Thursday, October 22, 2015

Hati Saya Hanya Untuk Nedim – Nora Danish

Romantik juga Nora Danish ini rupanya. Pasti ramai jejaka di luar sana yang kecewa apabila membaca kenyataan terbaru pelakon comel ini. Umum mengetahui yang Nora Danish sudah pun berpisah dengan Nedim Nazri. Namun baru-baru ini mereka berdua telah bertemu kembali di Bali kerana menyambut hari  jadi rakan mereka. Ketika pertemuan tersebut, ada sesuatu yang telah Nora Danish rasai. Jeng, jeng, jeng.

Hati Saya Hanya Untuk Nedim – Nora Danish


Mengakui ada yang cuba mengorat dirinya, Nora Danish memaklumkan yang hatinya tidak terbuka untuk lelaki lain. Kata Nora:-
    Saya dengan Nedim telah bercinta selama tiga tahun, satu tempoh lama dan ia sebuah hubungan yang cukup manis. Kami berpisah bukan untuk mencari pengganti, itu sahaja yang boleh saya katakan.

    Sudah dua bulan lebih saya solo sebelum kembali bertemu Nedim di Bali. Memang, ada yang mencuba nasib untuk berkenalan dengan saya, tetapi saya tidak terbuka hati untuk lelaki lain. Apabila bertemu semula dengan Nedim di Bali barulah saya tahu, hati saya hanya untuk dia.

    Saya dengan dia sudah sepakat untuk kekal bersahabat baik dan jika hubungan kami menuju ke pintu perkahwinan, kami tidak menolak. Tambahan pula, punca permasalahan yang menjadi faktor perpisahan sementara kami baru-baru ini sudah hampir selesai.

Hati Saya Hanya Untuk Nedim – Nora Danish

“Hati saya hanya untuk dia“. Fuh!!! Bayangkan kalau Nora Danish meluahkan kata-kata itu kepada anda. Pasti berbunga-bunga dibuatnya. Untunglah Nedim kerana ada seorang wanita cantik seperti Nora Danish yang setia menantinya. Semoga perhubungan ini tidak disia-siakan. Sama-samalah kita doakan kebahagiaan Nora dan Nedim. Tak sabar nak melihat mereka bersanding di atas pelamin.-beautifulnara

Mahkamah Keluar Waran Tangkap Terhadap Zarina Anjoulie

Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap pelakon dan model Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul selepas gagal hadir pada prosiding perbicaraan peringkat bela diri berhubung kes dadah, tiga tahun lalu.


Mahkamah Keluar Waran Tangkap Terhadap Zarina Anjoulie

Melalui laporan daripada Utusan Malaysia pada tahun 2013 lalu, Zarina dan rakannya yang merupakan seorang pelajar kolej didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan memiliki dadah jenis Eramin 5 seberat 0.6 gram.

Mahkamah Keluar Waran Tangkap Terhadap Zarina Anjoulie

Zarina dan Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, masing-masing berusia 26 tahun, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan kepada mereka oleh jurubahasa di hadapan Majistret Nazri Omran.


Mahkamah Keluar Waran Tangkap Terhadap Zarina Anjoulie

Zarina atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul yang pernah membintangi drama Anak Pontianak didakwa bersama-sama Mohamad Fakhruzaim memiliki dua biji pil Eramin 5 seberat 0.6 gram di rumah No. C-3-10 Armanee Condo, Jalan PJU 10/1C, Damansara Damai di sini pada pukul 5.30 petang, 30 Disember lalu 2012.-rotikaya

Mahkamah Keluar Waran Tangkap Terhadap Zarina Anjoulie

Mahkamah Keluar Waran Tangkap Terhadap Zarina Anjoulie

Monday, October 19, 2015

Punca Sebenar Nabil Berlaku Biadap Menghina Caliph Busker

Sejurus dengan ketelanjuran kata-kata nabil ahmad dia segara memohon maaf kepada rakyat malaysia kerana berlaku biadap dalam konsert gegar vaganza pertama malam tadi, ini adalah punca sebenar dia berlaku biadap.-pingmasam

Punca Sebenar Nabil Berlaku Biadap Menghina Caliph Busker


Zamani Slam Perjelas Kejadian Sebenar

Kecoh seketika industri hiburan tanah air apabila Zamani Slam baru-baru ini didakwa melarikan diri daripada pusat pemulihan Pengasih. Bagaimanapun, menurut penyanyi itu sendiri dalam satu sidang media yang diadakan, tempoh untuk berada di pusat pemulihan tersebut sudah pun tamat.
Zamani Slam Perjelas Kejadian Sebenar


“Saya bukan melarikan diri sebaliknya mengambil keputusan untuk keluar dan yakin mampu untuk hidup sendiri selain ingin meneruskan kerjaya sebagai penyanyi. Tiada isu tentang melarikan diri kerana tempoh saya di sini hanya enam bulan tetapi saya teruskan hingga lapan bulan dan perbincangan untuk keluar sudah dibuat dua minggu lalu antara keluarga saya dan pihak Rumah Pengasih”

“Namun sehingga sekarang mereka tidak ada jawapan untuk beri pelepasan kepada saya. Pada perbincangan itu juga mereka berat untuk melepaskan saya keluar dari pusat ini. Saya buat laporan polis pada pukul 3 pagi di Muar. Saya buat laporan bukan kerana saya tahu tentang laporan akhbar bahawa saya melarikan diri sebaliknya sebagai memberitahu saya sudah keluar dari pusat itu”


“Saya akan berusaha untuk menjaga diri saya di dunia luar dengan bantuan dan pengawasan daripada pihak keluarga serta pengurusan saya,” jelasnya kepada mStar Online sekaligus memberi gambaran sebenar kejadian yang terjadi baru-baru ini.-rotikaya

Tasha Shilla Hadir Kursus Kahwin?

Jika benar seperti apa yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia, mungkin juga ada berita gembira daripada Tasha Shilla kerana khabarnya pelakon ini telah pun menghadiri kursus perkahwinan baru-baru ini.


Tasha Shilla Hadir Kursus Kahwin?

Melalui sumber akhbar tersebut, katanya ada individu ternama telah menaja kursus kahwin besar-besaran beberapa artis tanah air. Antara artis yang terlibat adalah Stacy dan beberapa artis lain seperti tunangnya sendiri Akim Ahmad.

Kehadiran Tasha di dalam kursus itu juga mengundang tanda tanya sama ada Tasha sudah mempunyai kekasih hati atau tidak sehingga dia sanggup untuk terus pergi menghadiri kursus tersebut. Jika Tasha sudah bersedia, pastinya dia akan mengumumkan sesuatu apabila sudah bersedia nanti.

Bagaimanapun, mungkin juga Tasha hadir kerana ingin memudahkan dirinya agar tidak perlu terkejar-kejar pergi ke kursus perkahwinan apabila waktunya sudah tiba nanti. Apa pun, semoga apa perancangan pelakon ini sentiasa dipermudahkan. Jom kita lihat beberapa keping gambar Tasha ketika bercuti bersama keluarga di Thailand ketika ini. Enjoice!-rotikaya

Fara Mendoza Kemalangan?

Pelakon yang pernah menggemparkan industri seni tanah air mengenai pendedahan perbualannya yang didakwa bersama Fizz Fairuz baru-baru ini iaitu Fara Mendoza baru sahaja terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang mengakibatkan dirinya mengalami kecederaan dalaman.


Fara Mendoza Kemalangan?


“This is reason why i’m crying too much. Kejadian pulang dari Subang meeting untuk hal business, saya memandu seorang diri, Ya Allah sakitnyaaa. Alhamdulillah saya selamat hanya mengalami kecederaan dalaman. Semoga saya tabah dengan dugaan ini,” jelasnya dalam muatnaik gambar di Instagram.

Menurut Fara, dia dalam perjalan pulang setelah selesai perjumpaan mengenai perniagaan di Subang sebelum terlibat di dalam kemalangan tersebut. Sementara itu dalam perkembangan terbaru, Fara masih lagi berada di hospital.


Fara Mendoza Kemalangan?

Fara Mendoza Kemalangan?

Malah peminatnya di laman Instagram juga berharap agar dirinya cepat sembuh selain ada juga yang menyatakan kejadian tersebut adalah sebagai satu petanda terbaik untuk pelakon ini bertaubat dan berubah.-rotikaya

Lisa Surihani Tak Sayang Anak?

Hanya disebabkan belum lagi berkongsi gambar permata hatinya di laman sosial miliknya, tidak semena-mena peminat mempertikaikan tindakan pelakon Lisa Surihani yang mengambil pendekatan seolah-olah ingin menyorok anaknya di mata umum.


Lisa Surihani Tak Sayang Anak?

Seorang peminatnya yang menggunakan username, kupu__kupu mengeluarkan kenyataan seolah-olah Lisa tidak gembira untuk berkongsi gambar anaknya, Yahaira Leanne kepada peminat di luar sana.


Namun, ada juga yang pantas bertindak mempertahankan Lisa dengan mengeluarkan komentar,

Ha, dengar tu kupu__kupu, lain orang lain caranya, mungkin Lisa dan suami, Yusry enggan mendedahkan wajah anak mereka sehingga genap usia 44 hari. Mana kita tahu kan?

Lagi pun mereka berhak nak berbuat apa sahaja terhadap anak mereka, setiap ibu bapa pasti memikirkan kebaikan untuk anak mereka. Pasti ada sebabnya kenapa pasangan popular ini masih belum terbuka hati untuk berkongsi foto puteri sulung mereka itu.

