Sunday, September 6, 2015

Raja Farah Selamat Bergelar Isteri Ahli Perniagaan

Aktres Raja Farah selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan Iskandar Ismail, 33, dengan sekali lafaz kira-kira pukul 11.51 pagi Ahad.


Raja Farah Selamat Bergelar Isteri Ahli Perniagaan


Majlis pernikahan pasangan berkenaan diadakan secara sederhana di Masjid Ampuan Jemaah, di sini dengan dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak.

Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan Raja Aziz Raja Ngah dengan disaksikan oleh Pendaftar Pernikahan, Penceraian dan Rujuk, Muhammad Ariffin Mohd Dalhal.

Raja Farah atau nama sebenarnya Raja Farah Raja Aziz, 27, menerima mas kahwin berupa tiga dinar emas manakala wang hantaran dirahsiakan.

Raja Farah yang mengayakan busana rekaan Ezuwan Ismail itu turut menerima lima dulang hantaran dan membalas tujuh dulang hantaran daripada pihak perempuan.

Sementara itu, majlis resepsi akan diadakan pada 13 September di Hotel De Palma, Ampang.

Terdahulu pasangan berkenaan mengikat tali pertunangan pada 9 Ogos lalu.

Raja Farah sebelum ini pernah berkahwin dengan  Megat Bashirun Qhuyum Zakaria pada 12 November 2010 dan bercerai pada 25 Mei lalu.

Perkahwinan tersebut tidak dikurniakan cahaya mata.-mstar

Raja Farah Selamat Bergelar Isteri Ahli Perniagaan






































Friday, September 4, 2015

Sejambak Bunga Dari Sharnaaz Ahmad Untuk Kekasih Sempena Hari Jadi Ke-30

Semakin hangat percintaan Sharnaaz Ahmad dengan Noor Nabila ni. Kami dapat kiriman di inbox beberapa foto sempena hari jadi Noor Nabila. Memang sepadan la kami tengok pasangan ni. Muka pun masing-masing macam ada iras sikit. Hehe. Jom kita layan foto-foto ni. Biar gambar yang berbicara.-ohbulan

Sejambak Bunga Dari Sharnaaz Ahmad Untuk Kekasih Sempena Hari Jadi Ke-30
Sejambak Bunga Dari Sharnaaz Ahmad Untuk Kekasih Sempena Hari Jadi Ke-30

Sejambak Bunga Dari Sharnaaz Ahmad Untuk Kekasih Sempena Hari Jadi Ke-30

Sejambak Bunga Dari Sharnaaz Ahmad Untuk Kekasih Sempena Hari Jadi Ke-30

Sejambak Bunga Dari Sharnaaz Ahmad Untuk Kekasih Sempena Hari Jadi Ke-30

Sejambak Bunga Dari Sharnaaz Ahmad Untuk Kekasih Sempena Hari Jadi Ke-30

Sejambak Bunga Dari Sharnaaz Ahmad Untuk Kekasih Sempena Hari Jadi Ke-30

Sejambak Bunga Dari Sharnaaz Ahmad Untuk Kekasih Sempena Hari Jadi Ke-30

Sejambak Bunga Dari Sharnaaz Ahmad Untuk Kekasih Sempena Hari Jadi Ke-30

Ezzaty Abdullah Akui Cemburu Wanita Lain Dengan Azwan Kombos

Terpengaruh dengan kata-kata orang di sekeliling beliau adalah punca mengapa beliau mengeluarkan kenyataan agar tiada pihak mengaitkan beliau dengan Azwan Kombos setelah kekasihnya itu memuat naik foto bersama pelakon baharu iaitu Natasha Charmaine Rickson ketika menghadiri KLFW 2015.


Ezzaty Abdullah Akui Cemburu Wanita Lain Dengan Azwan Kombos


Menurut Ezzaty, ada pihak yang menjaja cerita bahawa aktor tersebut mempunyai wanita lain dan perkara tersebut membuatkan beliau salah faham dan merasa tertekan.
    Perkara itu terjadi bila ramai sangat yang berkata-kata tentang dia seperti kawan-kawan, pengikut Instagram, malah rakan wartawan turut bertanya mengenai wanita bersamanya. Secara tidak langsung ia mempengaruhi minda saya sehingga timbul salah faham tanpa mendengar penjelasan daripada Azwan terlebih dahulu.


Ezzaty Abdullah Akui Cemburu Wanita Lain Dengan Azwan Kombos


Seperti pasangan lain, hubungan mereka pasti akan ada pasang surutnya, Ezzaty kini akui beliau dan Azwan sudah kembali berbaik.
    Sekarang kami sudah baik semula, biasalah setiap pasangan sudah tentu ada dugaan, terutama apabila orang itu dikenali dan ramai akan bercakap tentang dia. Bagi saya, seorang yang dikenali perlu jaga batas agar orang lain tidak berkata-kata tentang mereka sehingga menimbulkan salah faham.

Sebolehnya kita letaklah kepercayaan kepada pasangan, orang ni kita tak tahu jika mereka ada niat baik ataupun jahat, kalau termakan hasutan mereka memang boleh sehingga cerai berai tu.-beautifulnara

A. Aida Upah Bodyguard Demi Keselamatan Diri

Setelah menerima mesej berbaur lucah daripada individu yang tidak dikenali di Facebook sejak beberapa tahun lalu, penerbit dan pelakon A.Aida mengambil keputusan untuk mengupah pengawal keselamatan demi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.


A. Aida Upah Bodyguard Demi Keselamatan Diri


“Sudah beberapa tahun juga saya terima mesej gangguan seksual seperti gambar yang tidak sepatutnya menerusi ruangan mesej di laman sosial Facebook. Ada suatu masa individu itu menghantar gambar dan mesej hampir setiap hari”

“Saya bimbang juga, namun setakat ini saya belum buat sebarang laporan polis kerana belum benar-benar mengancam keselamatan saya. Sejak itu juga saya ambil khidmat pengawal peribadi untuk menjaga saya ketika berada di luar”

“Sekurang-kurangnya bila ada pengawal peribadi saya tidak risau tentang keselamatan selain dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku,” jelasnya kepada mStar Online selain dia turut bersyukur terhadap rezeki yang dilimpahkannya ketika ini.-rotikaya

Nora Danish Abaikan Anaknya?

Bagaikan tiada penghujung, nama Nora Danish bagaikan tidak pernah lekang daripada menjadi bahan kontroversi. Selain kisah peribadinya bersama bekas kekasih, Nora juga turut dikatakan mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ibu terhadap anaknya, Rayqal.

Nora Danish Abaikan Anaknya?


“Siapa tidak sayang anak? Sebagai ibu, kalau boleh setiap masa asaya mahu berada di sisi Rayqal dan tidak mahu berkongsi kasih sayang ini dengan sesiapa pun. Tapi saya terpaksa akur kerana dia juga masih ada bapa dan datuk serta nenek yang amat menyayangi Rayqal”

“Jadi saya harus bergilir-gilir dengan mereka. Tiga hari Rayqal bersama saya, lima hari di rumah datuk dan neneknya manakala tigak hari lagi bersama Jejai. Sebagai cucu sulung, Rayqal menjadi kesayangan ibu dan bapa mentua saya, mereka terlalu sayang kepadanya”

Pada waktu sama, Rayqal juga seronok bersama mereka kerana rumah datuk dan neneknya lebih luas serta ada sepupu yang hampir sebaya tinggal bersamanya. Jadi Rayqal tidak sunyi di sana. Ibu mentua saya seorag yang sangat baik jadi saya perlu balas budinya”
“Saya bukan menggunakan Rayqal untuk memancing mereka, Rayqal adalah cucu mereka. Jadi mentua turut mempunyai hak ke atas Rayqal. Mungkin orang tidak perasan, sebenarnya sudah lama saya cuba menjauhkan diri daripada keluarga mentua”

“Saya mengelak daripada terlalu kerap menghadiri acara yang dianjurkan mereka kerana tidak mahu dituduh masih mengharapkan keluarga mentua. Orang tidak perasan semua itu, tetapi mereka terus menerus menghentam saya sehingga ibu saya turut diheret sama. Itu yang menyebabkan saya bertambah sedih,” jelas Nora kepada Berita Harian.

