Tuesday, December 23, 2014

Chacha : Kami Tak Dihalau, Malah Tinggal Di Kondo Bukan Flat

Pelakon Chacha Maembong nafi dia dan dua beradiknya disuruh keluar dari rumah  akaknya, Yaya Maembong seperti yang dinyatakan oleh bapanya Ismail Embong menerusi statusnya di laman sosial Facebook.


Tak Dihalau, Malah Tinggal Di Kondo Bukan Flat, info, terkini ,hiburan, sensasi, kontroversi, gosip, Chacha Maembong, ismail embong

Sebaliknya, Chacha Maembong berkata dia sudah pun membeli rumah sebelum Yaya dan Wan Raja berumahtangga  untuk tinggal bersama dua orang adik beradiknya yang lain.

“Sebenarnya saya sudah lama membeli rumah itu malah sebelum Kak Yaya membuat persiapan kahwin lagi kami dah mula berpindah sedikit demi sedikit.

“Saya dan Kak Yaya tiada masalah dah tiada isu saya dihalau atau sebagainya tetapi saya sendiri memang dah lama mahu pindah keluar kerana barang shooting saya terlalu banyak dan saya perlukan ruang saya sendiri.

“Bukan sahaja mahu beri Kak Yaya privacy tetapi saya sendiri pun mahu privacy saya,” katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Chacha diminta mengulas selepas bapanya menaikkan status seperti berikut:

“Tanpa pengetahuan sy mereka ( Yaya Maembong & Wan Raja) adakan 'Malam Berinai' 10Dec. Sy hanya tahu bila sy dtg ke Bukit Antarabangsa nak jengok Popo (akak Chacha) yg tinggal dirumah itu bersama Amad, Chacha. Diberitahu 3 beradik itu terpaksa keluar, cari rumah lain kerana lepas nikah pasangan itu akan tinggal dirumah Yaya. Kini mereka bertiga di flat, Amad berkerusi roda terpaksa naik lif. Berderai perasaan si bapa ini, tp disembunyikan jua,”

Difahamkan,bapa mereka memuat naik status itu selepas berang dengan artikel gosip dalam ruangan sebuah akhbar dengan tajuk ‘Bapa Pengantin Buat Hal’

Chacha turut menjelaskan rumah yang dibeli itu bukanlah flat sepertimana yang digambarkan oleh bapanya tetapi merupakan sebuah rumah kondominium

“Saya bukan tinggal di flat seperti yang dinyatakan tetapi kami tinggal di kondominium. Kalau flat manalah ada lif semua.

“Amad (Abang Chacha) pula selesa dan suka sahaja keluar masuk rumah baru kami walaupun turun naik lif.

“Saya rasa ini salah faham sahaja. Hubungan saya dan ayah tiada masalah. Biasalah itu orang tua, bila tengah marah apa sahaja boleh keluar,” jelasnya lagi.

Mengenai perkembangan lain, Chacha kini baru sahaja selesai penggambaran drama bersiri Anak Kelima untuk siaran TV9.

Baca : Jessica Jung Terkejut Dituduh Mengandung  

Sumber : murai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →