Monday, November 2, 2015

Telatah Anak Ning Baizura Yang Super Cute

Mungkin ramai yang ingin mengetahui perkembangan anak comel kepada penyanyi terkenal Ning Baizura yang sudah lama tidak dikongsikan.

Telatah Anak Ning Baizura Yang Super Cute

Sekejap rasanya masa berlalu, rupa-rupanya dah 2 tahun lebih usia anak sulung Ning Baizura dan pasangan, Omar Shariff Christopher Layton Dayton.
Telatah Anak Ning Baizura Yang Super Cute

Ning Baizura dan suami bernikah pada tanggal 31 Januari 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata yang comel bernama Ryan Sky Dalton.

Telatah Anak Ning Baizura Yang Super Cute

Seronok kami tengok kebahagiaan rumah tangga Ning Baizura bersama insan yang tersayang. Semoga ia akan kekal selamanya sehingga hujung nyawa.-myartis.com







Fouziah Gous Dapat Tajaan Majlis Baby Shower

Bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi, pelakon Fouziah Gous menjelaskan bahawa dia akan mengadakan majlis doa selamat dan ketika di saat akhir, ada pihak yang berminat untuk menaja majlis baby shower (majlis menyambut bayi). Bagaimanapun perkara tersebut masih lagi dalam perbincangan.

Fouziah Gous Dapat Tajaan Majlis Baby Shower


“Saya dan suami memang merancang untuk membuat doa selamat sahaja. Tetapi rezeki datang saat akhir apabila ada pihak yang menghubungi saya untuk menaja majlis ‘baby shower’ dan kita masih lagi dalam perbincangan mengenai perkara itu”

“Kalau saya bersetuju pun tidaklah terlalu ikut dengan cara sana dan ia mungkin majlis ringkas selepas majlis doa selamat nanti,” jelas Fouziah yang sehingga kini masih lagi merahsiakan jantina anaknya. Selain itu, pelakon ini juga menyatakan walaupun kini dia sedang sarat mengandung, namun ia tidak mengahalanya untuk bekerja.

Fouziah Gous Dapat Tajaan Majlis Baby Shower

Semoga Fouziah selamat melahirkan bayi nanti dan pastinya dengan kehadiran cahaya mata pertama dalam keluarga ini nanti bakal membawa lebih sinar bahagia dan keceriaan. Malah peminat di Instagram pelakon dan pengacara ini juga tidak sabar-sabar untuk berkongsi detik gembira tersebut.-rotikaya

Fouziah Gous Dapat Tajaan Majlis Baby Shower

Fouziah Gous Dapat Tajaan Majlis Baby Shower

Fouziah Gous Dapat Tajaan Majlis Baby Shower

Fouziah Gous Dapat Tajaan Majlis Baby Shower

Fouziah Gous Dapat Tajaan Majlis Baby Shower

Saturday, October 31, 2015

Neelofa Didakwa Tipu Stokis Sendiri?

Sejak mula memperkenalkan bisnes tudung dengan jenama Naelofar Hijab, pelakon serta pengacara Neelofa boleh dikatakan agak berjaya dalam bidang tersebut selepas mendapat permintaan yang tinggi daripada pengguna.


Neelofa Didakwa Tipu Stokis Sendiri?

Walaubagaimanapun, sejak dua menjak ini Neelofa nampaknya menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan berkaitan Naelofar Hijab. Jika sebelum ini Naelofar Hijab dikatakan menciplak rekaan tudung jenama lain, kali ini Neelofa didakwa telah menganiaya stokis beliau.

Menerusi Instagram Miss Kepoh ada individu yang mendakwa khidmat beliau sebagai salah seorang stokis Naelofar Hijab telah ditamatkan tanpa sebarang perbincangan. Malah,  individu itu juga mendakwa wang deposit yang sudah dibayar untuk menjadi stokis juga tidak dipulangkan oleh pihak Neelofa.




Selain itu, beliau juga mengadu pihak pengurusan Naelofar Hijab dengan sesuka hati boleh  memecat pekerja dan menurukan gaji  mereka tanpa notis.

Agak susah sebenarnya hendak terima bahawa syarikat milik Neelofa melakukan perkara seperti yang didakwa. Bukan ke jualan tudung Naelofar memang kencang habis, kalau keluar koleksi baharu sahaja mesti cepat habis bukan? Lagipun jumlah stokis tudung Naelofar mencecah angka ratusan. Jika ada kepincangan, sudah pasti yang lain pun akan bersuara. Agak pelik untuk hanya seorang sahaja mengalami kejadian ini. Mungkin ada udang di sebalik batu?

