Showing posts with label firman af2014. Show all posts
Showing posts with label firman af2014. Show all posts

Saturday, January 17, 2015

Firman Hantar Ibu Bapa ke Tanah Suci

Tahniah kami ucapkan kepada juara Akademi Fantasia 2014, Firman Bansir yang bakal menunaikan hasrat kedua ibu bapanya untuk menjejakkan kaki tanah suci Mekah pada bulan hadapan. Sejuk perut ibu mengandungkan Firman dulu.

Firman Hantar Ibu Bapa ke Tanah Suci, info, terkini, hiburan, sensasi, Firman AF2014

“Kemenangan dalam AF memberi peluang kepada saya untuk menunaikan impian ibu bapa yang mahu mengerjakan umrah. Jika segala perancangan berjalan lancar, ibu dan bapa saya dijangka berangkat ke Mekah bulan depan,” katanya.

Firman berkata, dia juga merancang menunaikan impian ibu bapanya untuk melaksanakan ibadah haji selepas umrah.

Selain itu, Firman juga bersyukur kerana dia banyak menerima tawaran persembahan nyanyian di negeri kelahirannya sendiri, iaitu Sabah.

“Kalau dulu, memang saya jarang balik ke kampung. Tetapi, sekarang jadi sebaliknya pula dan saya selalu balik selepas persembahan selesai. Syukur segala rindu yang terpendam selama ini kepada ibu bapa saya sudah terlerai.

“Mereka (ibu bapa) pun sekarang semakin gembira dengan kejayaan saya,” katanya.

Baca : 7 Sebab Alyah Akan Menang AJL 29 

Sumber : rotikaya.com

Wednesday, November 19, 2014

Firman (AF2014) Sudah Bergelar Suami?

Juara program televisyen realiti "Akademi Fantasia 2014" (AF2014), Firman atau nama sebenarnya Mohd Firman Bansir menafikan dakwaan peminat yang mengatakan dia sudah bergelar suami orang dan mempunyai anak.


Firman (AF2014) Sudah Bergelar Suami?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, Firman AF2014

"Belum, belum. Saya belum berkahwin atau pernah berkahwin. Apa lagi mempunyai anak. Saya masih bujang," ujarnya seperti dipetik daripada laporan Kosmo!

Penyanyi asal dari Sabah itu berkata, dakwaan tersebut hangat diperkatakan selepas ada peminat memberi komen menyatakan dia telah berumah tangga dan mempunyai anak dalam sekeping foto yang dimuat naik menerusi akaun Instagram miliknya.

Akui faham perkara sebegini akan berlaku satu hari nanti, Firman, 25, bagaimanapun tidak akan cepat melatah dan cuba membiasakan diri dengan keadaan seperti ini.

Jelasnya lagi, dia tidak akan mendirikan rumah tangga sehinggalah kehidupannya stabil.

Baca : Zizan Razak dan Faizal Ismail hos AIM 21 

Sumber : tupai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Sunday, November 2, 2014

Video Luahan Hati Firman Tentang Wak Doyok

Korang tengok #AF2014 tak malam tadi? Puas hati tak dengan keputusan tenaga pengajar dan pihak fakulti yang menyerap semula Adel untuk beraksi di final?


Video Luahan Hati Firman Tentang Wak Doyok, info, terkini, hiburan, firman af2014, wak doyok, gosip, kontroversi af2014

Namun, entri kali ini bukan untuk menulis tentang #AFserap, tetapi mengenai luahan hati Firman berikutan insiden tak dapat hadiah dari Wak Doyok minggu lalu.


Video Luahan Hati Firman Tentang Wak Doyok, info, terkini, hiburan, firman af2014, wak doyok, gosip, kontroversi af2014

Fuh! Dek kerana itu, ramai peminat Firman ‘mengamuk’ tau! Jadi, untuk meredakan kemarahan semua, nah kami sediakan luahan hati Firman, khas untuk anda.
Semuanya sudah terjawab, betul tak kami kata Wak Doyok hanya buat gimik. Alahai, kalau tak ada surprise, bukanlah Akademi Fantasia namanya.

Jadi, korang semua dah boleh berhenti kecam Wak Doyok okay. Hehe. Oh ya, lupa nak beritahu. Malam tadi, Firman menduduki tangga tertinggi tau! Teruskan mengundi Firman kalau korang rasa dia layak bergelar juara.

Baca : Adel Kembali Berentap Di Pentas Akhir #AF2014 

Sumber : ohbulan.com