Monday, October 19, 2015

Punca Sebenar Nabil Berlaku Biadap Menghina Caliph Busker

Sejurus dengan ketelanjuran kata-kata nabil ahmad dia segara memohon maaf kepada rakyat malaysia kerana berlaku biadap dalam konsert gegar vaganza pertama malam tadi, ini adalah punca sebenar dia berlaku biadap.-pingmasam

Punca Sebenar Nabil Berlaku Biadap Menghina Caliph Busker


Zamani Slam Perjelas Kejadian Sebenar

Kecoh seketika industri hiburan tanah air apabila Zamani Slam baru-baru ini didakwa melarikan diri daripada pusat pemulihan Pengasih. Bagaimanapun, menurut penyanyi itu sendiri dalam satu sidang media yang diadakan, tempoh untuk berada di pusat pemulihan tersebut sudah pun tamat.
Zamani Slam Perjelas Kejadian Sebenar


“Saya bukan melarikan diri sebaliknya mengambil keputusan untuk keluar dan yakin mampu untuk hidup sendiri selain ingin meneruskan kerjaya sebagai penyanyi. Tiada isu tentang melarikan diri kerana tempoh saya di sini hanya enam bulan tetapi saya teruskan hingga lapan bulan dan perbincangan untuk keluar sudah dibuat dua minggu lalu antara keluarga saya dan pihak Rumah Pengasih”

“Namun sehingga sekarang mereka tidak ada jawapan untuk beri pelepasan kepada saya. Pada perbincangan itu juga mereka berat untuk melepaskan saya keluar dari pusat ini. Saya buat laporan polis pada pukul 3 pagi di Muar. Saya buat laporan bukan kerana saya tahu tentang laporan akhbar bahawa saya melarikan diri sebaliknya sebagai memberitahu saya sudah keluar dari pusat itu”


“Saya akan berusaha untuk menjaga diri saya di dunia luar dengan bantuan dan pengawasan daripada pihak keluarga serta pengurusan saya,” jelasnya kepada mStar Online sekaligus memberi gambaran sebenar kejadian yang terjadi baru-baru ini.-rotikaya

Tasha Shilla Hadir Kursus Kahwin?

Jika benar seperti apa yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia, mungkin juga ada berita gembira daripada Tasha Shilla kerana khabarnya pelakon ini telah pun menghadiri kursus perkahwinan baru-baru ini.


Tasha Shilla Hadir Kursus Kahwin?

Melalui sumber akhbar tersebut, katanya ada individu ternama telah menaja kursus kahwin besar-besaran beberapa artis tanah air. Antara artis yang terlibat adalah Stacy dan beberapa artis lain seperti tunangnya sendiri Akim Ahmad.

Kehadiran Tasha di dalam kursus itu juga mengundang tanda tanya sama ada Tasha sudah mempunyai kekasih hati atau tidak sehingga dia sanggup untuk terus pergi menghadiri kursus tersebut. Jika Tasha sudah bersedia, pastinya dia akan mengumumkan sesuatu apabila sudah bersedia nanti.

Bagaimanapun, mungkin juga Tasha hadir kerana ingin memudahkan dirinya agar tidak perlu terkejar-kejar pergi ke kursus perkahwinan apabila waktunya sudah tiba nanti. Apa pun, semoga apa perancangan pelakon ini sentiasa dipermudahkan. Jom kita lihat beberapa keping gambar Tasha ketika bercuti bersama keluarga di Thailand ketika ini. Enjoice!-rotikaya

Fara Mendoza Kemalangan?

Pelakon yang pernah menggemparkan industri seni tanah air mengenai pendedahan perbualannya yang didakwa bersama Fizz Fairuz baru-baru ini iaitu Fara Mendoza baru sahaja terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang mengakibatkan dirinya mengalami kecederaan dalaman.


Fara Mendoza Kemalangan?


“This is reason why i’m crying too much. Kejadian pulang dari Subang meeting untuk hal business, saya memandu seorang diri, Ya Allah sakitnyaaa. Alhamdulillah saya selamat hanya mengalami kecederaan dalaman. Semoga saya tabah dengan dugaan ini,” jelasnya dalam muatnaik gambar di Instagram.

Menurut Fara, dia dalam perjalan pulang setelah selesai perjumpaan mengenai perniagaan di Subang sebelum terlibat di dalam kemalangan tersebut. Sementara itu dalam perkembangan terbaru, Fara masih lagi berada di hospital.


Fara Mendoza Kemalangan?

Fara Mendoza Kemalangan?

