Thursday, October 15, 2015

Fathia Latiff Dedah Status Hubungan

Sudah bertahun menjalinkan percintaan serta pernah terputus seketika sebelum kembali sebagai pasangan bercinta, Fathia Latiff dan Aiman Hakim Ridza sering diasak dengan soalan bilakah mereka akan ke jinjang pelamin.

Fathia Latiff Dedah Status Hubungan

Aiman pernah menyatakan beliau sudah bersedia untuk berkahwin dengan Fathia, tetapi sehingga kini masih belum ada perkembangan terbaru mengenainya. Menerusi portal Kosmo!, Fathia memberitahu apa yang penting niat untuk ke arah itu sudah ada dan jika ada jodoh pasti mereka akan bernikah juga nanti.
    Yang penting niat sudah ada, doakan saja usaha penyatuan kami berdua dipermudahkan. Lambat atau cepat, jika ada jodoh, tidak ke mana. Insya-Allah pernikahan kami akan berlangsung juga.

Buat masa ini, baik Fathia mahupun Aiman kedua-duanya sedang dilimpahi dengan rezeki apabila menerima tawaran untuk berlakon dengan banyak.

Fathia Latiff Dedah Status Hubungan

Berbicara mengenai kerisauan Aiman yang tidak dapat meluangkan masa bersama Fathia selepas menjalani penggambaran drama arahan Erma Fatima bersama Remy Ishak, pelakon jelita ini menjelaskan mereka akan berbincang dan mencari jalan penyelesaian untuk keluar bersama nanti.

Kalau nak kahwin kita tidak boleh tergesa-gesa, bila waktunya sudah sampai pasti niat itu akan terlaksana. Apa-apa pun, doakan yang terbaik buat pasangan Fathia dan Aiman.-beautifulnara

Punca Amyra tegas elak Amar

Pelakon popular, Amyra Rosli, 24, pernah mengatakan tidak mahu lagi menerima tawaran andai terpaksa berganding dengan Amar Bahrin kerana tidak mahu penonton muak dengan lakonan mereka.

Punca Amyra tegas elak Amar

Amyra dan Amar yang berada dibawah pihak pengurusan sama sebelum ini, sering digandingkan dalam drama bersiri terutama Dalam Dakapan Bidadari, Kristal Maya, Kalimah Jiwa, Suamiku Encik Sotong dan terbaharu, Cik Bunga Encik Sombong.

Bagaimanapun, apabila Amyra dan Amar digandingkan dalam teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wicjk, ramai menyatakan pelakon jelita itu cakap tidak serupa bikin.

Ketika ditemui baru-baru ini, Amyra atau Nur Amira Izzati Rosli menegaskan lagi dia tidak mahu digandingkan dengan Amar buat masa ini. Dia akui ramai salah faham apabila dia dan Amar sama-sama terbabit dengan teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wicjk.
“Memang kami sama-sama berlakon dalam teater ini tapi saya memegang watak Khatijah dan Amar sebagai Zainuddin.

“Hakikatnya, watak yang saya lakonkan tidak ada kaitan dengan watak Zainuddin. Dia lebih banyak berlakon dengan Nabila Huda yang membawa watak Hayati,” katanya.

Selain itu, kata Amyra, wataknya dalam teater yang diangkat daripada karya sasterawan Indonesia, Hamka itu tidak besar dan hanya membabitkan lapan babak.
“Sebenarnya kalau diikutkan, saya tidak mahu digandingkan dengan Amar buat sementara ini kerana tidak mahu orang terus menganggap kami asyik membawa watak sama sebagai pasangan kekasih.

“Cuma untuk teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wicjk, saya berminat melakukannya kerana meminati karya dihasilkan Hamka.

“Sebelum ini lagi, sewaktu menuntut di Akademi Seni Kebangsaan dan Warisan (Aswara) saya diperkenalkan dengan naskhah terbabit dan kagum dengannya.

“Apabila karya ini dipentaskan di Istana Budaya, sudah tentu saya tidak mahu melepaskan peluang menjayakannya,” katanya.

Amyra akui sangat teruja apabila ditawarkan menjayakan teater itu kerana tahu ia naskhah menarik dan kebetulan dibawa ke pentas teater.

“Saya sangat teruja dan bersetuju menjayakannya. Malah apabila tawaran datang, saya berbesar hati untuk melakukannya. Tambah pula ia sudah difilemkan, sekarang saya teringin pula melihat kekuatan dan merasai bagaimana naskhah novel ini diadaptasi ke pentas teater,” katanya.

