Monday, December 29, 2014

Ayah Puteri Balqis Mula Berlagak Diva?

Bukan perkara baru dalam dunia artis jika seseorang itu popular, ada orang di belakang tabir yang akan mula berlagak seperti dunia ini mereka yang punya. Terbaru, pelakon cilik Puteri Balqis terkena tempias dek sifat tidak professional ayahnya sendiri.


Ayah Puteri Balqis Mula Berlagak Diva?, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Puteri Balqis

Pengarah popular, Azman Yahya atau lebih dikenali sebagai Jinggo berkongsikan satu perbualan diantara kakitangan JS Pictures Sdn Bhd dan ayah Puteri Balqis memaklumkan perkara pembatalan mengambil pelakon kanak kanak itu untuk produksi mereka.


Ayah Puteri Balqis Mula Berlagak Diva?, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Puteri Balqis

Ayat yang dihantar kakitangan produksi itu cukup professional pada hemat kami namun balasan yang diterima dari ayah Puteri Balqis memang tiada sifat professional, tidak sesuai dengan imej anaknya yang kini mendapat pengiktiran peringkat Asia.


Ayah Puteri Balqis Mula Berlagak Diva?, gossip, Hiburan, info, Puteri Balqis, sensasi, terkini,

Artikel Terdahulu :  

Jinggo turut menambah yang Puteri Balqis belum pun bertemu dengan produksi untuk sebarang perbincangan lanjut dan ayahnya telah meminta deposit 50% dari bayaran penuh walaupun belum melihat skrip lakonan — mengalahkan bintang besar lain.


Ayah Puteri Balqis Mula Berlagak Diva?, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Puteri Balqis

Harap lain kali ayah Puteri Balqis atau sesiapa sahaja yang bekerja di belakang tabir boleh lebih professional menguruskan perkara sebegini, barulah kerjaya mereka yang di hadapan kamera ini akan lebih bersinar dan dihormati, ‘kan?

Baca : Zul Ariffin Berlagak Lakonan Berkualiti? 

Sumber : rotikaya.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Zul Ariffin Tunjukkan Lakonan Berkualiti

Kenyataan keluar bukan kerana Zul Ariffin mahu berlagak atau mendabik dada dengan status beliau kini yang semakin popular dan diterima ramai kerana lakonan berkesan namun ianya satu kenyataan untuk menepis dakwaan lapuk yang beliau popular kerana kontroversi.


Zul Ariffin Tunjukkan Lakonan Berkualiti, info, terkini, hiburan, pelakon popular, Zul Ariffin

Pelakon berusia 28 tahun ini berkata sejak awal kemunculan beliau dalam dunia seni, beliau sering dilemparkan tuduhan popular kerana gosip liar selain menumpang populariti orang lain.

“Sekarang saya sudah buktikan bahawa saya seorang pelakon yang berkualiti. Saya ingin orang kenali saya kerana hal yang berkaitan dengan kerjaya dan bukannya kontroversi atau pun gosip liar. Saya sangat suka orang menghargai karier seni saya tapi kurang gemar untuk mendedahkan hal peribadi saya kepada umum,” ujarnya kepada Mangga Online.

Selepas mencipta nama menerusi drama bersiri Rindu Awak 200%, Zul Ariffin kini digandingkan bersama pelakon baru Faey Khusairy menerusi drama terbaru berjudul Istikharah Cinta yang kini sedang ditayangkan di slot Akasia TV3.

Zul Ariffin Tunjukkan Lakonan Berkualiti, info, terkini, hiburan, pelakon popular, Zul Ariffin

Zul Ariffin Tunjukkan Lakonan Berkualiti, info, terkini, hiburan, pelakon popular, Zul Ariffin

Baca : Review Filem Terbaik Dari Langit  

Sumber : rotikaya.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Review Filem Terbaik Dari Langit

TERBAIK DARI LANGIT (2014) ialah filem kedua arahan Nik Amir Mustapha selepas filem KIL (2013) yang diiktiraf sebagai filem terbaik dalam beberapa buah majlis anugerah tempatan. Kali ini, Nik bergabung dengan penulis skrip Redza Minhat yang juga seorang penulis skrip teater dan telefilem yang berpengalaman, terbukti berhasil menggarap dan mempersembahkan sebuah karya yang baik. Ia ada kisah persahabatan, kehidupan, cinta dan fiksyen sains dalam garapan drama dan komedi.

Filem ini mengisahkan sekumpulan sahabat yang berjumpa semula selepas 15 tahun mereka berpisah membawa haluan masing-masing semenjak meninggalkan bangku sekolah. Ibaratnya, seperti school reunion atau alumni rakan se-asrama yang dipertemukan kembali diterajui oleh Berg (Bront Palarae). Misi utama Berg dengan bantuan rakan-rakannya, Ijam (Iedil Putra), Toyu (Amerul Affendi) dan Ali (Megat Sharizal) ialah untuk membikin sebuah filem eksperimen atau filem bajet murah di sepanjang perjalanan menjejaki 3 tapak kawasan yang pernah kononnya dilawati oleh makhluk asing, UFO.

“Drama, drama, drama, ending dia ada UFO!” kata Berg kepada Ijam dalam satu babak. Sebegitulah secara ringkasnya kisah Terbaik Dari Langit. Adakah mereka benar-benar akan menjumpai makhluk asing atau sebenarnya mereka akan menemui benda yang lain? Silakan ke panggung wayang sekarang kalau nak tahu apa yang best sangat tentang filem ini?

AMARAN: Ulasan seterusnya mungkin mengandungi spoiler, baca dengan risiko sendiri

Review Filem Terbaik Dari Langit, info, terkini, hiburan, Terbaik Dari Langit, filem baru 2014,


Terbaik Dari Langit asalnya berjudul Bikin Filem kerana ia sememangnya mengisahkan susah-payah di belakang tabir untuk membikin sebuah filem pendek bersama kawan-kawan. Namun begitu, usaha ‘pembikinan filem’ yang diarahkan oleh Berg itu menjadi asas penyebab untuk mereka bersatu semula. Filem ini seronok untuk ditonton kerana akan mengingatkan kita kepada sahabat karib atau BFF semasa di sekolah dahulu.

Ia sebuah filem yang mudah dihadam kerana konflik yang terpendam dalam hati masing-masing di asrama dulu-dulu, mungkin boleh dikatakan semua orang pernah melalui dan merasainya. Terbaik Dari Langit memberikan ruang dan waktu kepada Berg, Ijam, Ali dan Toyu untuk bersemuka semula bagi meluahkan dan menyelesaikan apa yang terbuku selama ini.

Kisahnya bergerak dalam kronologi babak-babak flashback semasa di sekolah asrama lakonan baik oleh Berg (Zack Zharif), Ijam (Rahman Rahim), Toyu (Aliff Azeman) dan Ali (Hanif Latip) diselang-seli dengan penceritaan ala road movie Berg versi Bront Palarae dan rakan-rakannya yang sudah dewasa sekarang. Filem ini juga mengadun pengembangan kematangan watak-wataknya sebagai sebuah filem coming-of-age menjadikan ia begitu sesuai ditonton untuk semua peringkat umur, remaja mahu pun yang sudah besar panjang.

Review Filem Terbaik Dari Langit, info, terkini, hiburan, Terbaik Dari Langit, filem baru 2014,


Pemecahan dua kisahnya yang silih-berganti, di belakang iaitu zaman sekolah dan di depan iaitu sepanjang perjalanan yang berhenti-henti, menceritakan punca sebenar keretakan hubungan persahabatan Ijam dan Ali. Watak Toyu juga ada suatu rahsia yang disimpan selama ini. Manakala watak Berg yang masih taksub dengan hobi membikin filem dan minatnya memburu UFO seolah-olah menjadi pengikat semua orang. Namun begitu, Berg juga ada konflik dalaman dirinya sendiri.

Pengembaraan yang nampak tak serasi di awalnya lagi apabila mereka memulakan perjalanan bersama-sama dalam sebuah van buruk sempit seperti perangkap kecil yang tidak dirancang betul-betul. Tetapi perjalanan itulah juga ialah kebebasan atau eskapisme yang sangat diperlukan oleh semua orang dan momen bernafas melihat sisi pandang orang lain terhadap diri mereka.

Ijam mahukan ruang berfikir sebelum benar-benar berkahwin dengan Zelda (Siti Saleha). Toyu yang selalu rendah diri perlukan pendesak untuk percaya pada kelebihannya sebelum yakin menjadi seorang guru. Ali kelihatan seperti seorang yang sentiasa go with the flow tidak kisah apa-apa, diuji setinggi mana takat didih barannya. Berg pula ialah seorang seniman yang mesti disedarkan dari fantasi karut-marut UFO dia, iaitu realiti sebenar dunia perfileman tempatan? Pendek kata, filem ini ialah kisah tampar-menampar dan menempelak secara jujur dan telus sesama sendiri demi untuk kebaikan masa depan mereka bersama. Ia seumpama gunung berapi hidup yang akhirnya boom! Meletup!


Review Filem Terbaik Dari Langit, info, terkini, hiburan, Terbaik Dari Langit, filem baru 2014,

Di samping itu, watak lain yang berada di tengah-tengah kemelut yang melarat dan melalut sejak zaman sekolah di antara empat sekawan itu ialah Sofia Jane (Nadiya Nisaa) serta Sara (Sharifah Amani) sebagai orang tengah di antara Ijam dan Zelda. Sofia dan Sara ialah penyambung hubungan yang berpecah-belah juga menjadi pelontar kata putus muktamad apa yang mesti dilakukan seterusnya. Kenapa nama watak Sofia Jane, kita kena tonton dan selepas itu tanya Redza Minhat di media sosial ya!

Sebagai sebuah filem yang menggabungkan ramai pelakon atau ensemble cast kebarangkalian satu-satu watak melebihi keperluan penampilan watak yang lain tidak berlaku. Dalam erti kata lain, setiap watak mempunyai latar cerita tersendiri yang akan ke depan silih-berganti untuk bercerita dalam setiap konflik yang berlaku. Filem ini beruntung kerana dibarisi para pelakon yang diasah dari berbagai latar, pentas teater atau bakat yang berkembang dek pengalaman setelah berlakon di televisyen dan beraneka filem komersial atau drama berat.

Review Filem Terbaik Dari Langit, info, terkini, hiburan, Terbaik Dari Langit, filem baru 2014,


Dari sudut pembikinan, filem ini jelas dibentuk dengan teliti dari serba-serbi nilai produksi bermula penulisan skrip, perwatakan, lakonan, lokasi, suntingan, skor muzik dan pengarahan. Mungkin tidak seratus-peratus sempurna, namun secara peribadi saya merasakan bahawa filem ini di antara yang bagus dalam tahun 2014 dari usaha gigih kerja keras para karyawan yang terlibat.
KESIMPULAN

Terbaik Dari Langit (2014) ialah sejenis filem yang mengimbas kenangan pahit-manis penonton di zaman sekolah dahulu malahan mampu mencetus kita untuk mencari nombor telefon, alamat e-mail atau carian rakan-rakan di facebook selepas habis menontonnya. Juga kalau anda mahu menyelami sedikit ke dasarnya, ia juga bercerita tentang gambaran dunia perfileman tempatan dari kaca mata pembikin dan produksi filem ini.


Baca : Fazura Terbabit Dalam Video Lucah? 

Sumber : rotikaya.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Fazura Terbabit Dalam Video Lucah?

Sudah mahu masuk tahun 2015 dan masih ada lagi pihak yang tidak bertanggungjawab menyebar video lucah yang dikatakan milik selebriti tempatan dan Nur Fazura menjadi mangsa terbaru dan ini bukan buat pertama kalinya selepas insiden beberapa tahun lalu.


Fazura Terbabit Dalam Video Lucah?, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, nur fazura,

Menurut laporan Harian Metro hari ini, Nur Fazura menafikan dirinya sebagai pelaku dalam sebuah video lucah yang disebarkan pihak tertentu menerusi e-mail sejak minggu lalu.

Fazura Terbabit Dalam Video Lucah?, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, nur fazura,


“Saya tidak pernah terbabit dengan mana mana video lucah. Saya telah dapatkan nasihat undang undang dan tidak teragak agak untuk mengambil tindakan terhadap penyebar video berkenaan,” ujarnya yang telah membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Video berdurasi seminit itu dihantar oleh seorang individu tidak dikenali kepada wartawan Harian Metro pada 23 Disember lalu dan ianya memaparkan aksi wanita yang wajahnya dikatakan mirip Fazura bersama seorang lelaki.


Fazura Terbabit Dalam Video Lucah?, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, nur fazura,

Fazura Terbabit Dalam Video Lucah?, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, nur fazura,

Fazura Terbabit Dalam Video Lucah?, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, nur fazura,

Fazura Terbabit Dalam Video Lucah?, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, nur fazura,

Fazura Terbabit Dalam Video Lucah?, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, nur fazura,

Baca : 4 Foto Fesyen Neelofa Yang Agak Ketat  

Sumber : rotikaya.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Keprihatinan Selebriti Kepada Mangsa Banjir

Bencana banjir yang melanda beberapa buah negeri di negara kita turut mendapat perhatian daripada selebriti tempatan. Pelbagai inisiatif dibuat mereka untuk mengumpul dana bagi membantu mangsa-mangsa banjir. Jom semak Instagram mereka untuk melihat keprihatinan selebriti terhadap perkara yang berlaku.


Keprihatinan Selebriti Kepada Mangsa Banjir, info, terkini, hiburan, artis bantu mangsa banjir, sensasi

Awal Ashaari

Keprihatinan Selebriti Kepada Mangsa Banjir, info, terkini, hiburan, artis bantu mangsa banjir, sensasi

Walaupun sibuk membuka booth di Vendeur Festival, pasangan suami isteri ini tetap meluangkan masa mengutip dana bagi membantu mangsa banjir menerusi Tabung Kemanusiaan Mercy Malaysia.

Liyana Jasmay

Keprihatinan Selebriti Kepada Mangsa Banjir, info, terkini, hiburan, artis bantu mangsa banjir, sensasi

Liyana menggunakan pendekatan menyalurkan RM1 dari setiap pembelian tudung jenama Mermaid Luxe miliknya yang dijual di Vendeur Festival untuk disalurkan ke tabung mangsa banjir bagi membeli lampin pakai buang.

Dato’ Siti Nurhaliza

Keprihatinan Selebriti Kepada Mangsa Banjir, info, terkini, hiburan, artis bantu mangsa banjir, sensasi

Penyanyi tersohor ini turut terlibat dengan misi bantuan bagi meringakan beban mangsa-mangsa banjir di Kuala Lipis, Pahang.

Amy Search

Keprihatinan Selebriti Kepada Mangsa Banjir, info, terkini, hiburan, artis bantu mangsa banjir, sensasi

Walapun sibuk dengan program Mentor Legend, namun penyanyi rock terkemuka ini turut meluangkan masa mengutip derma bersama protegenya Sarah di booth Airish Miracle di Vendeur Festival.

Aaron Aziz

Keprihatinan Selebriti Kepada Mangsa Banjir, info, terkini, hiburan, artis bantu mangsa banjir, sensasi

Pelakon ‘Ombak Rindu’ ini membeli barangan keperluan untuk mangsa banjir menerusi misi #projekbanjiraaronators yang dilakukan bersama peminatnya.

Sazzy Falak

Keprihatinan Selebriti Kepada Mangsa Banjir, info, terkini, hiburan, artis bantu mangsa banjir, sensasi

Anak kembar Sazzy turut membantu Sazzy mengumpul pakaian-pakaian lama untuk diberi kepada mangsa-mangsa banjir.

Datuk Aznil Nawawi

Keprihatinan Selebriti Kepada Mangsa Banjir, info, terkini, hiburan, artis bantu mangsa banjir, sensasi

Nukilan dari Aznil mengenai iktibar yang boleh kita dapat dari apa yang menimpa negara kita.

Azza Elite

Keprihatinan Selebriti Kepada Mangsa Banjir, info, terkini, hiburan, artis bantu mangsa banjir, sensasi

Menerusi 'Kempen Kemanusiaan – Sentuhan Hati ke Hati', Azza serta rakan artis yang lain dengan kerjasama Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) mengumpul dana dan barangan bagi membantu mangsa banjir. Sumbangan kewangan juga boleh dibuat melalui akaun Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) menerusi akaun 21416500020170 (RHB Bangsar).

Baca : 4 Gambar Neelofa Bertudung Dan Pakai Seluar Jeans Ketat  

Sumber : gua.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif