Thursday, December 3, 2015

Nabil Ahmad Rasa Bersalah Terhadap Salleh Yaakob & Raja Azura

Pelawak dan pengacara Nabil Ahmad berasa bersalah terhadap pengacara Salleh Yaakob dan Raja Azura kerana mereka menjadi mangsa pengguna laman sosial yang tidak berpuas hati dengan gimik penukaran pengacara pada Gegar Vaganza 2 minggu kelima lalu.


Nabil Ahmad Rasa Bersalah Terhadap Salleh Yaakob & Raja Azura


Nabil, 32, berkata, perkara tersebut hanyalah gimik yang diambil serius oleh penonton sehingga ada yang sanggup melontorkan kata-kata yang tidak sepatutnya kepada dua pengacara veteran itu.
"Saya rasa bersalah pula kerana itu adalah gimik semata-mata. Kita tidak ada niat pun untuk tukar pengacara tetapi produksi cuma ingin tahu bagaimana reaksi penonton sahaja kerana sebelum itu saya dan Jihan sering dikecam.

"Penonton pula terlalu ambil serius tentang perkara itu sehingga ada yang tulis macam-macam dan bandingkan kami dengan Salleh Yaakob dan Raja Azura kerana mahukan saya dan Jihan terus jadi pengacara dalam Gegar Vaganza 2," ujarnya kepada mStar Online.

Nabil ditemui pada majlis pelancaran dan sidang media siri animasi Didi & Friends, di Piching Centre, Platinum Sentral, di sini, Khamis.

Nabil Ahmad Rasa Bersalah Terhadap Salleh Yaakob & Raja Azura


Sementara itu, bercakap tentang gaya pengacaraannya yang dikatakan tidak sensitif dan terus dengan lawak-lawak kasar, Nabil berkata ia sudah diatur oleh pihak produksi.

Katanya, dia pernah meminta untuk tidak terlalu keterlaluan pada minggu ketiga selepas menerima pelbagai kritikan, namun program tersebut menjadi hambar dan tidak meriah.
"Ketika awal-awal kena kecam dengan orang ramai, saya juga tidak tahan dan minta untuk tone down sedikit pada minggu ketiga.

"Namun, selepas tamat rancangan itu, saya dapat maklum balas yang kebanyakkannya tidak suka dan mahu saya jadi diri sendiri," ujarnya.

Dalam pada itu, jelasnya, lawak-lawak berkaitan hal rumah tangga juri tetap iaitu Datuk Ramli MS juga sudah mendapat keizinan beliau terlebih dahulu.

Selain itu, tambah Nabil, usikannya terhadap penyanyi Farahdhiya juga hanyalah di atas pentas semata-mata.
"Kami ada sesi latihan dan apa yang saya nak cakap kepada peserta dan juri semua kami sudah tahu.

"Macam usikan-usikan saya terhadap Farahdhiya juga tidaklah sampai keluar. Saya sebanarnya jarang berborak pun dengan dia di belakang pentas," ujarnya.

Sementara itu, Nabil berkata, Gegar Vaganza 2 juga antara program yang meletakkan namanya dalam dunia pengacaraan sebaris pengacara popular.

Dia juga berbangga menjadi salah seorang yang penyumbang kepada fenomena program tersebut setiap minggu.

Gegar Vaganza musim kedua kini memasuki minggu ke 7 dan bersiaran setiap Ahad secara langsung dari Auditorium, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Ia turut disiarkan secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).-mstar

Wednesday, December 2, 2015

Dedah Kisah Cinta, Hafiz Hamidun Nafi Mahukan Publisiti

Jika sebelum ini nama Hafiz Hamidun pernah dikaitkan dengan nama selebriti wanita, kali ini diasudah pun merancang untuk menikahi gadis pilihan hatinya yang berusia 25 tahun pada tahun hadapan.

Dedah Kisah Cinta, Hafiz Hamidun Nafi Mahukan Publisiti


“Perkenalan kami bermula sejak Hari Raya Aidiladha tahun ini dan hubungan kami masih lagi dalam proses mengenali hati budi. Dia bukan artis tapi seorang selebriti kelahiran Kuala Lumpur. InsyaAllah, kami ada perancangan untuk berkahwin namun untuk fasa seterusnya, saya akan bertemu dengan keluarganya terlebih dahulu”

“Kami merancang berkahwin pada 2016 tapi bulan berapa belum tahu lagi. Kalau boleh saya mahu majlis berlangsung sebelum bulan puasa kerana umur saya pun dah 33 tahun, jadi kalau boleh saya mahu raya tahun ini saya sudah ada isteri,” jelasnya kepada portal Tonton Extra.

Bagaimanapun, Hafiz menafikan tuduhan mengatakan niatnya untuk mendirikan rumah tangga adalah untuk mendapatkan perhatian orang ramai dan publisiti, lebih-lebih lagi dia sering berkongsi kisa peribadinya sebelum ini.
“Saya tak boleh nak elak apa orang nak cakap kepada saya. Sudah tentu setiap masa saya memang akan mencari. Sebelum ini, saya cuba untuk berkawan dengan orang itu dan orang ini, tapi bila tidak jadi, itu perkara biasa”

“Tapi sekarang bukan masa untuk saya hanya berkawan sahaja sebab saya memang nak akhiri perhubungan saya dengan perkahwinan,” jelasnya. Apa pun, semoga segala perancangan dan urusan ke arah fasa seterusnya pasangan ini nanti akan dipermudahkan.-rotikaya

Fazura Malukan Peminat Kerana Salah Faham Di Laman Instagram

Hanya kerana salah sangka terhadap salah satu komen yang ditinggalkan di laman Instagramnya, Fazura telah memuatnaik semula gambar komen tersebut dan diakhiri dengan hashtag #SayaBenciHipokrit.


Fazura Malukan Peminat Kerana Salah Faham Di Laman Instagram

Bagaimanapun, khalayak di laman sosial menyatakan bahawa apa yang dimaksudkan oleh wanita berkenaan adalah Kim Kardashian dan bukannya… – well, kami rasa anda boleh agak sendiri apa ayat tersebut. Selain itu, ramai juga yang pelik dengan keengganan Fazura memohon maaf di atas kesilapannya itu.

Fazura Malukan Peminat Kerana Salah Faham Di Laman Instagram

Bagaimanapun kami lihat gambar tersebut telah dipadam oleh Fazura mungkin bagi mengelakkan perbalahan yang lebih teruk dan semestinya membuang masa. Dia kemudiannya memuatnaik gambar terbaru dengan merujuk kembali terhadap apa yang terjadi.

Menurut Fazura, selama ini dia sudah cukup bersabar dengan tohmahan orang ramai dan dalam masa yang sama dia sebagai manusia tidak dapat lari daripada perasaan marah. Bagaimanapun, Fazura menasihati peminatnya agar menggunakan perkataan yang membuatkan orang ramai kurang senang.-rotikaya

Sharifah Haslinda Tarik Balik Permohonan Cerai?

Pelakon Sharifah Haslinda hari ini telah menarik balik permohonan cerai yang difailkan terhadap suaminya Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.


Sharifah Haslinda Tarik Balik Permohonan Cerai?

Notis penarikan balik itu difailkan melalui peguamnya Ummi Kartini Abd Latif di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat. Pada prosiding sebutan kes itu, Sharifah Haslinda dan Reezal Marican tidak hadir ke mahkamah, memetik laporan Sinar Harian Online.

Ummi Kartini memaklumkan, anak guamnya berhasrat untuk menarik balik permohonan cerai itu kerana sedang meneruskan perbincangan lanjut dengan defendan (suami).

Hakim Syarie Abdul Fattah Kamarudin kemudiannya meluluskan permohonan palintif mengikut Seksyen 96 Akta Tatacara Mal 2003 dengan kebebasan untuk memfailkan semula namun atas alasan dan fakta yang berbeza.

Sharifah Haslinda atau nama sebenarnya Sharifah Norazleenda Syed Abu Bakar, 43, memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 pada 1 Oktober lalu.

