Thursday, August 28, 2014

Mimi (ONE) Bakal Kahwini Pensyarah Mac Tahun Depan

Mimi (ONE) Bakal Kahwini Pensyarah Mac Tahun Depan | Lama juga kita tidak mendengar khabar mengenai penyanyi kumpulan One Nation Emcees (ONE), Mimi, 27.


Artis Bakal Kahwini Pensyarah Mac Tahun Depan, info, terkini, artis, hiburan, gosip,

Tup-tup menerusi Murai.com, dia dikhabarkan bakal menamatkan zaman bujangnya pada Mac tahun hadapan.

Bukan calang-calang juga bakal suaminya, seorang pensyarah di sebuah universiti swasta gitu…

Menurut Mimi, mereka sudah kenal antara satu sama lain sejak berusia 13 tahun lagi dan mula rapat sejak beberapa tahun lalu.

Mengakui jejaka itu seorang yang tegas, penyanyi itu yakin bakal suaminya itu dapat menjadi pasangan terbaik dalam hidupnya kelak.

Apapun, tahniah kami ucapkan dan semoga segala perancangan berjalan dengan lancar nanti…


Sumber : ELZA / MYNEWSHUB.MY

Faezah Elai Enggan Berlakon?

Faezah Elai Enggan Berlakon Babak yang..| Selepas berkahwin dan memiliki anak, pelakon dan peng­acara Faezah Elai mengakui dia le­bih selektif dengan watak ditawarkan dalam drama dan filem ketika ini.


Faezah Elai Enggan Berlakon Babak yang.., info, terkini, hiburan, gosip


Menurut isteri kepada pengarah drama, Heykal Hanifah, 41, ini, dia juga terpaksa menolak babak panas dan ranjang untuk menjaga statusnya sebagai isteri sekali gus nama baik keluarga kedua-dua belah pihak.


“Sebelum ini, saya pernah berlakon watak suami isteri bergandingan dengan Rusdi Ramli yang juga arahan Heykal tetapi tiada babak panas pun. Saya percaya, tidak semestinya ada babak peluk dan pegang-pegang untuk menggambarkan kemesraan suami isteri dalam drama mahupun filem.

“Ada banyak cara atau simbolik untuk kita menunjukkan kemesraan dalam hubungan suami isteri dalam drama atau filem dan ia bergantung pada kreativiti seseorang pengarah itu,” katanya.


Terus terang, kata pemilik nama sebenar Noor Faezah Elai, 32, ini, dia juga lebih selesa berlakon dalam produksi suaminya sendiri selepas berkahwin.


“Apabila berlakon dalam produksi sendiri kita juga boleh memilih watak yang sesuai untuk dilakonkan. Pada masa sama, saya juga boleh mengatur masa dengan baik dan berlakon mengikut kelapangan. Terbaru, saya bakal beraksi dalam drama arahan suami tidak lama lagi,” katanya.


Sumber : hmetro.com.my

Penyanyi Nur Farhan Azizan AF4 Putus Tunang?

Gosip Putus Tunang Dugaan Paling Buruk Farhan | Penyanyi Nur Farhan Azizan menganggap dugaan paling buruk sepanjang tempoh dua tahun setengah pertunangannya dengan Ahmad Rashadan Suhaimi, 30, ketika hubungan itu dikhabarkan putus.


Penyanyi Nur Farhan Azizan Putus Tunang, info, terkini, hiburan, gosip, sensasi


Farhan, 30, berkata, perkara tersebut terjadi ketika dia dan Ahmad Rashadan berhadapan dengan masalah dan ramai pihak cuba masuk campur dalam hal tersebut.

"Ada satu ketika khabar angin mengatakan kami sudah putus ia mungkin ketika saya dilihat pergi ke mana-mana majlis secara bersendirian hingga menyebabkan orang sekeliling beranggapan begitu.

"Pada ketika itu juga hubungan kami memang bermasalah masalah dan kami dalam usaha memperbaiki hubungan tersebut. Namun banyak pihak yang campur tangan sehingga keluar cerita-cerita tidak benar," ujarnya ketika ditemui pada sidang media mengumumkan perkahwinannya di Restoran Anggun Fusion, di Plaza Damas, di sini, Rabu.

Pasangan ini bakal bernikah di Masjid Sultan Mizan Putrajaya, pada 10 Oktober depan.

Manakala, majlis resepsi akan diadakan pada sebelah malam di Dewan Sri Endon dengan bertemakan Melayu Klasik.

Farhan berkata, keputusan mendirikan rumah tangga dibuat setelah kedua-dua mereka bersedia untuk menjalankan tanggungjawab sebagai suami-suami isteri.

Katanya, dia tidak mahu ianya dijalankan secara tergesa-gesa bagi memuaskan hati orang sekeliling.

"Kami ambil masa lama untuk tempoh bertunang ini, ia agar kami benar-benar dapat memastikan kami berdua bersedia untuk memikul tanggungjawab berat itu.

"Kami tidak mahu berkahwin kerana desakan keluarga atau orang di sekeliling, biar semua itu terjadi atas rasa kesedian kami sendiri," katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Rashadan pula berkata, sepanjang tempoh perkenalan hampir lapan tahun itu, pelbagai dugaan dan rintangan lain yang turut dihadapi bersama.

Malah katanya, perkara yang dianggap sebagai dugaan itu sebenarnya menguatkan lagi kasih sayang mereka.

"Kami tidak menganggap masalah itu sebagai satu masalah sebaliknya kami sentiasa mencari penyelesaian dengan baik.

"Dugaan semasa bercinta pula ketika saya belajar di United Kingdom membuatkan kami terpisah selama tiga tahun dan berhubung hanya melalui e-mel," ujarnya.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 12 Februari 2012, namun mereka mengumumkan penangguhan rancangan perkahwinan yang sepatutnya berlangsung pada akhir tahun lalu atas alasan sibuk dengan kerjaya masing-masing.


Sumber : mstar.com.my

Jepp Sepahtu Sombong?

Jepp Sepahtu Didakwa Sombong?  | Pelawak Jepp Sepahtu baru-baru ini dihimpit dengan cerita-cerita negatif. Selain dikatakan bersikap sombong, timbul juga dakwaan mengatakan Jep dipulaukan oleh kawan-kawannya akibat sikap Jep sendiri.


Jepp Sepahtu Didakwa Sombong? , info, hiburan, terkini, gosip, sensasi,


Kesempatan bertemu dengan Jepp baru-baru ini membuka ruang untuk GUA mendapatkan komen daripadanya.

“Saya sendiri masih tidak percaya dengan gosip yang ditulis itu. Sebelum ini pernah terjadi juga gosip-gosip seperti ini. Saya tiada masalah dengan sesiapa. Saya baik dengan pelawak sama ada senior atau pun junior. Saya berkawan dengan mereka jika bertemu dalam hal-hal yang melibatkan kerja. Tetapi ketika saya tidak bekerja, saya lebih selesa lepak dengan kawan-kawan saya sendiri dan pulang ke kampung halaman untuk bertemu dengan ibu bapa dan keluarga saya,” ujar Jepp memulakan bicara.

Tambah Jepp, semenjak dia mendapat beberapa anugerah yang mengiktiraf kehadirannya dalam dunia hiburan seperti Anugerah Lawak Warna dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013, namanya mula terpalit dengan gosip dan kontroversi.

Jepp Sepahtu Didakwa Sombong? , info, hiburan, terkini, gosip, sensasi,


“Semenjak mendapat beberapa anugerah, nama saya mula terkait dengan beberapa siri kontroversi. Saya tidak tahu bagaimana nak cakap, adakah itu adalah satu sabotaj atau sebaliknya? Saya tak buat, orang bercakap. Jika betul-betul saya buat, apatah lagi?

Saya hanya mampu bersangka baik dan anggap apa yang ditulis dalam ruangan gosip menjadi pemandu arah perjalanan karier saya. Sebelum ini, setiap kali timbul gosip, saya terangkan. Tapi perkara ini berlaku semula. Jadi selepas ini jika perkara sama berulang, saya akan diam sahaja dan enggan menjawab lagi. Biar orang menilai sendiri,” kata Jepp ketika ditemui di sidang media Siri Jelajah Malaysia Superlawak FC 2014 di Publika, Kuala Lumpur pada Selasa.


Sumber : gua.com.my

Ramli MS-Alyah Sudah nikah di Batam?

Ramli MS-Alyah nikah di Batam? | Pengarah muzik Datuk Ramli MS dan penyanyi Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan, 33, diarah mengemukakan bukti bahawa mereka telah berkahwin di pulau Batam, Indonesia kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada Selasa depan atau berdepan dengan tindakan mahkamah kerana berkhalwat.


Ramli MS-Alyah nikah di Batam?, info, terkini, hiburan, gosip terkini, kontroversi Ramli Ms dan Alyah, sensasi


Arahan itu dikeluarkan selepas pasangan itu memaklumkan anggota Bahagian Penguatkuasa JAIS yang melakukan siasatan di kediaman Ramli MS di Bandar Kinrara, Puchong, kira-kira 7.50 pagi tadi.


Ketua Pengarah JAIS Ahmad Zaharin Mohd Saad berkata, siasatan ke atas pasangan itu dibuat selepas Bahagian Penguatkuasa JAIS menerima aduan awam.

“Bahagian Penguatkuasa JAIS berjaya diyakinkan bahawa pernikahan Datuk Ramli Mohamed Salleh bersama Noor Hasliah Abu Hasan telah berlaku di Batam, Indonesia.


“Dokumen asal perkahwinan yang didakwa oleh pihak beliau (Ramli) akan diserahkan kepada JAIS pada 2 September 2014 untuk penelitian, semakan dan siasatan lanjut dari sudut undang-undang dan hukum syarat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan di rumah berkenaan juga berjalan lancar kerana anggota penguatkuasa mendapat kerjasama daripada Ramli dan Alyah selain tiada sebarang rampasan dibuat.

Menurut sumber, sekiranya Ramli dan Alyah gagal mengemukakan dokumen yang diperlukan itu, mereka boleh dikenakan tidakan kerana kesalahan berkhalwat.

Katanya, ia selaras dengan kesalahan khalwat Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

"Ketika pemeriksaan pasangan itu hanya menunjukkan gambar kartu perkahwinan (kad pengesahan nikah) mereka di Batam, Indonesia tetapi mendakwa dokumen asal tiada di dalam simpanan ketika itu.

"JAIS memberi tempoh selama enam hari, sehingga 2 September untuk mereka membawa dokumen asal itu ke pejabat atau jika gagal akan disabit kesalahan berkhalwat," katanya.

Hubungan Ramli dan Alyah selama empat tahun ini menjadi perhatian umum bagaimanapun pasangan itu berusaha keras menyimpan rahsia.

Malah, Alyah pernah memberitahu akan membuat pengumuman mengenai statusnya sebelum akhir tahun ini dan memberi alasan tidak dapat berbuat demikian lebih awal kerana ia membabitkan banyak pihak.


Sumber : hmetro.com.my

Aaron Aziz Perjelas Isu Muat Naik Seluar Dalam Di Instagram

Penjelasan Sebenar Aaron Aziz Isu Tunjuk Gambar Spentot Di Instagram

Penjelasan Sebenar Aaron Aziz Isu Tunjuk Gambar Spentot Di Instagram, info, terkini, hiburan, gosip, kontroversi aaron aziz,


Ramai yang terkejut apabila Pelakon sensasi Malaysia, Aaron Aziz memuat turun sekeping gambar seluar dalam di akaun Instagram miliknya.


Penjelasan Sebenar Aaron Aziz Isu Tunjuk Gambar Spentot Di Instagram, info, terkini, hiburan, gosip, kontroversi aaron aziz,


Penjelasan Sebenar Aaron Aziz Isu Tunjuk Gambar Spentot Di Instagram, info, terkini, hiburan, gosip, kontroversi aaron aziz,


Bagaimanapun, Aaron menjelaskan gambar tersebut sengaja di muat naik oleh beliau bagi memerli individu tertentu yang tertinggal seluar dalamnya dan suka bersikap bermuka-muka.


Penjelasan Sebenar Aaron Aziz Isu Tunjuk Gambar Spentot Di Instagram, info, terkini, hiburan, gosip, kontroversi aaron aziz,


Apapun, tindakan sebegini pastinya menimbulkan kontroversi di laman sosial.

Sumber : viralberita.blogspot.com

Wanita Bertudung 'Berat' Bakal Menyaman?

Wanita Bertudung 'Berat' Akan Saman Pihak Yang Sebar Gambarnya Di Media Sosial

Wanita Bertudung 'Berat' Akan Saman, info, terkini, berita, sensasi, viral,

Umum tahu, semenjak dua menjak ini gambar Aimi Najwa Jul Baharin menjadi viral di media sosial berikutan dengan fesyen tudungnya yang dianggap berat dan membebankan kepala.

Artikel Terdahulu : Gambar wanita bertudung ‘Gedabak’ dalam WHI jadi viral

Sesetengah netizen mengelarkan fesyen itu sebagai sarang tebuan dan menjadi bahan jenaka di media sosial.

Bagaimanapun, perkara ini menjadi semakin melarat apabila sesetengah netizen bertindak keterlaluan sehingga mengundang banyak respon negatif terhadap Aimi.

Wanita Bertudung 'Berat' Akan Saman, info, terkini, berita, sensasi, viral,

Keadaan ini memaksa Aimi memberikan amaran kepada @NizamZakaria agar membuang gambar berkenaan atau bakal berhadapan dengan tindakan saman darinya.

Bagaimanapun, sehingga ke saat ini Nizam masih belum membuang gambar tersebut dari laman Instagramnya.


Sumber : aans1.blogspot.com

Wednesday, August 27, 2014

Felixia Yeap Bengang Dengan Harian Metro

Felixia Yeap Bengang Dengan Harian Metro | Bukan mahu mengungkit kisah lalu. Namun, penghijrahan gadis ini dilihat telah menjadi membuka mata ramai orang tentang keindahan agama Islam.

Felixia Yeap Bengang Dengan Harian Metro, info, terkini, berita, hiburan, gosip, sensasi,


Walaupun pada mulanya dia mendapat kecaman hebat daripada para netizens yang menganggap bahawa dia sekadar mahu menunjuk-nunjuk, gadis ini dilihat cekal mengharungi dugaan bergelar seorang mualaf. Great job girl!

Bagaimanapun, semalam kami agak terkejut apabila Felixia Yeap ataupun nama Islamnya Raisyyah Raniah dilihat berang dengan akhbar sensasi Malaysia, Harian Metro. Erm.. kenapa pula ya?

Felixia Yeap Bengang Dengan Harian Metro, info, terkini, berita, hiburan, gosip, sensasi,
Marah betul Felixia dengan Harian Metro nampaknya ya!


Screenshot artikel akhbar Harian Metro dengan headline ‘Tolonglah Jaga Maruah’ itu menarik perhatian followers Instagram dan Facebook Felixia yang sekaligus menyatakan sokongan mereka terhadap gadis itu.


Felixia Yeap Bengang Dengan Harian Metro, info, terkini, berita, hiburan, gosip, sensasi,



Di samping menasihati Felixia agar terus bersabar, ada juga yang mencadangkan agar Felixia menyaman akhbar itu yang dianggap tidak beretika dalam membuat laporan mengenai dirinya.


Felixia Yeap Bengang Dengan Harian Metro, info, terkini, berita, hiburan, gosip, sensasi,


Kami pun tak pasti apakah isi kandungan yang ditulis oleh akhbar itu. Hurm.. Ada tak para followers OHBULAN! yang sudah membaca artikel tersebut? Kalau ada jom cerita sikit pada kami!


Sumber : ohbulan.com

Hubungan Didie Alias Dan Enot Renggang?

Hubungan Didie Alias Dan Enot Renggang | Hubungan 2 rakan baik iaitu Didie Alias dan Enot kini dikatakan renggang.

Ada yang cakap mereka bergaduh, betulkah?


Hubungan Didie Alias Dan Enot Renggang, info, terkini, hiburan, gosip, sensasi

Kenyataan hubungan yang semakin renggang ini disahkan Didie Alias apabila Enot ada membuat statement iaitu setelah sakit ramai kawan rapat mula menjauhkan diri.

Ini jawapan Didie Alias (mStar):

"Saya baru tahu tentang dia berkecil hati dengan saya, selepas baca berita di mStar Online. Dia tidak berapa sihat dan perlukan rehat.

"Saya faham orang yang mempunyai masalah penyakit kritikal ini sering berfikiran bukan-bukan,"

"Sakit itu hanya dia dan Allah sahaja yang tahu kebenarannya, mungkin juga dia melindungi penyakit yang sedang dihadapi untuk membuatkan orang gembira.

"Saya mendoakan kesihatan dia semakin baik dan pergilah mendapatkan rawatan doktor kerana dia pun kadang-kadang ada degilnya,"

"Saya akui mungkin kurang ambil tahu mengenai Enot kerana saya baru sahaja selesai bersalin dan dalam pantang, manakala dia sibuk dengan berniaga di bulan Ramadan lalu.

"Kali terakhir kami berjumpa masa hari pertama saya melahirkan anak iaitu pada Jun lalu. Masa Hari Raya pun tak sempat jumpa lagi sebab saya balik ke kampung, namun bagitu saya masih bertanya tentang keadaan dia terutama keadaan kesihatan dia,"

Dikatakan kawan rapat Enot mula menjauhkan diri dan mengelak daripada berkawan dengannya. Ini kerana ramai yang tidak tahan dengan sikap Enot yang tidak bercakap benar terutama hal berkaitan penyakit tersebut. Dalam pada itu, Didie Alias berkata, kemungkinan keadaan kesihatan yang semakin kritikal Enot membuatkannya mudah berkecil hati dan sering berfikiran negatif.


Sumber : hotlips-yuya.blogspot.com