Sunday, November 2, 2014

Video Luahan Hati Firman Tentang Wak Doyok

Korang tengok #AF2014 tak malam tadi? Puas hati tak dengan keputusan tenaga pengajar dan pihak fakulti yang menyerap semula Adel untuk beraksi di final?


Video Luahan Hati Firman Tentang Wak Doyok, info, terkini, hiburan, firman af2014, wak doyok, gosip, kontroversi af2014

Namun, entri kali ini bukan untuk menulis tentang #AFserap, tetapi mengenai luahan hati Firman berikutan insiden tak dapat hadiah dari Wak Doyok minggu lalu.


Video Luahan Hati Firman Tentang Wak Doyok, info, terkini, hiburan, firman af2014, wak doyok, gosip, kontroversi af2014

Fuh! Dek kerana itu, ramai peminat Firman ‘mengamuk’ tau! Jadi, untuk meredakan kemarahan semua, nah kami sediakan luahan hati Firman, khas untuk anda.
Semuanya sudah terjawab, betul tak kami kata Wak Doyok hanya buat gimik. Alahai, kalau tak ada surprise, bukanlah Akademi Fantasia namanya.

Jadi, korang semua dah boleh berhenti kecam Wak Doyok okay. Hehe. Oh ya, lupa nak beritahu. Malam tadi, Firman menduduki tangga tertinggi tau! Teruskan mengundi Firman kalau korang rasa dia layak bergelar juara.

Baca : Adel Kembali Berentap Di Pentas Akhir #AF2014 

Sumber : ohbulan.com

Adel Kembali Berentap Di Pentas Akhir AF2014

Pelajar yang tersingkir pada minggu ketujuh AF2014 Adel kembali berentap bersama empat pelajar akhir iaitu Ewal, Firman, Nuha dan Aman selepas dia diterima kembali ke fakulti menerusi AF Serap yang baru pertama kali diwujudkan musim ini.


Adel Kembali Berentap Di Pentas Akhir AF2014, info, terkini, hiburan, sensasi, adel AF2014

Keputusan tersebut diumumkan oleh pengetua AF2014 Dato’ Hattan sebaik sahaja selepas berlakunya penyingkiran Azwan.

Dato’ Hattan ketika ditemui berkata, pemilihan Adel adalah berdasarkan prestasinya yang sentiasa konsisten selain persembahannya yang sentiasa memukau.

“Bukan senang nak buat pilihan, tujuh orang yang tersingkir itu semuanya hebat belaka… Pemilihan Adel dibuat atas persetujuan tenaga pengajar dan pihak fakulti.

“Kami memilih setelah meneliti kesemua prestasi dan persembahan mereka dari minggu ke minggu.” katanya ketika ditemui Astro Gempak sebaik sahaja berakhirnya konsert separuh akhir AF2014 di Auditorium MBSA.

Persaingan pastinya bertambah sengit dengan kembalinya Adel di #AF2014.

Firman, Ewal, Adel, Nuha dan Aman bakal menunjukkan taring mereka di pentas akhir #AF2014.

Siapa yang bakal menjadi juara #AF2014?

Sama-sama kita nantikan.

Baca : Aril AF7 Kini Semakin Tenggelam? 


Sumber : murai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Siti Saerah Dicerai Talak Tiga?

Menurut laporan dari sebuah portal, adik kepada penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza iaitu Siti Saerah telah bercerai dengan pasangannya, Saiful Anuar.


Siti Saerah Dicerai Talak Tiga?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, siti saerah

Memetik sumber The Rakyat Post, Siti Saerah yang pernah dikenali sebagai seorang penyanyi, telah diceraikan dengan talak tiga!

Desas-desus ini menjadi semakin kuat apabila pagi ini, Siti telah memuat naik satu ‘post’ di laman Instagram peribadinya yang ditujukan khas buat adik beliau.


“Allah S.W.T Maha Adil dan Bijaksana. Apa yang telah diaturkan pasti yang terbaik untuk umatNya dan pasti ada peringatan buat yang melaluinya.

Buat @sairahtarudin, bertabahlah dan teruslah berjalan berpandu pada Allah. Insyaallah semuanya tenang.”