Pelakon yang lebih mesra dengan panggilan Lynn mendirikan rumah tangga dengan ahli Parlimen Kepala Batas itu pada tahun 2005 sebagai isteri kedua dan dikurniakan empat cahaya mata. -rotikaya

Adi 6ixth Sense Nikah Di Jember Indonesia Esok

Vokalis kumpulan 6ixth Sense iaitu Adi Priyo Sambodo bakal bernikah  dengan wanita pilihannya dari Malaysia yang dikenali sebagai Natasya  pada esok (3 Disember).


Adi 6ixth Sense Nikah Di Jember Indonesia Esok

Adi dihubungi untuk menanyakan soalan mengenai gambar Natasya telah memakai inai dan memuat naiknya di laman sosial. 

Setelah dihubungi Adi kini berada di Indonesia dan katanya majlis pernikahan akan berlangsung di tempat asalnya di daerah Jember Indonesia.

Jember  teletak di Kepulauan Jawa timur yang teletak jauh dari bandar besar iaitu Surabaya.

Bagaimanapun, Adi akan mengulas lebih lanjut mengenai majlis pernikahannya itu setelah selesai.

Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada Adi, semoga menjadi seorang suami yang soleh dan pemimpin keluarga yang budiman.-murai

Sepahtu Tiada Niat Mahu Tutup Periuk Nasi KE, Salih Yaacob & Kril

Sejak Isnin lalu, pendengar Sinar Pagi di Sinar FM  sudah tidak lagi mendengar keletah 3 orang penyampai iaitu Raja Azura yang popular dengan panggilan Kak Engku, Salih Yaacob dan Krill.


Sepahtu Tiada Niat Mahu Tutup Periuk Nasi KE, Salih Yaacob & Kril


Sebaliknya Sinar Pagi telah diperkenalkan dengan 3 penyampai baru iaitu Sepahtu yang terdiri daripada Jep, Shuib dan Rahim bersama tagline baru ‘Menyinari Hidupmu’.

Perubahan drastik yang dilakukan itu amat mengejutkan pendengar radio tersebut yang mungkin sudah 9 tahun biasa mendengar keletah mereka.

Bagaimanapun Jep Sepatu yang ditemui menjelaskan tawaran untuk mengendalikan segmen itu diterima setelah pihak Sinar FM memberitahu mahu dia dan rakannya memberikan suntikan lebih segar kepada Sinar Pagi.
"Sebenarnya tawaran ni awalnya datang untuk saya seorang sahaja tapi saya yang beri syarat jika mahu, saya akan bawa sekali 2 rakan Sepahtu saya iaitu Shuib dan Rahim bersama untuk wujudkan chemistry.

"Mereka pun bersetuju kerana pemilihan kami bertujuan untuk memberi suntikan baru yang lebih segar kepada Sinar Pagi.

"Yelah, saya pun tidak mahu nanti timbul soal saya potong rezeki orang lain atau sebagainya,"katanya kepada murai.com.my

Bukan mudah untuk mengubah selera pendengar yang sudah sekian lama biasa dengan celoteh 3 pendengar sebelum ini, Shuib dan Rahim memberitahu ianya adalah perkara biasa dan mereka akan cuba sedaya upaya memberikan yang terbaik untuk Sinar Pagi.
“Sudah tentu orang akan sedikit janggal. Umpama kalau sudah 9 tahun sarapan dengan nasi lemak tiba-tiba dihidang dengan sandwich. Kami akui perkara itu kerana orang pasti akan membuat perbandingan.

“Tapi apa yang kami boleh janjikan, kami akan berikan yang terbaik dan cuba memuaskan hati pendengar hari demi hari,” ceritanya.

Segmen Sinar Pagi Jep, Shuib dan Rahim akan bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 6 hingga 10 pagi.

Selain itu, penyampai Salih Yaacob ketika sebelum ini mengemudikan segmen Sinar Pagi, bakal digandingkan dengan Feeya Iskandar (Cik Piah) bermula Januari 2016 nanti di segmen petang  bermula jam 3 petang hingga 7 malam.-murai

Monday, November 30, 2015

Acong Rasa Bersalah Sebab Tak Tersingkir

Penyanyi kumpulan Sweet Child Acong akui rasa amat bersalah terhadap peserta Gegar Vaganaza 2 yang tersingkir dek kerana dirinya terpilih untuk imuniti Datuk Seri Vida.


