Showing posts with label yaya maembong. Show all posts
Showing posts with label yaya maembong. Show all posts

Monday, December 22, 2014

Bapa Terasa Hati Majlis Kahwin Yaya Maembong & Wan Raja

Terbaca di mStar Online Bapa kepada Yaya Maembong iaitu pelukis terkenal Ismail Embong mengecam majlis pernikahan anaknya itu dengan pelakon Wan Raja kerana mengenepikan peranannya sebagai seorang bapa.

Bapa Terasa Hati Majlis Kahwin Yaya Maembong & Wan Raja, info, terkini, hiburan, sensasi, isu keluarga maembong, yaya maembong, ismail embong

Perkara ini melibatkan kakak dan ayah Emma Maembong iaitu Yaya Maembong dan Ismail Embong (Maembong).

Perkara ini mugkin Ismail Embong iaitu bapa terasa hati apabila peranannya sebagai seorang bapa diketepikan seperti (malam Berinai) tanpa keizinan Ismil Embong dan terkilan apabila tidak dimaklumkan dimanakah lokasi pernikahan dan juga Yaya dikatakan meminta tiga beradiknya yang tinggal bersamanya untuk keluar dari rumah

Jom baca petikan daripada mStar di Bawah

Ismail, 66, berkata, pasangan berkenaan mengadakan perkahwinan dengan cara membazir termasuklah menguruskan majlis berinai yang tidak mendapat keizinannya sedangkan perbuatan itu adalah bercanggah dengan ajaran agamanya sebagai seorang Islam.

"Kalau diminta izin, saya tetap haramkan majlis itu (malam berinai) kerana ini bercanggah degan agama saya anuti. Tambah pula, berbagai kritikan diterima, termasuk saya dihina tanpa sebab kerana kononnya ini ritual saya izinkan," katanya meluahkan perasaan panjang lebar dalam Facebook miliknya pada Isnin.

Terdahulu Yaya atau nama sebenarnya Rabbiati Adawiyyah, 38,  dan Wan Raja atau nama sebenarnya Saiful Redzuan Abu Bakar, 37, selamat bernikah di Masjid A--Redhuan Hulu Klang dekat sini pada 12 Disember lalu dengan sekali lafaz.

Pasangan berkenaan kemudiannya mengadakan majlis resepsi persandingan di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil dekat sini dua hari kemudian.

Yaya adalah kakak kepada pelakon Emma Maembong, Shikin Maembong dan Chacha Maembong.

Selain Yaya berkahwin dengan artis, Shikin terlebih dahulu mengikut jejak berkenaan selepas bernikah dengan Chef Riz iaiatu anak kepada Datuk Chef Wan pada 5 Disember 2014.

Dalam pada itu Ismail menerusi status Facebook yang sama menjelaskan, dia terkejut ketika berkunjung ke rumah Yaya di Bukti Antarabangsa dekat sini pada 10 Disember lalu iaitu dua hari sebelum anaknya bernikah apabila mendapati pasangan berkenaan mengadakan malam berinai.

Yaya Halau Adik Beradik

Malah lebih mendukacitakan apabila Yaya dikatakan meminta tiga beradiknya yang tinggal bersamanya untuk keluar dari rumah itu kerana dia berhasrat tinggal di kediaman berkenaan selepas berumah tangga.

Kata ismail, tiga beradik itu ialah Popo, Chacha serta seorang orang kelainan upaya (OKU) iaitu Amad.

"Berderai juga perasaan saya kerana Amad yang berkerusi roda terpaksa menaiki lif kerana kini mereka terpaksa tinggal di rumah flat," luahnya.

Ismail turut mendedahkan ketika majlis pernikahan yang berlangsung di Masjid Al-Redhuan, dia sekali lagi terkilan apabila tidak dimaklumkan dimanakah lokasi pernikahan tersebut.

Malah dia terpaksa menghabibskan masa seharian di rumah kerana menunggu jika ada mana-mana individu yang ingin membawanya meghadiri majlis akad nikah itu.

