Showing posts with label ismail embong. Show all posts
Showing posts with label ismail embong. Show all posts

Thursday, January 8, 2015

Apa Jadahnya Diperbesarkan Soal Kahwin Sebelum Lamaran – Ayah Emma Maembong

Beberapa hari lalu, bapa kepada Emma Maembong, Ismail Embong memberikan komen pedas berkenaan kenyataan Zizan Razak di sebuah akhbar.

ismail embong, emma maembong, zizan razak, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, kontroversi

Bagaikan memberi amaran keras, Ismail seterusnya memberi kata dua buat Zizan sama ada mahu mengikut syarat yang ditetapkan atau tidak.

Terkini, sekali lagi Ismail meluahkan isi hatinya sebagai seorang bapa terhadap hubungan anaknya dengan Zizan Razak di laman Facebook.

ismail embong, emma maembong, zizan razak, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, kontroversi

Aku Menjawab Tulisan Utusan

ismail embong, emma maembong, zizan razak, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, kontroversi

ismail embong, emma maembong, zizan razak, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, kontroversi



Aku Tak Sekat Pilihan Anak


ismail embong, emma maembong, zizan razak, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, kontroversi

ismail embong, emma maembong, zizan razak, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, kontroversi

Jangan Dia Sendiri Mengaku Sebagai ‘Milik Masyarakat’

ismail embong, emma maembong, zizan razak, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, kontroversi

ismail embong, emma maembong, zizan razak, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, kontroversi


Itu Pegangan Aku Seorang


ismail embong, emma maembong, zizan razak, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, kontroversi



Baca : Nomad Hadiahkan Tunku Jalil Sepasang Kasut Gucci 

Sumber : ohbulan.com

Tuesday, December 30, 2014

Ayah Emma Maembong Pandu Sendiri Lori Hantar Bantuan Ke Pantai Timur

Bencana banjir yang menimpa semenanjung Malaysia terus mendapat perhatian selebriti tempatan yang turut serta melakukan pelbagai inisiatif bagi membantu mangsa yang terlibat. Kalau semalam kami ada kongsikan tentang bantuan yang diberikan oleh Fizo Omar, kali ini kekasih hati Zizan Razak, Emma Maembong turut membantu.


ismail embong, info, terkini, hiburan, sensasi, ayah emma maembong bantu mangsa banjir

Ditemani oleh ahli keluarga dan kelab peminatnya, Emavengers, Emma mengambil keputusan untuk membeli barang keperluan di sebuah pasaraya di bandar Kuala Lumpur untuk disumbangkan kepada mangsa banjir.

Namun apa yang lebih menarik perhatian kami ialah ayah Emma, Ismail Embong mengambil keputusan untuk menghantar sendiri bantuan tersebut ke Pantai Timur. Kenapa ye agaknya?

ismail embong, info, terkini, hiburan, sensasi, ayah emma maembong bantu mangsa banjir

Sebenarnya ayah Emma bertindak sedemikian kerana bimbang kalau-kalau bantuan yang ingin disalurkan tidak sampai kepada mereka yang layak menerima. Malah Ismail Embong meluahkan rasa kurang senang dengan sikap segelintir manusia yang mengambil kesempatan terhadap bencana yang berlaku.

Jadi atas sebab itulah Ismail Embong drive sendiri lori yang membawa bantuan banjir daripada Emavengers. Walaupun dah berumur, namun berbekalkan kudrat dan semangat yang kuat, dia drive dari Kuala Lumpur ke Pantai Timur. Jauh tu!


ismail embong, info, terkini, hiburan, sensasi, ayah emma maembong bantu mangsa banjir

Team Emavengers turut mengambil keputusan untuk membungkus bekalan makanan tersebut satu persatu agar mudah diagihkan. Senang cerita dalam satu plastik complete ada semua.

ismail embong, info, terkini, hiburan, sensasi, ayah emma maembong bantu mangsa banjir

Sepanjang perjalanan menuju ke Pantai Timur, Ismail Embong sempat beberapa kali berhenti di tepi jalan untuk bergambar. Gelagatnya yang melucukan itu turut mendapat perhatian rakan-rakan di Facebook. Malah ada yang berjenaka.

ismail embong, info, terkini, hiburan, sensasi, ayah emma maembong bantu mangsa banjir

