Thursday, March 12, 2015

Amar Baharin Dalam Diam Dah Bertunang?

Baru sahaja gosip mengenai Amar Baharin yang dikatakan intim dengan Amyra Rosli melanda, kini terdapat sekeping gambar Amar bersama seorang wanita yang tersebar sehingga menimbulkan spekulasi bahawa Amar telah bertunang secara diam-diam.


Amar Baharin Dalam Diam Dah Bertunang?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, amar baharin

Sebaik sahaja kami menghubungi Amar untuk mendapatkan penjelasan, Amar dengan tenang menafikan perkara tersebut dan mejelaskan perkara sebenar.

“Kalau ada gambar saya yang menampakkan saya macam bertunang, mungkin ia adalah salah satu babak dalam lakonan atau mungkin juga saya bergambar dengan peminat ketika pergi tengok kawan nikah,” katanya dengan nada bersahaja.


Amar Baharin Dalam Diam Dah Bertunang?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, amar baharin

“Tiada apa nak dirahsiakan. Kalau betul saya dah bertunang, takkanlah saya tak beritahu,” katanya jujur. Sementara itu, melalui sumber, gambar tersebut didakwa diambil pada tahun 2013 dan jika dilihat secara teliti, terdapat peralatan penggambaran di dalam gambar tersebut.

Mungkin juga ia sebenarnya hanyalah gambar seorang peminat bersama pelakon pujaan mereka. Jangan hampa peminat Amar di luar sana, pelakon ini mengaku masih solo.

Sumber : rotikaya

Wak Doyok Dikecam, Beri Komen Lucah Di Instagram Kilafairy?

Tindakan ikon fesyen, Wak Doyok memberi komen berbaur lucah di laman Instagram milik rakan artisnya iaitu Kilafairy telah mencetuskan kecaman dan kritikan dari pengikutnya di Instagram.


Wak Doyok Dikecam, Beri Komen Lucah Di Instagram Kilafairy?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, wak doyok, Pelakon Kilafairy,

Semuanya bermula kira-kira seminggu lalu apabila Kilafairy memuatnaik foto di Instagram yang memaparkan susuk tubuh belakang tubuh badannya. Foto telah mendapat reaksi dari pelbagai pihak dan antara yang turut memberikan komen ialah Wak Doyok sendiri.

Wak Doyok Dikecam, Beri Komen Lucah Di Instagram Kilafairy?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, wak doyok, Pelakon Kilafairy,

Namun, komen dari Wak Doyok itu mencetuskan kritikan apabila ianya berbaur lucah dan apabila ditegur oleh Kilafairy sendiri, Wak Doyok turut membalas dengan komen yang lebih berbaur lucah.

Wak Doyok Dikecam, Beri Komen Lucah Di Instagram Kilafairy?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, wak doyok, Pelakon Kilafairy,

Semuanya boleh dibaca sendiri menerusi kapsyen dan foto dibawah
Wak Doyok Dikecam, Beri Komen Lucah Di Instagram Kilafairy?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, wak doyok, Pelakon Kilafairy,

Apa yang pasti, tindakannya itu mendapat kritikan ramai pemberi komen lain yang ada antaranya mempertikai kredibili Wak Doyok yang sebelum ini dilihat sering memberi nasihat berbentuk Islamik di Instagram miliknya sendiri.

Wak Doyok Dikecam, Beri Komen Lucah Di Instagram Kilafairy?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, wak doyok, Pelakon Kilafairy,

Malah ada beberapa pengikut turut menggelar Wak Doyok seorang yang `pervert` dan `gila seks`. Tidak dapat dipastikan apa reaksi dan motif Wak Doyok berhubung isu ini.

Selain itu, menerusi komen-komen lain, tindakan Kilfairy sendiri yang memuatnaik foto sedemikian turut dikritik. Ianya mengundang pelbagai lagi komen-komen berunsur lucah bukan hanya dari Wak Doyok sendiri tetapi pengikut-pengikut lain.

Apa-apa pun, mungkin Wak Doyok mempunyai jawapan dan motifnya tersendiri.


Sumber : murai

Cerita Dazrin Selepas Kemalangan

Menerusi laman Instagram dan Facebook milik pelakon Dazrin Kamarudin, beliau dilihat telah memuatnaik gambarnya yang telah mengalami kemalangan jalan raya.


Cerita Dazrin Selepas Kemalangan, info, terkini, hiburan, sensasi, dazrin kamarudin

Dua gambar yang disiarkan telah cukup membuktikan kereta berwarna merah miliknya rosak teruk dan remuk setelah bertembung dengan sebuah lori.

Nasib baik segalanya selamat. Dazrin tidak mengalami sebarang kecederaan serius. Kemaskini terbaru daripada pelakon ini “Despite the tragic incidence.. i am back on set.. #onset #beingstrong #fightingthepain #kasihjasmin #melaka” menyaksikan dia kembali bekerja dan berada di set drama lakonannya.

Terlebih dahulu sebelum ini, sahabat Dazrin yang juga seorang penyanyi dan pelakon, Salwa Razak memaklumkan kemalangan tersebut berpunca daripada keadaan Dazrin yang mengantuk.

“Pesan saya, jangan teruskan perjalanan kalau mengantuk,” tulis Salwa di akaun Instagramnya yang merujuk kepada gambar kemalangan melibatkan Dazrin.

Dazrin juga dalam Instagramnya ada memohon maaf jika dia ada mengguris perasaan sesiapa pada kapsyen gambarnya di Instagram. “Kisah mlm semalam.. sorry kalau daz dah kecewakan siapa2.. i am doing the best that i could to please everyone..”

Semoga Dazrin akan segera sembuh dan dapat meneruskan aktiviti seni seperti biasa.

Sumber : murai

Penyanyi Tegar Dakwa Terima Gangguan Seksual Dari Bekas Pengurus

Penyanyi remaja Indonesia, Tegar telah membuat laporan polis yang mana dia mendakwa telah menerima gangguan seksual daripada bekas pengurusnya, Arif Dollah ketika berada dibawah pengurusan lelaki tersebut.


Penyanyi Tegar Dakwa Terima Gangguan Seksual Dari Bekas Pengurus, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, tegar, artis cilik indonesia

Menerusi laporan media di Indonesia semalam, Tegar dan keluarganya telah meminta bantuan Komisi Nasional Perlindungan Anak dan membuat laporan polis hari ini (Khamis).

Menurut Ketua Komisi Nasional Perlindungan Anak, Arist Merdeka Sirait, laporan polis itu dibuat berikutan mereka merasakan ini merupakan perbuatan jenayah ke atas kanak-kanak.

Pihaknya turut mendapat info yang Arif juga pernah melakukan jenayah seksual terhadap anak tirinya yang ketika itu baru berusia 13 tahun (kini 21 tahun). Malah, bekas isteri Arif juga meminta mereka supaya berhati-hati.

Sementara itu, Tegar menerusi sidang media Aksi Menentang Kejahatan Seksual Terhadap Anak di Jakarta Timur semalam berkata, kejadian tersebut berlaku di antara bulan November 2014 hingga Januari tahun ini.

Ketika itu Tegar sedang berada di Malaysia untuk menjayakan sebuah konsert. Pengurusnya itu kemudian meminta dia untuk tinggal beberapa hari lagi di Kuala Lumpur.

Di situlah menurut Tegar bermulanya gangguan seksual terhadap dirinya. Antaranya ialah dia disuruh untuk tidur dengan hanya memakai seluar dalam sebelum pengurusnya itu akan mendekatinya dan cuba melakukan perkara tidak senonoh.

"Setiap kali mahu tidur, dia suka dekati. Saya tanya mahu apa sih? Saya mahu tidur capek (penat)…Dia ajak pula saya mandi bersama. Katanya mahu mandikan saya.

“Saya terkejut dan takut …Saya ikut sahaja kemahuan dia. Dan ya, kami mandinya biasa saja, sama-sama buka baju. Cuma tidak apa-apa yang berlaku,” ujarnya.

Ketika bersama Arif yang juga merupakan seorang warga Singapura, Tegar turut dihalang untuk pulang ke Indonesia selepas tamat mengadakan persembahan di Malaysia.

Tegar juga tidak dibenarkan menghubungi ahli keluarganya dan Arif telah merampas telefon bimbit dan komputer riba kepunyaannya.

Isu ini hangat diperkatakan di Indonesia sejak semalam selepas ia didedahkan media di sana yang menganggap Tegar merupakan mangsa kepada seorang pedofilia (seorang dewasa yang gemar melakukan seksual terhadap anak kecil).

Sumber : murai

Wednesday, March 11, 2015

Akim Ahmad dan Hafiz Suip Gaduh?

Penyanyi Hafiz Suip menafikan dakwaan mengenai ketidakhadiran penyanyi Akim Ahmad pada majlis pertunangannya berpunca daripada perselisihan faham antara mereka.


Akim Ahmad dan Hafiz Suip Gaduh?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, akim ahmad, hafiz suip

Bagaimanapun Hafiz, 25, berkata, penyanyi lagu 'Mewangi' itu tertinggal penerbangan untuk ke Kuching bagi menghadiri majlis pertunangannya.

"Pada awalnya memang Aril, Hazama dan Akim berjanji untuk datang tetapi Akim ada rakaman pada malam sebelum itu dan habis pula lewat sehingga dia tertinggal kapal terbang keesokan hari.

"Pagi itu, dia menghubungi saya untuk menjelaskan bahawa dia tidak dapat bangun awal untuk penerbangan pagi itu. Dia ada minta maaf kerana tak dapat hadir," ujarnya kepada mStar Online.

Hafiz ditemui ketika pada sesi rakaman muzik video lagu Untuk Cinta, di Muzium Tentera Udara Malaysia (TUDM), di sini, Rabu.

Akim Ahmad dan Hafiz Suip Gaduh?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, akim ahmad, hafiz suip


Tambah Hafiz, dia tidak sedikit pun berkecil hati dengan apa yang berlaku malah memahami Akim mempunyai tanggungjawab terhadap kerjanya yang perlu diberikan keutamaan.

"Saya terkejut juga apabila ramai peminat yang sangka kami bergaduh. Bila masa pula kami bergaduh, hubungan kami baik-baik sahaja.

"Saya tidak kisah tentang perkara itu kerana dia ada kerja yang perlu diutamakan, lagi pun dia boleh datang masa perkahwinan nanti," ujarnya.

Hafiz selamat mengikat tali pertunangan dengan seorang pelajar bernama Nureffy Jasreel Abdullah, 22 , dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Pullman, Kuching, Sarawak pada 27 Februari lalu.

Antara hadir pada majlis pertunangan itu ialah penyanyi Hazama dan Aril Pilus.

Sumber : mstar

Elfira Akui Baim Sedia Untuk Kahwin

Jika dilihat pada kesanggupan Baim Wong terbang jauh dari Jakarta semata-mata untuk meraikan sama hari ulang tahun kelahiran Elfira Loy, kami rasa pihak lelaki bagaikan bersungguh-sungguh betul mahu memenangi hati yang tersayang.


Elfira Akui Baim Sedia Untuk Kahwin , info, terkini, sensasi, hiburan, gosip, elfira loy, baim wong

Cuma jawapan yang diberikan oleh Elfira Loy bagaikan pula seakan-akan memberi peluang kepada lelaki lain di luar sana untuk menambat hatinya sekali gus membuatkan peminat tertanya-tanya status mereka ketika ini. Jika ya katakan ya.

“Sebetulnya saya tidak suka bercinta dengan orang itu atau orang ini. Saya tidak mahu bercinta dengan ramai lelaki atau bersilih ganti bertukar lelaki di dalam hidup saya. Kalau boleh saya hanya mahu mencintai seorang lelaki dan mengahwininya,” katanya.