Mengenai persoalan sampai bila dia mahu menjauhi supaya tidak digandingkan dengan Amar, Amyra akui sebenarnya dia memang tidak dapat lari daripada berganding dengan bintang yang dicungkil daripada program realiti Anak Wayang itu.

Katanya, kalau hendak diikutkan selepas ini ada drama bersiri terbaru yang turut menampilkan mereka berdua yang bakal disiarkan Astro.

“Bagaimanapun, kali ini saya tidak berganding dengan Amar sebaliknya pelakon lain. Saya lebih berminat untuk berlakon dengan Amar sekiranya watak ditawarkan berbeza berbanding yang pernah kami lakukan sebelum ini.

“Sebagai pelakon, saya cuba mengelakkan penonton berasa muak dengan lakonan ditampilkan. Apatah lagi saya dan Amar sebelum ini sering ditemukan dalam drama bersiri menjadi kekasih.

“Kalau ditemukan dalam cerita yang memaparkan kami dalam situasi dan watak berbeza, saya tidak keberatan melakukannya. Contohnya saya menjadi psiko dan mahu membunuh Amar, atau mungkin perempuan gengster yang membenci Amar.

“Pada saya, tidak peduli apa saja watak diberikan untuk digandingkan dengan Amar, asal saja ia tidak menggambarkan kami sebagai pasangan kekasih,” katanya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/84151#sthash.X3nXdKKV.dpuf

Tuesday, October 13, 2015

Ammar Alfian, Atikah Suhaime Nafikan Terlibat Video Lucah

Makin panas nama pelakon baru Atikah Suhaime dan juga Ammar Alfian apabila baru-baru ini ada khabar angin yang mendakwa pasangan ini telah terlibat di dalam satu video lucah melibatkan mereka berdua dan juga model terkenal, Idris Khan.

Ammar Alfian, Atikah Suhaime Nafikan Terlibat Video Lucah


Menurut Ammar, oleh kerana khabar angin yang tersebar itu, perkara tersebut turut menjejaskan kariernya selain turut kehilangan tawaran berlakon dan watak penting.
“Saya terkejut apabila diberitahu mempunyai video lucah bersama dua pelakon iaitu Atikah dan Idris. Benda itu tidak benar sama sekali. Saya kecewa kerana disebabkan gosip itu, saya kehilangan tawaran berlakon apabila produser tidak mahu mengambil risiko,” jelasnya melalui B*Pop, akhbar sisipan mingguan Berita Harian.

Sementara itu, Atikah turut terkejut dengan gosip tersebut selain menafikan perkara berkenaan malah tidak menyangka ada pihak sanggup memfitnah mereka melakukan perbuatan terkutuk tersebut.
“Perkara itu tidak benar sama sekali. Saya juga tidak tahu bagaimana perkara ini boleh timbul? Kami memang berkawan baik kerana sama-sama berlakon dalam drama bersiri, Puteri Gunung Ledang. Mungkin orang tengok kami rapat dan mesra”

“Disebabkan itu, mereka mula menyangka yang bukan-bukan, malah mengaitkan saya dan Ammar bercinta,” kata pelakon ini selain menyatakan bahawa teman lelakinya memahami kerjayanya bergelar selebriti.-rotikaya

Punca Michael Ang Tidak Puas Hati Keputusan AF 2015

Jika dilihat pada reaksi pengikut tegar program realiti televisyen Akademi Fantasia 2015 (AF 2015), ada di antara mereka yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang diumumkan malam tadi termasuklah pengarah Michael Ang.


Punca Michael Ang Tidak Puas Hati Keputusan AF 2015

Jika dilihatkan menerusi akaun laman sosialnya yang lain, Michael Ang sendiri memuatnaik gambar dia mengundi Bila untuk menjadi juara pada konsert final tersebut, malangnya Bila hanya berjaya menduduki tangga ketiga.
Punca Michael Ang Tidak Puas Hati Keputusan AF 2015

Menerusi akaun Twitternya, pengarah ini telah menyatakan rasa tidak puas hatinya selain menyifatkan konsert final AF tersebut seperti konsert anak syarikat KRU. Luahan pendapat Michael tersebut turut mendapat reaksi berbaur daripada pengikutnya di laman sosial tersebut.

Bagaimanapun, keputusan juri adalah muktamad dan apa yang dapat dinilai selepas ini adalah sejauh mana kehadiran bintang program realiti televisyen tersebut mampu menyinar di persada seni tanah air.-rotikaya

Friday, October 2, 2015

Hazami Buang 18 Lagu Hasil Karya Sendiri?

Penyanyi Hazami bertindak membuang dua buah album terbitannya beberapa tahun lalu ekoran tidak berpuas hati dengan hasil akhir karyanya itu.


Hazami Buang 18 Lagu Hasil Karya Sendiri?

Hazami atau nama sebenarnya Norkamal Hazami Ahmad, 40, berkata, pandangan jujur diberikan oleh rakan-rakan terdekat mengenai karyanya itu turut mendorong kepada tindakannya itu namun tidak menyesal berbuat demikian.

"Setiap album ada sembilan buah lagu dan saya ambil keputusan untuk 'buang' kesemuanya kerana saya tidak berpuas hati dengan hala tuju yang ingin saya tonjolkan kepada pendengar.

"Malah rakan-rakan terdekat turut memberi pandangan sama dan saya tidak menyesal berbuat demikian," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Hazami berkata, dia sudah pun menyiapkan album terbaharunya berjudul I Luv U yang dijangka akan dipasarkan pada penghujung tahun ini.

Kata Hazami, album yang mengandungi 14 buah lagu dihasilkan hampir tiga tahun itu bakal memperlihatkan dirinya yang sebenar sebagai penyanyi, penulis lirik dan komposer.

"Mungkin untuk dua album yang dibuang itu saya terbawa-bawa untuk menampilkan kelainan sehingga hilang identiti Hazami itu sendiri.

"Tetapi menerusi I Luv U, saya kembali menjadi diri sendiri dan sangat berpuas hati dengan hasilnya," katanya.

Dalam perkembangan lain, Hazami berkata dia lega apabila doktor mengesahkan dia bebas daripada kanser selepas mengalami pendarahan pada usus besar awal Ogos lalu.

Kata Hazami, kesihatannya kini juga semakin baik selain lebih peka terhadap pemakanan yang diambil agar masalah sama tidak berulang.

"Alhamdulillah ujian biopsi menunjukkan saya bebas kanser dan kini kesihatan saya semakin baik dengan mengambil kira pemakanan seimbang dan senaman kerap.

"Banyak yang saya belajar daripada kejadian itu dan akan lebih peka terhadap kesihatan selepas ini," jelasnya.

Tambah Hazami, berat badannya juga sudah bertambah sebanyak enam kilogram daripada 50 kilogram sebelum ini.-mstar

Erin Malek Selamat Lahirkan Anak Lelaki

Tahniah diucapkan kepada Erin Malek dan suami yang telah pun selamat menyambut kelahiran cahaya mata pertama mereka. Berita gembira ini telah dikongsikan oleh Erin Malek menerusi akaun Instagramnya. Bayi lelaki yang diberi nama Mohamed Faliq Bin Mohamed Farriz ini telah dilahirkan pada 1 Oktober 2015 kira-kira jam 9.27 pagi.


Erin Malek Selamat Lahirkan Anak Lelaki


Walaupun sedang bergembira dengan kelahiran anak sulungnya, Erin Malek juga turut melahirkan rasa sedihnya. Seperti yang diketahui umum, Erin Malek disahkan mengandung anak kembar pada awal kehamilannya. Namun Erin Malek memaklumkan yang seorang lagi anaknya itu telah meninggal dunia di dalam kandungan ketika berusia 16 minggu akibat kandungan cecair yang berlebihan. Tulis Erin:-
    Assalamualaikum. 1st October 2015, Thursday, 9.27am Alhamdulillah, it was a very memorable moment for me and Farriz. We would like to introduce and welcome our little prince, Mohamed Faliq Bin Mohamed Farriz to our beautiful family. Many might not know that my other baby twin to Faliq passed away at the age of 16th weeks during my pregnancy. His heart stopped beating due to excessive fluid in the tummy, causing his whole body to swollen. As the doctor adviced us that I still can carry my other baby through my 9 month pregnancy. I have mixed feeling when looking at Faliq because he reminds me of his other half. Farriz and I were really sad about this but we believe Allah have a better plan for us and both of our babies. We would like to extend our gratitude to our family members, friends and all the people for giving their full support and prayers. Thank you.

Erin Malek Selamat Lahirkan Anak Lelaki

Insya Allah di masa hadapan akan ada rezeki buat Erin Malek dan suami untuk menimang cahaya mata kembar. Buat masa ini, kehadiran Mohamed Faliq pastinya menceriakan kehidupan mereka berdua. Tahniah buat Erin dan suami kerana telah bergelar ‘parents’. Semoga segalanya berjalan lancar. Amin.-beautifulnara

Thursday, October 1, 2015

Paris Hilton Bakal Tamatkan Zaman Solo?

Khabar angin yang tersebar menyatakan selebriti terkenal Paris Hilton bakal menamatkan zaman bujangnya dengan seorang ahli perniagaan, Thomas Gross.


Paris Hilton Bakal Tamatkan Zaman Solo?

Kalau tak silap, Paris Hilton dan pasangan Thomas Gross sudah mengenali antara satu sama lain selama 4 bulan dan sudah punyai perancangan untuk berkahwin.

Menurut sumber yang dipetik Contact Music, Paris Hilton bakal memasuki usia 35 tahun dan sudah pun bersedia untuk mendirikan rumah tangga seperti mereka yang lain lebih-lebih lagi adiknya Nicky Hilton telah pun berkahwin pada Julai lalu.

Namun, kedua-dua belah pihak masih lagi belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi jadi bagi peminat yang nak sangat tengok pasangan ini melangsungkan perkahwinan sabar menanti yer.-gosipmalaysia

Tasha Shilla Digam TV?

Tidak menjadikan kontroversi yang tercetus membabitkan dirinya sendiri sejak kebelakangan ini, pelakon Tasha Shilla menjelaskan bahawa perkara tersebut tidak pernah membuatkan dirinya lemah untuk terus berdaya saing di dalam industri hiburan.

Tasha Shilla Digam TV?


“Apa sahaja yang berlaku kepada saya sejak kebelakangan ini bukanlah untuk menjadikan saya lemah sebaliknya ia memberikan saya suntikan baharu untuk lebih bersemangat dan tabah untuk terus menjalani kehidupan ini,” jelas Tasha kepada portal The Rakyat Post.

Tasha Shilla Digam TV?


Selain itu, timbul juga spekulasi yang mengatakan kini Tasha sudah pun digam semua stesen televisyen kerana kontorversi yang melanda. Namun pelakon ini bagaimanapun menafikan perkara tersebut.
“Berita itu (disenarai hitam) tidak benar sama sekali. Saya memang sengaja mahu berehat memandangkan sejak hampir lapan tahun lalu, saya sudah terlalu kuat bekerja”

“Buat masa ini, saya belum menerima sebarang tawaran dan saya hanya akan mengumumkan apabila semuanya sudah disahkan,"katanya lagi. Apa pun, semoga nama Tasha Shilla akan terus gemilang di persada seni tanah air.-rotikaya

Ada Pihak Mula Pertikai Kemewahan Che Ta Sedar

Pelakon Rozita Che Wan menyedari terdapat segelintir pihak  yang mempertikaikan kemewahannya lebih-lebih lagi melihat dia kerap melancong ke luar negara selain memakai pakaian dan beg jenama mewah.

Ada Pihak Mula Pertikai Kemewahan Che Ta Sedar


Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, 42, berkata, pertikaian itu semakin menjadi bualan lebih-lebih lagi dia tidak aktif dalam kerjaya seni sejak akhir-akhir ini.
"Biasalah mulut orang. Padahal ramai yang tahu  saya turut sibuk dengan perniagaan saya. Itu adalah sumber  pendapatan utama.

"Setakat ini saya menjalankan sebanyak empat jenis perniagaan iaitu syarikat produksi, bidang fesyen menerusi label Padusi, minyak wangi (Precious dan Gorgeous) dan tak lama lagi produk kecantikan pula," katanya kepada mStar Online.

Rozita ditemui pada majlis pelancaran dan pelantikannya sebagai duta produk Rysya di Ruang, di sini pada Khamis.

Ada Pihak Mula Pertikai Kemewahan Che Ta Sedar


Selain Rysya, Rozita turut dilantik sebagai duta kepada 11 produk yang antaranya Logivite, Jakel, Tropika, stroler Mini Cooper, Idola dan sebuah lagi jenama perabot yang akan diumumkan kemudian.

Malah sebelum ini Rozita tuurt menghadiahkan anak sulungnya Ammar Effendy sebuah kereta mewah BMW kerana pencapaian baik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Sementara itu, Rozita memberitahu dia masih memerima pelbagai tawaran namun tidak mempunyai masa untuk menerimanya memandangkan tempoh penggambaran menuntut masa yang lama.

Rozita akan memilih tawaran tersebut sekiranya watak yang  diberi berbeza dengan lakonannya sebelum ini, namun tetap memilih perniagaan sebagai kerjaya utama.
"Saya fikir macam ni, jika berlakon saya raih pendapatan kira-kira RM70,000 sebulan. Tetapi dengan perniagaan, saya boleh buat sehingga RM200,000 sebulan.

"Jadi saya fikir, lebih baik berniaga sendiri dan saya pun puas hati apabila penat lelah kita bersengkang mata sampai ke pagi berhasil. Berbeza dengan kerjaya lakonan. Tetapi lakonan memberi populariti di mana ia boleh membantu meningkatkan perniagaan yang dijalankan," ujarnya.-mstar