Friday, September 18, 2015

Shafie Naswip Dalam Sekuel Keris Hitam Bersepuh Emas Sabtu Ini

Jika anda masih ingat, terdapat satu drama persilatan yang popular sekitar tahun 90’an iaitu Keris Hitam Bersepuh Emas. Drama bersiri ini mendapat sambutan hangat, dibintangi oleh pelakon yang handal dalam ilmu persilatan seperti Eman Manan, Ruzaidi Abdul Rahman, Ebby Yus, dan Zamberi Othman.

Shafie Naswip Dalam Sekuel Keris Hitam Bersepuh Emas Sabtu Ini


Sabtu ini, 19 September, satu telefilem yang merupakan kesinambungan kepada siri Keris Hitam Bersepuh Emas akan ditayangkan pada pukul 3.05 petang di TV1.


Shafie Naswip Dalam Sekuel Keris Hitam Bersepuh Emas Sabtu Ini


Telefilem itu berjudul ‘Legenda Keris Hitam Bersepuh Emas’, dibintangi oleh Shafie Naswip, Sharolnizam, Ruzaidi Abd Rahman, Fad Nuar, Wan Shades, Ayu Yuhaizah, Azimat Shamsuddin, Chaoi Izghan dan Othman Basri.

Menurut pengarah filem ini, Khairi Azmi:
    Keris Hitam Bersepuh Emas dilakonkan Eman Manan 20 tahun dulu. Kini saya sambung semula kisahnya demi untuk mengembalikan semula drama-drama epik, persilatan dan pahlawan melayu yang dah lama tidak diterbitkan di televisyen.

    Jadi usaha ini saya ambil untuk kembalikan semula cereka sebegini bagi menarik minat stesen televisyen untuk adakan semula slot epik melayu sebagaimana yang dibuat di negara China, Jepun, Korea dan lain-lain.

Telefilem ini mengisahkan seorang remaja bernama Luqman yang kembali ke zaman penjajahan Portugis di Melaka setelah dia menemui sebilah keris lama yang dipercayai Keris Hitam Bersepuh Emas.

Jadi jika anda mempunyai kelapangan apa kata tonton telefilem ‘Legenda Keris Hitam Bersepuh Emas’ ini?

Lagi gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.-beautifulnara









Surat Terbuka Seorang Pembaca Kepada Tasha Shilla

Selalunya surat sebegini adalah luahan hati terhadap artis yang sedang hangat dilanda kontroversi. Kali ini, seorang pembaca yang ingin dirahsiakan namanya telah menghantar luahan yang agak panjang lebar dalam Bahasa Inggeris buat Tasha Shilla. Rasanya tak perlulah diperkenalkan siapa itu Tasha Shilla. Kepopularitian Tasha Shilla memang tak boleh dinafikan lagi.

Surat Terbuka Seorang Pembaca Kepada Tasha Shilla


Seperti yang kita tahu, sejak kebelakangan ini Tasha Shilla memang sering dikaitkan dengan pelbagai kontroversi. Antaranya ada gambar separuh bogel yang didakwa milik Tasha, kemudian ada tragedi bekas kekasihnya dipukul atas arahan Tasha dan semestinya, pakaian Tasha Shilla yang terlalu seksi sehingga menjolok mata. Sebulan kalau tak ada kontroversi, memang bukan Tasha Shilllalah namanya.

Surat Terbuka Seorang Pembaca Kepada Tasha Shilla


Kecewa dengan sikap Tasha Shilla, si pembaca ini telah menulis luahan hati di bawah (maaf tak pandai translate sebab bahasa omputih dah berkarat).
    Salam and hi Tasha Sheila,

    I won’t say anything related to religions due to your childish act these past few days. Because I believe that one should hate the sin and not the sinner. Firstly, yes I hate what you did dengan memakai pakaian yang pada I too much. You might say your parents are okay with it but wallahualam if other parents are okay seeing their daughter in such manners.

