Pelawak terkenal, Angah Raja Lawak kini telah selamat bertunang dengan seorang gadis pilihan hatinya iaitu Ameera Asyura.
Majlis pertunangan Angah Raja Lawak telah diadakan di rumah keluarga perempuan. Majlis serba sederhana itu turut dihadiri oleh beberapa pelawak antaranya Along Jalor, Nabil dan isteri, Tauke Jambu dan ramai lagi.
Apa pun, mari kita skodeng beberapa gambar majlis pertunangan Angah Raja Lawak yang dipaparkan di bawah ini buat tatapan anda.
Teka-teki siapa yang bakal menggantikan Aweera dan juga penyanyi dari Indonesia untuk membawakan lagu Romancinta daripada Mojo di dalam malam kemuncak Anugerah Juara Lagu 29 (AJL29) sudah pun terjawab.
Penyanyi tersebut adalah Azmi Saat iaitu vokalis daripada kumpulan Caliph Buskers iaitu sekumpulan pemuzik jalanan busker yang dianggotai oleh insan-insan istimewa cacat penglihatan.
Tindakan ketua kumpulan Mojo iaitu Edry ABdul Halim memilih Azmi Saat untuk menggantikan tempat Aweera dan juga penyanyi dari Indonesia itu memang satu keputusan yang tidak diduga.
Namun, pada masa yang sama, pemilihan Azmi Saat itu adalah satu tindakan yang cukup berani dan menarik. Malah, ia mampu mencipta sejarah tersendiri di dalam penganjuran AJL selama ini.
Menariknya, Edry tidak membiarkan Azmi Saat berseorangan bersama Mojo di atas pentas, namun Edry turut memberi peluang kepada anggota Caliph Buskers yang lain untuk turut sama beraksi di atas pentas.
Barangkali untuk memberikan keselesaan kepada Azmi Saat yang sudah sekian lama beraksi bersama kumpulan Buskersnya itu di beberapa tempat di sekitar Kuala Lumpur terutamanya di khususnya di Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Apapun, lagu Romancinta bukanlah sesuatu yang asing buat Azmi Saat dan Caliph Buskers kerana mereka pernah membawakan lagu ini di hadapan khalayak penonton di hadapan kawasan pusat beli-belah Sogo.
Apapun, Caliph Buskers akui bahawa 18 Januari 2015 merupakan detik bersejarah buat Caliph Buskers kerana diberi kepercayaan dan peluang oleh Edry Abdul Halim untuk membawakan lagu Romancinta tersebut.
"Kami akan berkolaborasi bersama kumpulan Mojo di pentas Anugerah Juara Lagu malam ini. Vokalis Caliph Buskers, Azmi Saat akan menyanyikan lagu berkenaan dan anggota yang lain akan bersama untuk mengiringi muzik persembahan.
"Mohon doa dan sokongan semua untuk kami bagi kelancaran dan mutu persembahan kami. Semoga kami dapat menterjemah persembahan yang terbaik. InsyaAllah," kata wakil jurucakap mereka sebagaimana yang dipetik di dalam laman rasmi facebook mereka.
Kalau ingin tahu bagaimana Caliph Buskers beraksi bersama Mojo menerusi Romancinta pada malam ini, jangan lupa saksikan AJL29 yang dipancarkan secara langsung menerusi Stadium Putra, Bukit Jalil. .
Wah! Sekarang ini main ramai orang-orang kita yang raikan Bachelor atau Bachelorette Party bersama rakan-rakan karib mereka biarpun hanya tinggal beberapa hari saja lagi untuk mereka melangsungkan pernikahan atau majlis resepsi.
Golongan selebriti tempatan juga tidak terkuali mengadakan meraikan Bachelor atau Bachelorette Party dan ianya dilakukan sekadar suka-suka sebelum mereka melepaskan title atau gelaran sebagai lelaki atau wanita single.
Biarpun sebelum ini, Sharifah Sakinah bersama tunangnya iaitu Aliff Adha Jamil sudah sepakat untuk melangsungkan pernikahan pada 28 Mac 2015, namun dia nampaknya lebih awal lag mahu meraikan Bachelorette Party bersama BFFs rapatnya iaitu Marsha Milan Londoh, Siti Saleha, Jihan Musa, Nabila Huda, Elfira Loy, Nad Zainal, Tasha Shilla, Kaka Azraf dengan Sherry Alhadad.
Dalam akaun instagramnya, Sharifah Sakinah telah memuatnaik beberapa keping gambarnya bersama kesemua BFFs itu kira-kira 4 jam di kawasan lapangan terbang Air Asia serta di dalam pesawat penerbangan tambang murah tersebut.
Dalam gambar-gambar tersebut, Sharifah Sakinah telah mengenakan veil sebagai tanda bahawa dia adalah bakal pengantin dan di dalam kapsyen gambar tersebut, pelakon jelita ini telah meletakkan hashtag #BridalShower dengan #FunGirlsVacaywithAirAsia.
Apapun,kami cukup tertarik melihat gelagat Sharifah Sakinah bersama kesemua BFFsnya ketika berada di dalam pesawat Air Asia.
Semuanya nampak happy ketika berposing. Kalau dah ramai-ramai macam tu, sure kecoh dalam pesawat Air Asia tu kan. Maklumkan perangai masing-masing semuakan gila-gila.
Lebih-lebih lagi kalau ada Jihan Musa, Marsha Milan, Nabila Huda dengan Sherry Alhadad. Sharifah Sakinah sendiri pun apa kurangnya. Anyway, have fun girls!
Pengacara yang cukup daring dan laser, Azwan Ali atau Diva AAmembuat ramalan bahawa lagu Lelaki yang dipersembahkan oleh Najwa Mahiaddin, menggantikan penyanyi dan pencipta lagu asalnya iaitu Yuna bakal dinobatkan sebagai Anugerah Juara Lagu 29 (AJL29).
Azwan Ali telah membuat ramalan tersebut menerusi akaun instagramnya kira-kira 2 hari lalu. Ramalan tersebut telah dibuat berdasarkan pengalamannya mewawancara Najwa Mahiaddin ketika bertugas di radio online, KL Pop sekitar 2013.
Dalam akaun instagramnnya @divaazwanavazz, Azwan Ali berkata: Diva AA predicted Lelaki by Najwa Mahiaddin original by Yuna gonna be the winner.
"Take my words! All the best sweet Najwa Mahiaddin. Diva AA Going to scream for ypu ya. Miss you my diva! Booom #AJL29".
Apakah benar ramalan yang dibuat oleh Azwan Ali itu? Sama-samalah kita tonton AJL29 yang dibawakan secara langsung dari Stadium Putra Bukit Jalil pada malam ini.
Lakonan pertama vokalis kumpulan Indonesia Ada Band iaitu Donnie dalam filem Cinta Kota Raja ditayangkan diseluruh pawagam Malaysia dan Brunie bermula 15 Januari lalu.
Donnie atau nama sebenarnya, Donnie Sibarani berkata, pada awalnya dia hanya diminta untuk menyanyikan lagu tema filem tersebut sahaja iaitu berjudul Izinkan.
"Awalnya kami, Ada Band cuma diminta untuk mencipta sebuah lagu soundtrack yang bersesuaian dengan filem ini.
"Kemudian pengarah iaitu Bambang Drias menawarkan saya untuk terlibat berikutan watak sayan diberikan itu adalah berkaitan dengan diri saya sebagai pemuzik," ujarnya.
Filem bergenre romantik ini pada awalnya menggunakan tajuk Erau Di Kota Raja dan telah ditukar kepada Cinta Kota Raja adalah mengikut kesesuaian untuk tayangan di Malaysia dan Brunei.
Tambah Donnie, pengalamannya berlakon dalam muzik video lagu-lagu Ada Band sebelun jni memberi kelebihan kepadanya.
Bagaimanapun, dia akui bidang lakonan bukan sesuatu yang mudah berbanding nyanyian di atas pentas.
"Saya agak gugup ketika berlakon kerana ia sangat susah kerana segalanya terikat dengan skrip tidak seperti menyanyi di atas pentas.
"Namun, saya banyak dibantu oleh tenaga produksi sehingga saya dapat membawa watak tersebut dengan baik sekali," ujarnya.
Filem edaran Alternate Pictures ini dibintangi oleh Nadine Chandrawinata (Puteri Indonesia 2005) , Denny Sumargo, Donnie ‘ADA BAND’, Jajang C. Noer, Ray Sahetapy dan Herrichan.
Cinta Di Kota Raja mengisahkan seorang wartawan, Kirana (Nadine Chandrawinata) ditugaskan membuat liputan Festival Antarabangsa Erau di Kutai Kartanegara.
Semasa membuat liputan di situ, Kirana berkenalan dengan seorang pemuda tempatan bernama Reza (Denny Sumargo ) dan secara tidak langsung Kirana jatuh hati kepada Reza. Percintaan mereka mendapat tentangan daripada pelbagai pihak termasuk ibu Reza (Jajang C. Noer).
Pelbagai cara yang dilakukan oleh ibu Reza bagi mengusir KIRANA dari tempatnya. Kehadiran DONI (Donnie ‘ADA BAND’) di situ menambahkan lagi kekusutan yang sedia ada.
Baca : Aril Pilus Tak Menyesal Berhenti Jadi Deejay Era FM
Penyanyi dan bekas penyampai radio Era FM, Aril Pilus memberitahu kehidupannya kini lebih bermakna apabila mempunyai banyak masa bersama keluarga dan rakan-rakan berbanding ketika berkerja di stesen radio tersebut.
Aril atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus, 29, berkata, dia mempunyai banyak ruang untuk memberi perhatian kepada kerjayanya sebagai seorang penyanyi dengan menyertai aktiviti berkaitan bidang nyanyian.
"Pada awalnya memang saya takut bagaimana kehidupan saya jika tidak menjadi penyampai radio lagi, namun selepas beberapa bulan berhenti ini saya dapat sebuah kehidupan yang lebih berbaloi.
"Saya ada banyak masa untuk keluarga, rakan-rakan dan fokus sepenuhnya terhadap kerjaya saya sebagai penyanyi," ujarnya kepada mStar Online.
Bagaimanapun, Aril berkata dia tidak pernah menganggap masa bersama Era FM lebih dua tahun itu sebagai sesuatu yang perkara yang merugikan.
Jelasnya, pengalaman sebagai penyampai radio itu adalah merupakan sebuah pembelajaran buat dirinya dalam industri seni tanah air.
"Saya tidak menyesal mengambil keputusan untuk berhenti daripada Era FM, namun saya tidak menganggap peluang menjadi deejay itu sebagai sesuatu yang merugikan.
"Ia merupakan satu sesi pembelajaran bagi saya untuk berada dalam industri ini," katanya.
Sementara itu, Aril yang kini sedang dalam rangka promosi single terbaharu berjudul Bangkit menganggap tahun 2015 bakal menjadi permulaan kehidupan baharunya.
Katanya, lagu Bangkit yang dilancarkan pada awal Oktober lalu itu sangat bersesuaian dengan keadaan negara yang sedang pulih daripada bencana alam banjir.
"Saya akui memang banyak dugaan untuk memulakan langkah baru ini terutamanya akhir-akhir tahun ramai yang bercuti jadi promosi lagu juga tergendala.
"Selain negara juga sedang ditimpa bencana membuatkan banyak jadual terpaksa diubah. Jadi awal tahun ini merupakan permulaan yang terbaik untuk kembali promosi lagu itu," katanya.
Dalam perkembangan lain, Aril juga terlibat dalam Showcase Hafiz & Friends di Hard Rock Kuala Lumpur pada 25 Januari ini.
Baca : Alyah dan Ramli MS tidak lagi bertegur sapa
Susulan pergaduhan pasangan suami isteri, Datuk Ramli MS dan Datin Alyah berpunca daripada sekeping gambar lama yang dimuat naik di laman sosial Instagram, Ahad lalu, mereka berada dalam situasi kurang menyenangkan.
Memang tidak faham apabila pergeseran di antara Ramli dan Alyah berpanjangan memandangkan sebagai suami isteri, selalunya apa juga masalah timbul, jalan penyelesaian akan diambil secepat mungkin dengan tujuan memulihkan hubungan.
Artikel Terdahulu :
Sepanjang sesi latihan Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL29), ruangan gossip risik-risik juga dengan rakan produksi bagaimana keadaan suami isteri itu. Jelas mereka, Alyah dan Ramli tidak bercakap antara satu sama lain.
Kalau tidak bercakap, bagaimana mereka hendak bekerjasama? Kata teman produksi AJL29, segala urusan berjalan lancar dan masing-masing hanya menumpukan perhatian pada kerja mereka.
Tanpa bercakap antara satu sama lain, Ramli memimpin pemuzik untuk lagu Sesal Separuh Nyawa manakala Alyah menyanyi saja.
Mungkin juga masing-masing masih terkesan dengan banyak perkara berlaku apabila isu sekeping gambar lama berbangkit sehingga Alyah hilang pertimbangan dan melanggar kereta suaminya.
Artikel Terdahulu :
Menurut kenyataan diberi, kejadian Alyah langgar kereta Ramli baru berlaku Rabu lalu, tetapi ada sumber terdekat kepada pengarah muzik itu mengatakan ia berlaku pada malam Ahad lalu apabila isu gambar dimuat naik Alyah menjadi panas.