Siti Saerah dan pasangannya berkahwin pada tanggal 27 Oktober 2010 dan dikurniakan dua cahaya mata dalam usia empat tahun ikatan tersebut.

Sumber : mynewshub.cc


 photo good_zps9ceffaa5.gif



Sunday, October 26, 2014

Johan ‘Abe Macho’ Juara Super Spontan 2014

Seperti yang telah diramalkan, Mohamad Yazid Lim Bin Mohamad Aziz, 31, atau Johan 'Abe Macho' muncul juara Super Spontan 2014.

Johan telah menewaskan lima peserta lain dan membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000, sebuah Toyota Camry dan trofi.


Hiburan, info, johan raja lawak, Johan ‘Abe Macho’ Juara Super Spontan 2014, sensasi, terkini,

Naib Juara menjadi milik Shahrul ‘Super Gayung’ yang menerima wang tunai sebanyak RM50,000, diikuti Shuib ‘Raksasa Comey’ ditempat ketiga bersama wang tunai berjumlah RM25,000. Masing-masing telah menerima trofi Super Spontan 2014.

Manakala Achey (Acik Gelek), Yus ‘Sugar Kane’ dan Tauke ‘John Senah’ masing-masing berada di tempat keempat, kelima dan keenam turut membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000 berserta sebuah trofi.

Hadiah telah disampaikan oleh Ketua Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani.

Gelanggang akhir Super Spontan 2014 yang berlangsung di Melaka International Trade Centre (MITC) pada malam Jumaat, telah disiarkan secara langsung di Astro Warna (saluran 132) dan Mustika HD (saluran 134).

Program ini turut menampilkan Afdlin Shauki dan Adlin Aman Ramli sebagai Pengacara, Ray dan Hanif sebagai pengadil perlawanan manakala Amir Raja Lawak sebagai pembantu pengacara.

Baca : Foto Sekitar Majlis Pertunangan Sharifah Sakinah

Sumber : murai.com.my

Foto : Sekitar Majlis Pertunangan Sharifah Sakinah #kinaliff

Zaman sekarang ni asalkan ada duit, semua boleh buat. Dah banyak kali kami perasan beberapa buah majlis yang diadakan sama meriah macam pernikahan dan persandingan. Nampaknya Sharifah Sakinah pun tak terkecuali untuk mengabadikan memori indah pertunangannya dengan seorang juruterbang, Aliff Adha dalam sebuah majlis yang cukup grand. 


#kinaliff, Hiburan, info, Sekitar Majlis Pertunangan Sharifah Sakinah, sensasi, sharifah sakinah, terkini,

 Kalau ada yang perasan di Instagram, kira-kira sejak seminggu lalu Sakinah dah mula menghebahkan senarai khidmat tenaga yang akan bersama-sama menjayakan majlis pertunangannya malam ini. 


#kinaliff, Hiburan, info, Sekitar Majlis Pertunangan Sharifah Sakinah, sensasi, sharifah sakinah, terkini,

Siap dengan hashtag #kinaliff lagi, comel je! Dan malam ini, laman sosial Sakinah sekali lagi dibanjiri dengan foto-foto di sekitar majlis penuh bahagia yang turut dihadiri sahabat baiknya seperti Marsha, Nad Zainal, Jihan Musa dan ramai lagi. Apapun, kami suka sangat tengok baju tunang Sakinah yang direka oleh Cosry. 


#kinaliff, Hiburan, info, Sekitar Majlis Pertunangan Sharifah Sakinah, sensasi, sharifah sakinah, terkini,

Nampak sopan dan yang paling penting warna beige betul-betul menaikkan seri Sakinah dan Aliff. Sakinah dan tunangnya, Aliff. Foto dari Instagram Tasha Shilla Jomlah kita tengok gambar-gambar yang disediakan oleh jurugambar Amir Naufal Photography kat bawah ni. Tahniah #kinaliff! Tahniah #kinaliff!
Tahniah #kinaliff!

#liveupdate Majlis Pertunangan Sharifah Sakinah & Aliff Adha #kinaliff Pelamin : @adiputra_decor Baju Sharifah Sakinah : @cosryofficial Baju Aliff Adha : @saifulsin Planner : @pinographyofficial Make-up : @kasihcicie Hantaran : @hantaranbyazman Videographer : @autkazfilm Update Mobile : @faizalislang Khemah : @za_sanggul Katering : @rd_katering Katering : @kencana_catering Photobooth : @whitedistrictkl Minuman freshie : @freshie_my Photo Exclusive by @amirnaufalphotography Liveupdate by @lelakigeek #kinaliff #amirnaufalphotography #saifulsin #autkazfilm #adiputradeco #whitedistrictkl #raskalcloth #pakarprinting #rdkatering #kencanacatering #zasanggul #faizalislang #kasihcicie #artortoise #adriannayariqa #eventsewa #kouturecakes #freshie #hantaranbyazman #pinography #bondhyfavency #lelakigeek
A video posted by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on


Dira Abu Zahar Mangsa Cubaan Samun?

"Subhanallah... Bila Jalan singkat jadi pilihan hidup, ada yang terleka bahawa ada kehidupan lain yang terkesan. Yes, cubaan untuk menyamun Tapi nasib saya sedikit baik, sebab: 1. Allah masih sayang kan saya 2. Tinted kereta sedikit membantu - Impak cermin pecah tidak Lah teruk mana. 3. Tindakan Cepat tidak panik ( hasil didikan dive master supaya Jgn Cepat panik ketika dalam laut dalam), bikin usaha Si penyamun jadi Sia-sia.

Dira Abu Zahar Mangsa Cubaan Samun?, info, terkini, sensasi, hiburan, dira abu zahar,

"Misi sang penyamun gagal!! Jadi, anda semua pls berhati2. Jangan leka. Semangat kene kuat k. Walau apa pun berlaku. Kepada sang penyamun, Maaf.... Tidak semua yang Kita rancang akan terlaksana. Jgn lupa Allah SWT Maha.... Jaga diri anda," demikian kata pelakon Dira Abu Zahar selepas berdepan detik cemas apabila cubaan samun ke atas dirinya gagal.


Dira Abu Zahar Mangsa Cubaan Samun?, info, terkini, sensasi, hiburan, dira abu zahar,

Liyana Jasmay, keluarga ke England (17 gambar)


Liyana Jasmay, keluarga ke England, info, terkini, liyana jasmay, sensasi,
Beberapa hari yang lalu, Liyana Jasmay serta suaminya dan anak sulung mereka, Sofia Arissa yang berusia 6 bulan telah pergi bercuti ke beberapa buah bandar sekitar England.

Beberapa keping gambar yang sempat dimuatnaik oleh Liyana melalui laman sosial Instagram miliknya. Bahagia sungguh keluarga ini kan. Jom layan.

Liyana Jasmay, keluarga ke England, info, terkini, liyana jasmay, sensasi,
Liyana Jasmay, keluarga ke England, info, terkini, liyana jasmay, sensasi,


Baca : Peminat Desak Penjelasan Kenapa Jozan Tidak Sertai MLM 2014 

Sumber : izyan.com

Peminat Desak Penjelasan Kenapa Jozan Tidak Sertai MLM 2014

Nampaknya sudah rasmi tiada kumpulan Jozan (Johan + Zizan) di dalam musim baru Maharaja Lawak Mega 2014.


Peminat Desak Penjelasan Kenapa Jozan Tidak Sertai MLM 2014, info, terkini, hiburan, sensasi, MLM 2014

Zizan pula mengesahkan penyertaannya bersama kumpulan Jambu (Yus + Tauke) menubuhkan kumpulan baru iaitu Virus.

Namun begitu, ramai peminat Jozan mendesak mahukan penjelasan sebenar kenapa Johan tidak menyertai Maharaja Lawak Mega 2014.

Mereka, peminat setia mahukan Jozan di pentas Maharaja Lawak Mega 2014. Ketiadaan Jozan menyebabkan ramai tertanya-tanya apa puncanya.

Mungkin kalau Johan dan Zizan memberitahu apa puncanya maka peminat setia ini akan berpuas hati dan terus meyokong Virus. Namun mereka berdua hanya senyap dan ini menimbulkan tanda tanya.

Jom baca komen peminat Jozan:

Peminat Desak Penjelasan Kenapa Jozan Tidak Sertai MLM 2014, info, terkini, hiburan, sensasi, MLM 2014
Peminat Desak Penjelasan Kenapa Jozan Tidak Sertai MLM 2014, info, terkini, hiburan, sensasi, MLM 2014
Peminat Desak Penjelasan Kenapa Jozan Tidak Sertai MLM 2014, info, terkini, hiburan, sensasi, MLM 2014
Peminat Desak Penjelasan Kenapa Jozan Tidak Sertai MLM 2014, info, terkini, hiburan, sensasi, MLM 2014
Peminat Desak Penjelasan Kenapa Jozan Tidak Sertai MLM 2014, info, terkini, hiburan, sensasi, MLM 2014
Peminat Desak Penjelasan Kenapa Jozan Tidak Sertai MLM 2014, info, terkini, hiburan, sensasi, MLM 2014


Peminat Desak Penjelasan Kenapa Jozan Tidak Sertai MLM 2014, info, terkini, hiburan, sensasi, MLM 2014
Peminat Desak Penjelasan Kenapa Jozan Tidak Sertai MLM 2014, info, terkini, hiburan, sensasi, MLM 2014


Sumber : hotlips-yuya.blogspot.com

Diana Rafar Bermasalah Dengan Zamarul Hisham?

Entah di mana silapnya, satu persatu cerita kurang manis datang menjengah penyanyi dan pelakon, Diana Rafar, 32.

Ceritera rumah tangga bersama pelakon popular, Zamarul Hisham terus dilanda gosip.


Diana Rafar Bermasalah Dengan Zamarul Hashim?, info, terkini, gosip, sensasi, Diana Rafar

Terbaharu, rumah tangga pasangan bahagia yang bernikah pada 16 Mei 2009 itu dikatakan bergolak dan punca keretakan mereka dikukuhkan apabila masing-masing jarang kelihatan bersama pada majlis-majlis hiburan dan tiada gambar bersama di laman sosial Instagram.

Kesempatan bertemu Diana pada sesi fotografi di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur bagi tujuan mempromosi komitmen terbaharunya sebagai duta produk minuman kecantikan dan kesihatan, Perla Coffee digunakan sebaik-baiknya oleh penulis untuk mendekati perjalanan kehidupan yang sedang dibinanya.

Selain bercerita tentang keterujaan menjadi duta produk Perla Coffee, Diana turut berkongsi damai dan resah yang bergelumang di dada.

Ketika ditebak tentang dakwaan kononnya rumah tangganya ibarat retak menanti belah, Diana dengan tenang menafikan perkara tersebut.


Diana Rafar Bermasalah Dengan Zamarul Hashim?, info, terkini, gosip, sensasi, Diana Rafar

“Kesibukan Zamarul membuatkan kami tiada masa untuk berbincang tentang masalah yang berlaku. Sebagai isteri, saya sudah lali dengan kesibukannya yang bekerja siang dan malam untuk meneruskan kelangsungan hidup. Saya sudah terbiasa dengan rutin harian sebegini.

“Kami jarang bergaduh. Sekiranya berlaku perselisihan faham, kemarahan itu cepat reda. Paling utama, kami saling bertolak ansur dan faham tanggungjawab masing-masing. Ingin saya jelaskan di sini, antara saya dan Zamarul, kami masih bahagia dan bersama,” ujar ibu kepada Kashfi Haikal itu.

Bercakap mengenai persoalan khalayak tentang tiada gambar bersama di laman Instagram mahupun di dada-dada akhbar, kata Diana, dia tidak mahu ambil pusing tentang pertanyaan tersebut kerana baginya dia menghormati prinsip Zamarul yang tidak gemar bergambar.

“Sejujurnya, saya tidak mahu terlalu memikirkan perkara ini, malah tiada siapa pun suka kisah rumah tangga mereka diperbesarkan.

“Apa sahaja komen negatif yang dilemparkan di laman Instagram, saya akan padam.

“Selepas timbul isu tiada gambar bersama, ia telah memberi kesan kepada saya. Bagi saya, jodoh dan pertemuan itu di tangan Tuhan. Saya bersyukur walaupun Zamarul sibuk dengan tugasnya, Tuhan telah gantikan dengan memberi kesibukan dalam dunia seni,” jelasnya.


Baca : Peminat Pukul Sara Ali Kerana Pengaruh Watak

Sumber : kosmo.com.my