Wednesday, September 23, 2015

Neelofa Derma RM10,000

Kami suka setiap kali dengar kisah kebajikan oleh sesiapa pun lebih lebih selebriti yang memang kita tahu sentiasa jadi perhatian ramai. Pastinya amal kebajikan mereka boleh menjadi ikutan para peminat. Terbaru, Harian Metro kongsikan kisah Neelofa.


Neelofa Derma RM10,000

Dalam laporan terbaru, Neelofa khabarnya telah menderma sebanyak RM10,000 untuk membantu pembinaan rumah sepasang suami isteri yang tergendala selama sedekad. Pasangan suami isteri dari Pasir Mas Kelantan ini tidak mampu menyiapkan rumah mereka kerana kekangan kewangan dengan pendapatan seharian hanya RM45 sehari.

Laporan juga menyebut Neelofa menyalurkan sumbangannya menerusi badan NGO Pertubuhan Kebajikan Pergerakan Adil yang membantu golongan miskin termasuk mangsa banjir yang melanda Kelantan tahun lalu.

Neelofa telah meminta pihak NGO tersebut untuk menjadi orang tengah bagi membantu mangsa-mangsa banjir danjuga penduduk setempat yang memerlukan bantuan. Bagus Neelofa, memang ada ciri ciri calon isteri yang baik, eh tiba tiba.-rotikaya

Asyraf Datuk K 'Jaga' 5 Artis Popular

Anak tiri penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza iaitu Asyraf Khalid, 23, kini menyertai industri seni tempatan dengan menubuhkan syarikat pengurusan yang dikenali sebagai A Klasse Management Sdn. Bhd.


Asyraf Datuk K 'Jaga' 5 Artis Popular


Asyraf selaku Ketua Pegawai Eksekutif A Klasse berkata, sehingga kini seramai 11 selebriti berada di bawah naungan syarikat tersebut termasuk lima artis popular iaitu Datuk Rosyam Nor, Erra Fazira, Nabil Ahmad, Fara Fauzana serta Siti Nurhaliza.
"Ini satu penghormatan yang besar apabila selebriti-selebriti popular ini mempercayai syarikat ini yang baharu setahun jagung usianya.

"Bagaimanapun tidak semua artis dijaga pihak A Klasse sepenuhnya. Ada yang lebih kepada ikatan kontrak melibatkan urusan pengiklanan di media sosial serta perlantikan sebagai jurucakap sesebuah produk," katanya.

Asyraf berkata demikian pada majlis sambutan ulang tahun pertama penubuhan syarikat A Klasse di kediaman Siti Nurhaliza di sini, pada malam Selasa.

Enam artis lain naungan A Klasse adalah Sharifah Sakinah, Nad Zainal, Eyka Farhana, Ummi Nazeera, Eain Salleh dan Aedy Asyraf.

Penyanyi Indonesia yang juga tunang kepada Asyraf iaitu Tya Ariffin turut berada di bawah naungan syarikat itu.

A Klasse merupakan sebuah syarikat pengurusan artis yang turut melakukan servis pengiklanan di laman sosial.

Servis pengiklanan tersebut dibuka kepada peniaga dalam talian untuk mempromosikan perniagaan masing-masing di Instagram artis naungan A Klasse dengan bayaran tertentu.

Ditanya mengapa pengurusan kerjaya artis menjadi pilihan, Asyraf berkata dia yakin mampu menguruskan mereka menjadi selebriti yang disegani menerusi cara pemasaran, penjenamaan artis dan pengiklanan dengan konsep baharu.
"Saya dan team A Klasse sentiasa mencari peluang untuk mengembangkan bidang artis-artis naungan kami memandangkan mereka mempunyai potensi yang sangat bagus.

"Kalau boleh mereka bukan sekadar selebriti dalam lakonan atau nyanyian, tetapi juga mampu menjual nama dalam sektor penjenamaan produk," ujarnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai A Klasse, layari laman web www.aklasse.com.my.-mstar

Friday, September 18, 2015

Isteri Waris Letak Syarat

Penyanyi rap Waris menghormati syarat-syarat yang ditetapkan isterinya Izzati Amirah Kamaruddin, 26, yang enggan terlibat dalam setiap urusan membabitkan industri hiburan.

Isteri Waris Letak Syarat


Waris atau nama sebenarnya Muzammil Alias, 26, berkata, sejak mendirikan rumah tangga pada 1 Ogos lalu, dia terpaksa menolak beberapa tawaran program televisyen dan sesi temuramah yang mahukan mereka berdua.
"Isteri saya sudah beri syarat dia tidak mahu terlibat dalam dunia seni, dia juga minta tidak mahu sebarang liputan media pada majlis perkahwinan kami bulan lalu.

