Mimpi Didedahkan

Akhirnya dia akur mendedahkan nama selepas empat tahun menggunakan identiti Encik Mimpi iaitu lelaki di sebalik topeng putih setiap kali membuat persembahan atau menghadiri majlis.

Wajah Sebenar Encik Mimpi Didedahkan, info, terkini, hiburan, sensasi, Encik Mimpi, gossip

“Nama saya Mohd Azam Zamri dan berusia 26 tahun dan saya berasal dari Kuala Lumpur,” katanya di majlis pelancaran album Encik Mimpi-Selamat Malam Cinta di ibu kota, kelmarin.

Pendedahan itu mengundang perhatian kakitangan pengurusan Encik Mimpi Production (EMP) termasuk pengedar kandungan digital Indigital Sdn Bhd yang menunjukkan reaksi terkejut.


Wajah Sebenar Encik Mimpi Didedahkan, info, terkini, hiburan, sensasi, Encik Mimpi, gossip

Kata Encik Mimpi, dia tiada masalah untuk mendedahkan namanya sebelum ini, tetapi kerana mahu mengekalkan imej misteri yang dikenali oleh pengikut setianya di blog, YouTube dan akaun laman sosialnya yang lain, dia lebih selesa dikenali dengan nama penanya itu.

“Saya akui mula-mula melangkah masuk dalam industri muzik, saya masih mentah dan tidak faham etika kerja wartawan khususnya akhbar yang perlu merekodkan nama penuh.

“Semakin kerap saya berurusan dengan mereka, semakin saya faham kerja mereka dan kebanyakan wartawan menghormati apabila diminta merahsiakan identiti saya asalkan kita berterus terang dengan mereka.

“Dulu saya tidak faham, kalau buat pendedahan nama sebenar mungkin ia membunuh elemen misteri yang menjadi identiti Encik Mimpi. Tetapi, saya sekarang sudah lebih terbuka untuk berkongsi nama penuh saya,” katanya yang masih merahsiakan maklumat lain untuk terus kekal dengan imej sedemikian.

Mencuri perhatian umum dengan pelbagai video parodi serta video nyanyian lagu-lagu saduran di YouTube, percubaan Encik Mimpi menghasilkan lagu sendiri turut mendapat sambutan luar biasa.

Sehingga kini, dia sudah memiliki hampir 100 video, 50,000 pelanggan dan hampir lapan juta tontonan di YouTube.

Single pertamanya, Rindukanlah yang membawanya masuk ke arena muzik tempatan adalah lagu ciptaan pengurusnya ,Rumnan Rumhadi.

Beraja di kebanyakan carta radio berbahasa Melayu tempatan, sambutan baik terus diberikan pendengar untuk single keduanya, Ayuh Tinggalkan Dia.

Dilamar orang Indonesia

Lagu Ayuh Tinggalkan Dia ciptaannya sendiri itu turut membawa tuah kepada penyanyi dengan kelulusan ijazah kejuruteraan dari Universiti Malaya itu apabila dilamar syarikat rakaman Indonesia, Proactive sebagai artis naungan mereka selama dua tahun.

“Alhamdulillah mereka melamar saya melalui e-mel selepas tertarik mendengarkan lagu Ayuh Tinggalkan Dia.

“Memang dalam album saya lagu ini yang paling mencabar kerana muziknya agak berbeza selain disuntik sedikit elemen dangdut. Tidak mustahil elemen dangdut itu antaranya membuatkan pihak di Indonesia tertarik.

“Selepas meneliti kontrak termasuk latar belakang beberapa artis yang menaungi syarikat itu, saya bersetuju untuk menerima lamaran ini.

“Komitmen saya adalah mengikuti promosi jelajah yang disusun, memenuhi undangan persembahan, perlu menghasilkan lagu selain merekodkan semula semua lagu yang terdapat dalam album Encik Mimpi – Selamat Malam Cinta dalam dialek Indonesia.

Sanggup berhenti kerja

Berikutan komitmen yang semakin tinggi dalam bidang muzik, Encik Mimpi nekad melepaskan jawatannya dengan sebuah syarikat teknologi maklumat bagi memberi tumpuan sepenuhnya pada nyanyian.

“Dulu saya anggap pembabitan dalam bidang muzik hanya suka-suka, tetapi kini menjadi satu bidang yang serius,” katanya.


Wajah Sebenar Encik Mimpi Didedahkan, info, terkini, hiburan, sensasi, Encik Mimpi, gossip

Tidak menyesal de­ngan keputusannya itu, Encik Mimpi yakin dia mampu berjaya dalam bidang nyanyian selagi ada usaha, keinginan dan bersedia dengan perancangan masa depan.