"Pada hari majlis tersebut saya seharian menunggu di rumah kerana tiada siapa yang datang untuk membawa saya, malah saya sendiri tidak tahu lokasi pernikahan itu. Seorang kawan telah membawa saya pada pukul 5.30 petang, namun saya sekali lagi marah apabila majlis itu tidak diadakan mengikut permintaan saya.

"Saya sudah beritahu bahawa buat secara kecil-kecilan sahaja dan jangan jemput media. Kalau ada yang ingin menaja sekalipun sedekah sahaja pada fakir lebih banyak pahala," ujarnya.

Ismail menambah, dia tidak pernah memberi apa-apa syarat terhadap pilihan anak-anaknya, malah dia hanya meminta majlis dibuat secara sederhana sahaja.

Perkara tersebut turut diingatkan kepada tiga orang anaknya yang masih belum berkahwin agar tidak melakukan tindakan sedemikian.

"Saya sudah berpesan kepada rombongan merisik iaitu tiada hantaran, pilihan anak tidak pernah saya tentang, buat yang wajib sahaja dan kalau perlu bersanding hanya melakukannya secara sederhana sahaja," ujarnya.

Wan Raja Nafi Yaya Halau Adik Beradik

keputusan untuk berpindah ke rumah lain adalah keputusan yang dibuat oleh adik-beradik berkenaan sendiri.

"Yaya menangis membaca status FB bapanya kerana dia tidak pernah menghalau adik-adiknya malah kami tidak kisah tinggal bersama. Tetapi mereka bertiga yang tetap mahu keluar tinggal di rumah baru itu," -mStar-

Itulah kejadian yang menimpa kepada keluarga Emma Maembong iaitui pertelingkahan Yaya Maembong, Wan Raja dan Ismail Embong. Di harap perkara ini dapat di selesaikan sebaik mungkin.

Keluarga Wan Raja Terkejut Tindakan Ismail Embong

Semantara itu, pelakon Wan Raja yang dihubungi mStar Online pada Isnin bagi mengulas kejadian berkenaan berkata, keluarganya agak terkejut dengan tindakan Ismail Embong ketika majlis pernikahan dia dan Yaya berlangsung.

Wan Raja berkata, tindakan bapa mertua itu juga dianggap tidak adil kepadanya sebagai orang baharu yang masuk dalam keluarga tersebut.

"Saya mengaku pada majlis akad nikah saya, ada insiden yang kurang menyenangkan dengan cara bapa mertua saya dan saya malu dengan keluarga saya yang datang jauh dari Pulau Pinang untuk meraikan hari bahagia saya dan Yaya.

"Bagi saya tindakan ayah mertua saya itu tidak adil kepada saya kerana meninggikan suara di hadapan orang ramai termasuk tidak membenarkan media membuat liputan sebelum majlis akad nikah berlangsung. Secara jujur kejadian itu menganggu fokus saya untuk upacara akad nikah," ujarnya.

Tambah Wan Raja, punca sebenar ayah mertuanya bertindak demikian apabila tiada siapa yang mengaturkan persiapannya untuk ke upacara akad nikah.

Jelasnya, kesemua anak-anaknya ketika itu sibuk dengan hal masing-masing hingga tidak mempersiapkan ayah mereka untuk hadir ke majlis tersebut.

"Saya tahu dia marah kerana tidak ada siapa yang buat persiapan untuk membawa ke majlia akad nikah kerana Yaya ketika itu sibuk malah adik-beradik yang lain ada penggambaran dan hal masing-masing.

"Saya tahu ia mungkin salah kami juga," katanya yang enggan mengeruhkan lagi keadaan.

Dalam pada itu, Wan Raja menjelaskan majlis malam berinai yang diadakan oleh isterinya sebelum pernikahan sebenarnya dilakukan secara tertutup sahaja.

Tambahnya, perkara itu dirancang oleh adik-beradik isterinya yang mahu meraikan perkahwinan tersebut.

"Saya tidak masuk campur hal majlis berinai itu kerana ia adalah idea Yaya dan adik beradik dia lain. Saya datang pun sebab singgah selepas habis penggambaran.

"Saya tidak tahu hal itu menimbulkan kemarahan bapanya, tetapi sebelum ini ada juga adik beradik dia yang buat majlis berinai, tiada apa-apa masalah pun," katanya.