    Do you know that 8 out of 10 girls in Malaysia are considered remaja bermasalah sosial? Do you know that 4 out of 10 girls in Malaysia mengandung anak luar nikah? No you did not. Because if you knew, you, as a public personality, won’t set such examples. Because if you knew, you would consider other parents and other girls fate. It is heartbreaking that NGOs and others work so hard to help curb the social illness in our society and yet public personality like you can throw it away just like that.

    Again, i believe there is a kindness in your heart. You might be a soft spoken person in real life, you might be a very hard working girl and so on, and anything that i dont know of and thus i dont hate you, but i really hate what you are doing to yourself and especially to others parents and girls out there.

    Here is another reason, the one yang I sangat kecewa. For years, women has fight equality and justice in their life. Trying hard to eliminate the sex symbol out of the way. We believe that women need not to show their skins to be desired at. We believe that women should not be the object and victim of fashion.

    I am speaking on behalf of women generally and not Islam. But what you did these past few days just show that all our effort are down by the drain memandangkan you potray that you need to be sexy to get something, which i dont know what are you trying to prove. For all we know, Kate Middleton never wore something flashy to get the attention of the world and to secure her a prince for the rest of her life. For all we know, Yuna is building her names out there in a modest way possible and making us all proud.

    And so, I hope you help us in helping the society. If you cant do that, just stop becoming the roots of the problems. You can join us empower women and curb social illness or at least you can help us by not giving a bad example to these young girls.

    Thank you.

Surat Terbuka Seorang Pembaca Kepada Tasha Shilla

Suka dengan pendekatan pembaca ini yang menggunakan ‘wanita’ sebagai asas kepada tegurannya. Iyerlah kadangkala ramai yang sentap apabila ditarbiyah menggunakan nama agama. Teguran sebegini cukup umum dan tidak mengaitkan sebarang dosa dan pahala, cuma ia melibatkan maruah seorang wanita. Apa kata anda? Adakah anda bersetuju dengan kata-kata si penulis ini? Kongsikan di ruangan komen.-beautifulnara

Pelakon cantik ditahan miliki ganja

Kecoh di laman sosial mengenai pelakon drama Ku Tinggal Cinta di Okinawa, Mimi Lana, yang didakwa ditahan polis kerana memiliki ganja.


Pelakon cantik ditahan miliki ganja

Sebuah blog hiburan Rotikaya menyebut, menerusi laporan polis yang tersebar di laman sosial, Mimi Lana atau nama sebenarnya, Mimi Rozaina Zainal Abidin turut ditangkap bersama dua lagi rakannnya.

Menurut laporan polis tersebut, pihak polis telah menjumpai beg kertas bertulis “pedro” mengandungi dua paket plastik lutsinar tiap-tiap satu mengandungi ketulan mampat berisi bahan disyaki ganja (66 gram) di dalam almari baju.

Pelakon cantik ditahan miliki ganja

Pemerikasaan di ruang tamu telah menjumpai paket plastik lutsinar berisi bahan disayki ganja seberat 2.19 gram.

Mimi, 20, merupakan peserta Dewi Remaja 2014/15. Dia juga pernah muncul menerusi lakonan drama Calonnya Adalah Adalah 2 (memegang watak Yasmin, kekasih kepada Aaron Aziz).-pilihan-anda

Wednesday, September 16, 2015

Che Ta Tidak Bersalah ~ Ramli MS

Datuk Ramli MS selaku Pengkritik tetap AF2015 tegur sikap pengetua program tersebut iaitu Edry Abdul Halim yang melenting setelah mendengar kritikan Rozita Che di depan orang.

Che Ta Tidak Bersalah ~ Ramli MS

Ia tidak sepatutnya terjadi.

Menurut beliau Edry dan juga orang di luar sana telah salah faham tentang tugas Che Ta, yang berperanan sebagai pengkritik awam. Che Ta juga bukan berperanan sebagai pengkritik muzik yang diserahkan kepada Ramli MS sebagai seorang pakar dalam bidang muzik. 

Che Ta telah bertindak untuk menamatkan tugasnya sebagai pengkritik setelah beliau berasa tersinggung dengan teguran Edry di depan khalayak ramai sejurus dia memberikan pendapatnya yang agak negatif kepada salah seorang peserta AF 2015 iaitu Sufi pada siaran musim keenam yang telah disiarkan secara langsung pada hari Ahad lalu.  
 
