Tuesday, January 19, 2016

Angah Raja Lawak kahwin bulan depan

Pelawak dan pelakon Angah Raja Lawak, 38, mengesahkan akan berkahwin dengan gadis pilihannya Amira Asyura Abd Razak, 20, pada 20 Februari depan selepas sembilan tahun menduda.


Angah Raja Lawak kahwin bulan depan


Angah atau nama sebenarnya Iskandar Shah Hashim yang ditemui pada majlis pengumuman peserta Maharaja Lawak Mega 2016 di sebuah hotel di sini, petang tadi berkata, mereka berkenalan sejak dua tahun lalu dan membuat keputusan untuk bertunang pada 18 Januari tahun lalu.
"Majlis ini akan berlangsung di Dewan Tun Ali, Melaka. Saya sudah menyiapkan kelengkapan untuk berkahwin dan membuat persediaan secukupnya.

"Saya sekarang sedang belajar untuk jadi seorang imam buat isteri saya. Apapun saya bersyukur kerana bakal berumah tangga semula," katanya.-hmetro

Monday, January 18, 2016

Zizan Razak Akrab Dengan Bekas Isteri Eizlan Yusof?

Pelakon dan pelawak Zizan Razak enggan memberi sebarang komen berhubung gosip terbaharu yang mengaitkan dirinya dengan bekas isteri aktor Datuk Eizlan Yusof iaitu Vie Santie Harun.


 Zizan Razak Akrab Dengan Bekas Isteri Eizlan Yusof?


Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak, 32, berkata, tiada sebarang keperluan dia mengulas perkara itu.
"Tiada apa yang saya perlu komen, minta maaf," katanya ringkas menerusi Whatsapp kepada mStar Online pada Ahad.

Terdahulu laporan ruangan gosip sebuah akhbar mingguan menyebut Zizan beberapa kali dilihat keluar bersama dengan wanita berkenaan dan mereka dikatakan mempunyai hubungan istimewa.

Dalam pada itu, ditanya tentang sejauh mana kebenaran gosip berkenaan, Zizan tetap dengan pendiriannya enggan mengulas mengenai perkara itu.

Eizlan dan Vie Santie disahkan bercerai talak satu oleh Mahkamah Syariah Gombak Timur pada 16 Februari tahun lalu.

Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin memutuskan percerian itu selepas mendapati lafaz cerai yang diucapkan oleh pelakon itu terhadap isterinya pada 28 September 2014 adalah sah.

Dalam perkembangan lain, Zizan berkata, dia baharu sahaja selesai menjalani penggambaran filem terbaharunya berjudul Abang Long Fadil 2 terbitan Skop Productions.

Kata Zizan lagi, dia kini sedang sibuk menjalani latihan teater Bikers Kental yang akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya dari  23 Januari hingga 31 Januari ini.

Selain Zizan, teater itu turut menampilkan barisan pelakon seperti Awie, Nadia Brian dan Ameerul Affendi.-mstar

Farah Asyikin Tak Malu Jual Pakaian Dalam

Jika ketika ini, ramai di antara barisan selebriti menceburi bidang penjualan hijab, ia sesuatu yang berbeza buat penyanyi Farah Asyikin apabila dia pula menjual pakaian dalam dan juga baju tidur seksi.


Farah Asyikin Tak Malu Jual Pakaian Dalam


“Lumrah bagi masyarakat tempatan, terutama wanita betudung yang agak keberatan untuk mendapatkan pakaian dalam di butik tertentu. Mereka mungkin segan dengan pandangan skeptikal segelintir pihak, sedangkan perkara itu tidak sepatutnya dijadikan isu”

“Bertitik tolak daripada itu, saya mula terfikir untuk menjalankan perniagaan ini. Mungkin ada yang kurang selesa, tetapi niat saya ikhlas ingin memudahkan wanita bertudung mendapatkan pakain dalam yang menjadi kegemaran mereka”

“Sebagai wanita bertudung, saya akui pernah berdepan situasi yang sama. Jangankan membeli, untuk memulakan perniagaan ini juga saya serba salah,” katanya yang menjalankan perniagaan tersebut secara online di bawah jenama Zawjahs Garden.

Sementara itu, Farah juga turut merancang untuk turut memperkenalkan koleksi hijabnya tidak lama lagi. Menyentuh kisah penceraiannya, kes cerai tersebut dijangka selesai pada 20 Januari ini.-rotikaya

Persembahan Bekas Vokalis Exists Gamatkan Konsert Mega Gegar Vaganza

Konsert Mega Gegar Vaganza malam terakhir melabuhkan tirai pada Ahad dengan meninggalkan memori indah buat penonton yang memenuhi ruang Panggung Sari, Istana Budaya.


Persembahan Bekas Vokalis Exists Gamatkan Konsert Mega Gegar Vaganza


Kemunculan dua bekas vokalis kumpulan Exists iaitu Mamat dan Ezad Lazim menggamatkan suasana dewan pada malam itu.

Memilih lagu Langkah Seiringan, kemantapan vokal kedua-dua penyanyi itu tidak dapat dinafikan dan persembahan tersebut menjadi antara momen terbaik konsert berkenaan.

Malah Mamat ketika ditemui media selepas konsert selesai memberitahu idea dan pemilihan lagu dicadangkan oleh Ezad sendiri dan dia teruja dapat bergabung dengan penyanyi itu di pentas berprestij Istana Budaya.

"Sebenarnya tiada perancangan pun untuk berduet tetapi Ezad tiba-tiba mencadangkan idea itu dan saya pun bersetuju.

"Sebelum ini saya pernah sekali berkongsi pentas dengan Ezad namun malam ini aura itu lain dan tidak menyangka ia mendapat sambutan hebat daripada penonton yang hadir," katanya.

Konsert Mega Gegar Vaganza diadakan selama tiga hari bermula 15 hingga 17 Januari lalu bagi memberi peluang kepada penonton menyelusuri semula kenangan bersama program ini menerusi persembahan mantap hasil gabungan bintang Gegar Vaganza dari dua musim sebelum ini.


Persembahan Bekas Vokalis Exists Gamatkan Konsert Mega Gegar Vaganza

Pada malam itu juga, konsert berkenaan turut diiringi oleh 63 pemuzik profesional dan penyanyi latar di bawah iringan Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) pimpinan Mohd Yazid Zakaria.

Persembahan malam itu dibuka dengan dendangan lagu daripada pengacara Mega Gegar Vaganza iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse menerusi lagu Cintaku Sampai Ke Ethopia.


Tidak menunggu lama, konsert diteruskan dengan kemunculan Rahmad (Mega) menerusi lagu Bunga Angkasa sebelum menjemput Ezad berduet lagu Suatu Masa.

Ezad meneruskan persembahan solonya dengan lagu Penantian sebelum Acong (Sweet Child) tampil dengan lagu Hakikat Sebuah Cinta.

Selingan lawak daripada Nabil dan Jihan turut menghangatkan suasana konsert pada malam itu.

Pengasas produk Pamoga Qu Puteh iaitu Datuk Dr Seri Vida turut menghadiri konsert malam terakhir itu dan sempat naik ke pentas menceriakan suasana konsert itu.

Persembahan Bekas Vokalis Exists Gamatkan Konsert Mega Gegar Vaganza


Antara persembahan lain yang turut mencuri perhatian pada malam itu adalah Ayai (Ilusi) dengan lagu Cinta dan Air Mata, Sam Innuendo, Belaian Jiwa dan Haleeda dan Haiza yang menggamatkan Panggung Sari dengan lagu Sedang Ingin Bercinta.


Naib Juara Gegar Vaganza 2, Farahdhiya tampil dengan lagu Penasaran sebelum menjemput Sam Innuendo berduet dengannya menerusi sebuah lagu Inggeris, I Want To Spend My Life Time Loving You.

Kemunculan Siti Nordiana menerusi set terakhir konsert pada malam itu gamat dengan sorakan peminat apabila dia mendendangkan lagu Janam yang juga lagu tema filem Dilwale.


Persembahan Bekas Vokalis Exists Gamatkan Konsert Mega Gegar Vaganza

Nana juga turut menyampaikan lagu duet bersama Azian Mazwan Sapwan iaitu Hati Kama sebelum meneruskan nyanyian lagu Kesilapanku Keegoanmu.

Lagu Memori Berkasih nyanyian Nana bersama Eza menjadi penutup konsert yang berlangsung hampir dua setengah jam itu.-mstar

“Syura Paksa Saya Ceraikan Dia” – Mohd Fadhly

Jika sebelum ini, penyanyi Syura pernah mengatakan bahawa dia diceraikan talak dua, baru-baru ini suaminya Mohd Fadhly menjelaskan, Syura sendiri yang mahu dia diceraikan selain mahu menerangkan salah faham yang berlaku di antara mereka.

“Syura Paksa Saya Ceraikan Dia” – Mohd Fadhly



“Saya masih sayangkan Syura. Selepas mahkamah mengesahkan lafaz rujuk, dia tidak pernah berhasrat untuk kembali taat kepada saya sebaliknya beberapa kali meminta saya lepaskannya”

“Saya akhirnya bersetuju kerana saya sayangkan dia dan sedar tiada guna saya memaksanya untuk meneruskan perkahwinan kami kerana dia sudah tawar hati,” katanya kepada mStar Online. Tambah Fadhly, dia tidak pernah mengabaikan isterinya itu sebaliknya namun Syura mula berubah sikap selepas menjuarai program Masterchef Selebriti Malaysia musim kedua.

Fadhly memberitahu mereka bercerai buat kali kedua di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 19 Ogos tahun lalu dan bercerai kali pertama pada 29 September 2014 sebelum mengambil keputusan kembali rujuk pada 10 November tahun sama.-rotikaya

Friday, January 8, 2016

Sudah Putus Tapi Nelydia Senrose dan Qi Razali Bercuti Bersama?

Pernah menyatakan bahawa mereka sudah tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa malah Nelydia Senrose sendiri menyatakan bahawa dia mahu memberi tumpuan kepada kerjaya, baru-baru ini terjadi kebetulan di antara pelakon wanita ini dan juga bekas kekasihnya, Qi Razali.


Sudah Putus Tapi Nelydia Senrose dan Qi Razali Bercuti Bersama?

Kebetulan tersebut adalah apabila Nelydia dan juga Qi memuatnaik gambar di lokasi yang sama iaitu di pulau percutian Koh Lipe yang terletak di Thailand. Apa pun, sebelum ini Nelydia pernah menyatakan juga bahawa jika dia sudah ditakdirkan semula dengan Qi, dia menerima dengan hati terbuka.


Sudah Putus Tapi Nelydia Senrose dan Qi Razali Bercuti Bersama?

Sudah Putus Tapi Nelydia Senrose dan Qi Razali Bercuti Bersama?

Pastinya percutian Qi dan Nelydia ditemani rakan-rakan. Apa yang lebih penting, semoga tahun 2016 ini bakal membawa perubahan yang positif kepada mereka.-rotikaya

Fokus Dan Sasaran Siti Nurhaliza Tahun 2016

Mengakui tahun 2015 merupakan tahun yang mencabar buat dirinya, penyanyi Siti Nurhaliza menjelaskan bahawa dia mahu lebih fokus untuk hamil pada tahun ini selain mengehadkan pembabitannya dalam bidang nyanyian.