“Siapa-siapa pun boleh jadi calon suami saya kalau mereka mahu mengahwini saya. Tetapi saat ini, hanya Baim saja yang mahu melangkah ke fasa yang seterusnya,” jelas Elfira lagi yang sebelum ini pernah mengakui bersedia untuk berkahwin ketika usia muda.

Jika itu jawapan Elfira mungkin juga kini mereka sedang serius bercinta, sebab itulah Baim mahu melangkah ke arah yang lebih serius lagi. Apa-apa pun keputusan Elfira, kami pasti ramai peminatnya yang sangat bersetuju dua jiwa ini disatukan dengan ikatan yang sah.

Sumber : rotikaya

Emma Maembong Nak Apa Sebenarnya?

Ramai yang menyalahkan Emma Maembong dengan menganggap bahawa gadis dari Terengganu ini berperangai kebudak-budakan dalam percintaan.


Emma Maembong Nak Apa Sebenarnya?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, emma maembong


Putus cinta. Sambung semula dan sekali lagi dikatakan berpisah secara baik. Terkini, sebuah akhbar mengatakan bahawa Emma Maembong sedia terima lamaran Zizan Razak.

Namun, kenyataan itu disangkal oleh Emma menerusi laman Instagramnya. Pelik! Apakah status sebenar hubungan mereka ni?

    Siapalah saya untuk hukum dia lama-lama. Sebelum ini pun saya tidak pernah beri sebarang kenyataan yang memang tidak ada ruang langsung atau pintu hati saya tertutup buat dia.

Emma Maembong Nak Apa Sebenarnya?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, emma maembong


    Kalau ada jodoh pada masa hadapan dan pada masa sama dia mengajak saya berkahwin, maka saya akan terima. Tak payah bercinta lama-lama. Tapi buat sementara waktu biarlah dulu perkara ini berlalu lagi pun saya kini tak mahu menaruh harapan padanya – Emma Maembong, Sinar Harian, 11 Mac 2015



Dalam temubualnya di rancangan Hlive! malam semalam, Emma Maembong menangis apabila diajukan persoalan mengenai hubungannya dengan Zizan Razak.
Persoalannya…

Kami tidak memihak kepada sesiapa mahupun mempertahankan wartawan, cuma kadang-kadang kami lihat kenyataan yang diberikan oleh Emma seolah-olah masih menyimpan harapan untuk kembali bersama dan agak mengelirukan.

Secara ringkasnya, kalau mahu katakan mahu, kalau tak nak, jangan bagi harapan lagi. Teruskan hidup masing-masing macam biasa. Apapun, kami turut mendoakan kebahagiaan Zizan dan Emma. Semoga mereka tabah.

Sumber : ohbulan

Monday, March 9, 2015

Zulin Aziz Buka Buku Baru

Seorang lagi rakan artis telah mengambil keputusan untuk mengenakan hijab. Terbaru, pelakon dan pengacara, Zulin Aziz dilihat telah memuat naik foto terbarunya yang lengkap bertudung ke akaun Instagram.
Hiburan, info, sensasi, terkini, Zulin Aziz, Zulin Aziz Buka Buku Baru,

Berita penghijrahan ini turut dikuatkan lagi dengan status yang disertakan bersama gambar tersebut yang berbunyi;

"Buka buku baru.semoga lebih baik dr yg sebelumnya.doakan saya ya," tulis Zulin ringkas.

Peminat Zulin dilihat turut berkongsi kegembiraan dengan mengucapkan kata-kata tahniah dan pujian dengan keputusan ini.

Tahniah diucapkan kepada Zulin, semoga Zulin terus istiqamah dengan kuptusan ini dan seterusnya dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan berpanjangan di masa hadapan.


Sumber : mediahiburan.karangkraf

Misi baharu Pak Nil sebagai Ikon Cinta Malaysia

Biarpun keadaan ekonomi tidak menentu ketika ini, kemakmuran dan pembangunan masih boleh diteruskan jika semua pihak menjalankan tanggungjawab sebagai pembayar cukai demi kepentingan masyarakat di negara ini.


Misi baharu Pak Nil sebagai Ikon Cinta Malaysia, info, terkini, hiburan, sensasi, Pak Nil, aznil

Sehubungan itu, pelbagai usaha dilaksanakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) demi meningkatkan tahap kesedaran orang ramai terhadap tanggungjawab membayar cukai pendapatan.

Salah satu usaha yang dijalankan adalah menerusi kempen Saya Cinta Malaysia yang bertujuan menyemai semangat cintakan Malaysia dan menyebarkan kasih sayang melalui hasil cukai pendapatan.

Demi menjayakan kempen tersebut, LHDN menggunakan pendekatan berbeza dengan melantik Datuk Aznil Nawawi sebagai Ikon Cinta Malaysia atas kredibiliti dan imej mesra peminat yang dimiliki oleh pengacara nombor satu negara itu.

Pelantikan pengacara H Live: Apa Kata Malaysia itu bertujuan  memberi pendedahan dan kesedaran kepada masyarakat di luar sana mengenai pembayaran cukai pendapatan.

Bagi mengulas lanjut, Zass berjaya mendapatkan Aznil atau lebih mesra disapa sebagai Pak Nil, selain berkongsi perkembangan terbaharunya termasuklah pengalamannya menjejak kaki ke Anugerah Oscar di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) pada 23 Februari lalu.

Tahniah di atas pelantikan sebagai Ikon Cinta Malaysia. Perasaan Pak Nil dilantik sebagai ikon?

Terima Kasih. Bagi saya, pelantikan ini merupakan satu penghargaan besar oleh kerajaan kepada golongan artis. Saya lihat, ini adalah satu kaedah baik dan perlu diperluaskan oleh mana-mana agensi kerajaan atau badan korporat yang mendukung dasar negara dalam menyebarkan maklumat secara lebih menyeluruh kepada penduduk di negara ini. Malah, secara tidak langsung mesej tersebut juga dapat diterima dengan lebih efektif.

Oleh kerana, kempen anjuran kerajaan kerap kalinya dipandang enteng oleh sesetengah pihak dan tidak dipandang secara serius, lantas inti pati yang terdapat di dalamnya gagal disalurkan dengan berkesan. Jadi, ini adalah satu langkah bijak yang wajar diberi pujian.

Masyarakat kini dilihat lebih mudah menerima sesuatu yang disampaikan secara santai dan libur. Selain itu, saya turut berbesar hati diberi mandat ini kerana ia juga adalah sebahagian daripada tugas tanggungjawab sosial.

Bagaimana Pak Nil mahu merealisasikan tanggungjawab sebagai ikon itu sendiri?

Sebagai ikon, peranan saya adalah untuk menyemarakkan rasa cinta terhadap negara tetapi pada masa sama menyedarkan masyarakat tentang kewajipan membayar cukai.

Bagaimanapun, kaedah yang digunakan bukan secara terus tetapi memilih cinta terhadap negara sebagai tema utama bagi memastikan masyarakat dapat benar-benar memahami konsep sebenar cukai itu.

Saya akan menggunakan cara yang lebih mudah difahami iaitu melalui konsep perkongsian dan kasih sayang dalam memberikan pemahaman kepentingan cukai dalam pembangunan negara.

Jadi, adakah Pak Nil akan turut serta dalam sebarang program dengan LHDN?

LHDN telah merangka pelbagai program bagi menjayakan kempen tersebut termasuklah mengadakan siri jelajah ke beberapa lokasi seperti sekolah dan institusi pengajian tinggi bagi mendedahkan situasi sebenar kepada golongan muda atau generasi baharu.

Setiap siri jelajah itu akan dijalankan secara bersifat ringkas dan mudah difahami dalam suasana penyampaian berbentuk hiburan.