Malah peminatnya di laman Instagram juga berharap agar dirinya cepat sembuh selain ada juga yang menyatakan kejadian tersebut adalah sebagai satu petanda terbaik untuk pelakon ini bertaubat dan berubah.-rotikaya

Lisa Surihani Tak Sayang Anak?

Hanya disebabkan belum lagi berkongsi gambar permata hatinya di laman sosial miliknya, tidak semena-mena peminat mempertikaikan tindakan pelakon Lisa Surihani yang mengambil pendekatan seolah-olah ingin menyorok anaknya di mata umum.


Lisa Surihani Tak Sayang Anak?

Seorang peminatnya yang menggunakan username, kupu__kupu mengeluarkan kenyataan seolah-olah Lisa tidak gembira untuk berkongsi gambar anaknya, Yahaira Leanne kepada peminat di luar sana.


Namun, ada juga yang pantas bertindak mempertahankan Lisa dengan mengeluarkan komentar,

Ha, dengar tu kupu__kupu, lain orang lain caranya, mungkin Lisa dan suami, Yusry enggan mendedahkan wajah anak mereka sehingga genap usia 44 hari. Mana kita tahu kan?

Lagi pun mereka berhak nak berbuat apa sahaja terhadap anak mereka, setiap ibu bapa pasti memikirkan kebaikan untuk anak mereka. Pasti ada sebabnya kenapa pasangan popular ini masih belum terbuka hati untuk berkongsi foto puteri sulung mereka itu.

Untuk makluman, Lisa melahirkan anaknya di Pusat Perubatan Pantai, Bangsar pada 15 September lalu selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga dengan pengarah filem Cicakman itu.-mynewshub

RM20 Juta Untuk Persembahan?

Penyanyi terkenal Mariah Carey dilaporkan menerima bayaran sebanyak USD$5 juta (RM20 juta) bagi mengadakan persembahan hanya untuk satu malam bersempena sambutan tahun baru 2016.


Mariah Carey Dapat RM20 Juta Persembahan Tahun Baru

TMZ melaporkan Mariah bakal mengadakan persembahan istimewa itu di Copacabana, Brazil.

Menurut sumber bayaran diterima penyanyi itu dikategorikan sebagai luar biasa memandangkan karier seninya sudah tidak serancak seperti zaman kegemilangannya.

Selain persembahan malam tahun baru, ibu kepada dua cahaya mata itu bakal mengadakan konsert 'All I Want for Christmas is You' di Beacon Theatre, New York pada 8 hinnga 17 Disember depan.

Mariah Carey Dapat RM20 Juta Persembahan Tahun Baru

Mariah dilaporkan turut menerima bayaran lumayan untuk konsert bersempena Hari Krismas itu.

Penyanyi lagu My All itu sedang sibuk di lokasi penggambaran telefilem berjudul A Christmas Melody yang memperlihatkan Mariah sebagai pengarah.-mstar

Soo Wincci Akhirnya Terima Padah

Agak tersentuh juga hati kami apabila mendapat tahu kisah penyanyi Soo Wincci yang baru-baru ini lantang mengkritik malah mendesak PM Najib untuk meletak jawatan.


Soo Wincci Akhirnya Terima Padah

Berikutan daripada kes itu, Soo Wincci terpaksa menerima akibatnya apabila penaja utama konsert pertamanya menarik diri. Khabarnya penarikan itu berpunca daripada tindakan Soo Wincci baru-baru ini.

Kini, konsert tersebut terpaksa berhadapan dengan masalah kewangan yang sangat kritikal. Apa-apa pun Soo Wincci sebelum ini telah bersedia menerima apa jua musibah dan tindakan terhadap apa yang telah dilakukannya.

Soo Wincci Akhirnya Terima Padah


Sebelum ini, Soo Wincci dengan lantangnya memuat naik video meminta PM Najib meletak jawatan selepas tamat Perhimpunan Bersih 4.0 pada 29 dan 30 Ogos lalu.
    “Sebelum memuat turun video berkenaan, saya sudah bersiap sedia dengan segala risiko yang bakal diterima. Andai kata nama saya disekat di mana-mana saluran media, saya akur dengan perkara itu.

    “Jika perjalanan kerjaya saya menjadi sukar di negara sendiri, tidak mengapalah. Saya akan terus berusaha dalam mencari jalan penyelesaiannya.

    “Apa yang dibuat untuk kesenangan saya. Saya buat demi generasi kita pada masa akan datang,” kata Soo Wincci.