Bagi admin biasala tu apabila umur sudah semakin lanjut. perasaan sensitif dia lebih kuat..ada orang mengatakan apabila umur sudah semakin lanjut  perangai akan kembali jadi keanak - anakan. Admin harap Yaya tidak akan terasa hati dengan bapanya..kerana bapa yang besarkan kita ketika kecil.

Baca : Penampilan Terbaru Nasha Aziz Memakai Skirt Pendek  

Sumber : ooomedianetwork.blogspot.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif

Monday, December 15, 2014

Foto Majlis Resepsi Ala Bangsawan Wan Raja & Yaya Maembong!

Setelah diijabkabulkan pada 12 Disember lalu, pasangan pelakon Wan Raja dan Yaya Maembong semalam diraikan dalam satu majlis resepsi yang diadakan di Dewan Sri Putra.

 Resepsi Ala Bangsawan Wan Raja & Yaya Maembong, info, terkini, hiburan, sensasi, foto resepsi yaya dan wan raja, yaya maembong, wan raja

Menariknya, mempelai ini diraikan dalam satu majlis bertemakan ala Bangsawan apabila mengenakan busana klasik seperti seorang anak perempuan Bangsawan serta pahlawan melayu.

Artikel Terdahulu :  

Majlis resepsi sebelah Yaya akan diadakan pada 14 Disember di Dewan Sri Putra, Kuala Lumpur manakala pada 26 Disember 2014m majlis akan diadakan di Dewan Sri Pinang, Padang Kota, Pulau Pinang pula untuk keluarga sebelah Wan Raja.

Tema Bangsawa merupakan tema yang sangat unik dan belum pernah dilakukan oleh selebriti tempatan.

Selepas ini mempelai bakal diraikan sekali lagi dalam majlis menyambut menantu di Dewan Sri Pinang,  Padang Kota, Pulau Pinang pada 26 Disember ini. Majlis pihak lelaki itu pula akan bertemakan P Ramlee dan Saloma.

 Resepsi Ala Bangsawan Wan Raja & Yaya Maembong, info, terkini, hiburan, sensasi, foto resepsi yaya dan wan raja, yaya maembong, wan raja

Pasangan ini telah bertunang pada 10 Syawal lalu selepas berkenalan lebih dua tahun. Drama Diari 3G menjadi permulaan detik perkenalan mereka apabila kedua-duanya berlakon sama.

Khas buat anda pembaca, berikut adalah sebahagian dari foto-foto pra perkahwinan pasangan ini daripada foto rasmi mereka iaitu Piccabooth:

 Resepsi Ala Bangsawan Wan Raja & Yaya Maembong, info, terkini, hiburan, sensasi, foto resepsi yaya dan wan raja, yaya maembong, wan raja

 Resepsi Ala Bangsawan Wan Raja & Yaya Maembong, info, terkini, hiburan, sensasi, foto resepsi yaya dan wan raja, yaya maembong, wan raja

 Resepsi Ala Bangsawan Wan Raja & Yaya Maembong, info, terkini, hiburan, sensasi, foto resepsi yaya dan wan raja, yaya maembong, wan raja

 Resepsi Ala Bangsawan Wan Raja & Yaya Maembong, info, terkini, hiburan, sensasi, foto resepsi yaya dan wan raja, yaya maembong, wan raja

 Resepsi Ala Bangsawan Wan Raja & Yaya Maembong, info, terkini, hiburan, sensasi, foto resepsi yaya dan wan raja, yaya maembong, wan raja

 Resepsi Ala Bangsawan Wan Raja & Yaya Maembong, info, terkini, hiburan, sensasi, foto resepsi yaya dan wan raja, yaya maembong, wan raja

 Resepsi Ala Bangsawan Wan Raja & Yaya Maembong, info, terkini, hiburan, sensasi, foto resepsi yaya dan wan raja, yaya maembong, wan raja

Baca : Amyra Rosli mahu berehat dari dunia seni 

Sumber : murai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif

Saturday, December 13, 2014

Yaya Maembong Dapat Tajaan Bulan Madu Ke Kota London

Pelakon Emma Maembong memberikan hadiah istimewa berupa pekej berbulan madu ke London sempena perkahwinan kakaknya, Yaya Maembong dengan pelakon Wan Raja.