Untuk makluman, Lisa melahirkan anaknya di Pusat Perubatan Pantai, Bangsar pada 15 September lalu selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga dengan pengarah filem Cicakman itu.-mynewshub

RM20 Juta Untuk Persembahan?

Penyanyi terkenal Mariah Carey dilaporkan menerima bayaran sebanyak USD$5 juta (RM20 juta) bagi mengadakan persembahan hanya untuk satu malam bersempena sambutan tahun baru 2016.


Mariah Carey Dapat RM20 Juta Persembahan Tahun Baru

TMZ melaporkan Mariah bakal mengadakan persembahan istimewa itu di Copacabana, Brazil.

Menurut sumber bayaran diterima penyanyi itu dikategorikan sebagai luar biasa memandangkan karier seninya sudah tidak serancak seperti zaman kegemilangannya.

Selain persembahan malam tahun baru, ibu kepada dua cahaya mata itu bakal mengadakan konsert 'All I Want for Christmas is You' di Beacon Theatre, New York pada 8 hinnga 17 Disember depan.

Mariah Carey Dapat RM20 Juta Persembahan Tahun Baru

Mariah dilaporkan turut menerima bayaran lumayan untuk konsert bersempena Hari Krismas itu.

Penyanyi lagu My All itu sedang sibuk di lokasi penggambaran telefilem berjudul A Christmas Melody yang memperlihatkan Mariah sebagai pengarah.-mstar

Soo Wincci Akhirnya Terima Padah

Agak tersentuh juga hati kami apabila mendapat tahu kisah penyanyi Soo Wincci yang baru-baru ini lantang mengkritik malah mendesak PM Najib untuk meletak jawatan.


Soo Wincci Akhirnya Terima Padah

Berikutan daripada kes itu, Soo Wincci terpaksa menerima akibatnya apabila penaja utama konsert pertamanya menarik diri. Khabarnya penarikan itu berpunca daripada tindakan Soo Wincci baru-baru ini.

Kini, konsert tersebut terpaksa berhadapan dengan masalah kewangan yang sangat kritikal. Apa-apa pun Soo Wincci sebelum ini telah bersedia menerima apa jua musibah dan tindakan terhadap apa yang telah dilakukannya.

Soo Wincci Akhirnya Terima Padah


Sebelum ini, Soo Wincci dengan lantangnya memuat naik video meminta PM Najib meletak jawatan selepas tamat Perhimpunan Bersih 4.0 pada 29 dan 30 Ogos lalu.
    “Sebelum memuat turun video berkenaan, saya sudah bersiap sedia dengan segala risiko yang bakal diterima. Andai kata nama saya disekat di mana-mana saluran media, saya akur dengan perkara itu.

    “Jika perjalanan kerjaya saya menjadi sukar di negara sendiri, tidak mengapalah. Saya akan terus berusaha dalam mencari jalan penyelesaiannya.

    “Apa yang dibuat untuk kesenangan saya. Saya buat demi generasi kita pada masa akan datang,” kata Soo Wincci.

A video posted by Wincci ??? ?? (@soowincci) on



    “I’m so sorry people, I know a lot of people had asked me to stop being crazy & stop bearing the loss for the concert but I’ll still resume & I won’t reduce the cost as this time I’m showcasing an international quality show & I’m using more than 100 over Malaysian Team members consisting of Experts from all different areas. Reason being, I’ve invited medias & teams from Taiwan, Singapore & America to come and watch this concert. This concert ain’t for me, it’s for the whole Malaysia Entertainment Scene cause I’m gonna showcase that we Malaysian can produce International Quality Showcase. As I said, “if it’s hard to bring all Malaysian to international stage, then I’ll make Malaysia an international stage for all ?? ” that’s why thank u so much to the audience who are coming this time cause we need Ur support to bring Malaysia Entertainment scene to another level !!!

    

    Walaupun banyak yg berlaku beberapa bulan ini tapi Konsert Solo Wincci Kat Malaysia akan juga berlangsung. Walau kena menbayai segala kos & kerugian tapi Wincci rela sebab Konsert Kali ini Bukan Utk Wincci sendiri. Kali ini team dr Taiwan, Singapura & Amerika akan Datang Utk menyaksikan Konsert ini. Selain itu, Produksi team Kali ini terdiri drp 100 lebih Orang Malaysia. Jadi Kali ini nak membawa pesanan kpd seluruh dunia bahawa kami Malaysia juga ada Konsert setaraf dunia. Sebagaimana yg Wincci cakap “Jikalau Wincci tak dapat membawa semua Ke Pentas International, Wincci Akan menjadikan Malaysia sebagai Pentas International !” Jutaan Penghargaan kpd semua yg akan Datang pada malam itu sebab kehadiran Anda semua dpt membantu kami dlm pelbagai aspek !”-gosipmalaysia