Tuesday, September 8, 2015

MV 'Not For Sale' Stacy Bertaraf Antarabangsa

Anda tentunya pernah mendengar lagu berjudul 'Not For Sale' dendangan Stacy bukan? Lagunya memang mempunyai rentak melodi yang mampu mencuri tumpuan setiap yang mendengar. Tiga hari lalu, muzik video 'Not For Sale' mula disiarkan di laman YouTube dan bagi kami, ia nampak international. Pertama kali menonton, MV ini nampak seperti menggabungkan elemen Kpop, Britney Spears, dan Lady Gaga. Apa pendapat anda?
MV 'Not For Sale' Stacy Bertaraf Antarabangsa

Kami kongsikan video tersebut untuk tontonan anda. Selamat menonton!-mediahiburan.karangkraf

Norman KRU Bagi Peluang Kedua Pada Artis

Satu lagi program realiti TV akan muncul di negara kita iaitu ‘Rockers’ yang dikatakan sebagai program realiti TV Rock & Roll  pertama di Malaysia.
 
Norman KRU Bagi Peluang Kedua Pada Artis

Program ini merupakan program pencarian bakat solo rockers yang terpendam tidak kira lelaki atau perempuan berusia di dalam lingkungan umur 18 hingga 28 tahun. 

 Menariknya mengenai ‘Rockers’ ini, artis-artis yang tidak terikat lagi dengan mana-mana syarikat rakaman juga dibenarkan untuk mengambil bahagian asalkan masih mengikut syarat-syarat penyertaan yang telah ditetapkan oleh KRU Studios selaku penerbit program ini. 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim, ‘Rockers’ memberi peluang kedua pada artis-artis yang tidak lagi terikat dengan mana-mana syarikat rakaman untuk turut sama menyertai program ini. 
 
“Kita bagi peluang kedua kepada artis-artis yang mungkin dahulunya pernah menyertai program-program lain tetapi tidak begitu berjaya atau menonjol.  Jadi mungkin jika jiwanya rock, dia boleh mencuba program ini. 

Tapi jangan risau kerana ‘Rockers’ tidak akan memilih semuanya artis.  Peluang sama rata kerana ‘Rockers’ memilih yang terbaik dan berjiwa rock,” jelas Norman. 

Bagi menyertai program ini, peserta perlu menghantar klip demo nyanyian ke ujibakat@rockers.com.my sebelum 30 September 2015.  Selepas itu barulah saringan akan dibuat dan anda akan diujibakat sekali lagi dengan mengadakan persembahan secara live. 

Hadiah yang ditawarkan adalah juara akan menerima RM50,000 dan kontrak rakaman bersama KRU Music serta berpeluang merakamkan single di Los Angeles. 

Maklumat lanjut mengenai program ini boleh layari www.rockers.com.my-mediahiburan.karangkraf

Tasha Shila Berfesyen Tayang Perut, Dikecam Pengikut Media Sosial

Sejak kebelakangan ini, Tasha Shila dan kontroversi berpisah tiada. Baru-baru ini dia dikecam kerana berpakaian seksi sewaktu bertemu Jay Park. Kemudian, dia dikatakan ‘menyerang’ bekas teman lelakinya Hans Wong di sebuah kelab malam sehingga ahli Muay Thai itu membuat laporan polis.


Tasha Shila Berfesyen Tayang Perut, Dikecam Pengikut Media Sosial

Semalam, di akaun Instagram miliknya, Tasha telah memuat naik pula gambar dia menggayakan sehelai gaun yang menunjukkan hampir keseluruhan perut dengan kain terbelah peha. Dia menggayakan gaun itu dalam majlis pelancaran majalah fesyen dari Paris, L’officiel Malaysia di Pavilion, Bukit Bintang.

Bagaimanapun, Tasha telah memadam gambar tersebut setelah dia mula mendapat kritikan pengikut laman sosialnya.

Well, bagaimanapun tidak dinafikan Tasha nampak cantik dalam pakaian rona emas tersebut, cuma ia kurang sesuai dengan agama dan budaya masyarakat Melayu Malaysia.

Tambahan pula, kontroversinya yang lepas juga masih belum reda, kini tercipta satu lagi kontroversi.
Tasha Shila Berfesyen Tayang Perut, Dikecam Pengikut Media Sosial

Kata orang, bad publicity is still publicity. Tapi kalau dah banyak sangat, akan jatuh juga reputasi. Kenalah bersederhana, kata orang.

Mungkin sudah tiba masanya Tasha mengupah seorang perunding imej untuk menasihatinya bagai mengelakkan dia memakai pakaian yang bakal mendatangkan kritikan atau kutukan?-beautifulnara

Berpeluh Abang ni Layan Ayda Jebat Bergelek

Ayda Jebat merupakan antara artis undangan di dalam program Jajahan Johara KFC yang berada di Kerian semalam.


Berpeluh Abang ni Layan Ayda Jebat Bergelek

Selain mempromosikan lagu singlenya, peminat berpeluang beramah mesra bersama Ayda Jebat.



Fuhh berpeluh tak agaknya abang ni layan Ayda Jebat bergelek?



Hamil 3 Bulan, Pelakon Linda Rafar Diceraikan?

Penyanyi dan pelakon Linda Rafar, 37, mendakwa suaminya Syed Aiman, 40, melafazkan cerai terhadapnya pagi tadi.


Hamil 3 Bulan, Pelakon Linda Rafar Diceraikan?


Linda ketika dihubungi Harian Metro berkata, Syed melafazkan cerai itu di kediaman mereka di Shah Alam kira-kira 7 pagi tadi dan ia turut disaksikan ibu dan anaknya.
“Dia (Syed) lafazkan cerai disaksikan ibu dan anak saya.“Bagaimanapun, selepas itu dia menyesal tetapi pada saya sudah terlambat. Hati saya hancur dan saya kini trauma,” katanya yang kini hamil tiga bulan.

Linda berkata, dia akan ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam esok bagi mengesahkan lafaz cerai itu.

Terdahulu, Linda memuat naik gambar memaparkan pasangan berkahwin dengan coretan ‘Awalnya, semua begitu indah. Nyatanya, tak seindah di awal’ berserta logo bertulis ‘Akte Cerai’ di Instagram, pagi tadi.

Bekas anggota Elite itu turut meletakkan ‘emoji’ atau lambang hati yang sudah terbelah.
Sementara itu, Syed ketika dihubungi menafikan rumah tangganya bermasalah dan dia tidak tahu apa yang dimuatnaik Linda di Instagram.
“Saya kini berada di rumah, tak ada apa-apa pun berlaku dan semuanya ok saja. Saya tak tahu apa yang dia (Linda) muat naik di Instagram. Kalau tak diberitahu, saya memang tak tahu apa-apa,” katanya.

Menurut Syed, mustahil rumah tangga mereka kini bermasalah kerana Linda sedang hamil anak ketiga.-okketakni

Sunday, September 6, 2015

Isteri Arwah Harun Salim Bachik Dedah Sikap Afdlin Shauki

Perkongsian isteri arwah Harun Salim Bachik, Suriati Mohd Noor melalui Melodi baru-baru ini cukup meruntun hati dia menjelaskan perkara sebenar mengenai perjalanan hidup mereka selepas pemergian pelakon tersebut.

Isteri Arwah Harun Salim Bachik Dedah Sikap Afdlin Shauki


“Kak Su nak ucap terima kasih kepada Afdlin Shauki, kalau tak kami tak raya hari tu (menahan sebak). Melodi juga. Sekarang Afdlin tanggung anak-anak sekolah. Terima kasih banyak-banyak, sebab tolong kami sekeluarga”

“Walau Kak Su tak berapa rapat dengan Afdlin, tapi nak ucap terima kasih sebab tolong kami. Hanya Allah boleh balas apa yang dia tolong kami,” jelas Kak Su menahan air mata. Selain itu, dia juga menjelaskan bahawa suatu produk akan dilahirkan di bawah jenama Harun Salim Bachik demi meneruskan legasi arwah.