Wajah Sebenar Encik Mimpi Didedahkan, info, terkini, hiburan, sensasi, Encik Mimpi, gossip

Menyingkap barisan lagu yang menghiasi album sulungnya, selain Rindukanlah dan Ayuh Tinggalkan Dia, empat lagu lain yang tidak kurang menarik adalah Menu Cintaku (gandingan bersama kumpulan AT-RI), Hikmah Di Atas Segalanya (paduan suara bersama Ronnie Hyper Act, Nomad dan Aepul Roza) dan Selamat Malam Cinta yang turut ditampilkan dalam versi Indonesia.


Baca : 2015 Tekanan Buat Zu Ariffin 

Sumber : ohgilamedia.com

Friday, January 16, 2015

Tekanan 2015 Zul Ariffin

2015 meletakkan Zul Ariffin dalam tekanan tersendiri. Perkara yang paling memberi tekanan kepada pelakon drama itu apabila diramalkan bakal menamatkan zaman solonya bersama penerbit filem produksi Tayangan Unggul, Gayatri Su-Lin Pillai.


Tekanan 2015 Zul Ariffin, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, zul ariffin, gayatri su lin pillai

Selain itu, khalayak mahu menyaksikan momentum dan kedudukan yang dilakarnya sepanjang fasa akhir tahun lalu, terus meledak pada tahun ini.

Ditebak pertanyaan mengenai resolusi, strategi dan perancangannya pada tahun ini, Zul, 28, memberitahu soal hati dan perihal merancang perkahwinan pada tahun ini tidak termaktub dalam takwim tahun 2015.

Fokusnya lebih kepada mengekalkan kejayaan yang telah diraihnya bermula dengan fenomena Rindu Awak 200% tahun lalu dan memperluaskan pengaruh dengan menceburi beberapa bidang lain.

“Kahwin? Rasanya bukan tahun ini kerana setiap kali persoalan itu dibangkitkan saya akan pening. Bukannya mudah untuk merancang sesebuah majlis perkahwinan dan atas dasar untuk tidak merumitkan fikiran saya, lebih baik majlis itu bukan dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

Zul juga menjelaskan, dia mempunyai banyak komitmen dan kerja lain yang perlu dilaksanakan pada tahun ini dan apabila sudah betul-betul bersedia barulah dia akan mengumumkan untuk berkahwin. “Lagipun, saya tidak mahu majlis itu (perkahwinan)diadakan secara besar-besaran,” ujarnya yang ditemui pada majlis pelancaran produk penjagaan diri Nivea Cool Kick Triple Shield di Zebra Square, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Adakah kemungkinan besar kenyataan itu dikeluarkan atas dasar kebimbangan terhadap saham dirinya yang sedang mencanak-canak kini, tegas pelakon filem Penanggal itu pilihan untuk berkahwin tidak didorong oleh faktor populariti semata-mata.

“Peminat sekarang bukan seperti dahulu, mereka menerima seseorang pelakon itu bukan berdasarkan status sama ada mereka telah berkahwin atau tidak. Ramai pelakon popular sekarang yang sudah berjaya tidak dinilai berdasarkan usia atau status, yang berjaya pun kebanyakannya sudah berkahwin dan mempunyai anak.

“Peminat tahu dengan siapa saya keluar dan mereka faham. Jadi tidak timbul sebarang isu berkaitan saham jatuh atau saya cuba lari daripada berkahwin,” jelas Zul.

Dalam perkembangan lain, Zul baru dilantik sebagai ikon personaliti untuk melaksanakan kempen media sosial untuk produk terbaharu Nivea Cool Kick Triple Shield. Selain Zul, pelakon Nazim Othman dan selebriti kesihatan Kevin Zahari turut dipilih dalam kempen yang sama dengan beberapa aktiviti yang telah disusun di beberapa buah universiti tempatan bermula Mac depan.

“Secara peribadinya saya mahu membabitkan diri dalam aktiviti yang melibatkan masyarakat dan kebajikan pada tahun ini kerana tahun lepas fokus saya tertumpu kepada kerjaya semata-mata. Saya memang seorang pengguna produk tersebut sejak zaman belajar lagi dan tidak salah untuk saya mempromosi produk yang saya pernah gunakan,” katanya.


Tekanan 2015 Zul Ariffin, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, zul ariffin, gayatri su lin pillai

WAJAH baharu Nivea Cool Kick-Triple Shield Challenge. Dari kiri: Nazim Othman, Zul Ariffin dan Kevin Zahari.

Zul juga memberitahu, dia menggunakan tahun 2015 untuk memberi sehabis baik komitmen memandangkan dia telah diterima baik pada tahun lalu.

Ditebak bagaimana jika perancangannya untuk terus mendaki karier pada tahun ini tidak kesampaian, Zul memberitahu, dia tidak gentar jika itu situasi yang perlu dihadapinya.