Apapun, didoakan apa saja masalah dihadapi akan berakhir dengan baik, dan cinta juga ikatan perkahwinan mereka akan terus kukuh
Tahniah kami ucapkan kepada juara Akademi Fantasia 2014, Firman Bansir yang bakal menunaikan hasrat kedua ibu bapanya untuk menjejakkan kaki tanah suci Mekah pada bulan hadapan. Sejuk perut ibu mengandungkan Firman dulu.
“Kemenangan dalam AF memberi peluang kepada saya untuk menunaikan impian ibu bapa yang mahu mengerjakan umrah. Jika segala perancangan berjalan lancar, ibu dan bapa saya dijangka berangkat ke Mekah bulan depan,” katanya.
Firman berkata, dia juga merancang menunaikan impian ibu bapanya untuk melaksanakan ibadah haji selepas umrah.
Selain itu, Firman juga bersyukur kerana dia banyak menerima tawaran persembahan nyanyian di negeri kelahirannya sendiri, iaitu Sabah.
“Kalau dulu, memang saya jarang balik ke kampung. Tetapi, sekarang jadi sebaliknya pula dan saya selalu balik selepas persembahan selesai. Syukur segala rindu yang terpendam selama ini kepada ibu bapa saya sudah terlerai.
“Mereka (ibu bapa) pun sekarang semakin gembira dengan kejayaan saya,” katanya.
Hari yang dinantikan telah tiba! Malam ini, sekali lagi anugerah berprestij, Anugerah Juara Lagu 29 (AJL 29) akan mengangkat sebuah lagu terbaik sepanjang 2014.
Tapi, dalam banyak-banyak pencalonan hebat kali ini, kami sebulat suara memilih lagu Sesal Separuh Nyawa dendangan Alyah sebagai juara.
Nah, ini adalah 7 sebab kenapa lagu tersebut layak dinobatkan sebagai lagu terbaik AJL 29!
1. Lagu Sesal Separuh Nyawa Sangat ‘Power’
Gila ke tak power? Pertama kali dengar lagu ni, kami terus mencari-cari tajuk dan siapakah penyanyi dan komposernya.
Ternyata hasil gabungan Alfie Tiga dan Aidil sebagai komposer, Alyah dan Shah Shamsiri sebagai penulis lirik memang ‘kabooom’.
2. Alyah Yang ‘Badass’
Rasanya ramai yang tahu kes Alyah dan suaminya yang bagaikan tergantung itu. Dengan sikap Alyah yang ‘badass’ berani melanggar kereta Ramli MS baru-baru ini, kami rasa Alyah mesti akan jadi lebih ‘badass’ apabila mendendangkan lagu yang begitu ‘dekat’ dengan situasinya sekarang.
Jangan pula dilanggar Ramli MS yang tengah jadi konduktor muzik time tu dahla. Huhu.
3. Vokal Alyah Yang Mantap
Semua mesti dah sedia maklum bahawa Alyah memang memiliki vokal yang mantap. Maka, kami berharap agar Alyah mampu mendendangkan lagu ni sebiji macam dalam radio.
4. Isi Tersirat Lagu Yang Sangat ‘Deep’
Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang
Separuh nyawamu dihati
Separuh lagi kau bawa pergi
Tiada arah jodoh kita
Tuhan tentukannya
Kami yakin, sebenarnya chorus lagu ini memang part yang paling ‘membunuh’. Betul tak?
5. Lirik Lagu Yang ‘Touching’
Bila kami bukan lagu ni di Youtube, ramai yang memberi komen bahawa ‘Sesal Separuh Nyawa’ ini juga bagaikan menceritakan kisah duka dalam kehidupan mereka.
Tak kisahlah suami isteri ke, gf dan bf ke. Tapi, ternyata lagu ini juga memberi kesan kepada pendengar. Malah, penulis juga kadang-kadang terimbau kenangan lama yang pahit bagaikan hempedu bila dengar lagu ni. Eh! Hahaha!
6. Gimik Persembahan Yang Dinantikan!
Chup! Sekali lagi, kami tak nak pula tengok Ramli MS dilanggar secara live di depan jutaan penonton di stadium dan televisyen.Hehe.
Tapi, khabarnya Alyah memang dah prepare gimik untuk persembahannya nanti. Nak tahu gimik apa? Ha. Sama-sama kita nantikan okay!
7. Ini Ramalan Kami, Jadi Kami Punya Sukalah! ( ohbulan.com )
Dah tentunya ini sekadar ramalan sahaja. Tapi, kuasa memilih pemenang tetap berada di tangan juri kan?So, kalau anda adalah juri bagi AJL 29, anda rasa siapa yang layak nak jadi juara?