Walaupun arwah sudah tiada, tetapi apa yang Afdlin lakukan benar-benar membuktikan erti persahabatan yang sebenar. Perlakuan baik tidak memerlukan pertalian darah daging namun hati yang ikhlas mampu menyentuh banyak hati. Semoga Kak Su tabah dan sama-samalah kita doakan agar segalanya dipermudahkan dan sentiasa dilimpahkan rezeki.-rotikaya

Punca Raja Farah Rahsiakan Identiti Suami

Sebelum ini, Raja Farah atau nama sebenarnya Raja Farah Raja Aziz, 27, merahsiakan wajah dan identiti suaminya itu ketika majlis pertunangan mereka pada 9 Ogos lalu dan akan didedahkan pada hari pernikahan mereka.


Punca Raja Farah Rahsiakan Identiti Suami

Farah menjelaskan tujuannya membuat demikian adalah kerana mahu majlis perkahwinan yang dirancang berjalan lancar.

Menurut Farah, tindakan itu juga bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini timbul yang boleh menjejaskan majlis tersebut.
Punca Raja Farah Rahsiakan Identiti Suami



"Tiada alasan lain saya merahsiakan identiti dia ketika majlis pertunangan dahulu, saya hanya mahu rancangan perkahwinan kami berjalan lancar sahaja.
"Saya tidak mahu berlaku perkara tidak diingini dan lagi pula kami belum berkahwin, tidak elok untuk dihebohkan," ujar Farah dipetik sebagai berkata.

Semalam Farah telah selamat bergelar isteri buat kali kedua dengan seorang ahli perniagaan, Iskandar Ismail, 33 dengan sekali lafaz kira-kira pukul 11.51 pagi.
Punca Raja Farah Rahsiakan Identiti Suami

Sementara itu, Farah yakin dengan keputusannya untuk membina rumah tangga buat kali kedua ini, biarpun baharu dua bulan mengenali jejaka tersbut.

Katanya, dia menerima cinta Iskandar selepas melihat kesungguhan pemuda itu untuk mengenalinya dengan lebih rapat.
"Kami bertemu dua hari sebelum Ramadan lalu di sebuah restoran Arab, ketika itu dia ternampak saya dan ketika itu saya bersama kawan saya dan dia juga bersama temannya.

Punca Raja Farah Rahsiakan Identiti Suami


"Dari situ dia berusaha untuk mengenali saya dengan lebih dekat dan ia sangat membuatkan pintu hati saya terbuka untuk bercinta sekali lagi," jelasnya.

Tambah Farah, Iskandar juga lelaki yang penyayang, bertanggungjawab dan sentiasa membuatkan dirinya berada dalam keadaan selamat.

Sementara itu, Iskandar berkata, pada awalnya tidak menjangka akan diterima oleh wanita tersebut yang dianggap mempunyai nama besar dalam industri hiburan.
Punca Raja Farah Rahsiakan Identiti Suami



Bagaimanapun, setelah mendapat nasihat daripada rakan-rakan dan ahli keluarga terdekat, dia meneruskan usaha untuk mendekati Farah.

"Kali pertama saya nampak dia di restoran Arab dan saya lihat dia senyum kepada saya. Sejak itu saya nekad untuk mencari tahu tentang dirinya.

"Pada mulanya memang saya kurang yakin kerana kawan-kawan beritahu bahawa dia seorang artis ternama dan saya hanya orang biasa sahaja. Tetapi selepas saya berhubung dengannya menerusi WhatsApp barulah saya tahu dia seorang yang merendah diri," kata Iskandar.

Punca Raja Farah Rahsiakan Identiti Suami



Iskandar berkata, dia juga menonton kesemua filem yang pernah dilakonkan Raja Farah sebelum ini menerusi YouTube bagi mengenalinya.

Dalam pada itu, ditanya tentang perancangan rumah tangga, Iskandar berkata, dia menyerahkan perkara tersebut kepada ketentuan Allah.
"Kami tidak rancang tentang anak lagi, kalau boleh memang mahu cepat dapat anak, namun itu semua ketentuan Allah," tambahnya.


Sementara itu, majlis resepsi akan diadakan pada 13 September ini di Hotel De Palma, Ampang.

Raja Farah sebelum ini pernah berkahwin dengan Megat Bashirun Qhuyum Zakaria pada 12 November 2010 dan bercerai pada 25 Mei lalu.

Perkahwinan tersebut tidak dikurniakan cahaya mata.-mstar

Tarikh Kahwin Zizan Razak?

Satu demi satu kontroversi terpalit dengan pelawak Zizan Razak mengenai hubungan cintanya yang terputus di tengah jalan.Tidak cukup,terbaru zizan dikatakan sudah bersedia berkahwin dan tidak mahu lagi bercinta dengan gadis yang masih menjadi tanda tanya.


Tarikh Kahwin Zizan Razak?

Umumnya dia ada memberitahu gadis pilihannya itu berasal dari terengganu tapi masih belum diperkenalkan secara rasmi.Mungkin tidak mahu lagi kisah cintanya dicanang ke sana sini seperti sebelum ini.Zizan memberi sedikit komen mengenai bakal wanita yang akan dikahwininya itu pada berita harian

“Alhamdulillah, hubungan masih baik seperti biasa. Dia sibuk bekerja, saya juga sibuk dengan tuntutan sebagai artis. Hasrat untuk mengahwininya tidak pernah terhenti bagaimanapun belum mendapat tarikh yang sesuai,” kata Zizan melalui sisipan B*Pop di akhbar Berita Harian.

Selain menyatakan peminat dan orang ramai akan tahu mengenai bakal isterinya apabila sampai waktunya nanti, Zizan dalam masa yang sama memberikan jawapan bahawa tarikh perkahwinan akan ditetapkan oleh ibunya apabila sudah bersedia nanti.-selebritistory

Ramai doakan kejayaan saya - Jep Sepahtu

Berbanding pelawak popular lain seperti Zizan Razak, Johan dan Nabil yang dilihat dominan, Jep dari Kumpulan Sepahtu sebenarnya dianggap pelawak yang kurang mendapat perhatian. Namun sebenarnya Jep cukup hangat di liganya tersendiri dan tidak hairan namanya diumumkan sebagai pemenang trofi Artis Lawak Lelaki Paling Popular pada Anugerah Lawak Warna 2015 yang berlangsung, baru-baru ini. 


Ramai doakan kejayaan saya - Jep Sepahtu

Kemenangan itu kali ketiga menjadi miliknya dan Jep atau nama sebenarnya, Mohd Nadzri Zainal Abidin, 30, selesa berada dalam keadaan sekarang di mana dia dilihat tidak terlalu menonjol atau berada di bawah. 


"Saya memanjat kesyukuran. Saya rasa di sebalik kehadiran saya seperti biskut...sekejap ada dan sekejap tiada, masih ada satu simbolik sokongan berterusan. "Saya tak tahu dari mana sokongan itu datang tetapi dapat merasainya. Doa dan sokongan mereka di luar sana termasuk peminat, sangat dihargai. Saya yakin doa itu sangat mustajab. Alhamdulillah ia bukti ramai doakan kejayaan saya," katanya kepada BH Online. 

Jep turut memberitahu dia selesa membuat persembahan lawak di atas pentas berbanding berlakon dalam drama atau filem. Malah kewujudan saluran lawak Astro Warna terus memberi platform pelawak sepertinya untuk berkongsi bakat yang ada sekali gus menambah rezeki kepada pelawak baharu sepertinya. 

"Ikutkan saya ada dapat banyak tawaran berlakon tetapi saya menolaknya. Entahlah saya rasakan diri ini tak ada bakat berlakon. Kalau nak buat lawak dan orang ketawa itu mungkin ia forte saya. "Bagi saya persembahan lawak di pentas itu lebih membuatkan saya menjadi diri sendiri dan tanpa perlu terikat dengan skrip. "Dalam hal ini saya bukannya 'demand' kerana menolak projek lakonan. Dalam hal ini, saya sangat selektif. "Kalau ada tawaran berlakon yang bagus dan berkualiti, pastinya saya akan cabar diri untuk melakukannya. Kerja seni ini bukan perkara mainan, jadi saya tidak mahu terlalu selesa dan terima apa sahaja yang dilihat tanpa mempertimbangkannya dengan sebaik mungkin," katanya.-bharian