Fokus Dan Sasaran Siti Nurhaliza Tahun 2016


“Jika ditanya apakah harapan Siti untuk tabun ini pastinya fokus utama adalah untuk mendapatkan zuriat. Apa yang berlaku tahu lalu mengagajar Siti untuk lebih berhati-hati. Siti anggap ia satu peringatan TUhan supaya lebih menjaga kesihatan diri”

“Ketika mula-mula Siti Hamil, ia adlah sesuatu uang di luar jangkaan dan waktu itu Siti sedang giat menjalani latihan untuk konsert. Takkanlah Siti hendak batalkan konsert berkenaa memandangkan persiapannya sudah banyak dibuat”

“Sebagai persediaan ke arah itu (mendapatkan anak), Siti kena banyak berehat dan maknanya tiada konsert besar untuk tahun 2016,” jelas Siti kepada BH Plus. Bagaimanapun penyanyi ini masih akan menerima tawaran persembahan untuk skala kecil.

Semoga apa yang diharapkan oleh Siti Nurhaliza akan menjadi kenyataan malah dalam masa yang sama dapat membawa sinar baru di dalam kehidupan keluarga tersebut. Peminat pastinya tidak sabar untuk menantikan berita gembira daripada Siti kali ini.-rotikaya

Tunggu Empat Jam, Neelofa Kesal Layanan Bank Tempatan

Neelofa yang kini berada di New York telah memuatnaik sekeping gambar di Instagram menceritakan mengenai masalah yang dihadapinya berikutan kegagalan transaksi pembayaran yang tertangguh selama empat jam.


Tunggu Empat Jam, Neelofa Kesal Layanan Bank Tempatan

Dalam kenyataannya di laman sosial tersebut, Neelofa meluahkan rasa kesalnya terhadap perkhidmatan bank tempatan tersebut yang membuatkannya terpaksa menunggu daripada pukul 12.30 tengahari sehinggalah 4.40 petang bagi menyelesaikan masalah yang dihadapinya.

Perkara tersebut mendapat reaksi berbaur di laman Instagram. Selain ada yang menyatakan turut menghadapi masalah yang sama, ada juga peminat yang kurang selesa dan mendakwa Neelofa bagaikan ingin menunjuk-nunjuk.-rotikaya

Thursday, January 7, 2016

Salwa Razak Ditipu Kekasih?

Pelakon dan penyanyi yang popular dengan lagu ‘Ahmad’, Salwa Razak mendedahkan dirinya telah ditipu ‘hidup-hidup’ dengan bekas teman lelakinya yang rupanya berstatus suami orang, sejak enam bulan lalu.


Salwa Razak Ditipu Kekasih?


Menurut Salwa, pada awal berkenalan dia pernah bertanyakan status lelaki itu. Namun, menurut lelaki itu dia adalah seorang duda anak dua.

Bagaimanapun, setelah bersama selama enam bulan, Salwa memberitahu dia mula mencurigai sikap kekasihnya yang sesuka hati datang dan pergi.

Hal itu membuatkan Salwa cuba dapatkan nombor telefon isteri lelaki itu sebelum terkejut mengetahui wanita itu dan kekasihnya tidak pernah bercerai apatah lagi pergi ke mana-mana mahkamah syariah.
“Jadi pengakuan ini sudah cukup membuktikan mereka masih sah suami isteri. Saya tak kecewa kehilangan dia tetapi saya terluka kerana ditipu. Sampai hati dia tipu saya,” kata Salwa.

Selain itu, Salwa mendakwa kini bekas teman lelaki itu menuduh dia mencuri wang sebanyak RM1,000.
“Ia sangat mengarut sebab memang betul saya pakai duit tu. Itupun dia yang cakap, ‘kalau awak nak pakai duit awak tau nak ambil kat mana.’ Jadi saya gunakan dan dah pun diganti semula.

“Lama dah saya ganti tapi itulah sebab yang dia gunakan untuk kenakan saya atau apa. Tapi bagi saya ia tidak berasa,” ujarnya.

Dalam pada itu, Salwa turut mendedahkan bekas teman lelakinya itu juga merupakan seorang pelakon. –mynewshub