Acong Rasa Bersalah Sebab Tak Tersingkir


Bagi Acong kesemua peserta yang telah meninggalkan pentas GV2 mempunyai kelebihan tersendiri dan layak menerima keistimewaan itu.

Namun, hakikatnya keputusan itu bukan di tangannya tetapi di tangan Datuk Seri Vida yang telah membuat keputusan memilihnya dirinya hasil daripada perbincangan bersama dengan juri tetap
“Rasa bersyukur tetapi ia juga satu cabaran yang sukar untuk mengekalkan mutu persembahan saya pada minggu depan.

“Saya kena berusaha lebih keras agar peluang yang diberikan ini tidak disia-siakan begitu sahaja.

“Memandangkan lagu untuk dinyanyikan pada minggu depan saya pun tak tahu. Jadi saya kena terima dengan hati terbuka untuk menggalas tanggungjawab itu dengan jayanya,” kata Acong kepada portal Murai.com.my.

Dalam pada itu, untuk minggu Rockdut, Acong juga mengalami masalah kesihatan iaitu sakit tekak secara tiba-tiba.

Demi mempertahankan kedudukan agar persembahannya tidak kelihatan hambar, maka dengan segera dia merawat sakitnya itu.
“Rasa sakit tekak bermula pada Jumaat lalu, pada masa yang sama peserta yang lain seperti Faradhiya turut alami sakit yang sama.

“Ketika sesi latihan saya perlu mengawal vokal agar tekak saya tidak semakin teruk. Pada minggu ini saya lihat semua memang bekerja keras dan terabai sedikit dengan kesihatan masing-masing.

“Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar, saya juga tidak tersingkir maka peluang yang telah diberikan perlu dilaksanakan dengan penuh dedikasi,” katanya mengakhiri bicara.-murai

Nabila Akhiri Zaman Janda Disember Ini

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Nabila Huda yang mengesahkan bakal menamatkan zaman janda dengan kekasihnya, seorang pengurus restoran Kulcats sekitar Disember ini namun enggan mendedahkan tarikhnya.

Nabila Akhiri Zaman Janda Disember Ini


“Memang benar saya akan bernikah pada Disember ini. Namun, saya tidak boleh memberitahu tarikh pernikahan kerana banyak lagi urusan yang belum selesai. Tunggulah sehingga kad diedarkan”

“Saya tidak akan berkahwin secara sembunyi, tetapi akan menjemput semua pihak termasuk media,” kata­nya ketika dihubungi Kosmo! Online semalam. Semoga perjalanan hidup baru Nabila kali ini lebih sempurna dan dilimpahi bahagia hingga ke akhir hayat.-rotikaya

Nabila Akhiri Zaman Janda Disember Ini

Karisma Kapoor Tidak Benar Bekas Suami Temui Anak

Kes perceraian pasangan selebriti Karisma Kapoor dan Sanjay Kapoor masih belum selesai. Pasangan yang sepatutnya bercerai secara rasmi pada 27 November lalu menunda sidang mahkamah berkenaan kes tersebut.

Karisma Kapoor Tidak Benar Bekas Suami Temui Anak


Pihak Sanjay menerusi peguamnya mendakwa bahawa pelakon wanita itu melarang Sanjay bertemu dengan anak-anaknya.
“Kami meminta pihak mahkamah menunda kes ini kerana Karisma telah melanggar perjanjian dan tidak mengizinkan Sanjay bertemu anak kedua mereka.

“Walhal Sanjay bertanggungjawab membiayai kehidupan aktres itu dan anak-anak mereka sejak mengambil keputusan tinggal berasingan pada 2014,” ujar peguam, Aman Hirogani.

Manakala, pihak Karisma membantah tuduhan tersebut dan memberi kebebasan kepada Sanjay untu bertemu kedua-dua anak mereka.

Karisma turut mendakwa Sanjay tidak memberikan wang yang sepatutnya kepada dia dan anak-anak seperti dijanjikan.

Sejak mengambil keputusan berpisah, Sanjay menetap di Delhi, manakala, Karisma dan anak-anak di Mumbai.-mstar