"Selapas kami berkahwin memang ada beberapa program televisyen yang mahu temuramah tapi terpaksa saya tolak dengan baik, begitu juga sesi fotografi akhbar dan majalah.

"Pernah juga segmen pagi Era FM, Johara menghubunginya tetapi tidak dilayan hingga perkara tersebut membuatkan kami bergaduh," ujarnya kepada mStar Online.

Waris berkata demikian ketika diminta mengulas tentang perkembangan peribadinya selepas bergelar suami sejak sebulan lalu. Penyanyi ini dikatakan sengaja mahu merahsiakan perkahwinan tersebut.

Waris berkahwin dengan wanita pilihannya Izzaty Amirah Kamaruddin pada 1 Ogos lalu di kediaman wanita tersebut di Seri Kembangan, dekat sini.

Isteri Waris Letak Syarat


Sementara itu, Waris berkata, kehidupannya kini lebih teratur dan dalam proses belajar untuk hidup berumah tangga.
"Alhamdulillah sudah sebulan berkahwin kehidupan saya semakin teratur dan mendapat makanan yang sihat setiap hari.

"Kalau bujang dulu setiap hari saya makan di kedai mamak sahaja, sekarang tidak perlu lagi ke mamak, nasib baik juga isteri saya ini pandai masak," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Waris berkata, dia kini dalam proses mempromosi lagu baharu berjudul Cinta Terakhir bersama Ezad Lazim.

Katanya, lagu berunsur ketuhanan tidak dinyanyikan dalam dialek Negeri Sembilan seperti lagu-lagu nyanyiannya sebelum ini untuk mengelak  pendengar tidak memahami apa yang ingin disampaikan.
"Lagu ini berunsur ketuhanan iaitu tentang khutbah terakhir Nabi Muhammad dan jika saya nyanyi dalam dialek Negeri Sembilan ramai yang tidak faham.

"Lagi pun saya ingin berehat sekejap daripada menyanyi lagu dialek, tunggulah mungkin lepas ini kembali semula dengan lagu-lagu dialek lagi," katanya.-mstar

Kekasih Jaden Smith Curi Beg Tangan Mewah

Kekasih pelakon Jaden Smith iaitu Sarah Snyder dilaporkan terlibat dengan kes kecurian awal tahun ini. Seperti dipetik Daily Mail, gambar wajah wanita berusia 21 tahun itu tersebar di internet berikutan kes kecurian sebuah beg tangan Hermes Birkin.


Kekasih Jaden Smith Curi Beg Tangan Mewah

Pihak polis Bedford turut mengesahkan kes yang membabitkan wanita ini berlaku pada 19 Februari lalu dan ditangkap pada 15 Jun ketika wanita itu berada di rumah rakannya di Manhattan.

Beg Hermes Birkin merupakan beg jenama yang mencecah harga puluhan ribu ringgit dan menjadi pilihan golongan kenamaan.

Bagaimanapun, sehingga kini pelakon remaja tersebut tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dengan apa yang berlaku terhadap kekasihnya.-mstar

Lufya Ditawarkan Bayaran Lumayan Jika Buka Tudung

Sejak berubah imej iaitu bertudung litup pada 2 Februari lalu, pelakon Lufya Omar diuji apabila ditawarkan bayaran lumayan asalkan dia sanggup membuka tudung.


Lufya Ditawarkan Bayaran Lumayan Jika Buka Tudung


Lufya, 30, berkata, sebelum ini, kerja lakonan yang ditawarkan tidak  lumayan seperti yang diterima selepas dia berhijab dan menyifatkan perkara itu mungkin salah satu ujian oleh Allah kepadanya.
"Selepas berhijab, ada beberapa produksi yang menawarkan saya berlakon tetapi dengan syarat saya perlu berlakon tanpa tudung dan bayarannya juga lumayan.

"Tetapi saya anggap perkara ini sekadar ujian Allah yang mahu menguji iman kita. Ada juga beberapa dugaan lain sepanjang saya bertudung ini," katanya kepada mStar Online.

Tambah Lufya, dia menyifatkan ujian yang dilalui mempunyai hikmah apabila tawaran kerja lakonan semakin bertambah selepas dia menolak untuk membuka hijab bagi tawaran yang memerlukan dia berbuat demikian.
"Alhamdulillah, saya berjaya mengharunginya dan dapat melihat hikmah di sebaliknya.

"Tawaran lakonan pula tidak pernah putus. Diakui ia tidaklah lumayan, tetapi saya dapat rasa keberkatan wang itu, tidak mudah habis," ujarnya.

Sementara itu, beritahu Lufya, dia juga kini bersikap selektif dalam memilih tawaran lakonan kerana mahu kerja yang dilakukan itu menjadi satu dakwah kepada masyarakat.
"Saya bersyukur apabila ramai yang menyokong kerjaya saya, jadi saya mahu membalasnya dengan berdakwah menerusi lakonan dengan memilih watak-watak Islamik.

"Tambahan pula, watak Islamik lebih sesuai dengan penampilan saya sekarang ini," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Lufya baru sahaja selesai penggambaran telefilem Dibawah Langit Mu Aku Berselawat  terbitan Astro Oasis.-mstar

Shafie Naswip Dalam Sekuel Keris Hitam Bersepuh Emas Sabtu Ini

Jika anda masih ingat, terdapat satu drama persilatan yang popular sekitar tahun 90’an iaitu Keris Hitam Bersepuh Emas. Drama bersiri ini mendapat sambutan hangat, dibintangi oleh pelakon yang handal dalam ilmu persilatan seperti Eman Manan, Ruzaidi Abdul Rahman, Ebby Yus, dan Zamberi Othman.

Shafie Naswip Dalam Sekuel Keris Hitam Bersepuh Emas Sabtu Ini


Sabtu ini, 19 September, satu telefilem yang merupakan kesinambungan kepada siri Keris Hitam Bersepuh Emas akan ditayangkan pada pukul 3.05 petang di TV1.


Shafie Naswip Dalam Sekuel Keris Hitam Bersepuh Emas Sabtu Ini


Telefilem itu berjudul ‘Legenda Keris Hitam Bersepuh Emas’, dibintangi oleh Shafie Naswip, Sharolnizam, Ruzaidi Abd Rahman, Fad Nuar, Wan Shades, Ayu Yuhaizah, Azimat Shamsuddin, Chaoi Izghan dan Othman Basri.

Menurut pengarah filem ini, Khairi Azmi:
    Keris Hitam Bersepuh Emas dilakonkan Eman Manan 20 tahun dulu. Kini saya sambung semula kisahnya demi untuk mengembalikan semula drama-drama epik, persilatan dan pahlawan melayu yang dah lama tidak diterbitkan di televisyen.

    Jadi usaha ini saya ambil untuk kembalikan semula cereka sebegini bagi menarik minat stesen televisyen untuk adakan semula slot epik melayu sebagaimana yang dibuat di negara China, Jepun, Korea dan lain-lain.

Telefilem ini mengisahkan seorang remaja bernama Luqman yang kembali ke zaman penjajahan Portugis di Melaka setelah dia menemui sebilah keris lama yang dipercayai Keris Hitam Bersepuh Emas.

Jadi jika anda mempunyai kelapangan apa kata tonton telefilem ‘Legenda Keris Hitam Bersepuh Emas’ ini?

Lagi gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.-beautifulnara









Surat Terbuka Seorang Pembaca Kepada Tasha Shilla

Selalunya surat sebegini adalah luahan hati terhadap artis yang sedang hangat dilanda kontroversi. Kali ini, seorang pembaca yang ingin dirahsiakan namanya telah menghantar luahan yang agak panjang lebar dalam Bahasa Inggeris buat Tasha Shilla. Rasanya tak perlulah diperkenalkan siapa itu Tasha Shilla. Kepopularitian Tasha Shilla memang tak boleh dinafikan lagi.

Surat Terbuka Seorang Pembaca Kepada Tasha Shilla


Seperti yang kita tahu, sejak kebelakangan ini Tasha Shilla memang sering dikaitkan dengan pelbagai kontroversi. Antaranya ada gambar separuh bogel yang didakwa milik Tasha, kemudian ada tragedi bekas kekasihnya dipukul atas arahan Tasha dan semestinya, pakaian Tasha Shilla yang terlalu seksi sehingga menjolok mata. Sebulan kalau tak ada kontroversi, memang bukan Tasha Shilllalah namanya.

Surat Terbuka Seorang Pembaca Kepada Tasha Shilla


Kecewa dengan sikap Tasha Shilla, si pembaca ini telah menulis luahan hati di bawah (maaf tak pandai translate sebab bahasa omputih dah berkarat).
    Salam and hi Tasha Sheila,

    I won’t say anything related to religions due to your childish act these past few days. Because I believe that one should hate the sin and not the sinner. Firstly, yes I hate what you did dengan memakai pakaian yang pada I too much. You might say your parents are okay with it but wallahualam if other parents are okay seeing their daughter in such manners.

    Do you know that 8 out of 10 girls in Malaysia are considered remaja bermasalah sosial? Do you know that 4 out of 10 girls in Malaysia mengandung anak luar nikah? No you did not. Because if you knew, you, as a public personality, won’t set such examples. Because if you knew, you would consider other parents and other girls fate. It is heartbreaking that NGOs and others work so hard to help curb the social illness in our society and yet public personality like you can throw it away just like that.

    Again, i believe there is a kindness in your heart. You might be a soft spoken person in real life, you might be a very hard working girl and so on, and anything that i dont know of and thus i dont hate you, but i really hate what you are doing to yourself and especially to others parents and girls out there.

    Here is another reason, the one yang I sangat kecewa. For years, women has fight equality and justice in their life. Trying hard to eliminate the sex symbol out of the way. We believe that women need not to show their skins to be desired at. We believe that women should not be the object and victim of fashion.

    I am speaking on behalf of women generally and not Islam. But what you did these past few days just show that all our effort are down by the drain memandangkan you potray that you need to be sexy to get something, which i dont know what are you trying to prove. For all we know, Kate Middleton never wore something flashy to get the attention of the world and to secure her a prince for the rest of her life. For all we know, Yuna is building her names out there in a modest way possible and making us all proud.

    And so, I hope you help us in helping the society. If you cant do that, just stop becoming the roots of the problems. You can join us empower women and curb social illness or at least you can help us by not giving a bad example to these young girls.

    Thank you.

Surat Terbuka Seorang Pembaca Kepada Tasha Shilla

Suka dengan pendekatan pembaca ini yang menggunakan ‘wanita’ sebagai asas kepada tegurannya. Iyerlah kadangkala ramai yang sentap apabila ditarbiyah menggunakan nama agama. Teguran sebegini cukup umum dan tidak mengaitkan sebarang dosa dan pahala, cuma ia melibatkan maruah seorang wanita. Apa kata anda? Adakah anda bersetuju dengan kata-kata si penulis ini? Kongsikan di ruangan komen.-beautifulnara

Pelakon cantik ditahan miliki ganja

Kecoh di laman sosial mengenai pelakon drama Ku Tinggal Cinta di Okinawa, Mimi Lana, yang didakwa ditahan polis kerana memiliki ganja.


Pelakon cantik ditahan miliki ganja

Sebuah blog hiburan Rotikaya menyebut, menerusi laporan polis yang tersebar di laman sosial, Mimi Lana atau nama sebenarnya, Mimi Rozaina Zainal Abidin turut ditangkap bersama dua lagi rakannnya.

Menurut laporan polis tersebut, pihak polis telah menjumpai beg kertas bertulis “pedro” mengandungi dua paket plastik lutsinar tiap-tiap satu mengandungi ketulan mampat berisi bahan disyaki ganja (66 gram) di dalam almari baju.

Pelakon cantik ditahan miliki ganja

Pemerikasaan di ruang tamu telah menjumpai paket plastik lutsinar berisi bahan disayki ganja seberat 2.19 gram.

Mimi, 20, merupakan peserta Dewi Remaja 2014/15. Dia juga pernah muncul menerusi lakonan drama Calonnya Adalah Adalah 2 (memegang watak Yasmin, kekasih kepada Aaron Aziz).-pilihan-anda

Wednesday, September 16, 2015

Che Ta Tidak Bersalah ~ Ramli MS

Datuk Ramli MS selaku Pengkritik tetap AF2015 tegur sikap pengetua program tersebut iaitu Edry Abdul Halim yang melenting setelah mendengar kritikan Rozita Che di depan orang.

Che Ta Tidak Bersalah ~ Ramli MS

Ia tidak sepatutnya terjadi.

Menurut beliau Edry dan juga orang di luar sana telah salah faham tentang tugas Che Ta, yang berperanan sebagai pengkritik awam. Che Ta juga bukan berperanan sebagai pengkritik muzik yang diserahkan kepada Ramli MS sebagai seorang pakar dalam bidang muzik. 

Che Ta telah bertindak untuk menamatkan tugasnya sebagai pengkritik setelah beliau berasa tersinggung dengan teguran Edry di depan khalayak ramai sejurus dia memberikan pendapatnya yang agak negatif kepada salah seorang peserta AF 2015 iaitu Sufi pada siaran musim keenam yang telah disiarkan secara langsung pada hari Ahad lalu.  
 
Che Ta Tidak Bersalah ~ Ramli MS
 
Tetapi Edry pula telah mengalu-alukan langkah Che Ta menarik diri sebagai pengkritik program AF2015 itu kerana beliau berpendapat Che Ta memang tak layak untuk menjalankan tugas yang telah diberikan itu.



Ramli juga meminta supaya orang ramai jangan membandingkan dirinya dengan Che Ta kerana bidang mereka berdua adalah berbeza.
 
Jangan bandingkan dia (Che Ta) dengan saya. Jangan lihat dia sebagai pengkritik profesional kerana dia hanyalah pengkritik awam yang mewakili masyarakat luar sana.