Thursday, July 30, 2015

Zizan Razak Mahu Ikut Cara Fahrin Ahmad Kahwin Secara Mengejut

Ibarat masih lagi berteka-teki dengan peminat dan juga pihak media mengenai perkahwinannya, pelakon dan pengacara Zizan Razak menjelaskan bahawa dia mahu berkahwin secara tiba-tiba seperti yang dilakukan oleh Fahrin Ahmad sebelum ini.

Zizan Razak Mahu Ikut Cara Fahrin Ahmad Kahwin Secara Mengejut

“Macam mana pun saya mesti kahwin. Saya kena kahwin. Sebagai lelaki saya pun nak kahwin dan ada keluarga sendiri. Insya-Allah, semua yang dirancang bagaimana biarlah ia menjadi rahsia keluarga saya. Tak ada apa-apa pun sebenarnya”

“Saya suka cara Fahrin Ahmad yang berkahwin secara ‘tiba-tiba’ dan ‘mengejut’. Cara itu nampak lebih afdal. Kalau boleh saya nak ikut cara dia,” katanya kepada BH Plus selain merahsiakan status hubungan dia dan pasangan yang dikatakan sudah pun berpisah.

Zizan Razak Mahu Ikut Cara Fahrin Ahmad Kahwin Secara Mengejut

Selain soal perkahwinan, Zizan juga dalam masa yang sama berdepan dengan pelbagai kontorversi yang tidak putus-putus sebelum ini. Muncul sebentar dengan khabar angin mahu berkahwin, ada peminat yang melihat perkara tersebut sebagai salah satu cara untuk kembali meredakan keadaan.

Zizan Razak Mahu Ikut Cara Fahrin Ahmad Kahwin Secara Mengejut

Zizan Razak Mahu Ikut Cara Fahrin Ahmad Kahwin Secara Mengejut

Zizan Razak Mahu Ikut Cara Fahrin Ahmad Kahwin Secara Mengejut

Zizan Razak Mahu Ikut Cara Fahrin Ahmad Kahwin Secara Mengejut

Peminat pastinya tidak sabar mendengar berita gembira daripada asyik mendengar cerita berdolak-dalik. Apa pun, pastinya Zizan tahu apa yang dilakukannya. Semoga apa yang dirancang dan direncanakan oleh Zizan akan dipermudahkan.-rotikaya

Adi 6ixth Sense Rancang Kahwin Dengan N Tahun Hadapan

Vokalis kumpulan 6ixth Sense, Adi atau nama sebenarnya Adi Priyo Sambodo, 32, mendedahkan yang dia mempunyai perancangan untuk menamatkan zaman bujangnya pada tahun hadapan.


Adi 6ixth Sense Rancang Kahwin Dengan N Tahun Hadapan

Menjalinkan hubungan cinta bersama seorang gadis yang dikenali sebagai N, Adi bagaimanapun mengakui masih belum memiliki tarikh spesifik untuk mengadakan hari perkahwinannya itu.

“Sudah hampir setahun saya menjalin hubungan dengan N. Kami ada memikirkan untuk melangkah ke peringkat seterusnya pada tahun hadapan tetapi ianya sekadar perancangan awal. Kalau boleh, kami mahu terus bernikah sahaja dan tidak mahu bertunang,” ujar Adi secara ringkas ketika ditemui di majlis rumah terbuka anjuran Indigital dengan kerjasama Suka Sucre Bistro baru-baru ini.

Belum membuat sebarang persiapan lanjut, Adi mengakui yang dia sudah berjumpa dan mengenali keluarga N. Dalam pada itu, Adi juga enggan mengulas lanjut mengenai kisah cintanya bersama gadis yang berusia 21 tahun itu dan berharap agar semua pihak mendoakan yang baik-baik untuk hubungan mereka.

Dalam perkembangan terkini, Adi yang juga dikenali sebagai Manusia Putih kini sedang berehat sementara dari mencipta lagu untuk penyanyi-penyanyi lain kerana ingin menumpukan perhatian kepada 6ixth Sense.