A video posted by Wincci ??? ?? (@soowincci) on



    “I’m so sorry people, I know a lot of people had asked me to stop being crazy & stop bearing the loss for the concert but I’ll still resume & I won’t reduce the cost as this time I’m showcasing an international quality show & I’m using more than 100 over Malaysian Team members consisting of Experts from all different areas. Reason being, I’ve invited medias & teams from Taiwan, Singapore & America to come and watch this concert. This concert ain’t for me, it’s for the whole Malaysia Entertainment Scene cause I’m gonna showcase that we Malaysian can produce International Quality Showcase. As I said, “if it’s hard to bring all Malaysian to international stage, then I’ll make Malaysia an international stage for all ?? ” that’s why thank u so much to the audience who are coming this time cause we need Ur support to bring Malaysia Entertainment scene to another level !!!

    

    Walaupun banyak yg berlaku beberapa bulan ini tapi Konsert Solo Wincci Kat Malaysia akan juga berlangsung. Walau kena menbayai segala kos & kerugian tapi Wincci rela sebab Konsert Kali ini Bukan Utk Wincci sendiri. Kali ini team dr Taiwan, Singapura & Amerika akan Datang Utk menyaksikan Konsert ini. Selain itu, Produksi team Kali ini terdiri drp 100 lebih Orang Malaysia. Jadi Kali ini nak membawa pesanan kpd seluruh dunia bahawa kami Malaysia juga ada Konsert setaraf dunia. Sebagaimana yg Wincci cakap “Jikalau Wincci tak dapat membawa semua Ke Pentas International, Wincci Akan menjadikan Malaysia sebagai Pentas International !” Jutaan Penghargaan kpd semua yg akan Datang pada malam itu sebab kehadiran Anda semua dpt membantu kami dlm pelbagai aspek !”-gosipmalaysia

AC Mizal Berjaya Bida Mod Vape Dengan Nilai RM 45,000

Dato AC Mizal sudah berjaya membida rokok elektronik ataupun lebih dikenali sebagai vape dengan nilai RM 45,000 dalam satu acara himpunan peminat vape seluruh Malaysia iaitu VapeFest 2015 semalam di Shah Alam.


AC Mizal Berjaya Bida Mod Vape Dengan Nilai RM 45,000

Mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial, ramai yang tidak tahu sebenarnya bidaan itu  yang menggunakan hashtag #VapeForCharity bertujuan untuk mendapatkan dana bagi mendermakan kepada mereka yang memerlukan.

Mungkin ada yang berpendapat tinggi sangat nilai untuk sebuah mod tetapi apa salahnya jika ia dapat membantu kebajikan orang lain? Cubalah ambil daripada sisi yang positif, takkanlah selalu kita nak kritik je kan seseorang tu.-beautifulnara

Maria Farida Didakwa Rampas Suami Kawan Sendiri?

Sejak beberapa hari lepas,gosip Maria Farida yang menjadi orang ketiga dalam keruntuhan rumah tangga rakan karibnya Datin Karen Rahman telah mula viral di media sosial.


Maria Farida Didakwa Rampas Suami Kawan Sendiri?

Semuanya bermula apabila Miss Kepoh telah memuat naik satu foto dimana seorang individu yang dekat dengan Datin Karen memberitahu Maria sudah merampas suami kepada pengasas KR Beauty Care itu dan turut menggunakan ayat guna-guna (manderam)  untuk mendapatkan lelaki berkenaan.


Maria Farida Didakwa Rampas Suami Kawan Sendiri?

Pada awalnya ramai yang seakan tidak mengambil peduli akan gosip tersebut tetapi perkara ini telah disahkan sendiri oleh Datin Karen menerusi akaun Facebooknya bahawa Maria sanggup untuk merampas suaminya.


Maria Farida Didakwa Rampas Suami Kawan Sendiri?

Walaubagaimanapun,  timbul pula satu cerita yang membuatkan keadaan menjadi lebih rumit apabila anak Datin Karen iaitu Shazleen menerusi akaun Instagramnya mendedahkan perangai sebenar ibunya yang hanya “berdrama” sebagai mangsa keadaan sedangkan beliau juga seorang kaki clubbing dan pernah ditangkap khalwat bersama lelaki lain sebelum ini.

Malah, Datin Karen yang menggunakan akaun Facebook atas nama Izlny Karen  selalu mabuk teruk, tidak menghormati suami dan sering menghalau anak-anaknya yang kini dijaga oleh bapa mereka.

Buat masa ini, Maria Farida belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu berkenaan. Kami harap perkara ini dapat diselesaikan dengan segera agar ia tidak berpanjangan dan menjadi lebih sulit selepas ini.-beautifulnara