Menerusi perkongsiannya yang terakhir di Facebook pada malam tadi, Ismail Embong telah sampai ke destinasi yang dituju dan sempat mengagihkannya ke beberapa kawasan sekitar Gua Musang Kelantan. Memang steady la pakcik Mail ni! Tengok tu siap tolong angkat barang bawa turun daripada lori lagi.


ismail embong, info, terkini, hiburan, sensasi, ayah emma maembong bantu mangsa banjir

Untuk keyboard warriors dekat luar sana yang hanya pandai complain dan kutuk pertolongan orang lain, korang patut rasa malu dekat ayah Emma ini. Dah tua pun semangat lagi nak tolong. Takat sembang dekat Facebook, baik tak payah!

Baca : Stacy lebar karier nyanyian ke Indonesia 

Sumber : ohbulan.com

 photo good_zps9ceffaa5.gif



Tuesday, December 23, 2014

Chacha : Kami Tak Dihalau, Malah Tinggal Di Kondo Bukan Flat

Pelakon Chacha Maembong nafi dia dan dua beradiknya disuruh keluar dari rumah  akaknya, Yaya Maembong seperti yang dinyatakan oleh bapanya Ismail Embong menerusi statusnya di laman sosial Facebook.


Tak Dihalau, Malah Tinggal Di Kondo Bukan Flat, info, terkini ,hiburan, sensasi, kontroversi, gosip, Chacha Maembong, ismail embong

Sebaliknya, Chacha Maembong berkata dia sudah pun membeli rumah sebelum Yaya dan Wan Raja berumahtangga  untuk tinggal bersama dua orang adik beradiknya yang lain.

“Sebenarnya saya sudah lama membeli rumah itu malah sebelum Kak Yaya membuat persiapan kahwin lagi kami dah mula berpindah sedikit demi sedikit.

“Saya dan Kak Yaya tiada masalah dah tiada isu saya dihalau atau sebagainya tetapi saya sendiri memang dah lama mahu pindah keluar kerana barang shooting saya terlalu banyak dan saya perlukan ruang saya sendiri.

“Bukan sahaja mahu beri Kak Yaya privacy tetapi saya sendiri pun mahu privacy saya,” katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Chacha diminta mengulas selepas bapanya menaikkan status seperti berikut:

“Tanpa pengetahuan sy mereka ( Yaya Maembong & Wan Raja) adakan 'Malam Berinai' 10Dec. Sy hanya tahu bila sy dtg ke Bukit Antarabangsa nak jengok Popo (akak Chacha) yg tinggal dirumah itu bersama Amad, Chacha. Diberitahu 3 beradik itu terpaksa keluar, cari rumah lain kerana lepas nikah pasangan itu akan tinggal dirumah Yaya. Kini mereka bertiga di flat, Amad berkerusi roda terpaksa naik lif. Berderai perasaan si bapa ini, tp disembunyikan jua,”

Difahamkan,bapa mereka memuat naik status itu selepas berang dengan artikel gosip dalam ruangan sebuah akhbar dengan tajuk ‘Bapa Pengantin Buat Hal’

Chacha turut menjelaskan rumah yang dibeli itu bukanlah flat sepertimana yang digambarkan oleh bapanya tetapi merupakan sebuah rumah kondominium

“Saya bukan tinggal di flat seperti yang dinyatakan tetapi kami tinggal di kondominium. Kalau flat manalah ada lif semua.

“Amad (Abang Chacha) pula selesa dan suka sahaja keluar masuk rumah baru kami walaupun turun naik lif.

“Saya rasa ini salah faham sahaja. Hubungan saya dan ayah tiada masalah. Biasalah itu orang tua, bila tengah marah apa sahaja boleh keluar,” jelasnya lagi.

Mengenai perkembangan lain, Chacha kini baru sahaja selesai penggambaran drama bersiri Anak Kelima untuk siaran TV9.

Baca : Jessica Jung Terkejut Dituduh Mengandung  

Sumber : murai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Monday, December 22, 2014

Bapa Terasa Hati Majlis Kahwin Yaya Maembong & Wan Raja

Terbaca di mStar Online Bapa kepada Yaya Maembong iaitu pelukis terkenal Ismail Embong mengecam majlis pernikahan anaknya itu dengan pelakon Wan Raja kerana mengenepikan peranannya sebagai seorang bapa.


