Showing posts with label Firman (AF2014) Sudah Bergelar Suami?. Show all posts
Showing posts with label Firman (AF2014) Sudah Bergelar Suami?. Show all posts

Wednesday, November 19, 2014

Firman (AF2014) Sudah Bergelar Suami?

Juara program televisyen realiti "Akademi Fantasia 2014" (AF2014), Firman atau nama sebenarnya Mohd Firman Bansir menafikan dakwaan peminat yang mengatakan dia sudah bergelar suami orang dan mempunyai anak.


Firman (AF2014) Sudah Bergelar Suami?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, Firman AF2014

"Belum, belum. Saya belum berkahwin atau pernah berkahwin. Apa lagi mempunyai anak. Saya masih bujang," ujarnya seperti dipetik daripada laporan Kosmo!

Penyanyi asal dari Sabah itu berkata, dakwaan tersebut hangat diperkatakan selepas ada peminat memberi komen menyatakan dia telah berumah tangga dan mempunyai anak dalam sekeping foto yang dimuat naik menerusi akaun Instagram miliknya.

Akui faham perkara sebegini akan berlaku satu hari nanti, Firman, 25, bagaimanapun tidak akan cepat melatah dan cuba membiasakan diri dengan keadaan seperti ini.

Jelasnya lagi, dia tidak akan mendirikan rumah tangga sehinggalah kehidupannya stabil.

Baca : Zizan Razak dan Faizal Ismail hos AIM 21 

Sumber : tupai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif