Monday, December 29, 2014

4 Gambar Neelofa Bertudung Dan Pakai Seluar Jeans Ketat

Pengacara dan pelakon terkenal, Neelofa telah dilihat memakai seluar jeans yang amat ketat dan cukup mengancam berdasarkan beberapa keping gambar yang dikongsikan di forum.

Gambar Neelofa Bertudung Dan Pakai Seluar Jeans Ketat, gossip, Hiburan, info, kontroversi, Neelofa, sensasi, terkini,

“Sory kalo ramai x suka thread ni..terkejut tengok neelopa pakai jeans nampak camel toe kat Nona semalam..baju dia mmg pendek tutup cover perut jah..x kan tak perasan kot tengah on air..kalo dia button kan jaket maybe x perasan la..jangan samakan ramai kat luar mcm ni tapi as a public figure kena alert la sebab jadi ikutan peminat kang..plus dia baru bertudung..hopefully retis lain yg bertudung tu alert gak pasal pakaian,” kata seorang pengguna di forum tersebut.

Gambar Neelofa Bertudung Dan Pakai Seluar Jeans Ketat, gossip, Hiburan, info, kontroversi, Neelofa, sensasi, terkini,

Gambar Neelofa Bertudung Dan Pakai Seluar Jeans Ketat, gossip, Hiburan, info, kontroversi, Neelofa, sensasi, terkini,

Gambar Neelofa Bertudung Dan Pakai Seluar Jeans Ketat, gossip, Hiburan, info, kontroversi, Neelofa, sensasi, terkini,

Gambar Neelofa Bertudung Dan Pakai Seluar Jeans Ketat, gossip, Hiburan, info, kontroversi, Neelofa, sensasi, terkini,

Baca : Pierre Andre harap filem "CHM" dapat kutipan 'box-office' 

Sumber : katakcomel.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Pierre Andre harap filem "CHM" dapat kutipan 'box-office'

Pengarah filem dan pelakon popular Pierre Andre sememangnya sinonim dengan mengarah filem-filem seram tempatan, dan terbaru selepas kejayaan filem "Highland Tower", Pierre sekali tampil tampil mempertaruh filem seram terbarunya "Cerita Hantu Malaysia".


Pierre Andre, info, terkini, hiburan, filem cerita hantu malaysia,

Walaupun terpaksa bergantung dengan bajet yang sedikit, Pierre menaruh harapan filem ini akan mencapai kutipan pecah panggung.

Berkesempatan bertemu dengan pengarah berbakat ini ketika majlis pratonton filem "Cerita Hantu Malaysia" di Cathay Cineplex baru-baru sempat menemubual bagi mengetahui lebih lanjut mengenai pembikinan filem ini.


Pierre Andre, info, terkini, hiburan, filem cerita hantu malaysia,

Jom ikuti temubual bersama Pierre Andre.

Hai & Assalamualaikum.
Waalaikumussalam semuanya. Terima kasih kerana sudi hadir ke majlis pratonton filem "Cerita Hantu Malaysia".

Boleh kongsikan mengapa Pierre mahu mengarahkan filem jenis omnibus ini (iaitu filem yang mempunyai atau lebih cerita dalam satu filem)?

Saya mahu tampil dengan filem baru yang berbeza daripada filem-filem saya sebelum ini. Ini sesuatu baru untuk saya dan ia membuatkan saya sangat teruja mengarah filem ini, dan Alhamdulillah penggambaran filem berjalan dengan lancar.

Bagaimana Pierre boleh mendapat idea atau inspirasi untuk menghasilkan filem seperti ini?

Saya sudah lama berniat untuk mengarahkan sebuah filem yang mempunyai konsep sebegini, namun saya mahu ianya mempunyai cerita serta plot yang kuat. Saya mendapat inspirasi daripada cerita orang sekeliling yang mempunyai pengalaman mistik yang diceritakan kepada saya.

Adakah sukar untuk Pierre mengarah filem ini kerana konsepnya lain dari filem yang pernah Pierre arah sebelum ini?