Terbaru, Adi dan ahli kumpulan 6ixth Sense yang lain sedang dalam proses untuk menyiapkan single mereka yang berjudul Selamat Tinggal Cinta. Lagu tersebut kini sedang menjalani proses mixing.

“Lagu ini kami rakamkan bersama dengan lagu 7 Kali Malam Minggu tetapi kami memang bercadang untuk mengeluarkannya kemudian. Lagu ini mengisahkan tentang kisah percintaan yang diganggu dengan kehadiran orang ketiga dan bakal muncul pada September ini,” kata Adi mengakhiri perbualan.

Elizabeth Tan Rasa Takut Selepas Kontroversi Cinta

Penyanyi Elizabeth Tan mula berasa takut untuk terlalu mesra dengan mana-mana lelaki yang terlibat dalam dunia seni selepas beberapa kali dihimpit kontroversi percintaan.


Elizabeth Tan Rasa Takut Selepas Kontroversi Cinta

Elizabeth atau nama sebenarnya, Elizabeth Tan Su Mei, 22, berkata, dia kini lebih berhati-hati selepas dituduh menjadi punca putusnya pertunangan Adira dengan Presiden Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia, Shahrul Nasrun.

"Sudah tentu saya rasa takut untuk rapat dengan mana-mana lelaki terutama orang dalam industri, saya tidak mahu dikaitkan lagi dan menjadi mangsa gosip.

"Kalau ada yang ingin berkenalan atau cuba hantar mesej, saya hanya jawab ringkas seperti "ok" atau "lol" atau tidak jawab langsung bagi mengelakkan perbualan tersebut berlanjutan," ujarnya kepada mStar Online.

Elizabeth yang popular dengan lagi Knock Knock ditemui pada majlis sambutan Aidilfitri anjuran syarikat rakaman Warner Music di Rumah Kasih Harmoni, Paya Jaras, di sini, Khamis.
 
 
Elizabeth Tan Rasa Takut Selepas Kontroversi Cinta
 
Selain kontroversi pertunangan Adira itu, Elizabeth turut digosipkan  bercinta dengan bekas suami pelakon Nabila Huda iaitu Eddie (Tiga Swagger).

Sementara itu Elizabeth berkata, dia tidak mempunyai masalah dengan Adira dan perkara tersebut sudah diselesaikan sebaik sahaja kontroversi itu berlaku.

"Saya tidak mengenali Adira dengan rapat dan hanya pernah sekali sahaja jumpa dia di majlis, pada hari kontroversi tersebut kami rancang untuk berjumpa tetapi dia batalkan kerana ada hal lain.

"Selepas itu, kami berhubung menerusi telefon dan saya telah jelaskan apa sebenarnya yang berlaku, dia beritahu saya agar jangan rasa bersalah," ujarnya.

Kata Elizabath, sejak kontroversi itu, dia juga tidak pernah berhubung dengan Shahrul Nasrun.

Bercakap tentang Eddie, dia tidak menyimpan nombor telefon pemuda itu dan hubungan mereka juga tidak pernah rapat.

Saya pelik bagaimana kami boleh digosipkan kerana saya tidak ada nombor telefon dia pun. Mungkin mereka lihat kami bersama di majlis hiburan kerana saya dan Eddie bawah satu syarikat pengurusan," ujarnya.

Dalam perkembangan lain Elizabeth baharu sahaja melancarkan lagu barunya berjudul Setia.-mstar

Gambar Mawar Rashid Berpeluk Dengan Kekasih Jadi Bahan Kritikan Peminat

Gara-gara bergambar mesra dengan kekash hati di laman sosial, nampaknya tindakan Mawar Rashid tersebut tidak disenangi oleh peminat dan juga kebanyakan masyarakat yang ‘sakit mata’ melihat perkara tersebut.


Gambar Mawar Rashid Berpeluk Dengan Kekasih Jadi Bahan Kritikan Peminat

Melalui muat naik di Instagram Miss Kepoh tersebut, pelbagai tohmahan dan juga kritikan telah dilemparkan kepada bekas Dewi Remaja ini. Jika dilihat sebelum ini, Mawar kebiasaannya tidak ambil pusing dengan apa yang diperkatakan terhadapnya.


Gambar Mawar Rashid Berpeluk Dengan Kekasih Jadi Bahan Kritikan Peminat

Apa pun, semoga kritikan dan juga kontroversi akan mendewasakan lagi Mawar atau sesiapa saja selebriti yang terlibat di dalam dunia seni. Mungkin juga Mawar mempunyai jawapan tersendiri dalam setiap apa yang dikongsikannya di laman sosial.-rotikaya

Gambar Mawar Rashid Berpeluk Dengan Kekasih Jadi Bahan Kritikan Peminat

Gambar Mawar Rashid Berpeluk Dengan Kekasih Jadi Bahan Kritikan Peminat

Bintang Winter Sonata Kahwini Pelakon Muda 13 Tahun

Pelakon Korea Selatan Bae Yong-Joon yang terekenal melalui siri ‘Winter Sonata’ berkahwin dengan pelakon Park Soo-Jin dalam majlis tertutup di Hotel Sheraton Grande Walkerhill, Seoul, pada Isnin lalu.


Bintang Winter Sonata Kahwini Pelakon Muda 13 Tahun

Majlis itu hanya dihadiri rakan rapat mereka serta ahli keluarga. Walaupun hujan, namun ramai peminat berkumpul di luar hotel berkenaan dengan harapan dapat melihat pelakon berkenaan dan pasangannya.

Dalam entri Instagram yang disiarkan sebelum majlis perkahwinan, Bae berkata dia ‘gementar dan penuh emosi’ menjelang hari perkahwinannya serta mengucapkan terima kasih kepada peminat.

Menurut agensi pengurusan pelakon berusia 42 tahun itu, Bae mula berkenalan dengan Park yang berusia 13 tahun lebih muda, Februari lalu.

Selepas mendapati mereka serasi dalam banyak aspek serta personaliti Park yang menarik, dia mengambil keputusan untuk mengahwininya.

Drama terakhir lakonan Bae ialah ‘The Legend’ pada 2007 dan dia juga pemegang saham utama agensi pengurusan bakat Korea, KeyEast Entertainment. Dia dilaporkan memiliki harta berjumlah 107 bilion won (RM350 juta).-murai

5 Foto Menakjubkan Umie Aida Terbang Di Ketinggian 15,000 Kaki!

Artis wanita yang berani melakukan aktiviti ekstrem sangat memeranjatkan memandangkan aktiviti tersebut sangat bahaya dan boleh mengancam nyawa jika tidak dilakukan bersama orang yang profesional.


6 Foto Menakjubkan Umie Aida Terbang Di Ketinggian 15,000 Kaki!

Walaupun usia telah meningkat, Umie Aida tidak takut melakukan aktiviti ekstrem dengan terbang di ketinggian 15,000 kaki. Kecut perut melihat foto sepanjang Umie Aida terbang tinggi kerana ianya bukan sesuatu yang mudah.


6 Foto Menakjubkan Umie Aida Terbang Di Ketinggian 15,000 Kaki!

Umie Aida lakukan aktiviti terbang bebas di langit Sydney Australia cukup memeranjatkan semua. Dengan membawa imej bertudung Umie Aida berjaya membuka mata gadis bertudung juga mampu melakukan aktiviti lasak ini.


6 Foto Menakjubkan Umie Aida Terbang Di Ketinggian 15,000 Kaki!

Agak-agaknya ada lagi tak artis yang berani melakukan aktiviti penuh ekstrem ini?-gosipmalaysia

6 Foto Menakjubkan Umie Aida Terbang Di Ketinggian 15,000 Kaki!

6 Foto Menakjubkan Umie Aida Terbang Di Ketinggian 15,000 Kaki!

Abam Bocey Difitnah Bercumbu Dengan Awek Cun?

Kesiannya apabila dengan tiba-tiba Abam Bocey telah difitnah bercumbu dengan seorang gadis cun dek kerana gosip ‘Ramai ‘Awek’ Mula Dekati Abam Bocey‘. Mereka yang mengeluarkan fitnah ini pasti inginkan publisiti murahan dengan mereka-reka cerita berkenaan isu sensitif seseorang sehingga boleh menjejaskan karier Abam Bocey.


Abam Bocey Difitnah Bercumbu Dengan Awek Cun?

Melihat foto yang tersebar memang jelas itu bukan Abam Bocey kerana tona kulit yang tidak sama malah fesyen rambut turut berbeza. Semoga mereka yang menyebarkan fitnah ini akan mendapat pembalasan yang setimpal kerana fitnah adalah perkara yang diharamkan dalam Islam.

Abam Bocey Difitnah Bercumbu Dengan Awek Cun?

Semoga mereka yang lain tidak percaya akan fitnah sebegini kerana terang-terangan Abam Bocey adalah mangsa keadaan yang cuba menjatuhkan kariernya sebagai seorang pelawak popular.

Semoga Abam Bocey bertabah dengan dugaan menjadi seorang artis popular lumrah setiap artis pasti menerima fitnah yang boleh menjejaskan kariernya.-gosipmalaysia

Foto Agnes Monica Tayang Peha Kekar Bikin Panas!

Baru-baru ini penyanyi popular dari Indonesia telah menggemparkan dunia hiburan Indonesia apabila bertindak berani tayang peha kekar. Peha kekar selalunya sinonim dengan lelaki-lelaki sasa yang melibatkan diri dalam arena sukan bina badan. Agnes Monica yang kini semakin obses untuk dapatkan bentuk badan kekar berbanding wanita-wanita lain semakin aktif dalam dunia kecergasan.


Foto Agnes Monica Tayang Peha Kekar Bikin Panas!

Agnes Monica sebelum ini pernah dihimpit kontroversi menerusi artikel ‘6 Gambar Kontroversi Agnes Monica Berbaju Jarang‘ kini imej terbarunya yang mempunyai peha kekar berkemungkinan juga mencetuskan kritikan dari peminatnya.


Foto Agnes Monica Tayang Peha Kekar Bikin Panas!

Namun dari awal lagi Agnes Monica memohon agar fotonya terbarunya tidak dikritik membabi buta dan berharap pengikutnya juga sentiasa menjaga kecergasan diri. Ingin dapatkan peha kekar tidak salah tetapi yang salahnya apabila terlalu mendedahkan bentuk tubuhnya kepada umum. Kami disini lihat pun berbulu mata apatah lagi mereka yang berpegang teguh kepada ajaran Islam yang sangat mementingkan penjagaan aurat.


Foto Agnes Monica Tayang Peha Kekar Bikin Panas!

Apa pun Agnes Monica telah selesa dengan imej terbarunya dan impiannnya untuk mendapatkan peha kekar telah tercapai.-gosipmalaysia

Rumah Tangga Hanez Suraya Kini Bermasalah?

Pelakon jelita Hanez Suraya yang kini mengalami alahan gara-gara disahkan hamil ditimpa kontroversi apabila rumah tangganya bersama ahli perniagaan, Romie Razin Adilha Abd Rais yang baru mencecah empat bulan perkahwinan dikatakan mempunyai masalah.


Rumah Tangga Hanez Suraya Kini Bermasalah?


Namun, Hanez Suraya yang bijak menepis dakwaan tersebut tampil dengan menjelaskan tiada apa yang perlu di terangkan memandangkan perlu menghormati suami dan keluarga kedua belah pihak.
    “Tiada komen. Ini kerana sekarang saya sudah bergelar isteri orang dan tidak elok untuk saya mengulas tentang perkara tersebut secara terbuka,”

Hanez Suraya tampil mengulas dakwaan perkahwinannya bersama Romie kerana dikatakan sedang dilanda masalah sehingga menyebabkannya meluahkan perasaan sedih menerusi beberapa perkongsian status gambar di laman sosial instagram miliknya.


Rumah Tangga Hanez Suraya Kini Bermasalah?


Malah, Hanez Suraya turut bimbang jika dia memberikan sebarang komen berhubung dakwaan tersebut ianya disalah anggap oleh sesetengah pihak dan akan menjadi lebih parah dikemudian hari.
    “Isu dan kontroversi bukan perkara baharu dalam karier saya dan apa yang saya pelajari dari pengalaman lalu adalah jangan cepat melatah dan ambil sikap berdiam diri.-gosipmalaysia