“Soal jatuh atau naik bukan penanda aras bagi saya kerana saya pernah bermula dari bawah dan untuk turun semula ke peringkat tersebut saya tiada masalah,” katanya yang sedang hangat dengan drama bersiri Istikharah Cinta bersama Faye Kushairi.

Zul yang turut dilantik sebagai ikon Festival Drama Kuala Lumpur tahun ini bakal memasuki set penggambaran drama adaptasi novel berjudul Mr. London Vs Mrs. Langkawi bergandingan dengan pelakon cantik Izara Aishah. Tambah pelakon yang berasal dari Taiping, Perak itu lagi, sehingga September depan jadual kerjaya sudah terisi dengan pelbagai tawaran drama dan telefilem.

Berada di ruang selesa sebagai pelakon yang paling berkesan untuk menjayakan watak romantik meletakkan Zul berada pada satu tahap statik. Mengulas mengenai zon selesa, Zul mengakui dia akan berusaha untuk lari daripada stereotaip yang dilabelkan sebagai pelakon yang tidak berkembang.

“Saya bermula menerusi watak bukan romantik dan kebanyakannya diberikan karakter jahat. Filem Bikers Kental dan Penanggal misalnya membuktikan saya bukan hanya pelakon yang hanya menerima karakter lelaki romantik semata-mata. Cuma, pada mulanya saya kurang mendapat tumpuan kerana saya masih pelakon baharu.

“Nasib saya baik apabila tumpuan itu mula datang kepada saya apabila berlakon dalam cerita romantik dan saya akui saya perlu lari daripada zon selesa ini.

“Bagaimanapun apabila waktu penggambaran mengambil masa terlalu panjang, saya susah untuk mengubahnya (romantik). Tambah pula peminat menggemari watak itu, walhal watak romantik merupakan perkara paling sukar untuk saya lakonkan,” akuinya yang bersyukur kerana diterima baik oleh peminat.

Baca : Cinta bertaut kembali, Zizan fokus kerja 

Sumber : kosmo.com.my

Cinta bertaut kembali, Zizan fokus kerja

Jika disorot kembali kisah kontroversi yang menjadi bualan seluruh peminat industri hiburan tanah air kebelakangan ini, penama Zizan Razak mungkin antara selebriti yang menduduki carta teratas selebriti yang sering menjadi canangan mulut orang ramai dek kisah peribadinya.


Cinta bertaut kembali, Zizan fokus kerja, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, zizan razak, emma maembong

Bermula dengan kes saman membabitkan pengurusnya, Marina Juki, sehingga kisah pergolakan cintanya bersama aktres cantik, Emma Maembong dugaan bagaikan datang bertalu-talu kepada jejaka kelahiran Kuala Terengganu, Terengganu ini.

Rabu lalu, Zizan diperintahkan mahkamah untuk tidak boleh menandatangani sebarang kontrak dengan mana-mana produksi selepas bekas pengurusnya, Marina Juki berjaya mendapat injuksi sementara terhadapnya atas dakwaan melanggar kontrak.


Cinta bertaut kembali, Zizan fokus kerja, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, zizan razak, emma maembong

Ditemui pada majlis pelancaran program kanak-kanak, Projek Ceria di Hospital Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur. Zizan diminta bercerita lanjut tentang kontroversi yang melingkarinya ketika ini.

Kosmo!: Seperti sudah jatuh ditimpa tangga, sekarang satu-persatu masalah menerpa ke dalam hidup Zizan, sebagai selebriti yang juga manusia biasa, bagaimana anda mendepani situasi peribadi dan karier yang agak mencengkam ketika ini?

ZIZAN: Apa jua masalah yang datang saya anggapnya sebagai rezeki dan dugaan. Saya reda dengan ketentuan Yang Maha Esa.

Dalam perkembangan terkini perjalanan dengan bekas pengurus yang juga rakan kongsi, Marina Juki di mahkamah seperti memihak kepada Marina, bagaimana respon anda mengenai perintah mahkamah berkenaan?


Buat masa ini, saya hanya boleh kata, hal itu telah dipanjangkan ke mahkamah. Setakat ini prosiding kes masih lagi berjalan. Biarlah peguam kami berdua yang menguruskan. Saya berharap perkara ini dapat diselesaikan dengan cara baik. Saya juga sentiasa berusaha sekiranya perkara ini dapat diselesaikan dengan baik.

Selepas berita putus dengan Emma Maembong tersebar, anda ada memuat naik gambar di Instagram yang membayangkan hubungan kalian kembali okey. Apakah status terkini hubungan anda dan Emma?

Saya mengakui hubungan kami kini telah kembali pulih. Alhamdulillah, saya tidak mahu perkara ini diperbesarkan lagi. Cuma tahun ini saya mahu menumpukan sepenuh perhatian saya kepada kerjaya. Pada masa yang sama, saya juga berharap agar khalayak dapat mendoakan hubungan kami.