Jujurnya, Nora ada pilihan untuk terus melayan haters atau terus fokus pada apa yang diusahakan ketika ini. Akhirnya nanti, hanya diri sendiri tahu apa yang benar. Semakin dilayan kritikan, semakin lambat langkah Nora untuk terus ke hadapan. Apa pun, terpulang kepada empunya diri untuk terus tenggelam melayan perkara negatif atau terus tumpukan perhatian untuk masa hadapan.-rotikaya

Abam Bocey Serius Cari Calon Isteri

Mengakui berkenalan dengan beberapa wanita dan turut berniat menjadikan mereka isteri, Abam Bocey bagaimanapun dalam masa yang sama turut makan hati apabila ada wanita yang berkenalan dengan dirinnya hanyalah kerana atas status Abam yang bergelar selebriti.

Abam Bocey Serius Cari Calon Isteri


“Saya ada berkenalan dengan beberapa wanita dan memang berniat untuk dijadikan teman wanita sekaligus calon isteri. Apabila saya membawa mereka ke rumah bertemu ibu, mereka seperti kurang mesra dan lebih banyak buat hal sendiri, sedangkan niat saya kalau boleh biarlah mereka lebih rapat dengan ibu dan boleh jadi penemannya ketika saya sibuk”

“Sedih juga dengan keadaan itu, namun saya tidak akan berputus asa walaupun perkenalan ada yang bertahan tiga hari saja,” jelas Abam kepada Harian Metro selain menyatakan bahawa dia tidak akan menjadi kurus kerana mahu mengekalkan jenamanya melalui tubuh badan gempal.

Buat Abam, bersabarlah. Mungkin jodoh Abam akan hadir ketika masa yang tidak dijangka-jangka. Lambat laun pasti ada wanita ikhlas yang turut berniat menjadikan Abam sebagai suami.-rotikaya

Tuesday, September 1, 2015

Kita Tidak Mencari Seorang Lagi Adibah Noor - Edry KRU Komen BilaAF2015

Pengetua AF2015, Edry Abdul Halim menjelaskan yang fakulti #AF2015 tidak mahu mencari seorang lagi penyanyi seperti Adibah Noor. Edry memberikan kenyataan tersebut selepas dia diminta mengulas prestasi salah seorang pelajar #AF2015, Bila pada konsert minggu yang ketiga.


Kita Tidak Mencari Seorang Lagi Adibah Noor - Edry KRU Komen BilaAF2015


“Kita tidak mencari seorang lagi Adibah Noor dalam industri hiburan. Adibah merupakan seorang penyanyi yang sangat berbakat dan berada dalam kelasnya yang tersendiri. Bila pula merupakan seorang gadis remaja yang boleh dijadikan penanda aras oleh golongan muda yang kecantikan bukan segalanya. Bila juga ada kemampuan dan bakat tersendiri,” kata Edry kepada Portal Murai.

Dalam konsert ketiga #AF2015 yang dihoskan oleh Zizan Razak dan Faizal Ismail, Bila yang merupakan anak kepada Eddie Wings menyampaikan lagu Pelangi Senja, dendangan asal Stacy.
“Saya mahu Bila menjadi ikon kepada remaja di luar sana. Kadangkala, bila saya melihat dia, saya memberikan komen yang dia kelihatan terlalu tua berbanding usianya. Kita mahu dia mewakili audiens yang seusia dengannya. Kami tidak mahu dia dibayangi orang lain dan mahu dia menjadi muda, sesuai dengan keremajaan dan bakatnya,” kata Edry lagi.

Dalam pada itu, konsert ketiga ini turut diserikan dengan kehadiran dua juri tetap iaitu Dato’ Ramli MS dan pelakon jelita, Rozita Che Wan manakala juri jemputan pula adalah pelakon Adlin Aman Ramlie.

Seperti minggu-minggu sebelumnya, konsert ketiga #AF2015 bersiaran secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Dengan tiadanya penyingkiran di minggu yang ketiga, masih tinggal 10 bintang #AF2015 yang akan meneruskan perjuangan menuju puncak sehingga bergelar juara.

#AF2015 bersiaran secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123). Jangan lupa saksikan Diari #AF2015 yang dihoskan oleh bekas bintang Akademi Fantasia musim pertama, Nana Mahazan yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 9.00 malam dan konsert mingguan #AF2015, setiap Ahad jam 9.00 malam. Gunakan hashtag #AF2015 untuk berkomunikasi mengenai program realiti ini di laman sosial.-murai