Diharap Neelofa bersabar dengan dugaan dan cabaran sebegini. Adat berniaga pasti akan ada yang cuba menjatuhkan kita. Apa-apa pun, kami harap Neelofa boleh tampil dan menjelaskan perkara sebenar agar tiada lagi pihak yang memburukkan namanya.-beautifulnara

Punca Syazwan Zulkifly Mahu Berhenti Berlakon?

Tidak mahu di himpit kontroversi  kerana kisah peribadi beliau bersama pengacara Hlive Shenty Feliziana, aktor Syazwan Zulkifly telah bernekad untuk berhenti daripada dunia lakonan.


Punca Syazwan Zulkifly Mahu Berhenti Berlakon?

Pengumuman yang mengejutkan ramai pihak itu dibuat semalam menerusi akaun Twitter miliknya.  Mengakui beliau sayangkan kariernya Syazwan bagaimanapun selepas ini mungkin hanya akan terlibat di belakang tabir sahaja.
    Saya putus asa. Kalau orang kata saya tak kuat, iya, memang saya tak kuat untuk berhadapan dengan situasi ini. Ini masalah peribadi yang pasti akan merosakkan nama saya. Jadi sebelum saya kena ‘gam’ oleh mana-mana pihak, lebih baik undur diri.

    Saya sayangkan kerjaya ini, tetapi jika apa yang akan berlaku nanti menyebabkan ibu bapa saya menderita, lebih baik berhenti. Saya sayangkan ibu saya. Mungkin saya akan lebih terlibat dengan kerja belakang tabir. Namun tidak untuk di hadapan kamera.

Namun, Syazwan berharap perkara ini tidak akan diperbesarkan atau menjadi kecoh kerana beliau sebolehnya akan mencari jalan penyelesaian terbaik tentang masalah kisah peribadi beliau bersama Shenty.

Punca Syazwan Zulkifly Mahu Berhenti Berlakon?
Punca Syazwan Zulkifly Mahu Berhenti Berlakon?

Jika Syazwan sudah pasti bahawa keputusannya ini akan memberikan kebaikan kepada semua pihak,maka teruslah niat anda. Kami berharap selepas ini Syazwan akan berjaya dalam apa sahaja beliau lakukan. All the best!-beautifulnara

Friday, October 23, 2015

Saman Sepahtu Ke Atas NSTP Ditolak Mahkamah

Semalam kumpulan pelawak Sepahtu telah gagal dalam saman mereka terhadap kumpulan akhbar The New Straits Time Press (NSTP)(M) Berhad berhubung penerbitan satu artikel yang mendakwa seorang daripada anggota kumpulan itu mengamuk kerana tidak terpilih sebagai juara program realiti Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM2014).


Saman Sepahtu Ke Atas NSTP Ditolak Mahkamah

Hakim Mahkamah Sesyen Sivil, Datuk Anita Harun menolak saman yang dikemukakan oleh anggota kumpulan Sepahtu, Mohd Nadzri Zainal Abidin, 30, (Jep) dan Shahmira Muhamad, 31, (Shuib) selaku plaintif, dalam kamarnya semalam.

Prosiding itu dihadiri peguam Aizul Rohan Anuar yang mewakili kumpulan pelawak itu, manakala peguam She Yi Ooi mewakili syarikat penerbitan berkenaan selaku defendan.

Aizul Rohan ketika ditemui pemberita berkata, tuntutan saman anak guamnya ditolak selepas mahkamah berpendapat artikel yang disiarkan oleh akhbar Harian Metro itu tidak memalukan plaintif.

Peguam itu berkata pihaknya akan memfailkan rayuan berhubung keputusan hari ini di Mahkamah Tinggi pada Isnin ini.


Saman Sepahtu Ke Atas NSTP Ditolak Mahkamah

Pada 18 Mei lalu, Jep dan Shuaib memfailkan saman itu selepas mendakwa artikel bertajuk 'Jep mengamuk Sepahtu Kalah', yang disiarkan melalui ruangan Cik Pang dalam akhbar Metro Ahad pada 15 Februari lalu mengandungi kenyataan-kenyataan fitnah dan berniat jahat terhadap mereka.

Mereka mendakwa artikel yang menyatakan Jep mengamuk di belakang pentas dengan memaki dan mengugut untuk mendapatkan orang yang bertanggungjawab menjatuhkan Sepahtu sehingga tewas dalam MLM2014 adalah satu fitnah.

Kedua-dua plaintif mendakwa artikel itu antara lain membawa maksud bahawa mereka mempercayai ilmu hitam dan bomoh, tidak mempunyai semangat bersaing yang sihat, bersikap tidak matang dan tidak profesional.

Jep dan Shuaib juga mendakwa artikel yang disebar luas di media sosial memberi impak negatif terhadap mereka dan menjatuhkan populariti mereka dalam kalangan masyarakat serta artis tempatan.

Oleh itu, mereka memohon deklarasi bahawa kenyataan libel yang disiarkan defendan adalah fitnah selain menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi melampau, kos serta dan lain-lain perintah yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Dalam pernyataan pembelaan NSTP yang difailkan pada Julai lalu, defendan menafikan perkataan-perkataan dalam artikel itu mengandungi unsur fitnah.

Syarikat penerbitan itu mendakwa telah secara jujur tanpa niat jahat dan berdasarkan prinsip kewartawanan bertanggungjawab telah melaporkan secara langsung keadaan dan aksi semasa MLM 2014.-myartis

Gambar percutian nampak 'pusat' Uqasha Senrose (6 gambar)

Baru-baru ini Uqasha Senrose telah pergi bercuti bersama-sama adik beradik dan sepupunya ke Gerimis Senja Villa, Ulu Langat Selangor.


Gambar percutian nampak 'pusat' Uqasha Senrose


Dalam salah satu gambar yang dimuatnaik di Instagram dengan hashtag CFLvacacay tersebut dilihat seakan-akan menonjolkan perut Uqasha. 

Gambar percutian nampak 'pusat' Uqasha Senrose


Ada pengikut di Instagram yang mempersoalkan hal itu tetapi komen tersebut telahpun dipadam dan adik Uqasha, Raysha Rizrose telah menjelaskan bahawa gambar itu tidak menunjukkan perut Uqasha tetapi inner yang dipakainya.

Gambar percutian nampak 'pusat' Uqasha Senrose

Selain itu, pengikut juga mempertikaikan fesyen bertudung Uqasha yang terang-terang menampakkan lehernya. Mungkin itu bukan leher Uqasha tetapi inner yang dipakainya? Cubalah bersangka baik.-izyan.com







Thursday, October 22, 2015

7 Gambar Anak Kedua Wawa Zainal Dan Aeril Zafrel

Siapa yang tak gembira memiliki keluarga dan cahaya mata yang dapat menyerikan lagi suasana rumah tangga, betul tak?

7 Gambar Anak Kedua Wawa Zainal Dan Aeril Zafrel

Pelakon Wawa Zainal dan Aeril Zafrel baru sahaja menimang cahaya mata kedua mereka pada 18 Ogos lalu kini mula berkongsikan beberapa gambar anak kedua mereka untuk tatapan peminat.

7 Gambar Anak Kedua Wawa Zainal Dan Aeril Zafrel

Memang comel anak kedua mereka yang diberi nama Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, bunyi Arab sangat kan?

7 Gambar Anak Kedua Wawa Zainal Dan Aeril Zafrel

Kehadiran bayi perempuan mereka ini jelas menyerikan lagi suasana keluarga kecil yang dibina bersama. Semoga Wawa Zainal dan Aeril Zafrel dilimpah rezeki dalam perniagaan mereka usahakan dan semoga dipenuhi dengan kebahagiaan dalam hidup, Amin!-gosipmalaysia

7 Gambar Anak Kedua Wawa Zainal Dan Aeril Zafrel

7 Gambar Anak Kedua Wawa Zainal Dan Aeril Zafrel

7 Gambar Anak Kedua Wawa Zainal Dan Aeril Zafrel

7 Gambar Anak Kedua Wawa Zainal Dan Aeril Zafrel

Tontonan Berulang Punca 'Polis Evo' Kutip RM16 Juta

Kejayaan filem Polis Evo yang mampu memperoleh kutipan RM16 juta selepas 34 hari tayangan adalah disebabkan faktor tontonan berluang oleh orang ramai yang menontonnya lebih daripada sekali.

Tontonan Berulang Punca 'Polis Evo' Kutip RM16 Juta


Naib Presiden & Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar berkata, menerusi maklum balas yang diterima dan kajian yang dilakukan terdapat penonton yang menonton filem tersebut 11 kali di pawagam.
"Alhamdulillah filem itu masih ditayangkan dan hari ini (Khamis) sudah masuk hari ke 34 di pawagam sudah pun melebihi angka RM 16 juta.

"Menerusi survey dan maklum balas yang kami terima kebanyakkan penonton menonton lebih sekali di pawagam, ada seorang penonton yang ulang tonton sebanyak 11 kali," ujarnya kepada mStar Online.

Najwa ditemui pada majlis pelancaran filem terbaharu terbitan Astro Shaw Ola Bola yang diadakan di Stadium Merdeka, di sini, Khamis.

Tontonan Berulang Punca 'Polis Evo' Kutip RM16 Juta


Tambah Najwa, Polis Evo juga filem pertama yang mendapat respons paling tinggi di laman sosial.
"Daripada semua filem terbitan Astro Shaw, Polis Evo adalah yang paling aktif dan menjadi topik perbualan di laman-laman sosial.

"Pengguna laman sosial internet memberi komen positif sehingga ia mempengaruhi pengguna laman sosial lain untuk menonton filem tersebut," ujarnya.

Selain itu, Najwa berkata, filem tersebut masih mendapat sambutan hangat di pawagam dan masih ditayangkan sebanyak 83 buah panggung di seluruh negara.

Dia berharap filem tersebut dapat menandingi kutipan filem terbitan syarikat produksi itu sebelum ini iaitu The Journey yang berjaya mengutip sebanyak RM17. 8 juta.

Sementara itu ditanya sama ada pihaknya akan menghasilkan sekuel filem tersebut disebabkan sambutan menggalakkan, Najwa berkata, perkara itu belum difikirkan lagi.
"Kalau nak hasilkan sekual sudah tentu kita perlu berhadapan dengan jangkaan penonton yang tinggi dan kami perlu sesuatu bahan yang lebih hebat.

"Buat masa ini kami tiada memikirkan lagi perkara itu, Insya-Allah kalau ada cerita yang baik, mungkin ia akan dibincangan," ujarnya.

Terdahulu Polis Evo lakonan Shaheizy Sam dan Zizan Razak berjaya mencatat kutipan memberangsangkan dengan jumlah RM8 juta selepas 11 hari ditayangkan.

Filem yang mula ditayangkan pada 17 September lalu adalah arahan Ghaz Abu Bakar merupakan gabungan karya Joel Soh, Kyle Goonting dan Anwari Ashraf.

Polis Evo merupakan filem yang memaparkan kisah dua anggota polis, Khai (Shaheizy Sam) dan Sani (Zizan Razak).

Kedua-dua pemuda itu mempunyai personaliti yang sangat berbeza tetapi mereka harus bekerjasama untuk menjatuhkan sebuah operasi pengedaran dadah.-mstar

Peminat Persoalkan Amyra Rosli Jadi Duta Tudung Fareeda

Dilantik sebagai duta kepada jenama tudung terkenal iaitu Fareeda, Amyra Rosli telah mendapat pelbagai reaksi daripada peminat yang mempersoalkan mengapa beliau  menjadi duta tudung sedangkan Amyra sendiri tidak berhijab.

Peminat Persoalkan Amyra Rosli Jadi Duta Tudung Fareeda

Jelas Amyra, beliau harap peminat menganggap ia hanya sebagai satu perniagaan dimana beliau dipertanggungjawabkan untuk menggalakkan orang ramai untuk berhijab.

    Saya sedar ramai orang yang akan bertanya tentang hal ini. Saya menerima tawaran ini sebagai satu bisnes dan akan bawa tanggungjawab ini bagi menggalakkan orang di luar sana untuk berhijab. Orang nak cakap apa terpulang kerana bukan senang nak dapat tawaran yang mungkin orang lain tak boleh dapat.

Peminat Persoalkan Amyra Rosli Jadi Duta Tudung Fareeda

Pada awalnya memang Amyra ada merasa sedikit gentar untuk menerima tawaran untuk menjadi Faces Of FAREEDA tetapi beliau akhirnya akur dan menganggap ia sebagai rezeki.

    Saya gembira kerana antara ramai artis, saya yang terpilih. Pada mulanya takut juga nak ambil tawaran ini, tapi saya fikir positif dan anggap ini rezeki saya. Fareeda merupakan satu nama yang besar, jadi saya sangat teruja apabila diberi penghormatan serta peluang untuk menjadi Faces of Fareeda.

    Allah bagi jalan untuk saya menjadi wajah jenama tudung dan pemilihan ini juga memberi positif vibe kepada diri saya. Ini merupakan satu tanggungjawab untuk saya dan bila dapat jadi wajah jenama tudung, ia memberi kebaikan untuk saya agar lebih pandai membawa diri.

    Saya pun makin berumur dan niat untuk bertudung memang ada. Ramai juga yang cakap saya lagi elok bila bertudung. Tapi, biarlah saya sendiri yang terbuka hati untuk memakainya dan saya harap semua doakan yang satu hari nanti saya akan memakai tudung.

Peminat Persoalkan Amyra Rosli Jadi Duta Tudung Fareeda

Bukan sahaja Amyra Rosli menjadi duta kepada jenama tudung sedangkan beliau tidak berhijab tetapi masih ramai yang membuat bisnes tudung meskipun mereka “free hair”. Anggap sahaja satu hari nanti mungkin mereka akan terbuka hati untuk menutup aurat bila sudah biasa terlibat dengan perniagaan ini.-beautifulnara