Tuesday, December 8, 2015

Caliph Buskers Tidak Sangka Mara Ke Final AJL 30

Nampaknya perjalanan karier ahli kumpulan Caliph Buskers semakin ke kemuncak apabila pada tahun ini berpeluang sekali lagi ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-30 (AJL 30) kerana sebelum ini mereka menggantikan ahli kumpulan Mojo. Pada tahun ini mereka mempertaruhkan single “Hanya Namamu” yang dicipta sepenuhnya oleh Edry Abdul Halim.


Caliph Buskers Tidak Sangka Mara Ke Final AJL 30


Bagaimanapun, kumpulan ini tidak menyangkakan sama sekali apabila turut tersenarai antara 12 finalis AJL 30 kerana melihatkan persaingan yang cukup hebat daripada penyanyi serta komposer-komposer yang bertanding pada malam separuh akhir muzik muzik.
“Kami langsung tidak menyangkakan sama sekali bahawa masuk ke final AJL memandangkan persaingan yang cukup hebat serta lagu-lagu yang begitu kuat dan bagus. Bila sudah dapat ke peringkat separuh akhir pun sudah cukup dan Alhamdulillah”

“Tanggungjawab kami selepas ini semakin besar kerana akan menyampaikan karya daripada komposer dan tidak pasti akan penerimaan peminat di malam AJL itu nanti,” kata Azmi Saat selaku vokalis Caliph Buskers.

Di peringkat separuh akhir muzik muzik, Azmi berkata dia sedikit terkucil apabila menyanyikan lagu ‘Hanya Namamu’ dan akan cuba memperbaiki kesilapan itu dengan mempelajari teknik vokal sebelum beraksi di pentas AJL 30 pada 24 Januari ini.
“Saya akan cuba memperbaiki kesilapan itu dan mungkin akan mencari guru vokal untuk belajar teknik nyanyian sebelum ke final AJL. Hanya Namamu lagu yang berat kerana mempunyai nada yang tinggi berbanding lagu yang lain, tekak cepat kering apabila menyanyikan lagu ini,” ujarnya.-rotikaya

Nad Zainal Umum Bakal Nikah Disember Ini

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Nad Zainal menjelaskan bahawa dia dan juga kekasih hati, Faliq bakal mendirikan rumah tangga pada pertengahan Disember ini, seklaigus mengesahkan khabar angin sebelum ini.

Nad Zainal Umum Bakal Nikah Disember Ini

“Ya benarlah khabar yang didengar dan kepada sesiapa yang mengenali secara peribadi atau tidak, jika saya pernah terguris atau menyakiti hati saya minta maaf dan saya berharap doa yang baik-baik sempena majlis yang bakal menjelang”

“Saya dan tunang bakal menamatkan zaman bujang pertengahan disember. Doakan yang terbaik. Terima kasih untuk segala kritikan, sokongan selama ini.Terima kasih semua,” jelas Nad di Instagram.

Semoga segala persiapan dan juga rancangan Nad Zainal dan juga bakal suami akan dipermudahkan. Malah peminat setia pelakon ini juga tidak habis-habis mendoakan agar rumahtangga Nad kekal sehingga akhir hayat.-rotikaya

Bell Ngasri Selamat Timang Cahaya Mata Baru

Tahniah diucapkan kepada Bell Ngasri kerana telah selamat menyambut cahaya mata baru, semalam. Perkara itu dikongsikan oleh Anne Nasri di laman Instagramnya dan turut mendapat ucapan tahniah daripada peminat mereka.

Bell Ngasri Selamat Timang Cahaya Mata Baru


“Tahniah abangku @bellngasri dan kakak ipar ku yg comel @sha_farhana atas kelahiran cahaya mata….semoga baby dan ibu dalam keadaan sihat dalam lindungan Allah SWT”

“Semoga kelahiran ini menambah sinar bahagia pada kita sekeluarga…amin Insya-Allah,” tulis Anne di laman Instagram.


Bell Ngasri Selamat Timang Cahaya Mata Baru

Semoga keluarga ini akan terus bertambah seri dan juga keriangan dengan kelahiran cahaya mata baru.-rotikaya

Thursday, December 3, 2015

Foto Adi Sixth Sense Selamat Diijabkabul Di Indonesia

Vokalis kumpulan Sixth Sense, Adi Priyo Sambodo selamat diijabkabulkan dengan permaisuri hatinya, seorang gadis Malaysia dikenali sebagai Natasya January di Jember, Jawa Timur, Indonesia sebentar tadi.


Foto Adi Sixth Sense Selamat Diijabkabul Di Indonesia

Adi, 32, sah bergelar suami Natasya dengan dua kali lafaz.

Adi yang memulakan kariernya di Malaysia sejak 2004, terkenal dengan lagu  Tak Bisa Memilihmu, Tanpa dan Rayuan Gombal .

Selain itu, Adi juga merupakan komposer yang menggunakan nama pena Manusia Putih dan telah menghasilkan banyak lagu hit antaranya Relakan Jiwa nyanyian Hazama dan Kisah Hati (Alyah).

Tahniah dan selamat pengantin baru Adi! –mynewshub

Foto Adi Sixth Sense Selamat Diijabkabul Di Indonesia

Foto Adi Sixth Sense Selamat Diijabkabul Di Indonesia

Foto Adi Sixth Sense Selamat Diijabkabul Di Indonesia

Azwan Ali Mengamuk Peminat Lagakan Dengan Aznil Nawawi

Selepas isu salah pengertian mengenai perkataan KimK oleh Fazura semalam, rupanya dalam masa yang sama, Azwan Ali juga dilihat mengamuk di Instagram – hanya kerana ada peminat mempertikaikan pelekat (sticker) rendang yang digunakan olehnya yang diberikan oleh Aznil Nawawi.


Azwan Ali Mengamuk Peminat Lagakan Dengan Aznil Nawawi

Sebelum ini, semuanya okay belaka. Aznil sendiri pernah memuji kesedapan rendang Azwan dan sebagai tanda sokongan terhadap sahabatnya itu, Aznil telah menghadiahkan pelekat kepada Azwan Ali. Bagi kami, ia bagus untuk branding dan juga promosi.

Bagaimanapun, mungkin ada individu tidak senang dengan persahabatan mereka sehinggalah ada komen yang mengatakan bahawa – Azwan Ali tidak mampu beli sticker rendang dan hanya perkara tersebut, Azwan Ali mengamuk sambil merakam video di Instagram.

Azwan Ali Mengamuk Peminat Lagakan Dengan Aznil Nawawi

“Aku tak mintak pun, tapi kau yang sibuk nak bagi sticker ni! Haa, datang peminat fanatik hanjing kau, hina aku, sticker rendang pun tak mampu nak beli! Haa, nah, ni!” kata Azwan sambil menolak masuk pelekat tersebut ke dalam tong sampah.

Hanya kerana mulut peminat perkara ini berlaku, sedangkan Azwan sendiri pernah memuji Aznil yang ikhlas membeli rendang daripadanya. Apa pun, moga apa yang berlaku akan berakhir dengan aman. Boleh tahan juga drama menjelang hujung tahun ini ya.-rotikaya

Fouziah Gous Namakan Anak Sulung Muhammad Zeeshan

Tahniah kepada Fouziah Gous dan juga suami kerana baru-baru ini telah menimang cahaya mata sulung mereka. Melalui perkongsian mereka di laman Instagram semalam, Fouziah memberitahu bahawa nama anaknya ialah Muhammad Zeeshan yang bermaksud – kekuatan dan yang terhebat.


Fouziah Gous Namakan Anak Sulung Muhammad Zeeshan


“Assalamualaikum semua. Alhamdulillah baru selesai bertahnik untuk @zhafoujr. Ingin saya kenalkan baby lelaki saya, Muhammad Zeeshan Bin Md Zhafran. Dilahirkan pada 26 November 2015, jam 11.37 pagi di DEMC Specialist Hospital. Zeeshan yang bermaksud Kekuatan / yang Terhebat – nama pilihan kami,” jelas Fouzish di Instagram.


Fouziah Gous Namakan Anak Sulung Muhammad Zeeshan

Selain itu, pelakon dan pengacara ini juga turut mengucapkan terima kasih kepada peminat dan juga orang ramai yang tidak henti-henti mendoakan kebaikan buat mereka sekeluagra.


Fouziah Gous Namakan Anak Sulung Muhammad Zeeshan

Fouziah Gous Namakan Anak Sulung Muhammad Zeeshan

Peminat juga dilihat berkongsi kegembiraan apabila Fouziah mula berkongsi gambar anak mereka yang comel itu. Semoga keluarga Fouziah akan terus dilimpahi bahagia dan juga sentiasa dipermudahkan dalam segala urusan.-rotikaya

Anak Angkat Baharu Sandra Bullock

Pelakon Sandra Bullock mendedahkan telah mengambil seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun sebagai anak angkat keduanya.

Laila, Anak Angkat Baharu Sandra Bullock


Pelakon filem The Proposal  ini mengambil kanak-kanak bernama Laila itu selepas anak angkat lelakinya Louis, 5, mahu seorang adik yang berkulit coklat juga.
"Ketika saya melihat Laila, tidak ada keraguan sedikit pun untuk mengambil dia sebagai anak angkat. Saya rasa ini waktu yang tepat dan saya bersedia untuk menjaganya.

"Sebenarnya Louis yang memulakan semua ini. Dia yang ingin mempunyai saudara yang punyai kulit sama dengannya," ujarnya.

Sandra mengakui kanak-kanak itu pada awalnya berasa takut, namun kemudian berjaya ditenangkan oleh dia dan abangnya Louis.