Dalam kontrak setahun tersebut, saya akan giat ke seluruh negara mendekati golongan muda untuk menerapkan rasa cinta mereka terhadap negara. Secara tidak langsung, maklumat mengenai sistem cukai juga akan disampaikan.

Selain program bersama LHDN, saya sendiri turut merancang program-program lain yang akan menyelit sama maklumat-maklumat mengenai percukaian.

Memegang status selebriti, jadi bagaimana Pak Nil ingin mengajak rakan-rakan seangkatan yang lain agar tidak 'lari' membayar cukai?

Sebagai pembayar cukai tetap, apa yang saya lihat mereka (LHDN) adalah organisasi yang ingin membantu mengagih-agihkan dan menyelaraskan pembayaran cukai. Saya sedia menjadi ‘jambatan’ yang menghubungkan rakan artis dan LHDN dalam membincangkan pelbagai isu berhubung percukaian.

Mungkin ada artis yang belum menyelesaikan tunggakan cukai pendapatan selama ini ekoran dimomokkan dengan kaedah pengiraan yang tidak betul. Sedangkan daripada pengalaman saya, semuanya mudah dengan bantuan pegawai LHDN yang mesra dan terlatih.

Malah, saya berharap dapat menganjurkan sebuah perjumpaan dengan LHDN pada masa hadapan bagi memberi peluang kepada golongan selebriti dalam mendapatkan penerangan tentang perkara itu.

Golongan artis tidak seharusnya takut untuk membayar cukai kerana ia sebenarnya adalah sebahagian daripada cara untuk kita menunjukkan rasa kasih dan sayang kepada negara.

Pertolongan ini diharapkan dapat memastikan mereka (artis) mendapat maklumat yang betul selain khidmat nasihat berhubung pembayaran cukai mereka.

Dalam perkembangan lain, boleh Pak Nil berkongsi pengalaman apabila berpeluang mengendalikan program siaran langsung dari lokasi Anugerah Oscar, baru-baru ini?

Ia adalah pengalaman yang cukup istimewa bagi saya kerana semua memori dan kenangan manis semasa bergelar wartawan dahulu muncul kembali.

Malah, saya langsung tidak memikirkan tentang glamor atau siapa diri saya kerana seronok dapat bergelar wartawan kembali sambil menjerit-jerit nama selebriti yang lalu di karpet merah untuk ditemu bual.

Lagipun, bukan mudah untuk mendapatkan temu bual bersama-sama artis Hollywood di karpet merah dan wartawan bertugas perlu menjerit sekuat hati bagi mendapatkan perhatian mereka.

Tapi, ramai nama-nama besar Hollywood tiba pada saat-saat akhir sebagai salah satu cara untuk mengelak daripada ditemu bual oleh pihak media.

Saya hanya berpeluang menemu bual dua pelakon iaitu JK Simmons dan Robert Duvall dan itu pun selepas menjerit beberapa kali sebelum berjaya mendapat perhatian mereka. Memang susah, tapi saya gembira melakukannya.

Sebelum itu, pada Januari lalu, saya berpeluang bertemu dan menemu bual selebriti terkenal seperti Kim Kardashian, Guliana Rancic, Ryan Seacrest ketika berkunjung menerima jemputan NBC Universal.

Di kala usia 53 tahun, Pak Nil masih mampu mengekalkan populariti dengan pencalonan yang diterima menerusi anugerah-anugerah berprestij. Bagaimana pula dengan persaingan yang dihadapi?

 Sebenarnya, saya tidak mahu lagi bertanding kerana saya lihat perkembangan generasi baharu pengacara kini sangat membanggakan.

Saya tidak takut kalah sebaliknya saya sentiasa bersedia untuk melepaskan tampuk pengacara popular itu sendiri. Lebih baik kita memberi ruang kepada generasi-generasi baharu ini.

Apa yang saya lihat, kelahiran pengacara baharu kini semakin menggalakkan. Bagaimanapun, terima kasih kepada yang menyokong saya.

Sumber : sinarharian