Yaya Maembong Dapat Tajaan Bulan Madu Ke Kota London, info, terkini, hiburan, sensasi, yaya maembong, wan raja, emma maembong

Yaya atau nama sebenarnya, Rabbiati Adawiyyah, 38, berkata, hadiah itu merupakan satu kejutan yang dilakukan oleh adik kesayangannya selepas mereka selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz, pada Jumaat.

"Insya-Allah kami akan berbulan madu di sebuah pulau dalam masa terdekat ini dan kemudian akan ke London.

"Itu merupakan hadiah istimewa yang diberikan oleh Emma dan Insya-Allah kami akan pergi awal tahun depan iaitu selepas Wan Raja selesai penggambaran drama," ujarnya kepada mStar Online.

Yaya dan Wan Raja atau nama sebenarnya Saiful Redzuan Abu Bakar, 37, selamat diijab kabulkan dengan sekali lafaz dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Al-Redhuan, Hulu Klang di sini, petang Jumaat.

Yaya Maembong Dapat Tajaan Bulan Madu Ke Kota London, info, terkini, hiburan, sensasi, yaya maembong, wan raja, emma maembong

Yaya menerima mas kahwin RM300 dan wang hantaran sebanyak RM 12,121.40.

Sementara itu, ditanya tentang keistimewaan wanita itu, Wan Raja berkata, Yaya merupakan seorang yang tidak cerewet dan sukakan kesenian.

"Saya mengenali dia bukan kerana dia adalah keluarga Maembong, mempunyai ayah seorang pelukis atau adik-beradik yang cantik.

"Namun, dia seorang yang suka sesuatu yang seni seperti saya juga. Jadi apa yang kami lakukan dan fikirkan selalunya sama," ujarnya.

Dalam pada itu, bercerita tentang perancangan keluarga, Wan Raja berkata, dia hanya menyerahkan segalanya kepada Allah.

Dia juga tidak menolak jika dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat memandang usianya sudah terlewat berkahwin berbanding lelaki lain.

Baca : Pelakon Faralyna Idris Sah Bergelar Isteri Fikri  

Sumber : kamithemedia.blogspot.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif

Thursday, December 11, 2014

Foto Malam Berinai Yaya Maembong dan Wan Raja

Wahhh... nampaknya anak dara Maembong makin laris kebelakangan ini. Bermula dengan Emma Maembong bercinta dengan Zizan Razak, kemudian Shikin Maembong berkahwin dengan Chef Riz, terkini Yaya Maembong pula akan berkahwin esok.

Foto Berinai Yaya Maembong dan Wan Raja, info, terkini, hiburan, sensasi, yaya maembong, wan raja,

Untuk info, bakal suami Yaya bernama Wan Raja dan mereka bakal disatukan pada 12 Disember (esok). Mereka awalnya telah bertunang pada 10 Syawal lalu selepas berkenalan lebih dua tahun melalui drama 'Diari 3G' yang dilakonkan bersama.

Artikel Terdahulu :  

Selepas nikah, pada 14 Disember ini akan diadakan pula majlis resepsi sebelah Yaya di Dewan Sri Putra, Kuala Lumpur. Resepsi sebelah Wan Raja pula akan diadakan pada 26 Disember 2014 di Dewan Sri Pinang, Padang Kota, Pulau Pinang.

Khabarnya, majlis resepsi Yaya berkonsepkan bangsawan manakala di Pulau Pinang pula bertemakan P Ramlee dan Saloma. Mereka telah mendapat tajaan dari Putree Bridal dari Queensbay dan Wedding Studio, Bukit Jelutong.

Tahniah diucapkan!