Sandra mengambil Louis sebagai anak angkat pada tahun 2010.-mstar

'Mentor Milenia' Guna Format Baru Program Mentor

Selepas tujuh musim penerbitan Mentor, program tersebut akan kembali dengan format baharu dikenali Mentor Milenia melibatkan penyertaan peserta muda sahaja.


 'Mentor Milenia' Guna Format Baru Program Mentor


Selain itu mentornya pula membabitkan empat penyanyi angkatan baharu iaitu Akim, Black Hanafiah, Hazama dan Azlan (The Typewriter).

Menurut Pengurus Hiburan Primeworks Studios merangkap penerbit eksekutif Mentor Milenia, Muhammad Sufian Isa, pihaknya sengaja mengubah format yang hanya fokus kepada golongan muda iaitu antara 17 hingga 21 tahun sebagai nafas baharu dalam program tersebut.
"Kami mahu menyuntik nafas baharu dalam program ini dan untuk musim kelapan, pencarian protege lebih mengutamakan bakat-bakat muda.

"Dengan kehadiran empat mentor muda juga iaitu Black, Azlan, Akim dan Hazama, saya percaya protege akan lebih serasi dengan mentornya," kata Sufian.

Sufian ditemui pada sidang media program Mentor Milenia di Sri Pentas TV3 di sini pada Khamis.

 'Mentor Milenia' Guna Format Baru Program Mentor


Sementara itu penerbitnya Ahmad Shaifullizam Arshad (Gbam) pula berkata, pemilihan empat mentor muda itu dibuat berdasarkan pengalaman mereka yang luas dalam industri muzik meskipun pada usia yang muda.

"Mereka mempunyai kriteria yang cukup untuk bergelar mentor. Walaupun muda, Black, Hazama, Azlan dan Akim mempunyai pengalaman jatuh bangun mereka sepanjang berada dalam industri seni.

"Malah mereka juga mempunyai pengalaman dalam pertandingan program realiti (kecuali Azlan) untuk dikongsikan kepada protege masing-masing," ujarnya.

Sementara itu, kata Gbam, Mentor Milenia tidak mempunyai panel juri kerana keputusan persembahan protege adalah berdasarkan jumlah undian daripada penonton di studio sebanyak 30 peratus dan 70 peratus menerusi laman web rasmi program tersebut.

Bagi yang berminat menyertai Mentor Milenia, peserta yang dicari perlu berusia 17 hingga 21 tahun, warganegara Malaysia, mempunyai pakej dan bakat vokal yang mantap.

Peserta yang menghadiri uji bakat perlu membawa kad pengenalan, gambar berukuran pasport atau 4R dan minus one lagu yang dipersembahkan.

Uji bakat akan berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam pada 13 Disember (Hazama), 19 Disember (Azlan), 20 Disember (Akim) dan 26 Disember (Black).

Mentor Milenia bakal bermula pada 3 Januari 2015, setiap Ahad, pukul 9 malam di TV3.-mstar

Perkahwinan Akim & Stacy Sederhana

Penyanyi Akim Ahmad berharap dapat mengelakkan pembaziran dalam membuat persiapan perkahwinannya dengan Stacy pada Februari depan.


Perkahwinan Akim & Stacy Sederhana


Akim atau nama sebenarnya Afiq Hakim Ahmad, 24, berkata, selepas berbincang dengan keluarga, dia dan Stacy, 25, mahu perkahwinan mereka berlangsung secara sederhana agar wang yang sedia ada dapat digunakan selepas bergelar suami-isteri nanti.

Bagi saya cukuplah majlis pernikahan dan persandingan kami nanti bersifat sederhana.
"Saya tidak mahu berlakunya pembaziran pada majlis itu. Saya percaya kami lebih memerlukan wang tersebut selepas berkahwin," katanya kepada mStar Online.


Akim ditemui pada sidang media program Mentor Milenia di Sri Pentas TV3 di sini pada Khamis.

Majlis pernikahan tersebut akan diadakan di kediaman Stacy atau nama Islamnya, Ummu Shaikhah Stacy Anam,  di Penampang, Sabah, manakala majlis resepsi pihak lelaki akan berlangsung di rumah keluarga Akim di Johor Baru.

Perkahwinan Akim & Stacy Sederhana


Sementara itu, kata Akim, segala persiapan dan urusan perkahwinan  diserahkan sepenuhnya kepada pihak keluarga memandangkan dia dan Stacy sibuk dengan urusan kerja.
"Setakat ini, persiapan perkahwinan  diuruskan sepenuhnya oleh keluarga.

"Kami sekadar memberi pendapat dan apa yang kami mahukan dalam majlis itu nanti. Ada juga beberapa pihak yang ingin menaja perkahwinan kami. Cuma saya belum membuat keputusan lagi. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar," ujarnya.

Akim dan Stacy telah bertunang pada 26 September lalu dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak.

Stacy memeluk Islam di pejabat Agama Islam, Johor Baru, Johor pada 24 Ogos lalu.-mstar