Bapa Terasa Hati Majlis Kahwin Yaya Maembong & Wan Raja, info, terkini, hiburan, sensasi, isu keluarga maembong, yaya maembong, ismail embong

Perkara ini melibatkan kakak dan ayah Emma Maembong iaitu Yaya Maembong dan Ismail Embong (Maembong).

Perkara ini mugkin Ismail Embong iaitu bapa terasa hati apabila peranannya sebagai seorang bapa diketepikan seperti (malam Berinai) tanpa keizinan Ismil Embong dan terkilan apabila tidak dimaklumkan dimanakah lokasi pernikahan dan juga Yaya dikatakan meminta tiga beradiknya yang tinggal bersamanya untuk keluar dari rumah

Jom baca petikan daripada mStar di Bawah

Ismail, 66, berkata, pasangan berkenaan mengadakan perkahwinan dengan cara membazir termasuklah menguruskan majlis berinai yang tidak mendapat keizinannya sedangkan perbuatan itu adalah bercanggah dengan ajaran agamanya sebagai seorang Islam.

"Kalau diminta izin, saya tetap haramkan majlis itu (malam berinai) kerana ini bercanggah degan agama saya anuti. Tambah pula, berbagai kritikan diterima, termasuk saya dihina tanpa sebab kerana kononnya ini ritual saya izinkan," katanya meluahkan perasaan panjang lebar dalam Facebook miliknya pada Isnin.

Terdahulu Yaya atau nama sebenarnya Rabbiati Adawiyyah, 38,  dan Wan Raja atau nama sebenarnya Saiful Redzuan Abu Bakar, 37, selamat bernikah di Masjid A--Redhuan Hulu Klang dekat sini pada 12 Disember lalu dengan sekali lafaz.

Pasangan berkenaan kemudiannya mengadakan majlis resepsi persandingan di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil dekat sini dua hari kemudian.

Yaya adalah kakak kepada pelakon Emma Maembong, Shikin Maembong dan Chacha Maembong.

Selain Yaya berkahwin dengan artis, Shikin terlebih dahulu mengikut jejak berkenaan selepas bernikah dengan Chef Riz iaiatu anak kepada Datuk Chef Wan pada 5 Disember 2014.

Dalam pada itu Ismail menerusi status Facebook yang sama menjelaskan, dia terkejut ketika berkunjung ke rumah Yaya di Bukti Antarabangsa dekat sini pada 10 Disember lalu iaitu dua hari sebelum anaknya bernikah apabila mendapati pasangan berkenaan mengadakan malam berinai.

Yaya Halau Adik Beradik

Malah lebih mendukacitakan apabila Yaya dikatakan meminta tiga beradiknya yang tinggal bersamanya untuk keluar dari rumah itu kerana dia berhasrat tinggal di kediaman berkenaan selepas berumah tangga.

Kata ismail, tiga beradik itu ialah Popo, Chacha serta seorang orang kelainan upaya (OKU) iaitu Amad.

"Berderai juga perasaan saya kerana Amad yang berkerusi roda terpaksa menaiki lif kerana kini mereka terpaksa tinggal di rumah flat," luahnya.

Ismail turut mendedahkan ketika majlis pernikahan yang berlangsung di Masjid Al-Redhuan, dia sekali lagi terkilan apabila tidak dimaklumkan dimanakah lokasi pernikahan tersebut.

Malah dia terpaksa menghabibskan masa seharian di rumah kerana menunggu jika ada mana-mana individu yang ingin membawanya meghadiri majlis akad nikah itu.

"Pada hari majlis tersebut saya seharian menunggu di rumah kerana tiada siapa yang datang untuk membawa saya, malah saya sendiri tidak tahu lokasi pernikahan itu. Seorang kawan telah membawa saya pada pukul 5.30 petang, namun saya sekali lagi marah apabila majlis itu tidak diadakan mengikut permintaan saya.

"Saya sudah beritahu bahawa buat secara kecil-kecilan sahaja dan jangan jemput media. Kalau ada yang ingin menaja sekalipun sedekah sahaja pada fakir lebih banyak pahala," ujarnya.