Che Ta Tidak Bersalah ~ Ramli MS
 
Tetapi Edry pula telah mengalu-alukan langkah Che Ta menarik diri sebagai pengkritik program AF2015 itu kerana beliau berpendapat Che Ta memang tak layak untuk menjalankan tugas yang telah diberikan itu.



Ramli juga meminta supaya orang ramai jangan membandingkan dirinya dengan Che Ta kerana bidang mereka berdua adalah berbeza.
 
Jangan bandingkan dia (Che Ta) dengan saya. Jangan lihat dia sebagai pengkritik profesional kerana dia hanyalah pengkritik awam yang mewakili masyarakat luar sana.

Yazer, Ekin AF3 Selamat Timang Cahaya Mata Pertama

Buat Yazer dan Ekin, tahniah kami ucapkan kepada anda kerana telah bergelar ibu bapa kepada cahaya mata pertama mereka, 15 September, semalam. Perkara tersebut telah dikongsikan oleh pelakon, Marsha Milan di akaun Instagram miliknya.

Yazer, Ekin AF3 Selamat Timang Cahaya Mata Pertama


“Another AF baby!!!!! CONGRATULATIONS @yazerocksteady and @ekinrahmanmadon. Wish i was there! Welcome to the world baby Noah,” jelas Marsha penuh gembira melalui perkongsiannya itu.


Peminat pasangan tersebut juga berkongsi rasa gembira melalui komen dengan ucapan tahniah dan sempat juga mengusik bila pula giliran Marsha untuk menimang cahaya mata. Semoga pasangan ini sentiasa dilimpahi rezeki dan dipermudahkan urusan.-rotikaya

Monday, September 14, 2015

Eina Azman Berkhalwat Ketika Suami Keluar Outstation?

Pelakon tinggi lampai, Eina Azman menafikan dirinya ditangkap khalwat ketika suaminya keluar menjalankan tugas di luar daerah. Ini semua gara-gara sekeping gambar seorang wanita berambut perang telah viral di laman sosial.

Eina Azman Berkhalwat Ketika Suami Keluar Outstation?


Menerusi keterangan gambar tersebut, seorang artis wanita popular ditangkap ketika sedang asyik berkhalwat. Keterangan gambar tersebut juga mendakwa artis yang dikatakan sudah berkahwin itu ditangkap berkhalwat ketika suaminya sedang menjalankan tugas di luar daerah.

Eina Azman Berkhalwat Ketika Suami Keluar Outstation?


Eina memperjelaskan perkara ini menerusi akaun Instagram miliknya. Berikut merupakan penjelasan Eina:
“Salam semua... Ok today Eina nak clear kan everything, pls jangan percaya dengan segala fitnah yang berleluasa mengenai Eina di tangkap khalwat pada hujung bulan August baru2 Ini. Berita ini d keluar kan pada hujung bulan 8 d mana Eina takde d Malaysia.

“Eina berada d Maldives selama 10 hari bersama suami untuk menyambut 1st anniversary kami. Boleh lihat juga d gmbr tersebut itu adalah pegawai Imigresen. Dan saya rasa follower saya d ig juga tau saya sudah menukar rambut saya menjadi hitam lebih kurang sebulan setengah yang lalu. Berita Ini sangat melampau, kerana saya sudah berkahwin.

“Ini FITNAH semata mata utk mengaib kan saya. Alhamdullilah.. Allah maha besar. Saya tersenyum dan gelak bersama suami apa bila ada juga segelintir manusia zaman skg yang suka menabur FITNAH.

“Bertaubat la. Tiada yang sempurna... Saya manusia biasa. Kalau anda sayang kan saya pls doa kan yang baik2 utk saya daripada MEMFITNAH... Terima Kasih @datogmix #einaazman #datogmix,” jelas Eina panjang lebar.-murai

Punca Peminat Gesa Sharnaaz Ahmad, Kekasih Cepat Kahwin

Jika sebelum ini, Sharnaaz Ahmad menyifatkan bahawa hubungannya bersama kakak Neelofa iaitu Nabila hanyalah sekadar rakan niaga, nampaknya kini peminat sudah tidak senang duduk apabila melihat perkongsian gambar mereka yang seakan-akan menjurus kepada sesuatu yang lebih bermakna.

Punca Peminat Gesa Sharnaaz Ahmad, Kekasih Cepat Kahwin

Baru-baru ini, bukan saja di Instagram Sharnaaz, malah akaun Instagram Nabila juga turut dihujani dengan harapan yang tidak henti-henti agar pasangan ini berkahwin malah siap ada yang mendoakan semoga bahagia ke anak cucu. Amboi, cuba bawak bersabar sikit wahai peminat semua.

Punca Peminat Gesa Sharnaaz Ahmad, Kekasih Cepat Kahwin

Kami pasti dengan janji Sharnaaz bahawa jika dia sudah bersedia, pastinya dia akan berkongsikan perkara tersebut kepada semua. Jika Sharnaaz kata kawan untuk perniagaan, kawan untuk perniagaanlah maksudnya itu.

Punca Peminat Gesa Sharnaaz Ahmad, Kekasih Cepat Kahwin

Apa pun, mesti kenyang bukan dapat rasa masakan bakal mertua sampai tersandar. Eh. Gurau saja Sharnaaz. Semoga doa dan harapan peminat akan turut sama mengiringi pasangan ini. Buat peminat yang teruja sangat-sangat, harap bersabar ya.-rotikaya

Punca Peminat Gesa Sharnaaz Ahmad, Kekasih Cepat Kahwin

Punca Peminat Gesa Sharnaaz Ahmad, Kekasih Cepat Kahwin

Punca Peminat Gesa Sharnaaz Ahmad, Kekasih Cepat Kahwin

Punca Peminat Gesa Sharnaaz Ahmad, Kekasih Cepat Kahwin

Tasha Shilla Mohon Maaf Pakai Seksi Nampak Pusat

Secara jujur, permohonan maaf daripada Tasha Shilla nampak seperti sudah tidak ada nilai lagi. Terlalu banyak kesilapan sama yang diulang-ulang oleh pelakon ini. Entah benar-benar insaf atau sekadar meminta maaf untuk elak daripada diherdik dan dikecam. 

Tasha Shilla Mohon Maaf Pakai Seksi Nampak Pusat

Namun sekurang-kurangnya Tasha Shilla mohon maaf kerana telah memakai pakaian seksi sehingga menampakkan pusatnya baru-baru ini. Permohonan maaf ini telah dilakukan oleh Tasha Shilla menerusi sebuah video yang dimuatnaik ke akaun Instagramnya.


Tasha Shilla di dalam videonya memaklumkan menerima segala komen yang menegur dirinya di Instagram dengan hati terbuka. Apa pun, permohonan maaf perlu datang sekali dengan usaha untuk tidak melakukan kesilapan yang sama. Selaku selebriti, Tasha Shilla perlu menjaga perlakuan dan juga pemakaiannya agar tidak terlalu menjolok mata. Diharap Tasha tidak mengulangi kesilapan yang serupa. Kalau tak peminat pasti akan bosan. Semoga apa yang berlaku menjadi pengajaran buat Tasha.-beautifulnara

Tasha Shilla Mohon Maaf Pakai Seksi Nampak Pusat

Saturday, September 12, 2015

Foto Kekasih Shah Iskandar

Akhirnya pelakon Shah iskandar telah mempamerkan gambar yang dikatakan kekasihnya di dalam laman sosial baru-baru ini.


Foto Kekasih Shah Iskandar

Gadis itu diberi nama dalam Instagram sebagai Imsarahnorris. Kalau betul, memang padanlah dorang ni, sama-sama cantik dan hensem.-izyan

Foto Kekasih Shah Iskandar

Foto Kekasih Shah Iskandar

Foto Kekasih Shah Iskandar

Foto Kekasih Shah Iskandar