Thursday, July 30, 2015

Rumah Tangga Hanez Suraya Kini Bermasalah?

Pelakon jelita Hanez Suraya yang kini mengalami alahan gara-gara disahkan hamil ditimpa kontroversi apabila rumah tangganya bersama ahli perniagaan, Romie Razin Adilha Abd Rais yang baru mencecah empat bulan perkahwinan dikatakan mempunyai masalah.


Rumah Tangga Hanez Suraya Kini Bermasalah?


Namun, Hanez Suraya yang bijak menepis dakwaan tersebut tampil dengan menjelaskan tiada apa yang perlu di terangkan memandangkan perlu menghormati suami dan keluarga kedua belah pihak.
    “Tiada komen. Ini kerana sekarang saya sudah bergelar isteri orang dan tidak elok untuk saya mengulas tentang perkara tersebut secara terbuka,”

Hanez Suraya tampil mengulas dakwaan perkahwinannya bersama Romie kerana dikatakan sedang dilanda masalah sehingga menyebabkannya meluahkan perasaan sedih menerusi beberapa perkongsian status gambar di laman sosial instagram miliknya.


Rumah Tangga Hanez Suraya Kini Bermasalah?


Malah, Hanez Suraya turut bimbang jika dia memberikan sebarang komen berhubung dakwaan tersebut ianya disalah anggap oleh sesetengah pihak dan akan menjadi lebih parah dikemudian hari.
    “Isu dan kontroversi bukan perkara baharu dalam karier saya dan apa yang saya pelajari dari pengalaman lalu adalah jangan cepat melatah dan ambil sikap berdiam diri.-gosipmalaysia

Tuesday, July 28, 2015

Shila Amzah Akui Sedang Bercinta Dengan Jejaka Biasa

Dalam majalah online terbaru Intrend, penyanyi Shila Amzah ada mengakui sedang mengenal hati budi seorang jejaka yang sudah pun setahun dikenalinya. Jejaka tersebut bukan dari golongan selebriti dan hanya orang biasa. Jom ikuti pengakuan beliau.


Shila Amzah Akui Sedang Bercinta Dengan Jejaka Biasa

Sampai bila akan berakhirnya episod cinta Shila Amzah?

    Insya-Allah, berilah Shila dua atau tiga tahun lagi. Shila akui hati Shila sudah diisi sekarang ini. Dia orang biasa. Sudah setahun mengenali, Abah dan Mama pun merestui. Orangnya simple, tidak mengongkong dan kami melalui kehidupan dengan haluan masing-masing tanpa ada rasa cemburu atau curiga. Insya-Allah, kalau ada rezeki Shila mengimpikan perkahwinan yang ringkas saja. Abah pun cakap, ikut yang wajib saja. Abah tak cerewet dalam memilih menantu. Kata Abah, tak punya banyak duit tak apa, asalkan rajin bekerja. Shila suka budak-budak, sebab itu Shila juga tidak sabar untuk berkeluarga. Abah pernah cakap, budak-budak yang susah nak dengan orang pun, kalau dapat di tangan Shila, pasti lekat. Alhamdulillah, Shila sangat bahagia sekarang. Malah, keluarga pun happy dengan perkembangan Shila sekarang. Shila ni kalau ada seseorang yang mengisi kekosongan hati, keluarga memang tumpang seronok sebab nampak Shila lebih tersusun, hahaha…

Shila memang tidak boleh hidup tanpa cinta, kan?

    Enam kali putus cinta, setahun hati kosong dan kini Shila kembali bahagia. Bukanlah tidak mampu hidup tanpa cinta, cuma jika ada seseorang yang mencintai, rasa diri complete! Shila akui apabila in love, Shila mudah lupa diri, senang dibutakan dengan cinta. Apabila sudah menyayangi seseorang itu, Shila mahu bersamanya forever and ever. Tapi, selalunya apabila bercinta dengan orang yang salah, kita tak sedar tapi orang yang dekat dengan kita yang nampak. Shila memang perlukan seseorang yang sentiasa dapat menyedarkan Shila daripada khayalan.

Andai diberi peluang mengubah industri ini…

    Biarlah Shila ubah diri Shila terlebih dulu untuk menjadi yang lebih baik. Namun, jika ditanya secara umumnya tentang industri seni kita, Shila Cuma mahu menyarankan agar pengkarya kita bekerja lebih keras agar industri punya saingan yang sihat. Buang elemen favouritisme. Sebenarnya, bakat yang kita ada jauh lebih bagus jika dibandingkan dengan negara Asia lainnya Cuma platform dan pengalaman bakat kita agak kurang. Sesiapa saja yang mahu menjadi penyanyi perlu ada identiti. Jangan terikutikut gaya penyanyi lain. Lenggok nyanyian perlu versatil. Shila akui, pada awal kemunculan Shila pun begitu juga.


Shila Amzah Akui Sedang Bercinta Dengan Jejaka Biasa

    Keliru, adakala ke arah lenggok Dato’ Siti Nurhaliza dan Misha Omar. Shila cuba ubah gaya nyanyian dengan banyakkan menyanyi lagu-lagu Bahasa Inggeris. Kurangkan nyanyi lagu orang yang diminati. Kalau punya idola, pastikan kita tekad untuk jadi lebih baik daripadanya, tapi jangan over confident pula.

Kredit: Intrend

Aeril Zafrel Sedia Pindah Ke Indonesia

Pelakon Aeril Zafrel yang ditemui semasa majlis tayangan filem CCTV berkata bahawa dia akan berhijrah ke Indonesia sekiranya diberikan tawaran untuk berlakon dalam produksi filem atau drama di sana.


Aeril Zafrel Sedia Pindah Ke Indonesia


Sebelum ini juga Aeril Zafrel telah pun melebarkan sayapnya ke peringkat antarabangsa apabila telah menjayakan salah satu slot bersama Christina Ricci dan ini merupakan peluang kedua untuknya terus mengorak langkah ke peringkat yang lebih tinggi dalam dunia perfileman.
“Insya-Allah pada hujung tahun ini saya akan ke Indonesia untuk berlakon di sana dalam filem berjudul ‘Sabda Kekasih’. Filem ini merupakan filem berunsurkan Islam dan ketuhanan”

“Perancangan untuk berpindah ke sana, insya-Allah sekiranya ada rezeki dan kalau mendapat tawaran. Saya ke sana untuk mengembangkan lagi bakat,” katanya kepada Rotikaya ketika ditemui di majlis tayangan filem CCTV.


Aeril Zafrel Sedia Pindah Ke Indonesia


Dalam pada itu, Aeril sekali lagi menegaskan bahawa dia memberikan kebebasan untuk isterinya, Wawa Zainal untuk berlakon seperti biasa tetapi dengan komitmen serta tanggungjawab membuatkan Wawa terus berada di rumah untuk menjalankan tanggungjawab sepenuhnya sebagai seorang isteri dan ibu.
“Saya ikut kebebasan dia (Wawa), kalau dia nak berlakon saya turutkan sahaja dan tak pernah untuk mengehadkannya. Sekarang bila ada anak, kalau keluar untuk menjalankan penggambaran dia lebih rindu untuk pulang awal dan kadang-kadang nak lebih masa dengan anak,” tambahnya lagi.

Selain pelakon utamanya, Aeril Zafrel, filem CCTV ini turut diperkuatkan lagi dengan penampilan beberapa pelakon lain seperti Hasnol Rahmat, dan Asliza Abdullah serta seorang pendatang baharu, Ardel Aryana. Filem CCTV ini akan ditayangkan pada 30 Julai ini di seluruh pawagam Malaysia.-rotikaya

Hans Isaac Berdebar Lakon Aksi Ranjang Dengan Aktres Jepun

Hero filem Nota, Hans Isaac menjelaskan bahawa dia berdebar apabila disuruh oleh pengarah untuk melakukan adegan ranjang bersama pelakon Jepun yang tidak dikenalinya dalam filem terbaru lakonannya bersama Maya Karin itu.


Hans Isaac Berdebar Lakon Aksi Ranjang Dengan Aktres Jepun


Memegang karakter sebagai Kamal, Hans Isaac nyata mempunyai gayanya tersendiri apabila melakukan aksi tersebut yang dianggap sebagai aksi paling mencabar dirinya sepanjang menjalani penggambaran filem kali ini.
“Hari pertama menjalankan penggambaran saya dah kena buka baju atas katil dan malu sangat apabila saya perlu berlakon dengan pelakon dari Jepun yang sememangnya saya tidak pernah kenal atau berjumpa. Berpeluh dan malu juga apabila disuruh melakonkan adegan yang sebegitu”

“Tapi saya perlu menjadi seorang profesional kerana mungkin di Jepun perkara ini normal di Malaysia tidak dan saya hormat dengan undang-undang negara. Apa yang kita buat ada hadnya,” katanya yang sebelum ini juga pernah melakonkan aksi bercumbuan dalam filem Miss You Like Crazy bersama pelakon Filipina.


Hans Isaac Berdebar Lakon Aksi Ranjang Dengan Aktres Jepun


Dalam pada itu, Hans turut menjelaskan pertama kali gandingannya bersama Maya Karin di layar perak tidaklah sesukar mana kerana mereka sebelum ini sudah pun mengenali. Menurutnya lagi filem ini tidak perlu untuknya mendapatkan chemistry bersama Maya.
“Filem ini minimum dialog dan anda akan dapat saksikan kelainan filem ini daripada filem-filem yang pernah anda tonton sebelum ini. Saya senang dengan Maya sebab sudah lama berkawan dalam industry dan Maya merupakan seorang pelakon yang berbakat besar membuatkan kita senang bekerja dengannya”


Hans Isaac Berdebar Lakon Aksi Ranjang Dengan Aktres Jepun

Hans Isaac Berdebar Lakon Aksi Ranjang Dengan Aktres Jepun

Filem Nota akan mula ditayangkan pada 13 Ogos 2015 secara serentak di seluruh pawagam tanah air. Bagi peminat-peminat Maya Karin dan hero kacak Hans Isaac jangan lupa untuk menyaksikannya pada bulan depan.-rotikaya

Foto: AC Mizal & Keluarga ‘Goes Hollywood’ Di Kota London

Alahaii best nya jadi artis ni, satu job dah berapa riban dah diorang dapat. Mahu nya boleh sampai 2 hingga 3 bulan gaji kita. Takpe lah, rezeki diorang kan. Selalunya artis dah ‘masyuk’ akan gunakan duit diorang untuk pergi bercuti di luar negara. Maklum lah, dah serahkan tenaga semua untuk kerja, apa salahnya pergi bercuti tenangkan diri.. Ye tak?


Foto: AC Mizal & Keluarga ‘Goes Hollywood’ Di Kota London

Kali ni kami nak kongsikan foto-foto percutian pengacara top tanah air, Dato’ AC Mizal dan keluarga di Kota London. Amboii kemain enjoy lagi diorang kat sana. Jealous abam tengok. Jom kita layan gambar-gambar keluarga diorang bergembira di sana!-ohbulan

Foto: AC Mizal & Keluarga ‘Goes Hollywood’ Di Kota London

Foto: AC Mizal & Keluarga ‘Goes Hollywood’ Di Kota London

Foto: AC Mizal & Keluarga ‘Goes Hollywood’ Di Kota London

Foto: AC Mizal & Keluarga ‘Goes Hollywood’ Di Kota London

Foto: AC Mizal & Keluarga ‘Goes Hollywood’ Di Kota London

Foto: AC Mizal & Keluarga ‘Goes Hollywood’ Di Kota London

Foto: AC Mizal & Keluarga ‘Goes Hollywood’ Di Kota London

Siapakah Jejaka Yang Teman Neelofa Di Kota London?

Pelakon cantik yang juga pengacara popular Neelofa, atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor nyata dilihat cukup  bekerja keras untuk memastikan perniagaan tudungnya berjaya dan terbukti Naelofar Hijab telah mendapat sambutan yang cukup hangat sebaik saja ianya dilancarkan sebelum menjelangnya Ramadan.

Siapakah Jejaka Yang Teman Neelofa Di Kota London?


Dalam waktu yang sama, perasaan juga ada banyak lagi perniagaan menjual tudung lain yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Tetapi tak dapat dinafikan tudung yang diilhamkan Neelofa untuk Naelofar Hijabnya ada keunikan tersendiri.

Biarpun ada yang memberikan persepsi negatif tentang produk tudungnya itu, lebih-lebih lagi selepas dia melancarkan Naelofar Fantasia Raya 2015 sempena kempen Aidilfitri Naelofar Fantasia Raya 2015, namun anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini tetap  melihat perkara itu  dari sudut positif.
 
Bercakap pasal Naelofar Fantasia Raya 2015, terdapat beberapa model lelaki kacak yang dikaitkan dengan Neelofa selepas menjayakan kempen tersebut.

Salah seorangnya adalah Malik McMcrone itu tidak semena-mena dikatakan cukup rapat dengan Lofa ketika ini  setelah gambar mesra mereka berdua dimuatnaik di Instagram masing-masing.

Terbaru, Lofa kini sedang bercuti di kota London. Mungkin dia sedang cuba membayar segala kepenatan mencari rezeki di bulan Ramadan dengan bercuti ke kota mahal tersebut.

Tetapi apa yang menariknya, Neelofa kali ini tidak pergi  bersama keluarganya. Tapi, dengan siapa dan untuk urusan apa, tiada pula Lofa sertakan di dalam posting instagramnya itu.

Namun entri tersebut seolah-olah seperti cuba memberikan pembayang bahawa dia tidak berseorangan di kota London. Sebaliknya, dia  ditemani seorang lelaki yang gambarnya diambil daripada sisi belakangnya saja. Amboi.. Biarlah rahsia ker?

Siapakah jejaka tersebut? Tup tup info selanjutnya yang diperolehi  mengatakan bahawa jejaka tersebut merupakan salah seorang model yang beraksi dalam kempen tudungnya tidak lama dahulu.-murai






Nor Albaniah Teruk Dikecam Kerana Berbikini Di Tepi Pantai

Meskipun sudah meningkat usia tetapi baru-baru ini dilihat pelakon yang popular dari era 90-an , Nor Albaniah cukup berani tampil berbikini menampakkan sebahagian perutnya yang terdedah.


Nor Albaniah Teruk Dikecam Kerana Berbikini Di Tepi Pantai

Melihat aksi pelakon Cinta Ibadah itu menerusi foto yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya. Amboi bukan main seksi lagi Nor Albaniah.

Menerusi foto itu kelihatan dia sedang bercuti di sebuah pulau. Pulau mana tak pastilah pula.

Tapi yang pastinya Nor Albaniah memang teruk kena hentam menerusi sebuah akaun  Instagram milik seseorang yang sering memaparkan gosip terkini artis Malaysi kerana dikatakan sanggup berbikini di usia yang sudah senja itu.

Malah menerusi foto itu juga ramai pengikutnya mengecam tindakan pelakon tersebut yang disifatkan sebagai tidak sedar diri.

Tidak berani untuk komen apa-apa kerana semua orang ada hak masing-masing untuk tampil berpakaian dalam apa keadaan sekalipun, namun pada waktu yang sama sebagai seorang pelakon atau public figure, Nor Albaniah adakalanya  perlu peka dengan keadaan semasa dan sensitiviti masyarakat kita.-murai

Monday, July 20, 2015

Nora Danish ‘Perang’ Instagram Dengan Bekas Isteri Nedim?

Menerusi akaun Instagram @miss_kepoh, pelakon Nora Danish dikatakan berbalas-balas beberapa entri di Instagram beberapa hari lalu dengan seorang wanita bernama Nabilah Khan yang juga merupakan bekas isteri kepada kekasih Nora, Nedim Nazri.


Nora Danish ‘Perang’ Instagram Dengan Bekas Isteri Nedim?

‘Perang’ entri di laman Instagram itu dikatakan bermula apabila bekas isteri Nedim mengambil tindakan untuk memuat naik entri di Instagram yang berupa potongan ayat yang berbunyi, “Real women don't need to steal a person's husband they go out and get their own! #justsaying.”

Dek kerana entri tersebut, Nora membalas kembali dengan memuatnaik gambar lain dan perkara itu berlarutan dengan beberapa siri entri selepas itu.

Nedim juga dilihat sempat bertindak dengan bersuara dan menyokong kekasihnya.

Menyemak semula laman Instagram Nora Danish, pelakon drama bersiri Puteri itu sudah memadamkan entri-entri tersebut.

Tak tahu nak komen apa, sempena kedatangan bulan mulia ini, marilah kita bersama-sama mencari jalan damai untuk menjernihkan keadaan. Tak elok berbalah!

Semoga Nora dan Nedim gembira dengan jalan yang dipilih mereka dan semoga bekas isteri Nedim juga lebih bahagia menjalani kehidupan selepas ini.-murai

Sunday, July 19, 2015

Chef Wan Tegur Sikap Pemalas Orang Balik Kampung, Hilang Sabar

Mengirimkan luahan hati beliau bersama sekeping gambar saudara mara yang masih berlingkar tidur walaupun sudah hampir tengahari, Chef Wan terkilan dengan sikap mereka yang hanay tahu tidur dan bangun untuk makan juadah yang terlah terhidang tanpa rasa bersalah.


Chef Wan Tegur Sikap Pemalas Orang Balik Kampung, Hilang Sabar


“By 9AM dah tak tahan lagi mula la mulut saya mengharuk satu rumah which like a yearly affair. Bangun bangun rasa nak sepak sepak sahaja manusia yang malas ini dari membuta sehingga matahari tu suluh ke jubur”

“Ada yang tak mandi lagi dah mengadap TV pagi buta tergolek macam ikan buntal dah tak laku”


Chef Wan Tegur Sikap Pemalas Orang Balik Kampung, Hilang Sabar

“I told my mother loud and clear and menyindir (tetapi) faham ke muka muka tebal yang tak tahu malu ni. Rumah ni bukan hotel ada barua to run around to feed some of them 3 meals a day!,” luah Chef Wan tentang perangai segelintir keluarganya di hari raya.

“I am sure I am not the only one in Malaysia facing this issue with all this lazy and useless people. They are like parasite in our life. As far as I am concern mampus kau org la tak suka aku pun yang salah tetap salah. Ubah la sikap pemalas tu!” tambahnya lagi.-rotikaya