Zizan bersama ‘Cicakman’ sedang melayan seorang pesakit kanak-kanak di Projek Ceria ketika melawat PPUM.

Bagaimana pula dengan penglibatan anda dalam program rancangan Projek Ceria. Apakah peranan dalam program ini?

Saya terlibat sebagai salah satu selebriti jemputan dalam program ini. Saya diminta untuk memenuhi permintaan seorang peminat cilik yang juga penghidap kanser iaitu Mohamad Fakhrul Aiman Mohamad Asri, 15 tahun.

Menerusi program lima episod itu, saya muncul dalam episod pertama dan telah membuat kejutan kepada Mohamad dengan melakukan kunjungan secara mengejut ke rumah keluarganya di Kuantan, Pahang.

Apakah yang membuatkan anda terpanggil untuk menyertai program ini?

Sememangnya tugas saya sebagai seorang penghibur untuk menghiburkan seluruh peminat. Saya berasa puas apabila dapat menghiburkan golongan ini. Ini kerana, jika tidak dapat menghilangkan penyakit yang ditanggung oleh mereka, sedikit sebanyak saya mampu mengukir senyuman pada bibir mereka.

Adakah anda sebelum ini pernah melakukan program kebajikan dengan melawat kanak-kanak di hospital?

Sejak dahulu lagi saya telah mula melawat kanak-kanak penghidap penyakit kronik, namun, ia tidak dilakukan secara besar. Saya akan pergi melawat sekiranya saya mempunyai kelapangan. Saya ingat lagi, saya pernah dihalau oleh kakitangan hospital kerana melawat pesakit tanpa sebarang surat kebenaran. Bagaimanapun, niat saya ikhlas ingin menghiburkan dan memberi sedikit sumbangan kepada mereka.

Mengenai penyertaan anda melalui kumpulan Virus. dalam Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) pula, rata-rata kritikan mengatakan kalian kurang menyengat. Apa komen anda?

Mulanya agak sukar untuk kami, iaitu saya, Yus dan Tauke Jambu mendapatkan keserasian. Jika dilihat keseluruhan MLM 2014, kami sudah pun mendapat rentak kami. Saya cuma mengharapkan yang terbaik.

Baca : Dayang Nurfaizah gusar berkongsi perasaan 

Sumber : kosmo.com.my

Dayang gusar berkongsi perasaan

Terus ada dan mengalir daripada celah-celah perbatuan sungai muzik, deru daripada gemeresik vokalnya sentiasa menjadi hiburan di lembah seni. Kemarau atau bah yang melanda, tiada juga ia tercemar dek mabuk tuba si petualang yang rakus. Arusnya masih begitu dan sesekali melalui tebing curam, indahnya terlihat dan terjunannya bisa membuahkan kekaguman.


Dayang gusar berkongsi perasaan, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, dayang nurfaizah

Air itu ibarat Dayang Nurfaizah yang sudah lebih 15 tahun menyusuri denai dunia hiburan. Dari Bumi Kenyalang hinggalah ke hutan batu, di Kuala Lumpur, dia antara permata yang bersinar terang. Datanglah seribu penyanyi baharu, Dayang masih antara senior yang sukses dan mungkin rujukan cemerlang buat anak muda yang punya kepercayaan. Ternyata, ruang dan peluang tidak pernah menolak sebuah anugerah bernama bakat.

Memasuki tahun 2015 dengan senyuman, hala pandangan wanita berusia 34 tahun itu masih fokus terhadap nyanyian. Tahun berganti, namun hidup tidak bernoktah selagi bernyawa. Tinggal lagi tahun ini, Dayang masih mencari kesinambungan yang terbaik untuk direalisasikan. Semuanya berpusat kepada nyanyian.


Dayang gusar berkongsi perasaan, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, dayang nurfaizah

“Tahun ini, awal-awal lagi sudah banyak perkara yang harus dibuat. Di mana-mana pun kena ada strategi dan untuk saya, pencarian material untuk single baharu sedang dilakukan. Saya kena memberatkan faktor ketelitian dan pencarian saya masih menetapkan lagu berkonsep balada,” jelas Dayang membina pengaruh dengan lagu berhantunya, Seandainya Masih Ada.

Balada, R&B dan soul yang mengalir dalam lagu-lagu lantunannya menjadikan Dayang tidak canggung untuk diberi jolokan diva R&B alaf baharu satu ketika dahulu. Melihat judul-judul lagunya seperti Erti Hidup, Mana Mungkin, Rindu Bayangan, Pintaku Yang Terakhir, Melerai Prasangka dan Kasih Maafkan, Dayang sememangnya pelantun lagu cinta yang penuh emosi. Ironinya, di belakang nyanyian, hati Dayang belum dijajahi cinta oleh lelaki.

Dayang gusar berkongsi perasaan, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, dayang nurfaizah

DAYANG NURFAIZAH merancang untuk tampil dengan sebuah single baharu dan mengekalkan balada sebagai rentak pilihannya.

Sejak mula menyanyi pada usia 18 dan sehingga kini, panas dingin Dayang dalam industri hiburan masih bersih daripada sebarang gosip liar, apatah lagi kisah cinta yang cuba disembunyikan.

Biarpun masih solo, namun sesuatu yang menyenangkan, soal jodoh pula sudah bukan persoalan yang menjentik gelisah di jiwanya.

“Apabila usia sudah masuk 30-an begini, saya sudah tak kisah apabila orang bertanyakan soal jodoh, untungnya sebab ibu bapa saya sendiri tidak pernah mendesak. Tetapi, apabila balik ke Kuching, sepupu-sepupu kebanyakan semuanya sudah berkahwin dan ada anak. Saya okey dengan ketentuan hidup yang masih solo dan saya tumpang seronok tengok pasangan yang berkahwin pada usia yang muda,” jelas Dayang yang barangkali sudah lemas diasak soal perkahwinan.

Mengusik Dayang tentang kesediaan untuk berkongsi hati dan mencatur rutin seharian secara berdua jika ditakdirkan berkahwin kelak, penyanyi berkulit hitam manis itu terkedu buat seketika. Bukan berbau sinis, namun kebarangkalian wujud perasaan tidak mahu dikongkong antara faktor mengapa wanita berkarier tidak terlalu terdesak untuk berkahwin.

“Entahlah, kadang-kadang ada juga perasaan bimbang untuk berkongsi makna kehidupan yang saya miliki hari ini dengan orang lain (lelaki) itu wujud. Terfikir juga, bagaimana kalau tiba-tiba saya akan berkahwin. Sebab itulah, sebelum berkahwin kena pilih betul-betul,” ujar Dayang (tertawa).

Dia tidak membentak saat soalan nikah kahwin dihadap ke mukanya.

LAGU Di Pintu Syurga memberi impak yang begitu kuat terhadap kedudukan nama Dayang Nurfaizah di persada muzik ketika ini.

Kematangan daripada pengalaman

Bermula dengan sebagai finalis Bintang Remaja Asli di Kuching, Sarawak pada tahun 1996, kini setelah lebih satu dekad, telah banyak pencapaian yang diraih oleh Dayang antaranya, Juara Lagu Balada menerusi Seandainya Masih Ada Cinta pada Anugerah Juara Lagu (AJL2001), Juara Lagu Irama & Etnik Kreatif Malaysia (Erti Hidup - AJL2004) dan Persembahan Vokal Terbaik Wanita dalam Anugerah Industri Muzik (AIM2013).

Tidak termasuk anugerah-anugerah lain seperti Persembahan Kolaborasi Terbaik dan Anugerah Planet Muzik 2011 menerusi lagu Sayang bersama Marcell dan Persembahan Vokal Duo/Berkumpulan Terbaik (AIM2013) bersama Anuar Zain, Dayang yang juga tidak terkecuali berdepan getir.

Paling tidak mahu dikenang pastinya kes yang berlaku pada tahun 2002 apabila Dayang menyaman tiga buah syarikat iaitu Bintang Seni, Broadway Entertainment dan Lindung Seni yang didakwa membuat perjanjian pengurusan yang berunsur menindas dan merugikannya. Pada tahun 2005 pula, Dayang dilaporkan telah menggugurkan kes berkenaan.


Dayang gusar berkongsi perasaan, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, dayang nurfaizah

Bagi Dayang, kisah lalu itu tidak perlu diungkit kerana sepanjang 15 tahun ini, terlalu banyak pengalaman yang mendewasakan dirinya menjadi seorang anak seni dan wanita yang matang.

Sejak kes samannya digugurkan dahulu, Dayang tidak banyak mengulas isu berkenaan. Jika ada pun, perkara itu bukan sesuatu yang perlu diketengahkan baginya.

“Biarlah perkara itu jadi satu pengalaman yang manis buat Dayang,” ringkas komen Dayang seperti yang dipetik menerusi akhbar Utusan Melayu yang tersiar pada Julai 2005.

DAYANG NURFAIZAH hanya akan terdetik rasa tentang perkahwinan apabila disoal media, saudara-mara dan melihat ramai sepupunya sudah berkeluarga.

Di Pintu Syurga ke pintu penentuan

Pada tahun lepas, kepercayaan yang diberikan kepada komposer Tam Spider dan pendatang baharu baharu dalam penulisan lirik, Iman Imran untuk menghasilkan Di Pintu Syurga telah membuahkan satu lagi anugerah buat Dayang.

“Lagu Di Pintu Syurga, Konsert Pesona Cinta Dayang & Marcell di Istana Budaya dan konsert solo Dayang Nurfaizah A Celebration of 15 Years In Music di Dewan Filharmonik Petronas (November), merupakan antara tiga pencapaian penting saya untuk tahun 2014.

“Saya sudah cukup bersyukur kerana masih diterima khalayak. Alhamdulillah, saya masih boleh tersenyum apabila mengingatkan dua konsert impian saya yang telah tercapai pada tahun lepas. Untuk tahun ini, belum ada apa-apa perancangan lagi kecuali mencari lagu baharu untuk dijadikan single,” jelas Dayang terbuka tentang kerjasama bersama komposer atau penulis lirik baharu.

Ditanya tentang trend muzik pada tahun 2015, Dayang tidak berani untuk membuat ulasan. Katanya, persada muzik bukan hanya menyaksikan kemunculan karyawan baharu yang masing-masing mempunyai fahaman dan identiti tersendiri, bahkan peminat muzik di Malaysia juga sudah arif menilai muzik.

“Jadi, apa sahaja boleh terjadi. Kadang-kadang, jenis lagu yang dirasakan asing boleh menjadi lagu kegemaran. Namun untuk saya, saya masih percayakan rentak balada. Balada ada daya tarikan yang kuat untuk terus melekat di hati pendengar,” kata Dayang.

Berjaya membuai sukma khalayak dengan lirik yang mencengkam perasaan, kolaborasi pertama Dayang bersama Tam Spider dan Iman Imran menerusi Di Pintu Syurga juga berjaya membawanya memasuki pintu pertempuran akhir AJL.

Kali terakhir Dayang bertanding ialah pada tahun 2004 menerusi lagu Erti Hidup. Sembilan tahun tanpa peluang dan ruang untuk beraksi di pentas pertandingan seperti itu menjadikan pertaruhan kali ini penuh debar buat Dayang.

“Menang dan kalah adat pertandingan, saya tak kisah kalah di tangan penyanyi muda kerana menang atau kalah memang adat bertanding. Apabila bersaing dalam sesebuah pertandingan itu, tidak harus timbul siapa yang lebih senior kerana paling penting perlu fokus kepada persembahan. Memandangkan ia sebuah lagu balada, penekanan saya haruslah kepada vokal dan susunan muzik,” katanya.

Baca : Ramalan Keputusan AJL29 18 Januari Ini Dari Beautifulnara 

Sumber : kosmo.com.my

Ramalan Keputusan AJL29 18 Januari Ini Dari Beautifulnara

Kali ini dengan yakinnya beautifulnara.com telah membuat ramalan keputusan Anugerah Juara Lagu yang ke 29 (AJL29). Pertandingan lagu yang berprestij ini bakal berlangsung pada 18 Januari ini (Ahad) dan akan disiarkan secara langsung di TV3 tepat jam 9 malam. Pasti ramai yang berdebar-debar, lebih-lebih jika ada adalah salah seorang daripada 12 finalis malam tersebut.


Ramalan Keputusan AJL29, info, terkini, hiburan, sensasi, AJL29,

Mari kita lihat terlebih dahulu senarai 12 lagu yang akan bertanding pada 18 Januari ini:-

1. Joe Flizzow dan Sonaone – Apa Khabar
2. Hazama – Malaikat
3. Yuna – Lelaki (dinyanyikan oleh Najwa Mahiaddin)
4. Alyah – Sesal Separuh Nyawa
5. Bunkface dan Amy Search – Rentak Laguku
6. Hafiz – Matahari
7. Dato Hattan dan Waris – Gadis Jolobu
8. Indah Ruhaila – Percayalah
9. Stacy – Gilalah
10. Mojo – Romancinta
11. Dayang Nurfaizah – Di Pintu Syurga
12. Shila Amzah – Masih Aku Cinta


Ramalan Keputusan AJL29 18 Januari Ini Dari Beautifulnara

Artikel Terdahulu :
 

Dan ini adalah ramalan daripada beautifulnara:

Juara: Bunkface dan Amy Search – Rentak Laguku
Naib Juara: Alyah, Sesal Separuh Nyawa
Tempat Ketiga: Malaikat, Hazama
Vokal Terbaik: Dayang Nurfaizah
Persembahan Terbaik: Alyah, Sesal Separuh Nyawa

Amacam tekaan nie? Nampak macam betul kan? Agak-agak siapa yang akan jadi juara AJL29? Kongsikan di ruangan komen.

Baca : Komen Hazama Kontroversi Artis Kpop 

Sumber : beautifulnara.com

Ini Pula Komen Hazama Isu Kpop

Penyanyi Hazama menganggap kontroversi aksi sumbang pada konsert kumpulan pop Korea (Kpop) B1A4 di Kuala Lumpur, pada 10 Januari lalu memberi pengajaran kepada semua pihak yang terlalu mengagungkan penyanyi luar negara.


Ini Pula Komen Hazama Isu Kpop, info, terkini, hiburan, sensasi, isu kpop, hazama

Hazama atau nama sebenarnya Hazama Ahmad Azmi, 31, berkata, perkara tersebut turut membuka mata ramai terhadap kelakuan buruk penyanyi luar yang dahulu sering dipandang sebagai perkara biasa.

"Bagus juga bila perkara ini berlaku dan ramai pihak yang sedar tentangnya, dahulu lagi penyanyi-penyanyi luar sentiasa diberi kebebasan untuk bersentuhan dengan alasan mereka bukan Melayu dan beragama Islam.

"Kalau artis Malaysia buat tidak betul sedikit sahaja sudah macam-macam cacian diberikan oleh masyarakat. Selain itu, pihak artis luar negara perlu berhati-hati dan memahami sensitiviti masyarakat sebelum mereka datang membuat persembahan di negara ini," katanya.

Hazama berkata demikian ketika diminta mengulas pandangannya terhadap aksi pelukan dan ciuman antara ahli kumpulan K-Pop bersama tiga peminatnya yang bertudung ketika di pentas konsert sehingga mencetuskan kontroversi dan ia menjadi viral dan hangat diperkatakan di laman sosial.

Sementara itu, Hazama berkata, seseorang artis perlu bijak mengawal peminat fanatik agar tidak bertindak melampaui batas.

"Saya pun ada peminat begitu yang ingin memeluk, tetapi saya cepat-cepat larikan diri. Ada juga orang dewasa yang saya anggap seperti ibu saya ingin memeluk kerana minat sangat tetapi saya cakap baik-baik agar tidak menguris hati," ujarnya.

Dalam pada itu, bercerita tentang perkembangan terkini, Hazama mengakui sukar untuk membuat keputusan dalam melancarkan single dengan genre tertentu.

Katanya, dalam keadaan negara yang sering kali dilanda musibah membuatkan dia takut untuk melancarkan lagu-lagu yang berentak rancak dan tidak sesuai dengan keadaan.

"Selepas Anugerah Juara Lagu 29 pada Ahad ini, saya akan fokus pada mencari matarial untuk album kedua saya. Namun buat masa sekarang saya akan keluar single dahulu.

"Sekarang memang agak sukar untuk buat keputusan keluar lagu kerana negara kita sering kali dilanda musibah dan bersedih. Saya tidak mahu kalau keluarkan single rancak tidak sesuai pula dengan keadaan negara," ujarnya.

Selain itu, menyentuh tentang percintaan dengan teman wanitanya, Genervie Kam, Hazaman berkata, dia masih belum merancang tentang perkahwinan buat masa ini.

Katanya, masalah perbezaan agama masih menjadi perkara utama yang membataskan hubungan mereka.

Baca : Wang Nyanyian Punca Tegar Tahu Membaca  

Sumber : mstar.com.my

Wang Nyanyian Punca Tegar Tahu Membaca

Penyanyi cilik dari Indonesia iaitu Tegar yang selama ini buta huruf sudah tahu membaca gara-gara usahanya mengupah seorang guru untuk mengajarnya di rumah hasil wang nyanyian.

Tegar atau nama sebenarnya Tegar Septian, 14, berkata, atas bimbingan gurunya itu, dia bersyukur sudah kenal huruf yang dapat mengubah tanggapannya selama ini dia mungkin tidak tahu membaca selama-lamanya.

Wang Nyanyian Punca Tegar Tahu Membaca, info, terkini, hiburan, sensasi, artis seberang, indonesia, Penyanyi Cilik Tegar,

“Saya sudah tahu membaca. Semuanya atas asuhan guru yang mengajar saya selama ini. Waktu pelajaran saya ialah enam hari seminggu,” katanya kepada mStar Online.

Tegar berkata, jika dia tidak bergelar penyanyi seperti hari ini, mungkin usaha untuk menjadi seperti orang lain tidak akan terlaksana.

Ini kerana wang yang diperoleh hasil melakukan persembahan dan jualan album digunakan untuk menambahkan ilmu pengetahuan selain membantu keluarga.


Wang Nyanyian Punca Tegar Tahu Membaca, info, terkini, hiburan, sensasi, artis seberang, indonesia, Penyanyi Cilik Tegar,
Imej terkini Tegar yang dirakamkan pada 11 Januari lalu.

Tambah Tegar lagi, lebih bermakna ibu-bapanya juga ketika ini sudah mampu hidup senang dan selesa.

Dia juga sudah memiliki rumah yang lebih sempurna di Kampung Pengaden, Subang, Jawa Barat yang didiami oleh keluarganya selain menyediakan sebidang tanah untuk mereka melakukan kerja-kerja pertanian.

“Alhamdulillah… saya juga sudah mampu mempunyai rumah yang selesa dan juga tanah untuk keluarga saya bertani. Saya belikan mereka tiga buah motosikal. Semuanya hasil wang daripada bidang nyanyian saya,” katanya.

Tegar yang popular dengan lagu Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang berkata, ketika ini banyak masanya dihabiskan di Malaysia dan Singapura untuk mempromosikan dirinya selain terlibat dengan aktiviti yang dianjurkan.

Ditanya dalam usia remaja ini adakah dia mempunyai peminat yang luar biasa khususnya di kalangan anak-anak gadis Tegar berkata, perkara itu tidak dapat dielakkan.

“Ya… mana-mana pergi pun ramai orang macam sukakan saya,” katanya yang menganggap ia sebahagian dariapda cabaran sebagai penyanyi.

Ditanya lagi adakah dia mempunyai sesorang gadis yang dicintai, Tegar tersipu-sipu malu dan enggan menjawab soalan itu.

“Hihi… ada… ehhh… tidak…” katanya bergurau.

Baca : [Video] Shila Amzah Umum Tarik Diri Pencalonan ABPBH 

Sumber : mstar.com.my

[Video] Shila Amzah Umum Tarik Diri Pencalonan ABPBH

Senarai penuh Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 dah pun keluar. Rasanya semua pasti dah tak sabar nak tahu siapa yang bakal merampas takhta bintang paling popular kan?


[Video] Shila Amzah Umum Tarik Diri Pencalonan ABPBH, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Shila Amzah, ABPBH

Namun, pagi ini kami dengar salah seorang selebriti yang tercalon telah menarik diri dari ABPBH kali ini.



Siapa lagi jika bukan pelantun lagu Cinta Hati iaitu Shila Amzah.

Tidak menyertai ABPBH pada kali ini

Melalui pengumuman yang dibuat di hot fm pagi tadi, Shila Amzah Entertainment Berhad telah membuat keputusan untuk tidak menyertai ABPBH pada kali ini.

Tapi, korang janganlah sedih pula. Shila tak ada pun cakap nak tarik diri selamanya kan?

Nampaknya, Shila sedikit pun tidak sedih diatas pengundurannya dari ABPBH. Siap boleh sahut cabaran #amkrew untuk menari zapin dengan fizi Hot fm.

A video posted by hotfm976 (@hotfm976) on


Tak apalah Shila. Tahun depan boleh join lagi. Selamat maju jaya kami ucapkan.

Baca : Ramalan Juara #AJL29 

Sumber : ohbulan.com

Ramalan Juara #AJL29 - Murai

Debaran kian terasa, pelbagai persespi, pendapat serta ramalan peminat setia Anugerah Juara Lagu (#AJL29) yang menentukan siapakah yang bakal menjulang trofi tempat pertama, kedua dan ketiga.


Ramalan Juara #AJL29, info, terkini, hiburan, sensasi, AJL29,

AJL29 disiarkan secara langsung di TV3 jam 9 malam (18 Jan) bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil yang bertemakan “Gema Dalam Muzik.”

Begitu juga kategori lain seperti vokal terbaik dan persembahan terbaik. Siapakah finalis yang meraih trofi untuk kategori-kategori tersebut?

12 finalis bakal berentap terdiri daripada penyanyi berbakat besar negara antaranya Dayang Nurfaizah, Alyah, Hafiz, Bunkface dan ramai lagi.

Pentas AJL adalah medan para penulis lirik, komposer dan penerbit lagu mencurahkan idea dan menghasilkan lagu-lagu yang terbaik buat penyanyi untuk para pendengar.

Apabila berjaya menjulang Trofi AJL membuatkan keseluruhan tenaga kerja sesebuah lagu itu lebih dikenali dan dihormati oleh penggiat muzik serta pendatang baru. Apa-apa pun berikut adalah ramalan penulis finalis AJL29 yang dijangka meraih kejayaan:

Juara AJL29: Dayang Nurfaizah (Dipintu Syurga) /Alyah (Sesal Separuh Nyawa)

Naib Juara AJL29: Joe Flizzow ft Sonaone (Apa Khabar) /Mojo (Romancinta)

Tempat Ketiga AJL29: Indah Ruhaila (Percayalah) /Hazama (Malaikat)

Persembahan Terbaik AJL29: Stacy/Alyah/Joe Flizzow ft Sonaone

Vokal Terbaik AJL29: Hafiz/Alyah/Dayang Nurfaizah/Indah Ruhaila


Baca : Syafinaz Gemuru Bawa Watak Peuteri Saadong 

Sumber : murai.com.my