Ismail menambah, dia tidak pernah memberi apa-apa syarat terhadap pilihan anak-anaknya, malah dia hanya meminta majlis dibuat secara sederhana sahaja.

Perkara tersebut turut diingatkan kepada tiga orang anaknya yang masih belum berkahwin agar tidak melakukan tindakan sedemikian.

"Saya sudah berpesan kepada rombongan merisik iaitu tiada hantaran, pilihan anak tidak pernah saya tentang, buat yang wajib sahaja dan kalau perlu bersanding hanya melakukannya secara sederhana sahaja," ujarnya.

Wan Raja Nafi Yaya Halau Adik Beradik

keputusan untuk berpindah ke rumah lain adalah keputusan yang dibuat oleh adik-beradik berkenaan sendiri.

"Yaya menangis membaca status FB bapanya kerana dia tidak pernah menghalau adik-adiknya malah kami tidak kisah tinggal bersama. Tetapi mereka bertiga yang tetap mahu keluar tinggal di rumah baru itu," -mStar-

Itulah kejadian yang menimpa kepada keluarga Emma Maembong iaitui pertelingkahan Yaya Maembong, Wan Raja dan Ismail Embong. Di harap perkara ini dapat di selesaikan sebaik mungkin.

Keluarga Wan Raja Terkejut Tindakan Ismail Embong

Semantara itu, pelakon Wan Raja yang dihubungi mStar Online pada Isnin bagi mengulas kejadian berkenaan berkata, keluarganya agak terkejut dengan tindakan Ismail Embong ketika majlis pernikahan dia dan Yaya berlangsung.

Wan Raja berkata, tindakan bapa mertua itu juga dianggap tidak adil kepadanya sebagai orang baharu yang masuk dalam keluarga tersebut.

"Saya mengaku pada majlis akad nikah saya, ada insiden yang kurang menyenangkan dengan cara bapa mertua saya dan saya malu dengan keluarga saya yang datang jauh dari Pulau Pinang untuk meraikan hari bahagia saya dan Yaya.

"Bagi saya tindakan ayah mertua saya itu tidak adil kepada saya kerana meninggikan suara di hadapan orang ramai termasuk tidak membenarkan media membuat liputan sebelum majlis akad nikah berlangsung. Secara jujur kejadian itu menganggu fokus saya untuk upacara akad nikah," ujarnya.

Tambah Wan Raja, punca sebenar ayah mertuanya bertindak demikian apabila tiada siapa yang mengaturkan persiapannya untuk ke upacara akad nikah.

Jelasnya, kesemua anak-anaknya ketika itu sibuk dengan hal masing-masing hingga tidak mempersiapkan ayah mereka untuk hadir ke majlis tersebut.

"Saya tahu dia marah kerana tidak ada siapa yang buat persiapan untuk membawa ke majlia akad nikah kerana Yaya ketika itu sibuk malah adik-beradik yang lain ada penggambaran dan hal masing-masing.

"Saya tahu ia mungkin salah kami juga," katanya yang enggan mengeruhkan lagi keadaan.

Dalam pada itu, Wan Raja menjelaskan majlis malam berinai yang diadakan oleh isterinya sebelum pernikahan sebenarnya dilakukan secara tertutup sahaja.

Tambahnya, perkara itu dirancang oleh adik-beradik isterinya yang mahu meraikan perkahwinan tersebut.

"Saya tidak masuk campur hal majlis berinai itu kerana ia adalah idea Yaya dan adik beradik dia lain. Saya datang pun sebab singgah selepas habis penggambaran.

"Saya tidak tahu hal itu menimbulkan kemarahan bapanya, tetapi sebelum ini ada juga adik beradik dia yang buat majlis berinai, tiada apa-apa masalah pun," katanya.

Bagi admin biasala tu apabila umur sudah semakin lanjut. perasaan sensitif dia lebih kuat..ada orang mengatakan apabila umur sudah semakin lanjut  perangai akan kembali jadi keanak - anakan. Admin harap Yaya tidak akan terasa hati dengan bapanya..kerana bapa yang besarkan kita ketika kecil.

Baca : Penampilan Terbaru Nasha Aziz Memakai Skirt Pendek  

Sumber : ooomedianetwork.blogspot.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif