Wednesday, January 28, 2015

Dynas Mokhtar Kini Bercinta Dengan Jejaka Berbadan Sado?

Meskipun sudah disahkan bercerai dengan suaminya pada awal tahun lalu, namun kisah perceraiannnya baru diketahui umum pada baru-baru ini iaitu penghujung tahun lalu.Pandai juga pelakon Dynas Mokhtar ini menyembunyikan kisah perceraiannya bukan?


Dynas Mokhtar Kini Bercinta Dengan Jejaka Sado?, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Dynaz Mokhtar

Yelah, siapa yang seronok nak beritahu umum mengenai kisah peribadi yang tak sedap didengar itu kan?Namun, kehidupan perlu diteruskan walapun dia kini sudah punya 2 orang cahaya mata dalam perkahwinannya itu. Dapat tahu Dynas sekarang sedang keluar bersama seseorang jejaka yang dikenalinya sejak sekolah dulu.

Macam mana boleh dapat cerita? Sebenarnya rakan yang sampaikan setelah pulang daripada menonton sesi rakaman sebuah program. Dalam program itu, rakan baiknya yang juga rakan artis sendiri membongkar bahawa dia kini semakin bahagia dengan seorang jejaka berbadan sado.Ala berbadan sado tu maksudNya yang ada banyak muscle atau otot kat badan tulah.

Hehehe, kemudian, hos rancangan itu sendiri minta Dynas menerangkan siapa jejaka itu. Dynas pun mengaku memang dia kini sedang mengenali hati budi jejaka itu yang merupakan rakan sekolahnya dulu.Wah baguslah begitu, doakan semoga hubungan mereka dapat berkekalan dan anak-anak pun sudi menerima orang baru ang menjadi suri di hati ibunya.

Sumber : murai.com.my

Mas Idayu kesal dengan tindakan Zuan Azmi

Penyanyi dangdut popular Mas Idayu kesal apabila pengacara belakang pentas "Mentor Legend" Zuan Azmi memuat naik status di laman sosial Twitter menyelarnya kerana mencekiknya.


Mas Idayu kesal dengan tindakan Zuan Azmi, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, kontroversi, Mas Idayu, Zuan Azmi

"Saya tak tahu pula dia tak boleh bergurau kasar. Kalau nak lihat penampilan saya dalam rancangan seperti ini sememangnya sentiasa dibayangi gurauan kasar.

"Dulu, ketika di "Mentor 3", saya siap bawa rotan. Tetapi tiada apa-apa masalah pun.

"Saya baru dapat tahu yang dia menulis tentang perkara ini di Twitternya. Saya pula sememangnya tidak mempunyai Twitter dan saya tahu pasal ini setelah seorang peminat prihatin mengirimkan WhatsApp kepada saya.

"Dia menulis menulis sesuatu di belakang saya. Jadi siapa yang tidak profesional sekarang ini? Saya tau dia?," katanya yang dipetik dari Sinar Harian.

Tambah Mas Idayu lagi, dia mencekik Zuan hanyalah sekadar gurauan spontan dan bukannya dibuat-buat.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 41 tahun itu enggan memanjangkan isu tersebut dan telah memohon maaf kepada Zuan menerusi Penerbit Eksekutif Mentor Legend, Muhd Sufian Isa.

Sumber : tupai.com.my

Bekas isteri Jimmy Shanley dihukum penjara

Bekas isteri kepada pengacara Jimmy Shanley, Nursuhaila Eliani Suhaimy telah dijatuhi hukuman penjara selama tujuh hari berikutan ingkar perintah mahkamah berhubung hak lawatan dan bermalam anak mereka.


Bekas isteri Jimmy Shanley dihukum penjara, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, berita, Jimmy Shanley, isteri Jimmy Shanely

Menurut laporan sebuah portal akhbar tempatan, Hakim Syarie, Mawardi Che Man telah mengarahkan hukuman ke atas Nursuhaila bermula hari ini.

Terdahulu, Jimmy dan Nursuhaila telah berkahwin pada 1 Oktober 2010 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Zahrah Rania Shanley yang kini berusia 3 tahun.

Bagaimanapun perkahwinan mereka tidak bertahan lama apabila mereka bercerai pada 10 Oktober 2012.

Sumber : tupai.com.my

Tuesday, January 27, 2015

Miley Cyrus Sudah Hilang Rasa Malu, Gemar Berbogel?

Sifat malu yang kian berkurangan dapat dilihat kepada perilaku Miley Cyrus yang seperti mahukan perhatian serta diingati dengan aksi daringnya yang gemar berbogel itu. Kemungkinan yang lain pula adalah dia mengalami masalah mental dan bertindak sedemikian.


Miley Cyrus Sudah Hilang Rasa Malu, info, terkini, sensasi, hiburan, Hollywood celebrities, Miley Cyrus,

Minggu ini hanya selepas dua minggu dia tampil didalam V Magazine dengan beberapa halaman yang menampilkan dirinya yang berbogel dan beraksi ghairah dirakam secara polaroid, dia menjadikan pesisir pantai di Hawaii ruang baru untuknya mendedahkan aset yang dimiliki penyanyi lagu Wrecking Ball itu.

Dia ditemani teman lelaki tersayang Patrick Schwarzenegger, 21, Miley hanya mengenakan seluar pendek hitam, itu sahaja manakala Patrick mengenakan celena pendek biru muda jarang.


Miley Cyrus Sudah Hilang Rasa Malu, info, terkini, sensasi, hiburan, Hollywood celebrities, Miley Cyrus,

Dalam berita lainnya pula Miley dikhabarkan sukar untuk mengeja dan menyebut nama penuh Patrick yang memiliki darah keturunan Austria di sebelah bapanya Arnold Schwarzenegger, ahli bina badan yang juga pelakon terkenal Hollywood.


Miley Cyrus Sudah Hilang Rasa Malu, info, terkini, sensasi, hiburan, Hollywood celebrities, Miley Cyrus,

Komen yang diberikan oleh peminat amat tidak bersetuju dengan tindakan Miley yang penah diangkat sebagai idola buat kanak –kanak remaja yang mengenalinya dengan siri Hannah Montana.

Sumber : murai.com.my

Pelakon Elyana Dipaksa Suami Berlakon Semula?

Penyanyi dan pelakon Elyana memberitahu suaminya, Khairul Anuar Husin, 40, sentiasa memaksa agar dia kembali aktif dalam bidang seni selepas hampir empat tahun menyepikan diri.


Pelakon Elyana Dipaksa Suami Berlakon Semula?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Elyana, keluarga karaoke

Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal, 28, berkata, suaminya bimbang dia mungkin bosan menjadi suri rumah sepenuh masa.

"Selepas berkahwin dan hamil keputusan untuk memperlahankan kerjaya datang dari diri sendiri kerana ingin melihat anak membesar depan mata sendiri.

"Kini anak kami sudah pun berusia empat tahun dan dia banyak memberi galakkan supaya saya kembali aktif kerana mahu saya bersemangat dan meneruskan minat dalam bidang seni," katanya kepada mStar Online.

Elyana ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri lakonannya berjudul Keluarga Karaoke di Red Box Pavillion di sini, Selasa.

Selain Elyana, drama 60 episod itu turut dibintangi oleh Raja Ema, Sherry Ibrahim, Elfaeza Ul-Haq, Zarina Zainuddin, Beego dan Dazrin Kamarudin.

Ia bakal disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Rabu pada pukul 10 malam bermula 9 Februari depan di saluran Mustika HD (134).


Pelakon Elyana Dipaksa Suami Berlakon Semula?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Elyana, keluarga karaoke

Imej terbaru Elyana

Dalam pada itu, Elyana berkata, dia berani untuk bergiat aktif sebagai penyanyi dan pelakon kerana anaknya, Cinta Sumaiyah, 4, sudah pun memulakan pembelajaran di peringkat pra-sekolah.

Malah kata Elyana, Khairul Anuar turut memberikan keyakinan akan menjaga anak sekiranya dia sibuk memandangkan suaminya itu bekerja sendiri.

"Dia pun dah besar dan pandai bercakap jadi saya tidak risau sangat kalau hendak keluar bekerja tambahan pula suami ringan tulang menjaganya," ujar Elyana.

Sementara itu, Elyana berkata, dia kini sedang dalam proses merakamkan album terbaharunya yang tergendala hampir empat tahun lalu.

Jelas Elyana, album berkenaan bakal memuatkan 10 buah lagu dan akan diterbitkan oleh Aidit Alfian.

"Sepatutnya album itu dah siap empat tahun lalu tetapi kerana saya berkahwin, dapat anak dan sibuk menguruskan rumah tangga jadi saya tangguh terlebih dahulu.

"Tetapi saya selesa apabila dapat kembali berkolaborasi dengan Aidit kerana dia memahami kehendak saya sebagai penyanyi, katanya.

Dalam perkembangan lain, Elyana berkata, dia teruja dapat kembali berlakon dan berharap drama Keluarga Karaoke mampu memberi impak kepada kariernya.

Jelas Elyana, dia tidak berasa kekok kembali memasuki set penggambaran selepas sekian lama malah seronok dapat bertemu rakan-rakan artis lain.

"Sebelum album diharap drama bersiri ini dapat mengubat rasa rindu peminat dan ia sebuah karya yang cukup santai tetapi menyeronokkan," jelasnya.

Sumber : mstar.com.my

Punca Anuar Zain Tolak Tawaran Jadi Juri atau Mentor

Penyanyi Anuar Zain tidak berminat untuk terlibat sebagai juri atau mentor dalam mana-mana program realiti buat masa ini.


Punca Anuar Zain Tolak Tawaran Jadi Juri Mentor, info, terkini, hiburan, sensasi, Anuar Zain, Mentor, gossip, kontroversi

Anuar atau nama sebenarnya Shahrul Anuar Zain, 45, berkata, selain kekangan masa dia lebih selesa memberikan tumpuan kepada karier nyanyian berbanding perkara lain.

"Bukan hendak jaga eksklusif diri atau isu lain tetapi buat masa ini memang saya belum bersedia untuk terlibat dalam apa juga peranan dalam mengadili peserta program realiti.

"Ini kerana saya lebih selesa bergelar penyanyi dah hanya mahu fokus kepada perkara itu sahaja," katanya kepada mStar Online.

Anuar ditemui pada majlis pelancaran album Anuar Zain - Tiga Dekat Muzik, Cinta Dan Sanubari Live In Concert  yang diadakan di TGV One Utama di sini pada Selasa.

Tambah Anuar, sebelum ini ada beberapa pihak produksi membuat tawaran kepadanya namun dia menolak secara baik.

Punca Anuar Zain Tolak Tawaran Jadi Juri Mentor, info, terkini, hiburan, sensasi, Anuar Zain, Mentor, gossip, kontroversi

"Untuk menjadi mentor atau juri memerlukan komitmen yang cukup tinggi dan banyak produksi bertanya sekiranya saya berminat tetapi terpaksa menolak secara baik," katanya.

Dalam pada itu, Anuar berkata, tahun ini dia merancang untuk mengadakan sebuah lagi konsert berskala besar selepas kejayaan persembahan pertama yang diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam dua tahun lalu.

Jelas Anuar, pengalaman menerbitkan sendiri konsert berkenaan menerusi syarikatnya, Anuar Zain Network akan digunakan untuk membuat penambahbaikkan kepada konsert keduanya itu nanti.

"Sebenarnya saya rancang untuk mengadakan konsert kedua pada tahun lalu tetapi disebabkan beberapa masalah ia terpaksa ditunda.

"Bagaimanapun tahun ini saya harap impian untuk mengadakan konsert tersebut akan menjadi kenyataan tambahan pula mendapat permintaan daripada peminat," katanya.

Bagaimanapun kata Anuar, dalam masa terdekat dia bakal mengadakan konsert di The Star Theatre, Singapura pada 7 Februari depan.

Kata Anuar, konsert yang diberi judul Anuar Zain Three Decades of Music itu akan menyaksikan dia menyampaikan seleksi lagu-lagu hitnya dan berharap ia akan turut mendapat sambutan penonton negara ini.

Sementara itu, Anuar berkata, dia juga sedang dalam proses merakamkan album terbaharunya dan memberitahu sudah pun mempunyai lima buah lagu untuk dimuatkan dalam album berkenaan.

Katanya, biarpun sedar penjualan album tidak menentu buat masa ini namun dia tetap menghasilkan album penuh demi peminatnya.

"Saya masih memilih dua buah lagu lagi untuk dimasukkan ke dalam album berkenaan dan Insya-Allah ia akan dilancarkan dalam tahun ini juga.

"Saya tetap hendak hasilkan album berbanding single kerana ini adalah cara untuk saya menghargai peminat dan menunjukkan rasa kasih sayang kepada mereka," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Anuar berkata, Anuar Zain - Tiga Dekat Muzik, Cinta Dan Sanubari Live In Concert' hanya dilancarkan selepas dua tahun persembahan itu berakhir kerana pihaknya terikat dengan beberapa syarat selepas ia disiarkan menerusi NTV7 tahun lalu.

"Konsert ini pernah ditayangkan di NTV7 sebelum ini dan ada tempoh tertentu ditetapkan oleh pihak stesen sebelum ia boleh dilancarkan dalam bentuk CD, VCD dan DVD.

"Bagaimanapun pihak Anuar Zain Network dan Universal Music ada strategi tertentu dan merasakan sekarang paling sesuai untuk melancarkan album berkenaan," jelasnya.

Malah konsert berkenaan akan ditayangkan secara eksklusif di TGV One Utama pada 15 Februari depan pada pukul 3 petang khas buat peminat hanya untuk sehari.

Untuk tempahan tiket tayangan istimewa itu boleh melayari www.tgv.com.my atau laman Facebook TGV Cinemas.

Sumber : mstar.com.my

Gambar Sek$i Lindsay Lohan Jadi Bahan Jenaka?

Artis Hollywood penuh kontroversi, Lindsay Lohan baru-baru ini dimasukkan ke hospital kerana demam Chikungunya dan menerima rawatan bagi memulihkannya. 


Gambar Sek$i Lindsay Lohan Jadi Bahan Jenaka?, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, kontroversi, Hollywood celebrities, Lindsay Lohan

Malangnya, setelah pulih dan dibenarkan pulang Lindsay tanpa berfikir akan kesannya bertindak memuat naik gambar sek$inya ke laman Instagram dengan kapsyen tertera:

    “#mycalvins are helping me fight off my chikungunya hehe”


Gambar Sek$i Lindsay Lohan Jadi Bahan Jenaka?, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, kontroversi, Hollywood celebrities, Lindsay Lohan

Gambar Sek$i Lindsay Lohan Jadi Bahan Jenaka?, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, kontroversi, Hollywood celebrities, Lindsay Lohan


Gambar selfie di dalam bilik air yang dimuat naiknya menunjukkan susuk tubuh dari sisi dan kelihatan perutnya yang kurus. Kalau sekali pandang je memang tak fikir perkara lain melainkan kesek$ian dirinya.

Malangnya gambar itu telah menjadi bahan jenaka bagi pengikutnya di Instagram kerana mendapati gambar itu sememangnya kesan suntingan Photoshop semata-mata. Kalau dilihat betul-betul, botol-botol mandiannya kelihatan sedikit melengkung. Ternyata tindakannya menipu dengan kurang bijak ini mendapat kritikan para peminat serta pengikut Instagram.


Gambar Sek$i Lindsay Lohan Jadi Bahan Jenaka?, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, kontroversi, Hollywood celebrities, Lindsay Lohan


Kalau nak nampak kurus pun takkan sampai sanggup letak badan orang lain kat diri sendiri kan. Ahaks. Kalau betul-betul nak menipu jangan kasi sampai orang tahu. Hehehe, apa-apa pun memang lawak juga dan satu cubaan yang sangat berani dilakukan oleh Lindsay Lohan.

Sumber : gosipmalaysia.com

Mahkamah Arah Awie Serah Anak Kepada Rozana, Dapat Hak Lawatan

Melihat kepada keputusan mahkamah terbaru ini, nampaknya Rozana Misbun menang sementara dalam kemelut rumahtangga bersama Awie selepas Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur memutuskan hak jagaan sementara kini jatuh ke atas tangan Rozana.


Mahkamah Arah Awie Serah Anak Kepada Rozana, Dapat Hak Lawatan, info, terkini, hiburan, sensasi, Awie, Rozana Misbun,

Hakim Syarie, Ibrahim Deris memutuskan tiga anak mereka iaitu Putra Ahmad Merrah, 8, Putra Ahmad Rezzki, 7, dan Puteri Qasseh Antasha, 5, diserahkan kepada Rozana sebagai ibu sehingga perintah kekal hak jagaan anak dikeluarkan oleh mahkamah.

Awie atau Ahmad Azhar Othman, selaku responden diberikan hak melawat di kediaman anak-anak tersebut selama dua jam sebanyak dua kali sebulan iaitu pada hari Sabtu dan Ahad pada minggu pertama dan ketiga dengan memaklumkan kepada Rozana.

Rozana Misbun mendakwa anak anaknya itu bagaikan keliru selepas tujuh bulan mereka terpisah selepas beliau dilarang untuk bertemu mereka dan hanya dapat bertemu mereka di sekolah masing masing.

Sumber : rotikaya.com

Status Sedih Diana Rafar Selepas Fail Perceraian Dengan Zamarul Hisham

Beberapa bulan yang lalu peminat dikejutkan dengan kisah keretakan rumah tangga di antara pelakon Diana Rafar dan Zamarul Hisyam. Semuanya terjawab apabila Diana bertindak memfailkan perceraian terhadap Zamarul pada 15 Januari lalu.


Status Sedih Diana Rafar Selepas Fail Perceraian, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, diana rafar, kes cerai diana rafar

Namun penampilan terbaru Diana Rafar yang dikatakan telah bertudung sepenuhnya selepas krisis rumahtangga mendapat perhatian kami.

Status Sedih Diana Rafar Selepas Fail Perceraian, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, diana rafar, kes cerai diana rafar

Status Sedih Diana Rafar Selepas Fail Perceraian, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, diana rafar, kes cerai diana rafar

Menerusi beberapa keping foto terkini yang dikongsi olehnya di laman Instagram, Diana dilihat manis bertudung. Malah foto beserta ayat motivasi ini jelas menunjukkan Diana cuba untuk melupakan apa yang terjadi dan membuka lembaran hidup baru.

Jika benar Diana sudah berhijab sepenuhnya, baguslah kerana peminat pun sentiasa mendoakan yang terbaik buat Diana. Harap Diana terus tabah mengharungi hari mendatang dan menjaga kebajikan anak walaupun sudah berpisah nanti.

Sumber : ohbulan.com