Sunday, June 28, 2015

Shahrul Yang ‘Flirt’ Dengan Saya – Elizabeth Tan

Elizabeth Tan. Memang bergetar iman melihat penyanyi lagu Knock Knock ini. Kalau tak kerana dalamnya cinta kepada anak bini, memang teringin juga diri ini mengorat Elizabeth Tan. Mungkin itu yang terjadi kepada Shahrul, tunang kepada Adira yang dimaklumkan telah ‘flirt’ dengan Elizabeth Tan. Tak boleh salahkan Shahrul. Lelaki mana yang tak jatuh hati melihat Elizabeth Tan. Bergelodak jiwa raga.


Shahrul Yang ‘Flirt’ Dengan Saya – Elizabeth Tan


 Pengakuan Elizabeth Tan tentang ‘flirt’ atau dalam bahasa Melayunya mengorat oleh Shahrul ini timbul selepas dirinya dikatakan menjadi punca putusnya pertunangan antara Shahrul dan Adira. Kata Elizabeth Tan:-
    Shahrul sendiri yang memulakan langkah untuk mendekati saya ketika bekerjasama dalam satu penggambaran klip video. Masa saya mula-mula mengenali Shahrul, saya memang tak tahu dia sudah bertunang.

    Malah daripada cara dia sendiri, dari awal pun memang dia nak mengorat. Jika ada orang nak salahkan saya, saya ada bukti yang dia flirt dengan saya and I’m not flirting back.

    Saya dapat tahu dia sudah bertunang pun dari salah seorang jurusolek. Bila saya tahu situasi yang dia sudah bertunang dan nasihatkan demi kebaikan, Shahrul pernah kata – girlfriend je pun (merujuk kepada Adira). Jika saya salah, Adira sudah lama akan jumpa dengan saya.
Shahrul Yang ‘Flirt’ Dengan Saya – Elizabeth Tan

Nampaknya cinta Shahrul kepada Adira tidak cukup dalam sehingga tergugat dengan kemunculan Elizabeth Tan. Namun kadangkala memang ada lelaki yang jenis ayat manis kepada semua kawan wanitanya. Mungkin Shahrul termasuk jenis itu. Hmmmm. Apa-apa pun, kita nantikan penjelasan Shahrul tentang kontroversi ini. -RotiKaya.

Azwan Ali Tersalah Maki Hamun Seorang Gadis, Jadi Bahan Ketawa

Azwan Ali nampaknya menjadi viral sekali lagi setelah tersalah mengamuk ekoran salah faham dengan komen seorang gadis.


Azwan Ali Tersalah Maki Hamun Seorang Gadis, Jadi Bahan Ketawa

Ini kronologi kisah yang agak kelakar ini

Azwan Ali : Siapa tahu kedai steak yang best
Gadis: Menate
Azwan Ali: Sun*** #%@*# (maki hamun secara freestyle)
Gadis: Menate tu nama kedai la






Azwan Ali mahu makan steak dan meminta pandangan dimana nak makan dan seorang gadis telah memberi komen mencadangkan sebuah kedai.

Gadis itu bernama Azira dan terkejut setelah secara tiba tiba dimaki bertubi-tubi oleh Azwan Ali sedangkan dia hanya mencadangkan nama kedai Steak.

Nama kedai tersebut "Menate" mungkin disalah erti oleh Azwan Ali.

Kemudian ramai yang mentertawakan Azwan Ali yang dikatakan memalukan diri sendiri dengan memaki hamun tanpa usul periksa.- rakangosip



2 Adik Perempuan Fathia Yang Pasti Buat Anda Tak Lena Tidur

Pelakon yang berasal dari Pulau Pinang, Nur Fathia Latiff tahun ini beraya sakan bersama ahli keluarga dan adik beradiknya.


2 Adik Perempuan Fathia Yang Pasti Buat Anda Tak Lena Tidur


Fathia Latiff juga ada berkongsi gambar raya dengan adik beradik perempuannya yang cun melecun.

Fathia Latiff merupakan kakak sulung dari 4 beradik. Dia mempunyai 2 adik perempuan dan seorang adik lelaki.

Jom layan gambar raya adik beradik Fathia Latiff:

2 Adik Perempuan Fathia Yang Pasti Buat Anda Tak Lena Tidur

2 Adik Perempuan Fathia Yang Pasti Buat Anda Tak Lena Tidur


Sumber : bongthommalay

Saturday, June 27, 2015

Gaya Jihan Muse Di Hiroshima Yang Mengejutkan

Rasanya semua sedia maklum pelawak Jihan Muse sebelum ini pernah berkunjung ke negara Matahari Terbit bagi sesi penggambaran ‘Jejak Jepun’ sebelum ini memandangkan beberapa gambar yang dikongsikannya di laman Instagram.


Gaya Jihan Muse Di Hiroshima Yang Mengejutkan

Disebalik keriangan dan keseronokannya berada di sana selama 17 hari, rupa-rupanya ada kisah yang membuatkan hati kecilnya menangis. Kenapa pula Jihan Muse nak menangis?

Gaya Jihan Muse Di Hiroshima Yang Mengejutkan

    “Saya tidak mampu untuk melupakan kenangan sewaktu pergi ke Hiroshima yang terkenal dengan sejarah pengebomannya suatu ketika dulu. Daripada menjalani hari-hari yang menggembirakan, saya menangis apabila didedahkan dengan keadaan dan situasi penduduk sekitarnya ketika berlaku pengeboman tersebut.


Gaya Jihan Muse Di Hiroshima Yang Mengejutkan

    “Saya juga terharu melihat usaha mereka membangunkan kota Hiroshima daripada sebuah daerah padang jarak padang tekukur menjadi sebuah bandar yang maju. Banyak perkara yang saya belajar sepanjang berada di Jepun,” ujar Jihan yang dipetik menerusi Media Hiburan.

A video posted by Song Ji Hyun (@jihanmuse) on


Banyak kenangan manis yang tidak dapat dilupakan sepanjang menjelajah tempat di negara Jepun itu. Kalau nak tahu ke mana si Jihan ni telah ronda di kota Jepun, jangan lupa saksikan rancangan ‘Jejak Jepun’ yang akan ditayangkan pada bulan Ogos ini di saluran Astro, tunggu! - gosipmalaysia

Tomok Tertekan Foto Anak Turut Disiar Dalam Laman Web Lucah

Nampkanya, bukan Harith Iskander seorang sahaja yang baru menyedari gambar anaknya disiarkan di laman web luca# malah Tomok juga baru sahaja menyedarinya lewat malam semalam.


Tomok Tertekan Foto Anak Turut Disiar Dalam Laman Web Lucah

Akui Tomok, sangat terkejut dan tertekan apabila foto anaknya Arrianshah Akid dan Andrashah Iman turut dimuat naik di laman web tersebut.

Tomok Tertekan Foto Anak Turut Disiar Dalam Laman Web Lucah

Ibu bapa mana yang sanggup membiarkan foto anak mereka dijadikan bahan luca# macam tu, sangat menjijikkan! Kecewa dengan tindakan terkutuk ini, Tomok nyata sekali tidak dapat memaafkan tindakan mereka yang terlibat ini.

“Niat saya baik, kongsi gambar keluarga adalah untuk peminat rasa dekat dengan diri saya, tetapi apabila kes ini berlaku, saya agak sukar untuk memaafkan tindakan mereka yang telibat,” ujarnya.

Tomok Tertekan Foto Anak Turut Disiar Dalam Laman Web Lucah

    Tomok telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Lebih baik korang pun periksa samada foto anak-anak korang turut menjadi mangsa. Kalau ada lebih baik segera membuat laporan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi & Mutlimedia (SKMM) secepat yang mungkin seperti yang dilakukan oleh Harith Iskander dan juga Tomok ini sebelum kes fedofilia terus merebak. - gosipmalaysia

Marsha Milan Londoh Tegaskan Berpuasa Penuh Bukan Kerana Kekasih

Penyanyi dan pelakon Marsha Milan Londo,30,  menegaskan dia berpuasa di bulan Ramadan bukan kerana dipaksa oleh kekasihnya yang merupakan seorang lelaki muslim berusia 28 tahun.


Marsha Milan Londoh Tegaskan Berpuasa Penuh Bukan Kerana Kekasih

Sebaliknya Marsha menegaskan dia sudah mula berpuasa sejak 4 tahun lalu di bulan Ramadan demi menghormati rakan-rakan yang beragama Islam yang sentiasa bersamanya.
“Sebenanrya saya sudah lama mula berpuasa di bulan Ramadan. Iaitu sejak saya berhijrah di semenanjung dan kawan saya terdiri daripada orang Islam.

“Selain mahu menghormati rakan-rakan saya yang beragama Islam, saya suka hendak berpuasa mengikut cara umat Islam lain kerana mahu menurunkan berat badan.

“Ianya tiada kaitan denga kekasih kerana saya kenal dan berkawan dengan dia baru 2 tahun,” katanya kepada murai.com.my

Apabila ditanya sejauh mana dia mendalami agama Islam sejak empat tahun lalu, Marsha memberitahu dia belum lagi terfikir untuk menukar agama Kristian yang dianutnya.
“Saya rasa isu agama adalah siu yang sensitif. Memang saya ada belajar tentang agama Islam tetapi itu hanya sebahgaian dan secara general sahaja.

“Buat masa ini saya belum fikir untuk menukar agama,” jelasnya lagi.-murai

Dakwaan Gambar Separuh Bogel: Tasha Shilla S erah Kepada Polis

Aktres Tasha Shilla atau nama sebenarnya Natasha Shiela Razak terus mengunci mulut dan enggan memberikan sebarang komen berkenaan dengan kontroversi gambar seorang wanita separuh bogel yang didakwa miliknya. Tasha berdiam diri kerana dia risaukan kenyataan yang diberikan bakal dimanipulasikan oleh sesetengah pihak.


Dakwaan Gambar Separuh Bogel: Tasha Shilla S erah Kepada Polis

"Selepas membuat laporan pada 9 Jun lalu. Saya serahkan semuanya kepada pihak polis untuk melakukan tindakan selanjutnya. Saya enggan beri sebarang ulasan kerana ini telah menjadi kes polis dan pihak bertanggungjawab akan melakukan siasatan. Saya tidak akan beritahu butir-butir mengenai laporan tersebut," kata Tasha yang ditemui semalam usai Majlis Berbuka Puasa AirAsia di Hotel Hilton Kuala Lumpur.

Tasha juga enggan bercerita mengenai perkara tersebut kepada umum kerana menganggap itu adalah perkara peribadi dan hanya mahu menyimpan cerita itu kepada dirinya sendiri.
"Biarlah apa pun pandangan orang mengenai kontroversi berkenaan. Seperti kata pepatah, tak hidup dek puji, tak mati dek keji, saya tak dapat puaskan hati semua pihak. Terpulanglah orang mahu kata apa pun," kata Tasha sambil turut merakamankan sesi temubual antara dirinya dan pihak media untuk simpanannya.

Merasakan apa yang terjadi merupakan ujian buat dirinya, Tasha mengakui dia berasa kecewa tetapi ianya tidak meruntuhkan semangat Tasha.
"Saya kecewa dengan perkara ini. Sepertinya mahu menjatuhkan maruah saya sebagai wanita. Ini ujian buat saya dan apa pun yang terjadi, saya hanya berserah dan terima semua dengan redha," katanya mengakhiri perbualan.- murai

Wednesday, June 24, 2015

Nabila Huda Akan Umum Tarikh Nikah

Nabila Huda melalui akhbar Kosmo! baru-baru ini mengakui bahawa dia telah bersedia untuk melangsungkan perkahwinan namun tarikhnya masih belum ditentukan selain tidak mahu percintaan kali ini menjadi sensai sehinga menggugat niat murni mereka berdua.


Nabila Huda Akan Umum Tarikh Nikah

“Seperti yang dikatakan, kisah peribadi saya biarlah menjadi simpanan sendiri tanpa perlu dihebahkan kepada umum. Namun, setiap perkara yang baik itu akan diberitahu jika telah sampai masanya. Besar harapan, dia menjadi insan terakhir dalam hidup saya”

Nabila Huda Akan Umum Tarikh Nikah

“Tambahan pada usia sekarang membuatkan saya berasa tidak lagi sesuai untuk memulakan hubungan baharu,” kata Nabila sambil menyatakan bahawa dia merahsiakan dulu bila dia akan kembali memegang status seorang isteri dan menjadikan ia sebagai tanda tanya dalam kalangan peminat.


Nabila Huda Akan Umum Tarikh Nikah

Tambah Nabila, apa yang penting bagi Nabila adalah lelaki tersebut mampu menerima dirinya dan menyayangi Keisha seperti anak sendiri.- rotikaya

Elfira Loy Nafi Kini Bertudung Kerana Mahu Kahwin

Menurut Elfira Loy, Mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya pada Mac lalu bukanlah bermakna bahawa dia melakukannya untuk berkahwin apatah lagi atas dasar mengikuti trend artis berhijab ketika ini.


Elfira Loy Nafi Kini Bertudung Kerana Mahu Kahwin

“Saya masih muda dan tujuan berubah itu adalah atas diri sendiri. Ini yang saya nak dan nantikan. Alhamdulillah, hasrat bertudung ini dipermudahkan ketika sambutan hari lahir yang ke 21 tahun yang lalu. Apa yang dilakukan ini sepatutnya saya buat dari dahulu lagi”

Elfira Loy Nafi Kini Bertudung Kerana Mahu Kahwin

“Cuma pandangan orang terhadap saya lebih positif. Saya rasa lebih selamat dan yakin. Ia umpama fasa baharu dalam hidup saya. Saya juga tidak terlalu berjaga-jaga atau teragak-agak dalam tanggapan orang di luar sana yang pantas menjatuhkan hukuman selepas hijrah ini,” kata Elfira kepada BH Plus.


Elfira Loy Nafi Kini Bertudung Kerana Mahu Kahwin

Elfira Loy Nafi Kini Bertudung Kerana Mahu Kahwin

Elfira Loy Nafi Kini Bertudung Kerana Mahu Kahwin

Selain itu menurut Elfira, dia tidak menjadikan berhijab sebagai salah satu penghalang baginya untuk terus berfesyen. Apa yang lebih penting baginya adalah dia menjaga adab sebaik mungkin selaku wanita berhijab. - rotikaya