Untuk karya terbarunya ini menuntut saya untuk mengasah ketajaman kreativiti dalam mengarah filem ini. Ini kerana kekurangan bajet pada sesuatu filem sebenarnya adalah cabaran buat setiap pengarah. Memang perkara ini sebenarnya menuntut kita berfikiran lebih terbuka, realistic dan kreatif untuk manfaatkan bajet itu.

Apakah cabaran yang dihadapi Pierre ketika menghasilkan filem ini dan berapakah bajet sebenar filem "Cerita Hantu Malaysia"?

Seperti yang saya katakan tadi saya tiada masalah dan yakin melakukan sebaik mungkin. Cuma beberapa perkara yang boleh mengekang kehendak kita seperti pemilihan pelakon. Saya mempunyai bajet hanya RM200,000 sahaja tidak termasuk promosi filem dan memang saya malu ketika mula membuat tawaran kepada pelakon mengambil kira bajet yang terhad. Maklumlah, masing-masing sudah ada nama tersendiri dalam industri.

Bagaimanapun, saya sangat bersyukur kepada semua pelakon yang sudi menerima tawaran berlakon saya. Saya bersyukur kerana mendapat kesemua pelakon yang saya hendak.


Bagaimana pula dengan komitmen pelakon-pelakon dalam menjayakan filem "Cerita Hantu Malaysia"?

Saya boleh katakan yang saya sangat berbangga dengan bakat semua pelakon-pelakon yang terlibat. Sebagai pengarah saya juga agak tertipu dengan ekspresi wajah Leez. Saya kadangkala tertanya adakah dia benar-benar dirasuk atau hanya menjayakan watak saja.

Apakah harapan dan sasaran Pierre terhadap filem terbaru arahan Pierre ini? Adakah ia mampu menandingi filem "Highland Tower" arahan Pierre sebelum ini?

Walaupun konsep kedua-dua filem ini berbeza, namun saya menaruh kepercayaan untuk melihat filem "Cerita Hantu Malaysia" mendapat kutipan pecah panggung.

Ini dianggap suatu galakan semangat buat penerbit yang masih berani melabur biarpun tahu kesuraman industri filem sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Terima kasih Pierre kerana sudi meluangkan masa untuk ditemubual!
Sama-sama, jumpa lagi.

Pierre Andre, info, terkini, hiburan, filem cerita hantu malaysia,

Kepada peminat-peminat filem seram arahan Pierre Andre, jangan ketinggalan untuk menyaksikan filem terbitan 3Line Media Sdn Bhd dan RAM Entertainment Sdn Bhd ini yang sudah pun ditayangkan sejak 25 Disember lalu.

Baca : Jalil Hamid kurangkan aktiviti seni kerana dipinggirkan 

Sumber : tupai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Jalil Hamid kurangkan aktiviti seni kerana dipinggirkan

Pelakon veteran Jalil Hamid mendedahkan beliau mengurangkan aktiviti seninya kerana sudah tawar hati dengan industri hiburan tempatan yang dilihat tidak menghargai artis lama.


Jalil Hamid kurangkan aktiviti seni, info, terkini, sensasi, gossip, jalil hamid,

"Berlakon ada, cuma tidak seperti dahulu. Sekarang penerbit lebih memandang rupa paras daripada bakat.

"Industri kita tidak seperti di negara luar yang menghargai bakat artis lama, bahkan artis veteran dibayar lebih mahal daripada artis muda yang popular," katanya yang dipetik dari HIP.

Dalam pada itu, Jalil turut mempertikaikan program-program realiti lawak yang kebanyakkan peserta tidak mempunyai bakat.

Ini kerana, menurut Jalil, untuk menjadi seorang pelawak, individu tersebut bukan hanya tahu membuat lawak sahaja, sebaliknya mampu menjadi penyanyi dan pelakon yang baik.

"Mereka mencari bakat yang ada nilai komersial. Tetapi, bakat yang dicungkil itu tiada usaha mengembangkan idea dan bakat."

Baca : Amir Raja Lawak Runsing Rumah Dilanda Banjir  

Sumber : tupai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Amir Raja Lawak Runsing Rumah Dilanda Banjir

Pelawak Amir (Raja Lawak) tidak boleh melelapkan mata kerana mengenangkan keadaan keluarganya yang berhadapan dengan musibah selepas rumah mereka di Kota Bharu, Kelantan dilanda banjir besar.


Rumah Amir Raja Lawak Dilanda Banjir , info, terkini, hiburan, banjir,

Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 26, berkata, keluarganya yang menetap di Guchil Bayam, masih berada di pusat pemindahan sejak Khamis lalu.

"Keadaan banjir di kampung saya sangat teruk dan saya dimaklumkan air naik sampai paras pinggang sejak Khamis lalu sehingga ahli keluarga saya terpaksa berpindah ke sekolah berhampiran.

"Saya di sini memang susah hati dengan keadaan mereka sampaikan sudah dua hari tidak dapat tidur kerana fikir apa mereka makan, bagaimana mereka tidur, semuanya menambah kerisauan saya, " katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.

Bagaimanapun, kata Amir, keluarganya agak bernasib baik kerana kediaman mereka berhampiran dengan bandar dan mudah mendapatkan bantuan daripada pihak berkuasa.

Dia juga sentiasa menghubungi ahli keluarga bagi mengetahui perkembangan dari semasa ke semasa.

"Alhamdulillah rumah kami tidak terlalu jauh dengan bandar dan mudah mendapat bantuan. Saya sedih melihat keluarga-keluarga mangsa lain yang terputus hubungan dengan luar dan sukar untuk mendapatkan bantuan.

"Ibu, ayah dan empat adik-beradik saya yang lain berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami apa-apa kecederaan dalam bencana itu. Cuma barang-barang rumah kami sahaja yang tidak dapat diselamatkan," katanya.

Amir berkata, dia tidak berpeluang untuk balik ke kampung ketika ini kerana masih terikat dengan beberapa urusan kerja.

Namun, dia akan pulang dalam masa terdekat bagi membantu keluarga memulihkan keadaan rumah.

"Kalau ikut hati memang saya nak balik tolong keluarga, namun ibu saya tidak benarkan dan menganggap hanya akan membebankan petugas dan mangsa yang ada.

"Lagipun ada beberapa urusan yang perlu saya selesaikan di sini. Insya-Allah, saya akan balik selepas keadaan pulih bagi membantu keluarga memperbaiki rumah," katanya.

Selain Amir, penyanyi 1980-an yang juga bekas Juara Bintang RTM iaitu Rosemaria Abdul Hamid juga turut bersedih apabila rumahnya di Kota Bharu turut ditenggalami air.

Baca : Fesyen Terkini Puteri Sarah Liyana 

Sumber : mstar.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Sunday, December 28, 2014

Fesyen Terkini Puteri Sarah Liyana

Pelakon terkenal, Puteri Sarah Liyana merangkap kepada isteri Syamsul Yusof telah dilihat menghadirkan diri ke ‪#‎karnivalmegasale‬ yang diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam.

Penampilannya sejak bergelar isteri orang kini semakin cantik dan memukau.

Untung Syamsul Yusof dapat beristerikan Puteri Sarah Liyana.

Fesyen Terkini Puteri Sarah Liyana, info, terkini, hiburan, sensasi, Puteri Sarah Liyana, Isteri Syamsul Yusof

Fesyen Terkini Puteri Sarah Liyana, info, terkini, hiburan, sensasi, Puteri Sarah Liyana, Isteri Syamsul Yusof

Fesyen Terkini Puteri Sarah Liyana, info, terkini, hiburan, sensasi, Puteri Sarah Liyana, Isteri Syamsul Yusof

Baca : Emma Maembong Tangga ke-71 Bagi 100 Most Beautiful Face 

Sumber : katakcomel.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Emma Maembong Duduki Tangga ke-71 Bagi 100 Most Beautiful Face

Pelakon terkenal Malaysia, Emma Maembong menjadi artis tunggal Malaysia yang berjaya tersenarai dalam 100 Most Beautiful Face bagi tahun 2014. Penyenaraian 100 Most Beautiful Face 2014 ini dianjurkan oleh portal hiburan TC Candler.


Emma Maembong Duduki Tangga ke-71 Bagi 100 Most Beautiful Face, info, terkini, hiburan, sensasi, Emma Maembong


Emma Maembong menduduki tanggi ke-71 sekaligus menewaskan Rachel Weisz, Megan Young, Scarlet Johansson dan Mila Kunis yang masing-masing berada pada tangga ke 98, 93, 81 dan 74.

Emma Maembong Duduki Tangga ke-71 Bagi 100 Most Beautiful Face, info, terkini, hiburan, sensasi, Emma Maembong


Selain dari artis-artis dari Hollywood, beberapa artis wanita dari Jepun, Britain, Korea

Tempat pertama senarai ini disandang oleh artis dari Korea Selatan, Nana, yang berada di tempat kedua pada tahun lepas.

Emma Maembong Duduki Tangga ke-71 Bagi 100 Most Beautiful Face, info, terkini, hiburan, sensasi, Emma Maembong
Nana duduki tempat pertama pada tahun ini.

Senarai 100 Most Beautiful Face ini telah diperkenalkan sejak tahun 1990 dan senarai ini menerima berjuta-juta cadangan setiap tahun bagi memilih 100 wajah yang tercantik

Baca : Fizo Omar Selfie Bantu Mangsa Banjir Di Kelantan Dikritik 

Sumber : Siakapkeli.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Fizo Omar Selfie Bantu Mangsa Banjir Di Kelantan Dikritik

Nampaknya, banjir di negeri-negeri Pantai Timur masih tidak pulih sepenuhnya. Prihatin dengan situasi yang semakin meruncing, Fizo Omar turut turun padang membantu mangsa di negeri kelahirannya, Kelantan.


Fizo Omar Selfie Bantu Mangsa Banjir Di Kelantan Dikritik, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, kontroversi, fizo omar


Bagaimanapun, dek kerana ‘kehebatan’ keyboard warrior di laman sosial, aksi Fizo Omar berselfie semasa dalam perjalanan membantu mangsa banjir telah dikritik hebat. Aih, nak beri bantuan pun jadi isu ke?
    Salam semua…ramai btol manusia yg hati busuk dan suka judge people sbb video selfie tgh banjir tu.gmbr tu di ambil semata2 utk tunjuk keadaan banjir di kelantan.sory to say ,kita diberikan akal fikiran dan itu membezakan manusia dgn binatang,jgn letakkan diri tu setaraf dgn ….

    Xperlu nak postkan semua gmbr tgh bantu mangsa yang terkandas dan tgh bg makanan semua..

    Yg dok komen mcm2 tu meh sama2 kita trn ke kelantan ni bg bantuan drpd dok tunjuk tahap kecerdikan dlm fb ni.

    Xdpt turun pun berdoa pun jd lah.mgkn hri ni nasib orng lain xbaik.nntah2 esok lusa giliran kita plak n then orng yg kita dok kutuk2 pula dtg tlng bila dlm kesusahan.


Meskipun begitu, usaha murni yang dilakukan oleh Fizo mendapat pujian daripada orang ramai, lebih-lebih lagi ahli keluarga mangsa.

Fizo bersama beberapa orang sukarelawan yang lain dilihat begitu berani mempertaruhkan nyawa mereka meredah banjir demi menyampaikan bantuan makanan kepada mangsa yang kelaparan.

Fizo Omar Selfie Bantu Mangsa Banjir Di Kelantan Dikritik, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, kontroversi, fizo omar

Fizo Omar Selfie Bantu Mangsa Banjir Di Kelantan Dikritik, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, kontroversi, fizo omar

Fizo Omar Selfie Bantu Mangsa Banjir Di Kelantan Dikritik, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, kontroversi, fizo omar

Fizo Omar Selfie Bantu Mangsa Banjir Di Kelantan Dikritik, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, kontroversi, fizo omar





Baca : Izreen Azminda Dilayan Macam Sampah 

Sumber : ohbulan.com

 photo good_zps9ceffaa5.gif