Foto Berinai Yaya Maembong dan Wan Raja, info, terkini, hiburan, sensasi, yaya maembong, wan raja,

Foto Berinai Yaya Maembong dan Wan Raja, info, terkini, hiburan, sensasi, yaya maembong, wan raja,

Foto Berinai Yaya Maembong dan Wan Raja, info, terkini, hiburan, sensasi, yaya maembong, wan raja,

Foto Berinai Yaya Maembong dan Wan Raja, info, terkini, hiburan, sensasi, yaya maembong, wan raja,

Foto Berinai Yaya Maembong dan Wan Raja, info, terkini, hiburan, sensasi, yaya maembong, wan raja,

Foto Berinai Yaya Maembong dan Wan Raja, info, terkini, hiburan, sensasi, yaya maembong, wan raja,

Foto Berinai Yaya Maembong dan Wan Raja, info, terkini, hiburan, sensasi, yaya maembong, wan raja,

Foto Berinai Yaya Maembong dan Wan Raja, info, terkini, hiburan, sensasi, yaya maembong, wan raja,

Foto Berinai Yaya Maembong dan Wan Raja, info, terkini, hiburan, sensasi, yaya maembong, wan raja,

Baca : Cat Farish Terharu Doa Dimakbulkan  

Wednesday, December 3, 2014

6 Foto tunang Wan Raja & Yaya, kakak Emma Maembong

Bulan ini turut menjadi pilihan beberapa orang artis tanah air menjadikan ia sebagai detik hari bersejarah mereka.

Selepas Elaine Daly, kakak Emma Maembong iaitu Yaya Maembong juga akan berkahwin dengan pelakon Wan Raja.

Malah pelakon Mas Muharni juga memilih 20 Disember sebagai hari pernikahannya. Wan Raja yang juga pelakon filem ... Dalam Botol akan bernikah dengan Yaya pada 12 Disember ini di Masjid Al-Ridhuan Hulu Klang.

Majlis resepsi sebelah Yaya akan diadakan pada 14 Disember di Dewan Sri Putra, KL manakala pada 26 Disember 2014 di Dewan Sri Pinang, Padang Kota, Pulau Pinang pula untuk sebelah keluarga Wan Raja.

Pasangan ini bertunang pada 10 Syawal lalu di KL. Menurut Wan Raja mereka kenal lebih dua tahun lalu. Drama Diari 3G menjadi permulaan detik perkenalan mereka apabila kedua-duanya berlakon sama.

"Ikutkan kami tak rancang untuk bertunang pun. Tapi apabila kedua keluarga kami berjumpa maka alang-alang jadilah juga majlis bertunang," kata Wan Raja yang menghubungi BH Online sebentar tadi.

Perkenalan mereka seterusnya bercambah menjadi mesra apabila masing-masing mempunyai bakat seni lain selain berlakon iaitu melukis.

"Dari bakat melukis itu kami mula sedari banyak berkongsi minat dan citarasa yang sama. Malah masa kenal, saya tak tahu pun dia kakak kepada Emma Maembong. Hanya selepas itu, selepas tersedar yang nama bapa mereka sama," katanya.

Perkahwinan dengan Yaya Maembong ini merupakan yang pertama dalam hidup Wan Raja. Biar disangka sudah berkahwin, Wan menafikan perkara itu.

"Muka saya nampak macam orang yang ada anak tiga. Saya sudah biasa dengan tanggapan itu. Tak kisahlah apa orang nak cakap. Mulut orang... biarlah," katanya.

Ketika ini persiapan kahwin hampir sempurna. Menurut Wan Raja sudah 95 peratus. Kata Wan Raja lagi, cuma majlis di sebelah pihaknya saja yang perlu diberi perhatian kini kerana dia terikat dengan penggambaran drama Teman Lelaki Upahan slot Akasia TV3 di Sarawak.

"Majlis di KL berkonsepkan bangsawan manakala di Pulau Pinang pula bertemakan P Ramlee dan Saloma. Kami bertuah kerana penaja iaitu Putree Bridal dari Queensbay dan Wedding Studio, Bukit Jelutong mampu merealisasikan apa yang dihajati," katanya.

Mengenai bulan madu, pasangan ini akan berbulan madu di pulau sekitar Sabah. Khabarnya juga Emma Maembong akan menaja bulan madu pasangan ini ke London.

6 Foto tunang Wan Raja & Yaya, kakak Emma Maembong, info, terkini, hiburan, sensasi, yaya maembong, wan raja

Baca : Birthday Nabila Huda Disambut Orang Tersayang 

Sumber : Berita Harian

 photo good_zps9ceffaa5.gif